Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

KUIZ DISEMBER 2021

PROGRAM PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


(Programme)

AMBILAN JUN 2018


(Intake)

SEM DUA
(Sem)

NAMA CALON SITI AISHAH BINTI NOR AZAM


(Candidate)

ANGKA GILIRAN 2018142340083


(Index Number )

NO.K/PENGENALAN 980430-07-5042
(Identity Card No.)

KOD KURSUS GHSS3013


(Course Code)

NAMA KURSUS GAYA HIDUP SIHAT


(Course Title)

TARIKH
28 DISEMBER 2021
PEPERIKSAAN
(Examination Date)

ARAHAN KEPADA CALON


1. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Google Docs
menggunakan font Arian 12, serta langkau 1.5 baris. Setiap helaian jawapan
hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di sebelah kiri ‘header’ dan
kod kertas peperiksaan di sebelah kanan ‘header’.

2. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi


peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.

3. Calon hendaklah menjawab soalan secara individu dan diingatkan agar tidak
berbincang dan meniru jawapan calon-calon lain.

4. Calon yang GAGAL menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan adalah
dikira telah gagal peperiksaan berkenaan.

BAHAGIAN A

1. Menurut Roslan Daud (2010), amalan gaya hidup sihat merupakan satu siri
aktiviti atau program yang mesti dilakukan secara konsisten serta berterusan
dan amat baik dari sudut kesihatan. Huraikan kepentingan gaya hidup sihat.

Antara kepentingan amalan gaya hidup sihat ialah dapat mengekalkan


kesihatan tubuh badan dan otak. Hal ini amat signifikan kerana hidup yang berkualiti
berpunca daripada tubuh badan yang sihat serta otak yang cerdas. Bersukan dan
beriadah dapat menjamin tubuh badan seseorang. Sebagai contohnya, aktiviti
berjogging, bermain badminton dan berbasikal dapat mengekalkan kekuatan tububh
badan. Kesannya, seseorang itu dapat hidup dengan aman dan harmoni kerana
terhindar daripada pelbagai penyakit yang berkaitan dengan tubuh badan yang tidak
dijaga. Sudah terang lagi bersuluh, amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti riadah
dan sukan dapat mengekalkan kecergasan tubuh badan dan kecerdasan otak.

Seterusnya, anggota tubuh dalaman dapat berfungsi dengan baik jika


seseorang mengamalkan gaya hidup sihat. Hal ini demikian kerana, tubuh dalaman
tidak dapat dilihat melalui mata kasar manusia. Pemeriksaan kesihatan secara
berkala di hospital atau klinik kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan sekali
dapat memastikan tahap kesihatan organ seseorang seperti fungsi jantung, paru-
paru dan buah pinggang dalam keadaan yang baik. Apabila organ dalaman dapat
berfungsi dengan baik, kehidupan seseorang akan lebih sihat dan produktif.
Di samping itu, kepentingan amalan gaya hidup ialah seseorang dapat
memastikan tubuh badan mendapat khasiat dan vitamin yang mencukupi. Hal ini
demikian kerana, badan seseorang memerlukan khasiat yang cukup untuk
menjalankan kehidupan sehariannya tanpa menghadapi masalah kesihatan.
Misalnya, seseorang mengambil makanan seimbang dalam kehidupan seharian
seperti daging, buah-buahan dan sayur-sayuran. Natijahnya, badan kita akan kekal
sihat seiring dengan kecerdasan minda dalam kehidupan seharian. Sesungguhnya,
otak yang cerdas dapat membantu perkembangan diri dan sosial manusia. Jelaslah
bahawa pemakanan yang seimbang mampu memastikan tubuh badan memperoleh
nutrient yang mencukupi bagi setiap individu.

2. Pandemik Covid-19, yang melanda dunia, telah membawa kepada perubahan gaya
hidup dan amalan manusia biasa kepada pengamalan norma baharu. Amalan dan
sikap masyarakat Malaysia kini berubah dan memberi impak dalam pelbagai aspek
kehidupan ketika ini. Gambarkan kesan positif gaya hidup mengikut norma baharu
semasa pandemik terhadap amalan Gaya Hidup Sihat masyarakat Malaysia.

Gelombang Covid-19 menuntut masyarakat di negara ini mengamalkan


norma baharu untuk mengekang penularan pandemik ini daripada terus menular.
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan kebanyakan
masyarakat lebih selesa berada di rumah. Amalan dan sikap masyarakat Malaysia
kini berubah dan memberi impak dalam pelbagai aspek kehidupan ketika ini iaitu
amalan pemakanan yang seimbang dalam kalangan rakyat Malaysia itu sendiri.
Kesedaran demi kesedaran telah berlaku dalam kalangan warga Malaysia di mana
ketika pandemik melanda negara, ramai yang mula berhati-hati dan cenderung
memilih makanan yang mampu meningkat imuniti dan bekalkan tenaga. Amalan
pemakanan fast food juga dikurangkan berikutan kerana memikirkan risiko demi
risiko yang tidak baik bakal ditanggung oleh diri sendiri. Pada masa yang sama juga,
rakyat Malaysia menerusi platform media sosial, masyarakat Malaysia berkongsi
resepi masakan di rumah untuk menggalakkan pengguna mengamalkan diet yang
seimbang.

