Anda di halaman 1dari 2

Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan

pembelajaran,merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan


medan perjuangan utama kerjaya guru. Pengurusan bilik darjah dinamik kearah pembinaan
modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani,emosi,rohani dan intelek memerlukan
pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Pengurusan bilik darjah yang
dinamik bergantung kepada kebijaksanaan guru memainkan peranan sebaik mungkin bagi
menghasilkan bilik darjah harmonis, kondusif dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
yang memberangsangkan serta mencapai objektif. Dalam konteks ini peranan guru dalam
pengurusan bilik darjah adalah sangat penting. Guru seharusnya mempelajari tentang murid
dan merancang persekitaran bilik darjah dan rutin harian yang merangsangkan dan bersesuain
dengan murid. Di samping itu, guru seharusnya menyusun atur sumber dan fasiliti bilik darjah,
merancang dan menyusun pengajaran dan pentaksiran supaya efektif. Akan tetapi, pelbagai
kekangan dan permasalahan telah wujud dan mencabar dunia keguruan kini. Antaranya ialah
isu ponteng dan buli yang semakin menular dalam kalangan murid sekolah. Perkara ini perlu
dihentikan kerana masalah ini dapat menghancurkan masa depan para murid. Dengan ini dapat
disimpulkan bahawa guru pada abad ke- 21 ini berhadapan dengan tiga cabaran utama iaitu
kerenah murid yang menunjukkan tingkah laku bermasalah, memastikan hasil pembelajaran
tercapai dan hambatan masa. Bagi meyelesaikan masalah ini guru seharusnya
mengaplikasikan model pengurusan disiplin dalam pengurusan bilik darjah. Saya merasakan
Model akibat logikal dreikurs adalah amat sesuai untuk dibuat panduan oleh guru untuk
mengatasi isu ponteng dan buli. Fokus utama model akibat logikal Dreikurs adalah bagi
mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat demokratik supaya mereka rasa dipunyai,
Choong (2009). Guru yang ingin mengawal bilik darjah dengan baik tidak seharusnya
menggunakan hukuman. Sebaliknya, guru perlu mengenal pasti punca salah laku murid
terlebih dahulu kerana mereka perlu dibimbing untuk memahami kesalahannya dan dapat
diperbetulkannya. Selain penggunaan model, intervensi yang sesuai juga penting untuk
menyelesaikan masalah ponteng dan buli. Bagi kes ponteng, pengunaan Teknik Modifikasi
Tingkah Laku adalah paling berkesan. Antaranya ialah penggunaan sistem token. Peneguhan
positif daripada sistem token ini dapat meningkatkan potensi diri pelajar serta tingkah laku yang
positif. Kaedah ini dapat menarik minat dan memberi ruang kepada murid untuk tidak berasa
jemu dan kurangkan penglibatan dalam masalah ponteng. Intervensi yang sesuai dalam kes
buli ialah bimbingan dan kaunseling. Dengan cara ini guru dapat mengetahui punca murid
melibatkan diri dalam buli dan berupaya untuk menyelesaikan secara berhemah dan dengan
penuh bertanggungjawab. Sebagai kesimpulan guru memainkan peranan yang penting dalam
membimbing para pelajar di bawah jagaannya.

Anda mungkin juga menyukai