Anda di halaman 1dari 5

Pengenalan

Kemahiran belajar adalah penting bagi setiap pelajar dan semua orang kerana dengan
kemahiran belajar, seseorang itu akan mudah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang
berguna dan tepat. Pelajar dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam proses
belajar mereka dan seterusnya boleh mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk
memperbaiki sesuatu kelemahan. Terdapat banyak gaya pembelajaraan yang boleh
digunakan oleh pelajar mahupun mahasiswa dan mahasiswi. Gaya pembelajaran adalah
penting bagi mengenal pasti cara terbaik bagi mereka untuk menuntut ilmu. Hal ini demikian
kerana, setiap manusia adalah unik dan mempunyai cara pembelajaran tersendiri. Oleh itu,
gaya pembelajaran yang dibawa oleh tokoh-tokoh ini sangat membantu dalam menjelaskan
lagi matlamat pembelajaraan mereka. Antara gaya pembelajaran dari tokoh-tokoh adalah
model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn, model gaya pembelajaran Honey dan Mumford
dan model gaya pemebelajaran Kolb.

Kemahiran belajar merangkumi kemahiran seseorang untuk berfikir. Kemahiran berfikir


mempunyai alat-alat berfikir yang memebantu kepada proses tersebut agar murid atau
pelajar lebih mahir dan mudah untuk menguasai kemahiran berfikir seterusnya menguasai
kemahiran untuk belajar. Alat berfikir juga membantu pelajar fikir adalah peta minda,
pengurusan grafik, cord 1 serta soalan dan penyoalan. menyamaikan idea dengan lebih
tersusun, jelas dan mudah difahami. Antara alat-alat berfikir yang sering digunakan dalam
proses pembelajaran ialah CoRT 1.

Gaya Pembelajaran Kendiri

Gaya pembelajaran merupakan pendekatan atau cara bagaimana seseorang itu belajar
dalam memperolehi pengetahuan, menurut Dr Ragbir Kaur Joginder Singh (2012). Saya
memilih model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn kerana model gaya pembelajaran ini
lebih berkesan terhadap saya dan kajiannnya lebih mendalam serta sesuai dengan
personaliti saya. Saya bersetuju bahawa perbezaan individu berkait rapat dengan
perkembangan fizikal, mental, emosi dan sosial. Setiap individu atau pelajar mempunyai
gaya, strategi dan cara pembelajaran yang berbeza melihat kepada perbezaan
perkembangan fizikal, mental, emosi dan sosial yang dikatakan tadi. Tuntaslah bahawa
dalam model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn pelajar berbeza dari aspek persekitaraan,
emosi, sosiologi, fizikal dan psikologi. Saya bersetuju dengan prinsip yang diamalkan oleh
Dunn dan Dunn iaitu setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu dan iklim,
sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dapat disuaikan dengan gaya
pembelajaran seseorang itu akan dapat mengoptimumkan proses pembelajaran.
Aspek gaya pembelajaran kendiri

Salah satu aspek yang saya amalkan daripada aspek persekitaran yang dibincangkan oleh
Dunn dan Dunn (1978) ialah aspek cahaya. Dunn dan Dunn (1978) menyatakan bahawa
cahaya memberi kesan yang amat berbeza kepada individu dan terdapat pelajar yang amat
sensitif dengan terhadap cahaya. Mengikut dari segi keselesaan cara pemebelajaran saya,
saya begitu sensitif kepada cahaya kerana saya yakin bahawa cahaya memberi kesan
kepada kesihatan dan daya tarikan untuk belajar. Hal ini sedemikian kerana, saya suka
belajar di tempat yang terang terutama sekali dibawah lampu ketika membaca atau belajar.
Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Siti Hawa Munji (1989) iaitu sebilangan
pelajar gemar cahaya terang kerana pencahayaan yang samar akan membuatkan mata
mereka lebih cepat letih dan mengantuk. Tambahan pula, pencahayaan yang kurang terang
dan samar akan menjejaskan kesihatan mata saya dan perekitarannya membuatkan saya
rasa mengantuk.