Selain itu, kesan positif gaya hidup mengikut norma baharu semasa
pandemik terhadap amalan Gaya Hidup Sihat masyarakat Malaysia ialah
meningkatkan amalan kebersihan diri. Mesej-mesej amalan penjagaan kebersihan
diri yang sentiasa ditekankan, sejak awal kes COVID-19 dilaporkan di Malaysia
antara lain telah mendidik rakyat supaya mengamalkan adab sebetulnya, ketika
batuk atau bersin. Selain itu, amalan mencuci tangan dengan betul dan kerap juga
makin menjadi kebiasaan rakyat, malah cecair pembasmi kuman dan topeng hidung
dan mulut yang sebelum ini bukanlah sesuatu yang wajib, kini menjadi barang
keperluan utama di setiap rumah. Rakyat juga dinasihatkan supaya kerap mandi
bagi memastikan badan sentiasa bersih bagi mengelakkan risiko jangkitan.

Selain itu, kesan positif gaya hidup mengikut norma baharu semasa
pandemik terhadap amalan Gaya Hidup Sihat masyarakat Malaysia ialah
masyarakat digalakkan untuk mengamalkan senaman ataupun melakukan aktiviti
bersukan. Jika risau dengan keadaan sekarang yang mudah terjebak dengan virus
Covid-19, masyarakat boleh melakukan senaman yang ringkas di dalam rumah.
Untuk yang ingin melakukan senaman, ingatlah bahawa senaman yang ingin
dilakukan tidak semestinya yang kompleks tetapi mulalah dengan senaman yang
ringkas terlebih dahulu daripada ringkas kepada yang kompleks. Senaman dapat
membantu diri kita untuk menggunakan tenaga yang kita peroleh daripada
pemakanan dan dapat mengelakkan tenaga tersebut ditukarkan kepada lemak.
Aktiviti sukan dalaman juga amat digalakkan untuk dilaksanakan di rumah jika
bimbang untuk keluar rumah. Melakukan aktiviti skipping dapat menguatkan
bahagian atas dan bawah badan, selain dapat membakar kalori dalam masa yang
singkat. Aktiviti ini juga mudah untuk dilakukan dan mudah untuk mendapatkan
peralatannya.
BAHAGIAN B

1. Ke arah mencapai kesihatan yang optima, individu perlu mengamalkan gaya


hidup sihat. Gaya hidup sihat terdiri daripada beberapa komponen. Setiap
komponen perlulah diberi perhatian tanpa mengetepikan komponen yang lain.
Terangkan komponen Gaya Hidup Sihat.

FIZIKAL

Kesihatan fizikal merujuk kepada sesuatu keadaan individu bebas daripada


kesakitan, ketidakupayaan fizikal, penyakit kronik dan penyakit berjangkit serta
ketidakselesaan tubuh badan yang memerlukan perhatian daripada pakar
perubatan. Selain itu, kemampuan tubuh melakukan sesuatu aktiviti serta
menghindari diri daripada penyalahgunaan dadah dan alkohol. Gaya Hidup Sihat
Fizikal ialah melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan kaki sebanyak 10000 langkah
sehari, melakukan riadah, melakukan aktiviti di rumah seperti berkebun dan
sebagainya. Jangan merokok dan mengambil minuman beralkohol serta
pengambilan pemakanan mengikut piramid makanan

MENTAL

Di bawah kompenen gaya hidup sihat mental, terdapat beberapa isi yang dikenal
pasti iaitu kebolehan untuk mengenal pasti realiti kehidupan serta menangani
masalah dengan bijak, Berkemampuan mengawal stres dan ketegangan yang
melibatkan aspek ketenangan jiwa, perasaan dan fikian, mendapat rehat yang cukup
dan berfikiran positif. Langkah-langkah menjaga kesihatan mental ialah senaman
dengan meluangkan masa 10 minit sehari bagi aktiviti senaman. Senaman
membantu melancarkan peredaran darah dan oksigen ke sistem saraf bagi
membantu otak berfungsi dengan lebih baik. Komuniti dengan kerap melibatkan diri
dengan komuniti terdekat anda. Elakkan diri dari bersendirian. Pemakanan yang
seimbang membantu kepada fizikal dan mental yang sihat serta seimbangkan masa
bekerja dengan masa berehat. Pastikan makan dan tidur mengikut masa yang
ditentukan.

