Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS

KARNIVAL KOKURIKULUM DAN MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM 2017


SMK SERI BENTONG, 28600 KARAK, PAHANG DARUL MAKMUR

BIL CUE ANN CATATAN


10.45 pagi

- Semua pelajar, guru dan kakitangan ke padang.


1.

11.00 pagi Mengumumkan ketibaan Yang Hormat Dato Amizar Bin Abu Adam dengan diiringi oleh Puan
Rohila Binti Ibrahim, Guru Penolong Kanan Pentadbiran Menengah Kebangsaan Seri Bentong,
- Ketibaan Perasmi
2. Sekolah Kluster Kecemerlangan.
@
Majlis mengaulu-alukan kedatangan Yang Hormat Dato Amizar Bin Abu Adam Pengerusi Biro
Ekonomi dan Usahawan Kami Anak Felda (KAF) ke Karnival Kokurikulum dan Majlis Anugerah
Kecemerlangan Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bentong, Sekolah Kluster
Kecemerlangan Tahun 2017.
11.05 pagi Diminta hadirin dan hadirat berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Negeri
Pahang.
3. -Nyanyian lagu Negaraku dan
Negeri Pahang
*setelah selesai,
Para hadirin dipersilakan duduk.
11.15 pagi BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM…

1
Yang Hormat Dato Amizar Bin Abu Adam, Pengerusi Biro Ekonomi dan Usahawan Kami Anak
- Kata alu-aluan Pengerusi
Felda (KAF),
Majlis
4. Yang Berusaha Puan Rohila Binti Ibrahim, Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Bentong, Sekolah Kluster Kecemerlangan,
Yang Berusaha Encik Azhar Bin Shamsudin, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Berusaha Puan Hani Azlina Binti Kastolani, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Yang Berusaha Encik Zul-Hasyimi Bin Mohd Yunus, Guru Penolong Kanan SISP,
Guru-guru kanan,
Barisan guru penjana modal insane terbilang dan seterusnya warga pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
Salam hormat, salam kasih, salam ukhwah dan salam sehati sejiwa..

Sarung ketupat berisi inti,


Dibawa budak sambil berlari,
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga majlis bertambah seri.

Terlebih dahulu, kami ingin memanjatkan rasa syukur kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kita
dapat bersama-sama berhimpun untuk meraikan kejayaan anak-anak SERI dalam bidang kokurikulum.

Sekalung penghargaan terima kasih diucapkan kepada Yang Hormat Dato Amizar Bin Abu Adam
kerana sudi meluangkan masa hadir pada hari ini bagi sama-sama meraikan Karnival Kokurikulum
dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Seri
Bentong, Sekolah Kluster Kecemerlangan Tahun 2017.

2
Hadirin yang dihormati sekalian,

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah kita bersama-sama menadah tangan memohon
5. - Bacaan Doa keberkatan agar majlis kita ini berjalan lancar seperti yang direncanakan. Untuk itu, majlis dengan ini
menjemput Ustaz Fikrur Radhi Bin Mohd Shafuddin untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

(Setelah selesai)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Fikrur Radhi Bin Mohd Shafuddin atas
pimpinan bacaan doa itu tadi.

- Ucapan GPK Pentadbiran Bagi meneruskan majlis kita pada pagi ini, dijemput Puan Rohila Binti Ibrahim, Guru Penolong
6. (Wakil Pengetua)
Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bentong untuk menyampaikan ucapan
selaku wakil tuan pengetua.
Majlis dengan segala hormat mempersilakan.

(Setelah selesai)
Terima kasih diucapkan kepada Puan Rohila Binti Ibrahim atas ucapan beliau sebentar tadi.

7. - Ucapan Perasmi Hadirin hadirat yang dimuliakan,

Kini, majlis menjemput Yang Hormat Dato Amizar Bin Abu Adam, Pengerusi Biro Ekonomi dan
Usahawan Kami Anak Felda untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Karnival Kokurikulum dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bentong, Sekolah Kluster Kecemerlangan Tahun 2017.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

3
8.
(Setelah selesai)
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Hormat Dato Amizar Bin Abu Adam, Pengerusi
Biro Ekonomi dan Usahawan Kami Anak Felda atas ucapan dan perasmian itu tadi. Maka dengan
itu, rasmilah Karnival Kokurikulum dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bentong, Sekolah Kluster Kecemerlangan Tahun 2017.