Seterusnya, saya mengambil kira aspek bunyi yang dibawa oleh Dunn dan Dunn semasa
belajar. Saya seorang yang tidak begitu fleksibel kerana kadang kala saya suka akan
suasana bising ketika belajar contohnya saya menonton television seketika belajar waktu
malam bagi mengatasi kesunyian dan membuatkan saya rasa tidak keseorangan seperti
yang dikatakan oleh Dunn dan Dunn (1978) iaitu terdapat individu yang memerlukan bunyi
seperti muzik di persekitaran mereka semasa belajar. Namun ada kalanya saya suka
suasana yang senyap ketika belajar bagi mendapatkan kosentrasi yang penuh agar dapat
input yang banyak. Contohnya ketika kuliah dan belajar pada hujung minggu pada waktu
pagi. Saya lebih tertumpu pada suasana yang senyap apabila saya belajar pelajaran yang
melibatkan subjek membaca seperti sejarah dan lain-lain.

Seterusnya ialah reka bentuk, menurut Garger (1985), gaya pembelajaran individu
ditentukan oleh personaliti individu yang berbeza. Saya mempunyai personalit ekstrovet
dimana saya suka belajar di tempat yang selesa dan informal. Contohnya pada waktu
malam jam 9.15PM – 11.15PM dan pada hujung minggu, saya akan belajar di atas katil
dimana saya rasa lebih selesa untuk belajar dan yang boleh memberikan kosentrasi yang
baik ketika belajar.

Selain itu, dari aspek rangsangan emosi yang dikemukakan oleh Dunn dan Dunn pula, saya
memilih elemen motivasi dan tanggungjawab. Dari segi motivasi, Siti Hawa Munji (1990)
menyatakan bahawa apabila seseorang mendapat dorongan, dia akan mempunyai
keinginan yang kuat untuk bertindak ke arah mencapai matlamat. Bagi saya motivasi
merupakan daya penggerak seseorang untuk lebih rajin dan bersemangat untuk belajar.
Oleh itu, saya akan meneutralkan pikiran dan rohani saya pada setiap hari dengan
meluangkan masa di masjid pada waktu solat magrib dan isyak. Selain itu saya juga
memperuntukkan masa untuk menikmati bberapa filem yang berkisarkan tentang motivasi
pada hujung minggu.

Seterusnya ialah elemen tanggungjawab, setiap individu yang ingin berjaya dalam pelajaran
perlulah tekun dan bertanggungjawab (Bell, 1972). Saya sangat bersetuju dengan elemen
ini kerana tanpa rasa tanggungjawab seseorang tidak akan dapat mencapai matlamatnya.
Hal ini sedemikian kerana, pelajar yang mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap
pelajarannya akan sentiasa melaksanakan tugasannya dengan inisiatif sendiri (Dunn dan
Dunn, 1978). Dengan penekanan elemen tanggungjawab ini, saya terdorong untuk
memperuntukkan masa menyiapkan semua kerja kursus yang diberi oleh pensyarah iaitu
pada waktu malam sebelum tidur dan pada hujung minggu agar kerja yang diberikan tidak
terabai dan siap tepat pada waktunya.

Alat-alat berfikir

Alat berfikir amat penting dalam proses belajar dan mendapatkan maklumat. Secara
umumnya, pengggunaan alat berfikir akan dapat membantu pelajar untuk meningkatkan
kemahiran befikir, menyampaikan idea dengan lebih tersusun, jelas dan mudah difahami
dan lebih mudah mengingati jika maklumat dapat disusun dalam suatu corak yang
sistematik dan menunjukkan perkaitan konsep.