EMOSI

Apabila badan dalam keadaan yang sihat, sistem badan secara automatik akan
berfungsi dengan lebih baik. Ini termasuklah emosi dan juga mood. Sejenis hormon
bernama endorfin dilepaskan semasa aktiviti fizikal. Hormon ini membuatkan
seseorang berasa gembira dan tenang. Selain itu, keadaan fizikal yang sihat
tentunya akan menambah keyakinan diri. Bersosial juga merupakan gaya hidup
sihat yang membantu menjadikan kehidupan lebih sempurna dan bermakna.

KEPENTINGAN GAYA HIDUP SIHAT KEPADA EMOSI

1. Terhindar daripada mengalami tekanan atau stress.


2. Dapat mengawal emosi terutamanya ketika sedih atau marah.
3. Meningkatkan keyakinan diri.
4. Merangsang pelepasan hormon serotonin yang akan membuatkan mod
menjadi semakin baik.

PERSEKITARAN

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, persekitaran sihat ialah satu tempat di


mana anggotanya hidup untuk mencapai satu visi kesihatan dan kesejahteraan
masyarakat yang dipersetujui bersama. Persekitaran sihat juga bermaksud satu
keadaan persekitaran (setting) yang bersih, selamat dan indah yang merangkumi
rumah, sekolah, premis makanan, tempat kerja, taman dan lain-lain. Persekitaran
sihat membekalkan masyarakat dengan keadaan fizikal, psikologikal, sosial dan
organisasi yang dapat mempromosi dan melindungi kesihatan dan keselamatan.
Kesan Persekitaran yang tidak sihat dan tidak seimbang : menghadapi masalah
kesihatan seperti ;

- Penyakit bawaan makanan dan air


- Penyakit-penyakit bawaan vektor
- Pencemaran udara

Langkah untuk mewujudkan persekitaran dalaman dan luaran yang bersih dan sihat
(rumah, sekolah, tempat kerja) :

- Pembuangan sampah secara betul dan sempurna


- Mengenal pasti dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk, lalat, lipas
dan tikus

2. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, rekreasi adalah kegiatan yang


menyeronokkan yang boleh menyegarkan kembali kesihatan badan dan
melapangkan fikiran, seperti beristirahat dan menghiburkan hati. Jelaskan
kepentingan aktiviti rekreasi yang sesuai bagi individu.

Salah satu kepentingan aktiviti rekreasi yang sesuai bagi individu


termasuklah mengeratkan hubungan silaturahim. Perhubungan yang baik dalam
kalangan masyarakat pelbagai kaum merupakan tunjang galakan kepada perpaduan
negara. Misalnya, ketika menjalankan aktiviti rekreasi kita dapat berkenalan dengan
masyarakat di sekeliling kita dan daripada situ sebenarnya sudah bermula satu
bentuk perhubungan yang seterusnya membawa kepada perpaduan majmuk dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Perhubungan yang baik hasil daripada aktiviti
rekreasi juga dapat membawa kepada pembentukan komuniti yang bukan sahaja
sihat dari segi kesihatan malah sihat dari segi perhubungan masyarakat itu sendiri.
Jadi aktiviti rekreasi mampu memupuk semangat yang bersatu padu pada ibarat
pepatah Melayu, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Selain itu, kepentingan aktiviti rekreasi adalah melapangkan minda dan fikiran
individu. Hal ini dikatakan demikian kerana dalam mengharungi kesibukan serta
tekanan belajar, aktiviti rekreasi seperti berjoging, berenang, dan bermain bola
keranjang dan sebagainya dilihat sebagai satu penyelesaian kepada kita untuk
melapangkan minda sebentar dari ruang lingkup kerja. Oleh itu, masyarakat
seharusnya berpegang teguh pada prinsip badan sihat otak cerdas.

Di samping itu, kepentingan rekreasi kepada individu juga adalah


menyihatkan badan. Kesihatan fizikal dan mental merupakan dua elemen yang
berkaitan dalam menjadikan tubuh bahan kita sihat dan cergas. Sebagai contoh,
aktiviti rekreasi seperti berjoging dan berenang bukan sahaja mampu menyihatkan
badan malah dapat melapangkan fikiran kita. Tegasnya, aktiviti rekreasi merupakan
salah satu aktiviti yang mampu menyegarkan dan menjadikan badan cergas.

Kesimpulannya, aktiviti rekreasi mempunyai banyak kepentingan dan


kelebihannya. Oleh itu, setiap individu seharusnya berusaha untuk melakukan
aktiviti-aktiviti yang berbentuk rekreasi. Semua pihak seharusnya mengembleng
tenaga untuk mengambil modus operandi yang drastik bagi menyedarkan
masyarakat dan individu yang bergelar warganegara Malaysia tentang kepentingan
aktiviti rekreasi dalam melahirkan masyarakat yang sihat dari segi fizikal, mental,
rohani dan jasmani.

Anda mungkin juga menyukai