Anda di halaman 1dari 10

BUKU SKRAP

PENDIDIKAN MUZIK
TAHUN 6

TAJUK:
LAGU-LAGU PATRIOTIK
MALAYSIA

NAMA MURID: NUFAEYL ARFAN BIN


NAFIZUL SHAHRIL
KELAS: 6 ASPIRASI
SEKOLAH: SK LANGKAWI
2

Nufaeyl Arfan - 6 Aspirasi

ISI KANDUNGAN
Bil Butiran Halaman
1. Penghargaan

2. Biodata Murid

3. Lagu Patriotik 1:
 Bahtera Merdeka

4. Lagu Patriotik 2:
 Setia

5. Lagu Patriotik 3:
 Dirgahayu Oh! Tanah Airku

6. Lagu Patriotik 4:
 Standing in The Eyes of The World

7. Penutup
3

Nufaeyl Arfan - 6 Aspirasi

PENGHARGAAN
Alhamdulillah saya Nufaeyl Arfan dari kelas 6
Aspirasi bersyukur ke hadrat Allah swt dan ingin
merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat dalam membantu saya menyiapkan dan
menjayakan buku skrap Muzik ini.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima


kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu Encik Nafizul
Shahril bin Salim dan Puan Mona Azura binti Ismail
yang telah memberi saya dorongan dan sokongan serta
membantu saya untuk membuat buku skrap ini.

Kedua, saya ingin merakamkan setinggi


penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan
kepada guru Muzik saya iaitu Cikgu Mohd Adni bin
Abu Hassan yang telah memberi saya tunjuk ajar dan
bimbingan dalam merancang dan melaksanakan hasil
kerja buku skrap ini.

Akhir sekali, jutaan terima kasih diucapkan


kepada adik-beradik dan keluarga saya kerana telah
memberi bantuan dan dorongan sepanjang buku skrap
ini dihasilkan.
4

Nufaeyl Arfan - 6 Aspirasi

BIODATA

Nama : Nufaeyl Arfan bin Nafizul Shahril


Umur : 12 Tahun
Tarikh Lahir : 23 Mei 2009
Tempat Lahir : Pusat Rawatan Mahsuri, Jitra
Kelas : 6 Aspirasi
Sekolah : SK Langkawi
Hobi : Bermain Komputer
Cita-cita : Guru
5

Nufaeyl Arfan - 6 Aspirasi

LAGU PATRIOTIK 1:
Bahtera Merdeka
Bonda senyum riang
Menerima bahtera merdeka
Putra putri sayang Putra putri sayang
Sedang berjuang

Fajar telah tiba


Nan menyinsing membawa harapan
Tanah semenanjung Tanah semenanjung
Pusaka bangsa

Jiwa dan raga


Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya aman merdeka

Duhai ibu pertiwi


Putra putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan Ingin menunaikan
Sumpah dan janji
6

Nufaeyl Arfan - 6 Aspirasi

LAGU PATRIOTIK 2:
Setia
Demi negara yang tercinta
Ku curahkan bakti penuh setia
Demi Raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bagi

Kepada pemimpin kepada rakyat


Khidmat diberi penuh taat
Sama bekerja sama berusaha
Setia berkhidmat untuk semua

Rela berkorban apa saja


Amanah bangsa tetap dijaga
Kami berikrar penuh setia
Untuk agama, bangsa dan negara
7

Nufaeyl Arfan - 6 Aspirasi

LAGU PATRIOTIK 3:
Dirgahayu Oh Tanah Airku
Kau
Persada indah permai
Pepohon menghijau menghias pantai
Putera puterimu tersenyum riang ria

Tumpuan pelancong
Dan juga para peniaga
Batik songket tenunan menawan
Terkenal merata dunia

Kepadamu oh pertiwi
Kasihku abadi sejati murni
Relaku berbakti demi berkorban diri
Padamu ku curah sumpah setia & janji

Dirgahayu oh tanah airku


8

Nufaeyl Arfan - 6 Aspirasi

LAGU PATRIOTIK 4:
Malaysia Berjaya
Malaysia kita sudah berjaya
Aman makmur bahagia
Malaysia abadi selamanya
Berjaya dan berjaya

Berbagai kaum sudah berikrar


Menuju cita-cita
Satu bangsa satu negara
Malaysia berjaya

Dari Perlis sampailah ke Sabah


Kita sudah merdeka
Negara makmur rakyat mewah
Kita sudah berjaya

Dengan semboyan kita berjaya


Menuju di angkasa
Satu bangsa satu negara
Malaysia berjaya
9

Nufaeyl Arfan - 6 Aspirasi

PENUTUP

Dengan penghasilan buku skrap ini telah


memberi pendedahan kepada saya tentang
kewujudan lagu-lagu patriotik di Malaysia.

Lagu Patriotik ialah lagu yang mempunyai


lirik yang dapat membangkitkan semangat dan
memupuk perasaan cinta akan negara di kalangan
rakyat.

Kuasa muzik khususnya lagu-lagu lama


yang bersifat patriotik masih memberi kesan
mendalam terhadap generasi muda seperti saya
apabila dinyanyikan semula secara harmoni dan
dihayati maksudnya.

Masyarakat umum juga perlu menyedari


bahawa negara ini mempunyai lagu klasik,
kebangsaan dan lagu patriotik yang indah sekali gus
mengingatkan orang ramai tentang nilai di sebalik
penciptaannya.
SEKIAN,
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai