Anda di halaman 1dari 9

KADAR kenaikkan gaji terendah dunia ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, proses

urbanisasi tidak dapat dielakkan. Namun proses berkenaan bakal menyebabkan masyarakat yang tinggal
di kawasan bandar menghadapi tekanan terutamanya dari segi sosial dan ekonomi.

Bagi mengupas isu berkenaan, Wacana Sinar Harian 37 bertajuk, Derita Orang Bandar: Punca dan
Penyelesaian, mengundang empat panel terdiri daripada Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan
Harun; Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia
(PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Khalid
Atan yang dikendalikan oleh Sayed Munawar Sayed Mustar selaku moderator.

MODERATOR: Kita akan bercakap tentang derita orang bandar. Kita sudah bercakap pasal proses
urbanisasi itu sudah lama.

Bererti, kalau kita memahami proses itu, sudah semestinya kita dapat menjangkakan perpindahan
masyarakat ke bandar, dasar-dasar ekonomi diperkenalkan, tetapi mengapa timbul derita?

Boleh saudara Khairul Azwan huraikan derita orang bandar ini?

KHAIRUL AZWAN: Berbalik kepada persoalan yang timbul, saya fikir hari ini kita akui mungkin sebelum
ini timbul masalah hasil daripada projection atau perangai yang kita buat sebelum ini tidak menepati hasil
sebenar.

Jadi untuk itu, mungkin berlaku sedikit kelemahan apabila kita membuat anggaran ataupun jangkaan
mengenai proses urbanisasi itu sendiri. Sebab itu kita dapat lihat, mungkin kawasan yang ada di
pinggiran bandar ini sebenarnya di situlah tempat tumpuan bagi sebelum ini.

Mungkin pekerja berada di luar bandar namun lepas berlaku urbanisasi mereka berpindah ke bandar.
Tapi mereka tidak tinggal dalam bandar itu sendiri namun menetap di pinggiran bandar.

Bila menetap di pinggiran bandar ini, muncul kumpulan yang memerlukan bantuan perhatian daripada
kerajaan terutama dalam membantu mereka menangani isu-isu kehidupan semasa .

Saya lihat perkara ini mungkin berlaku sedikit kelemahan semasa kita buat projection pada waktu dahulu.

MODERATOR: Dengan kelemahan yang ada mudah bagi pembangkang memanipulasi sentimen derita
ini demi meraih sokongan politik dan kesannya bercakap soal derita bandar menjadi isu politik?

NURUL IZZAH: Pada saya isunya apa, isunya sebagai wakil rakyat di Kuala Lumpur yang mewakili 67
peratus undi popular, kita menang kerana mereka rasa ada suara yang jelas bagi melahirkan
kebimbangan mereka yang pada akhirnya adalah penyelesaian.

Apa yang saya nampak pada peringkat awal kita cari cara penyelesaian kos sara hidup yang semakin
meningkat.
Pada tahun 80-an hanya 18 peratus warga Malaysia tinggal di bandar, sekarang sudah 70 peratus. Saya
boleh maklum menjelang 2025 bakal ada 89 peratus warga Malaysia tinggal di bandar.

Isunya bagaimana kita nak pastikan gaji atau pendapatan mereka tidak terlalu rendah dan keduanya
adalah perbelanjaan kolektif melalui dasar program kerajaan dapat meringankan beban ditanggung.

MODERATOR: Saya ingin menyelami hati kelompok pekerja, melihat kepada realiti kos sara hidup di
bandar, apa yang boleh dikongsi pada peringkat ini?

MOHD KHALID: Jumlah pekerja di negara kita adalah 14.2 juta hingga 14.5 juta. 40 peratus daripada
jumlah itu berpendapatan kurang daripada RM3,000. jadi, berapa juta?

Saya rasa dalam konteks ini kerajaan perlulah memberi fokus terutamanya mereka yang tinggal di
kawasan urban.

Sebagi contoh, gaji RM3,000 jika dia tinggal di daerah kecil, ia sudah mencukupi, namun dengan gaji
yang sama tinggal di Kuala Lumpur dia tidak akan boleh teruskan kehidupan.

Kerajaan harus praktikal dalam memberi fokus dan mengkaji bagaimana boleh memperbaiki sistem
penggajian negara kita.

Saya nak imbas sekali, pada awal perbincangan gaji minima pada tahun 2012, Bank Dunia telah
membuat pengkajian bahawa penggajian di negara kita dalam jangka masa 10 hingga 15 tahun sebelum
itu mendapati anjakan gaji hanya 2.6 peratus sahaja. Ini paling rendah.

Tiada negara pun yang kenaikan gaji 2 peratus. Sedangkan produktiviti pekerja 6.7 peratus. Itu pun
majikan kata pekerja tidak produktif.

Masalah kos sara hidup bukan fenomena baharu. Kita sering kali cakap. Masa kita berunding untuk gaji
minima yang pertama, indeks garisan kemiskinan (PLI) di Semenanjung 720, 760 di Sarawak dan 780 di
Sabah. Gaji minima RM900. Tolak KWSP RM100, maknanya kita masih miskin.

Kalau hari ini RM1,000, ditolak dengan caruman KWSP RM110, Socso RM10, GST enam peratus, dia
masih miskin. Takkan kita tak dapat nak kira sendiri? Kita boleh nampak di situ. Janganlah kita kata
jangan beli barang ada GST.

Macam mana kita tahu jika barang itu dikenakan GST atau tidak. Kita dengar di televisyen dan baca surat
khabar, orang pandai cakap, ayam naik jangan makan ayam, bas mahal jangan naik bas, ini apa punya
cakap?

Saya rasa ini tak relevan apatah lagi ia datangnya daripada menteri. Tol naik jangan lalu jalan tol, buat la
jalan baru untuk kita (rakyat) lalu.
Kerajaan tidak mahu tanggung dan lepaskan kepada rakyat. Last sekali pekerja diminta berjimat.
Sebelum kita masuk tahun milenium, saya ada baca satu artikel yang ditulis seorang pakar ekonomi
negara.

Saya terperanjat bila saya baca dia kata simpanan caruman pencarum di KWSP susut nilai 40 peratus.
Saya tidak percaya. Adakah ianya betul. Tapi bila melihat sekarang, ia betul.

MODERATOR: Boleh kita kongsi spektrum faktor-faktor mengapa gaji di negara ini tidak naik?

NADZIM JOHAN: Kita setuju dengan gaji tak naik, agak rendah luar biasa. Kehidupan hari ini
memerlukan begitu banyak banyak perbelanjaan.

Kita tengok skop yang lebih besar, hari ini. Hari ini kita tidak menerima hakikat, berterusan menipu diri
kita.

Kita maknanya semua termasuklah yang memerintah dan berjawatan. Saya suka berikan contoh ini
kerana kita tidak melakukan apa-apa pun.

Nombor satu adalah gaji polis atau penguat kuasa, baru mula bekerja lebih kurang RM1,200 hidup di
Kuala Lumpur.

Siapa yang boleh hidup dalam keadaan yang boleh hidup, miskin bandar dan derita. Gaji sudah tentu
tidak cukup tetapi bagi kuasa. Kuasa menangkap, menahan.

Saya biasa bercakap perkara ini dengan PM sendiri, tunggu lepas GST akan naik (gaji). Hakikat hari ini
berapa orang bergaji RM4,000. Kalau pelajar luar, pendapatan hanya RM2,000 kalau diploma. Berapa
lama hendak derita dan kita wujud keadaan tidak munasabah. Kita perlu kaji balik.

MODERATOR: Apakah punca timbul derita bandar ini?

KHAIRUL AZWAN: Pertama adalah disebabkan oleh pendapatan kita yang tidak bergerak. Kedua, kos
barang meningkat terutama di kawasan bandar dan pinggiran bandar.

MODERATOR: Jadi puncanya apa?

KHAIRUL AZWAN: Puncanya kalau saya nak kaitkan sikit untuk buat perbandingan adalah kos buruh.

Kalau kita bandingkan sekarang purata kos buruh hari ini kalau syarikat bayar gaji pekerja mereka
berbanding tahun 1971, hari ini berada pada kadar 34.3 peratus. Pada 1971 kadar 33.8 peratus.

Pergerakan begitu sedikit, kalau kita bandingkan, Malaysia ini antara negara yang terkebelakang dalam
konteks kita membayar pekerja kita. Ini termasuk semualah kerajaan mahupun swasta. Norway bayar
lebih 50 peratus, Thailand dan Singapura hampir 50 peratus.

Jadi saya fikir dengan gabungan iaitu resipi gaji yang tidak bergerak ini, dan juga dengan isu kos sara
hidup yang masih belum ditangani ini, saya kira sudah tiba saat dan ketika kalau wujud sudah High Level
Commitee(HLC), mesti ada kesungguhan untuk kita tangani isu sebenar iaitu kenapa kos buruh ini tidak
bergerak. Kenapa tidak hari ini ada satu mekanisme baru.

Saya fikir kalau kita masih belum dapat menangani perkara ini, MTUC juga berhadapan perkara sama.
Kalau semuanya di pihak kerajaan namun swasta tak bersungguh, ianya tak berkesan.

Saya fikir tiba waktu untuk kita lihat kembali kenapa dari tahun 1971 hingga kini pergerakannya hanya
satu peratus sahaja iaitu dalam konteks pembayaran gaji pekerja. Jadi sampai bila? So today I think
dengan gabungan MTUC dan pihak kerajaan serta ahli politik, kita perjuangkan bersama.

MODERATOR: Yang kita tidak ada di atas pentas ini adalah ahli ekonomi yang boleh mencatur dan
membincangkan apa kala kita bersetuju untuk menaikkan gaji minimum mungkin akan ada implikasinya
kerana kenaikan gaji perlu selaras dengan kenaikan produktiviti. Pada peringkat ini adakah bersetuju
dengan saudara Khairul Azwan?

NURUL IZZAH: Saya sebenarnya memang nak sebut mengenai seorang pakar ekonomi kerana dalam
mana-mana dasar sama ada ahli politik bawakan dan kita bincangkan dalam parlimen kita harus merujuk
kepada kaji selidik yang membantu.

Pada 2013 dan 2014 sudah dibangkitkan isu kemiskinan bandar. Orang miskin bandar ini lebih terdedah
kepada risiko seperti jenayah dan inflasinya.

Kalau dilihat pada pasca GST, kita dijanjikan selepas dilaksanakan, lapan barang daripada 12 barangan
akan turun. 12 barangan utama yang dipantau melalui indeks harga pengguna (CPI) semua naik.

Pada saya apakah dasar program itu dapat kita selesaikan maka masa kita nak kenal pasti secara
struktural apakah dasar program itu dapat kita selesaikan. Pada saya sudah terang lagi bersuluh GST ini
cukai membawa beban bertindan kepada rakyat.

Keduanya adalah isu keutamaan kita, kita sebuah negara yang sentiasa mengambil kira perkembangan
semasa Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan, apa keutamaan kita pada waktu itu adalah merapatkan
jurang dan nak pastikan tidak ada identifikasi antara kaum dengan kerja.

Pada saya bila masa kita perkenalkan dasar, kita perlu ambil kira bagaimana nak kurangkan jurang
pendapatan.
KISAH derita orang bandar sering didengari dalam media, terutama tentang tekanan kos sara hidup yang
terlalu tinggi di bandar.

Hanya dengan gaji RM3,000 sahaja tidak menjamin masa depan cerah bagi mana-mana individu apatah
lagi bagi sesebuah keluarga.

Bantuan kerajaan sahaja tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup dibandar yang meliputi
bebanan harga minyak, tol, rumah dan kos harga barang yang tinggi.

Ikuti kupasan bernas dari ahli-ahli panel Wacana Sinar Harian siri ke-37 petang ini yang akan
membincangkan topik ini khususnya dalam mencari punca masalah ini berlaku dan cara mengatasinya.

Antara ahli panel tersebut adalah Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun; Naib Presiden PKR,
Nurul Izzah Anwar; Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC), Khalid Atan dan Ketua Aktivis
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Manakala moderator yang akan kendalikan program ini adalah Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar.

Ikuti laporan siaran langsung wacana Derita Orang Bandar: Punca & Penyelesaian:

3.00 pm - Ahli panel wacana telah masuk ke dalam Auditorium Kumpulan Media Karangkraf.

3.03 pm - Wacana Sinar Harian bertajuk Derita Orang Bandar: Punca & Penyelesaian bermula sekarang.

3.05 pm- Moderator: Proses urbanisasi tidak dapat dielakkan. Apabila bercakap tentang kemiskinan,
terkait dengan kemiskinan bandar.

3.08 pm - RM4,000 pendapatan isi rumah masih tergolong dalam miskin bandar. Kita akan bercakap
tentang derita orang bandar. Apa punca dan cari solusinya dalam sejam ini. Berikan kepada Azwan Bro
dulu untuk huraikan.

3.11 pm - Azwan: Kerja di bandar tapi tinggal di pinggiran bandar. Mungkin berlaku sedikit kelemahan
ketika kita buat anggaran.

3.12 pm - Moderator: Bolehkah saya katakan bahawa jatuhnya populariti BN di bandar kerana BN gagal
fahami derita orang bandar?

3.14 pm - Azwan: Saya rasa tiada perkara yang kami tidak lakukan. Terdahulu pun kami ambil tahu. Tapi
sekarang mungkin kerana kekangan yang wujud sebabkan mereka lihat apa yang dibawa BN tidak dapat
selesaikan isu yang dihadapi. Tapi kita ada penyelesaian.

3.16 pm - Moderator: Kegagalan BN menjiwai penderitaan masyarakat bandar, adakah pembangkang


mudah rai sokongan politik?
3.17 pm - Izzah: Bila pembangkang bawa RM4,000 sasaran itu kita mahu supaya warga kota dapat
kedudukan selesa. Pada 2014 Anwar Ibrahim bawa angka ini.

3.20 pm - Kos hidup 1980-an hanya 18 peratus bagi warga bandar tapi sekarang mencapai 70 peratus
menjelang 2025. Kita nak pasti gaji tak rendah, perbelanjaan kerajaan kompetitif.

3. 21 pm- Khalid: Malaysia adalah negara yang memberikan gaji pekerja paling rendah. Bank Dunia
dalam kajiannya mendapati kadar penggajian hanya 2.6 peratus. Produktiviti negara 6.2 peratus, lebih
dua kali ganda dari kadar peratusan penggajian pekerja.

3.25 pm - Moderator: Kehidupan bandar kini serba serbi berada dalam tekanan. Kita ingin mengetahui
punca dan penyelesaian.

3.26 pm - Nadzim: Gaji naik rendah luar biasa. Kita semua ini diri sendiri contohnya, gaji penguat kuasa
mula bekerja RM1200 duduk di Kuala Lumpur. Siapa boleh hidup di KL dengan gaji itu, gaji tidak cukup,
itu yang saya sebab saya sudah jumpa PM kata gaji naik lepas GST, tetapi sekarang tidak tahulah.

3.28 pm - Bila saya tanya menteri duit tak cukup, tetapi dengan keadaan sekarang makin 'kelam kabut'
sebab duit kopi. Kerana penguatkuasa cari duit lebih dan sekarang itulah masalahnya.

3.29 pm - Moderator: Mohon huraikan derita orang bandar.

3.31 pm- Khalid: Negara kita mempunyai 14.2 juta hingga 15 juta jumlah pekerja dan 42 peratus
daripadanya adalah mereka yang bergaji kurang daripada RM3,000.

3.32 pm - Moderator: Apa perbezaan miskin bandar dan luar bandar? Punca miskin bandar wujud?\

3.33 pm - Nadzim: Perlu ada bengkel ubah mentaliti, sebab kalau PM bagi banglo pun kita tidak akan
puas hati, ada yang hendak dua buah banglo. Jadi apa yang pentingnya sekarang ialah kita perlu ubah
pemikiran rakyat, kerajaan juga perlu memberi kesedaran itu.

3.34 pm - Moderator: Pada awal saya sebut tentang kelemahan dlm laksana dasar. Boleh saya tanya,
apa punca jadi derita bandar ini?

3.36 pm - Azwan: Pendapatan tak bergerak, kos barang meningkat terutama bandar dan pinggiran
bandar. Purata kos buruh kalau banding 1971 dengan sekarang pergerakan sangat sedikit.

3.37 pm - Isu gaji tak bergerak dengan isu-isu kos sara hidup yang tidak ditangani ini, mesti ada
kesungguhan untuk tangani isu sebenar. Kenapa kos buruh ini tidak bergerak?

3.38 pm - Izzah: Isu GST adalah cukai bawa beban bertindan. Pengambilan pekerja asing merencatkan
pengambilan kerja warga tempatan.

3.39 pm - BR1M betul membantu rakyat, tapi kena ada dasar lain menyelesaikan masalah kos sara
hidup. Kita dapati 35 peratus warga bandar pendapatannya RM4,000 dan selebihnya bawah RM4,000
dan ramai akan jatuh ke dalam garis kemiskinan.

3.40 pm - Moderator: Mengapa Datuk Nadzim berkerut dahi?

3. 43 pm - Nadzim: Runsing dibuatnya saya, saya lihat jati diri, apa yang saya lihat ialah kurang perihal
perubahan jati diri.

3. 44 pm - Satu kes nyamuk denggi, kita lihat adakah kita dapat selesaikan, sehingga PM, TPM yang
kena selesaikan isu ini. Yang itu pun kita tak dapat selesaikan, macam mana.

3.45 pm - Mentaliti kita teruk, kalau kita ubah mentaliti baru ada perubahan. Kalau gaji RM5 ribu, dan
RM10 ribu pun tak cukup jugak, sebab apa yang perlu kita ubah ialah mentaliti.

3.46 pm - Moderator : Saudara Azwan mahu mencelah tadi. Silakan.

3.47 pm - Azwan: Cuma saya nak tambah sedikit tentang 'structure adjustment' perlu dibuat yang disebut
YB Izzah. Kena buat cepat. Kalau lewat akan timbulkan rungutan di bawah. Jadi saya setuju dengan
kenyataan itu.

3.48 pm - Masalah kita kenapa harga barang di bandar dan kawasan bandar naik mendadak? Kita bukan
nak salahkan siapa-siapa, pada masa sama harga minyak jatuh, kadar tukaran asing juga jatuh. Ada
yang kata GST sebabkan harga barang naik. Saya tak nafikan itu. Ada benarnya.

3.51 pm - Moderator: Apa faktor derita orang bandar sekarang?

3.52 pm - Khalid: Faktor gaji rendah adalah kerana lambakan pekerja asing. Pekerja asing buat kerja
berbelas jam sehari dan sanggup dibayar murah.

3.53 pm - Individu yang dapat EPF menjelang 55 tahun hanya akan memperoleh RM 55, 000. Jika tolak
susut nilai, mereka hanya akan memperoleh RM 30,000. Caruman mereka rendah kerana gaji mereka
rendah. Bila gaji rendah, caruman pun rendah.

3.54 pm - Moderator: Kalau nak harap perubahan stuktrural tunggu selepas PRU lah Datuk?

3.54 pm- Nadzim: Masalahnya begini bila saya sebelah pengguna kerajaan marah, kalau sebelah
kerajaan pengguna marah. Kita wujudkan masyarakat yang 'ambil peluang' habis-habisan.

3.55 pm - Penguatkuasaan kita lemah, sebab semua orang ambil kesempatan. Sehinggakan along pun
kenakan kenakan GST.

3. 58 pm- Penguatkuasaan pun lemah, ini semua salah, pengguna juga amat lemah sebab 'semua
sebab kerajaan'.
4.00 pm - Moderator: Kalau dengan pendapatan petroleum ditambah dengan GST.

4.03 pm- Azwan: Kebetulan mungkin ketika harga minyak jatuh, GST itu dilihat punca

4.04 pm - Ketirisan perlu ditangani segera. Saya setuju kata-kata MTUC. Ramai sangat pekerja asing
masuk. Kerajaan kena hentikan ambil pekerja asing masuk.

4.05 pm - 800 hari lagi nak menderita ini seperti yang tuan Sayed sebut, kita kena cari punca penyebab
kenaikan harga. Saya setuju kenaikan kos sara hidup sebab masalah penguatkuasaan.

4.06 pm - GST cukai ini selamatkan kerajaan tahun ini, Kita dah bantah dulu, sekarang ini pelaksanaan
banyak lemah.

4.06 pm - Kelemahannya, kita ada Kastam kutip cukai, dijanjikan 14 hari bayar semula kepada peniaga,
menjelang Julai, 41 peratus saja yang dapat bayaran.

4.07 pm - Kerajaan tak sedia jangan laksana. Menjelang 2020 akan naik kepada 10 peratus untuk
imbangi defisit negara. Pekerja akan diberhentikan.

4.10pm - Moderator: Perjuangan Umno, 30 tahun tapi di mana kekayaan rakyat?

4.12 pm - Azwan: Perjuangan BN banyak testimoni. Saya tak nafikan sumbangan parti politik lain. Ketara
daripada kepimpinan terdahulu pun. Saya minta jawab waktu lain. Kalau saya cerita tentang sumbangan
Umno akan panjang.

4. 23 pm - Soalan: Apa yang ahli politik buat untuk penyelesaian jangka pendek?

4.24 pm - Azwan: Pemuda Umno dah jelas nyatakan ketegasan pada PM bahawa tiada lagi kenaikan tol
atau apa-apa pun. Tiada lagi.

4.25 pm - Soalan: Pembangkang disaran gunakan buku jingga jika Pakatan Harapan rampas negara.

4.26 pm - Izzah: Kena rujuk kepada dasar terkini iaitu belanjawan Pakatan Harapan iaitu dasar GST
kurangkan kepada 0 peratus. Kena ada imbuhan lain bagi menggantikan GST iaitu cukai keuntungan
modal khususnya keuntungan daripada saham

4.30 pm - Soalan: Kaji selidik mendapati lebih 15 peratus warga Kg Kerinchi adalah lulusan SPM bagi
anak dan ibu bapa. Apa jenis kerja boleh buat?

4.31 pm - Izzah: Di Kg Kerinchi gambaran Malaysia keseluruhan, hampir 80 peratus warga kerja hanya
berpendidikan SPM saja. Akhir tahap lepasan SPM, kalau lepas tingkatan 3 nak jana gaji tersasar.

4.34 pm - Saya bimbang krisis pendidikan kerana pada 2013 anak darjah 5 kalah dengan anak Vietnam
peringkat Pisa.
4.36 pm - Soalan : Sampai bila nak kutip tol? Yang bayar rakyat bukan kerajaan.

4.37 pm - Azwan: Saya satu-satunya tahun 2014, saya bersuara paling vokal berseorang ketika itu
alhamdulillah tak naik. Tapi lepas itu naiklah. Jadi pada PAU lalu, YB KJ nyatakan ketegasan.

4.38 pm - Moderator: Adakah setuju dedah perjanjian konsesi?

4.39 pm - Azwan: Menteri kewangan sahaja yang tahu kot. Jadi, kena tanyalah bekas-bekas menteri
kewangan itu.

4.40 pm - Soalan: Datuk bagaimana hendak menyelesaikan masalah ekonomi yang berlaku kini?

4.41 pm - Nadzim: Kita terperangkap, kita tidak lihat hati kita cuba guna pendekatan itu untuk ubah.

4.42 pm - Kita berpolitik untuk kebaikan, kita kena lihat arah tuju untuk lebih bantu sekeliling kita, bukan
nak angkat bakul. Kita di PPIM kita bantu semua perkara, tidak kira Cina atau India, Melayu.

4.48 pm - Soalan: Derita Orang Bandar di Sunway kerana kesesakan.

4.49 pm - Izzah: Ia kait dengan kualiti hidup, masa bersama keluarga dan di rumah tertekan, kena
banding dengan negara maju di Jepun.

4.50 pm - Perjanjian akan datang segala perjanjian bukan didedahkan tapi kadar keuntungan yang
konsesi dapat didedahkan.

4.51 pm - Pastikan gaji minima RM1,500,tiada lagi polisi pekerja asing, Hazman bro kena cakap dengan
kabinet macam ini. Harus ada sikap tegas, bila bincang tanpa penyelesaian, masalah terus menjadi-jadi.

4.53 pm - Soalan: Adakah Datuk Nadzim menderita?

4.53 pm - Nadzim: Kalau kita hendak cuba buat sesuatu minta majikan ini pekerja sebagai 'family'.
Contohnya wujudkan 'hostel' di sesuatu tempat bekerja.

4.54 pm - Pekerja tidak perlu balik, sekiranya mereka tinggal jauh. Ini juga menjejaskan produktiviti. Kita
kena mengatur, kalau kita atur sebaik mungkin insyaALLAH ia akan menjadi yang terbaik.

4.55 pm - Wacana Sinar Harian siri ke-37 telah berakhir.

Anda mungkin juga menyukai