Alat-alat CoRT 1

CoRT 1 merupakan salah satu alat berfikir yang digunakan oleh golongan pendidik. Nama
sebenar bagi CoRT ialah Cognitive Research Trust (CoRT) yang telah dikenalkan oleh
Edward De Bono. Program CoRT mengandungi enam bahagian namun yang sering
digunakan dalam proses pembelajaran hanya CoRT 1 iaitu keluasan persepsi.

A. Komponen CoRT 1: PMI


Terdapat pelbagai teknik dalam penggunaan CoRT 1, anatranya ialah PMI iaitu plus,
minus, interesting (baik, buruk, menarik). Plus ialah menyenaraikan semua yang
baik. Minus ialah menyenaraikan semua yang buruk dan interesting ialah
menyenaraikan semua yang menarik. Saya memilih teknik ini agar saya dapat
melakukan keputusan yang terbaik jika buntu dalam membuat keputasan. Sebagai
contoh saya mengkaji samada gaya pembelajaran waktu siang iaitu sebelum subuh
efektif terhadap proses pembelajaran saya ataupun tidak.
 Plus (P): saya dapat belajar dalam persekitaran yang senyap
 Minus (M): saya tidak dapat bangun pada waktu sekitar itu kerana
memerlukan rehat yang cukup setelah melalui jadual seharian yang padat.
 Interesting (I): menurut kajian Islam, otak manusia sangat aktif pada waktu
tersebut.
Oleh itu, saya mendapati bahawa saya tidak sesuai untuk belajar pada waktu
sebelum subuh kerana saya yakin saya tidak akan bangun pada waktu itu. Dengan
itu saya meletakkan waktu belajar saya pada waktu sebelum saya tidur seperti yang
dinyatakan di dalam jadual.

B. Kompenen CoRT 1: AGO


Teknik AGO iaitu Aims, Goals, Objective ( tujuan, matlamat, objektif) merupakan
teknik yang melatih kita untuk tetap berpegang kepada matlamat asal agar tidak
terjadi perkara yang tidak berkaitan dan sebagainya. Saya memilih teknik kerana
saya seorang yang membuat sesuatu kerja dengan tidak berstruktur iaitu tidak
terancang. Saya menggunakan cara ini dalam proses pembelajaran demi
mengelakkan kerja yang saya lakukan terpesong dari matlamat, sebagai contoh:
 Aims: saya ingin berjoging setiap pagi selepas solat subuh dan juga pada
waktu petang.
 Goals: saya berjoging mengelilingi ipg sebanyak 6 pusingan dalam masa 20
minit.
 Objective: saya ingin mengumpulkan stamina agar lebih cegas dan sihat
serta sebagai persediaan bagi pertandingan bola jaring peringkat IPGM pada
tahun ini.
Oleh itu, saya telah menyusun jadual dengan meletakkan waktu riadah seperti yang
saya inginkan agar AGO saya dapat dikekalkan.
C. Kompenen CoRT 1: C&S
Teknik yang saya gunakan dalam CoRT 1 seterusnya ialah C&S yang merupakan
Consequence and Sequel. Teknik ini bertujuan untuk melatih saya berfikir dan
meramalkan kesan yang akan berlaku selepas sesuatu cadangan dijalankan. Dalam
erti kata lain, saya akan memikirkan kesan dan akibat sebelum saya menjalankan
apa cadangan.
Sebagai contoh: saya bercadang untuk membuat jadual belajar yang teratur.
 Apakah risiko yang akan saya hadapi?
 Saya mungkin akan menghadapi kekangan untuk konsisten dengan
jadual tersebut.
 Apakah kesan serta merta?
 Semua kerja yang perlu diselesaikan akan diselesaikan dengan cara
yang teratur.
 Apakah kesa jangka panjang?
 Saya dapat melatih diri untuk menjadi seorang yang tepati masa dan
istiqamah.
Kesimpulannya, saya akan membuat jadual harian kerana kesan yang baik melebihi
kesan yang negative.

Anda mungkin juga menyukai