Jalan lengkok redup berkalis,


Damba pedoman menyongsong arah,
Ucapan Dato’ merasmi majlis,
Tanda acara berlangsung meriah.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Kini, tiba saat dan ketikanya acara yang dinanti-nantikan iaitu Acara Penyampaian Hadiah kepada para
pemenang acara Karnival Kokurikulum bagi Kategori Sukan dan Permainan.

9. Terlebih dahulu majlis menjemput Encik Zul-Hasyimi Binti Mohd Yunus, Guru Penolong Kanan
SISP untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

(Rujuk Lampiran 1)

(Setelah selesai penyampaian hadiah)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Zul-Hasyimi Binti Mohd Yunus atas
penyampaian hadiah sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

4
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi Kategori Kelab dan Persatuan.
10.
Untuk itu dijemput Puan Hani Azlina Binti Kastolani, Guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

(Rujuk Lampiran 2)

(Setelah selesai penyampaian hadiah)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Hani Azlina Binti Kastolani atas penyampaian
hadiah sebentar tadi.

Seterusnya, penyampaian hadiah bagi Kategori Unit Beruniform.

Untuk itu dijemput Encik Azhar Bin Shamsuddin, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

11. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

(Rujuk Lampiran 3)

(Setelah selesai penyampaian hadiah)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Azhar Bin Shamsuddin atas penyampaian
hadiah sebentar tadi.

5
Hadirin yang dihormati sekalian,

12. Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih yang berterusan.
Usaha yang tidak mengenal erti jemu,
pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan.
Justeru, setiap individu yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan.
Dengan adanya penghargaan akan menjadi pencetus semangat seseorang untuk terus berjaya.

Kini tiba masanya untuk Acara Penyampaian Hadiah bagi Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bentong, Sekolah Kluster Kecemerlangan Tahun 2017.

Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput Puan Rohila Ibrahim untuk mengiringi Yang
Hormat Dato Amizar Bin Abu Adam, Pengerusi Biro Ekonomi dan Usahawan Kami Anak Felda
bagi menyempurnakan acara penyampaian anugerah.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

(Rujuk Lampiran 4)

Penyampaian Cenderamata
13. Seterusnya sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, majlis mempersilakan Puan Rohila Binti
kepada Perasmi
Ibrahim, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Seri Bentong untuk menyampaikan cenderamata
kepada Yang Hormat Dato Amizar Bin Abu Adam Pengerusi Biro Ekonomi dan Usahawan Kami
Anak Felda atas kesudian Yang Hormat hadir merasmikan majlis kita pada hari ini.

(Setelah selesai penyampaian cenderamata)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Hormat Dato Amizar Bin Abu Adam dan
Puan Rohila Ibarahim atas penyampaian hadiah sebentar tadi.

6
01.00 tgh Hadirin dan Hadirat,

- Penutupan majlis Dengan berakhirnya acara penyampaian hadiah itu tadi, maka berakhirlah Karnival Kokurikulum dan
Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bentong,
Sekolah Kluster Kecemerlangan Tahun 2017.
14.
- Kalau ada sumur di ladang,
- Boleh kita menumpang mandi,
- Andai Allah memberikan usia yang panjang,
- Dapatlah kita bersua di lain hari.

- Bunga dedap di atas para,


- Anak dusun pasang pelita;
- Kalau tersilap tutur bicara,
- Jemari disusun maaf dipinta.

Semoga kita bersua kembali pada Kejohanan Olahraga Tahunan pada tahun hadapan. Sesungguhnya
yang baik itu datangnya daripada Yang Maha Kuasa, dan setiap kesilapan yang ada itu datangnya
daripada kesilapan saya sendiri.

Sekian, terima kasih.

Wabillahitafikwalhidayah..Assalamualaikum w.b.t.. (Majlis Bersurai)

Anda mungkin juga menyukai