Anda di halaman 1dari 5

Bismillah Hirrahmanirrahim….

Alhamdulillahhirabbilalamin…
Rabbissrahli Sadriwayassirli Amri Wahlull Uq Datam Millisaani Yaf Qohu Qauli…

Sayang selasih berisi minyak,
Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Mengumumkan, ketibaan Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Sains Muar, Yang
berbahagia Penceramah Kita Pada Kali ini. Juga Yang dihormati YDP PIBG SMK Sains
Muar.

Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal BismilLah pembuka bicara.
Dari Raub pergi ke Pontian,
Terus pula ke Kuala Perlis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan Majlis.
Yang Berusaha __________________, Pengetua SMK Sains Muar.
Yang berbahagia, Al-Fadhil Ustaz __________________ selaku tuan penceramah kita pada
hari ini.
Yang berbahagia, YDP PIBG, __________________ .
Yang dihormati, __________________, Penolong Kanan SMK Sains Muar.
Yang dihormati __________________, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Yang dihormati, __________________, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Sains Muar.
Yang dihormati, __________________, Penolong Kanan Pra-Universiti.
Yang dihormati, __________________, Penolong Kanan Pendidikan Khas.
Barisan Guru Kanan Bidang Matapelajaran,
__________________, Penyelaras Program,
Rakan-rakan Guru, Staf-staf sokongan, Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Serta semua pelajar
SMK Sains Muar Yang dirahmati Allah sekalian.

Assalamualaikum w.b.t.

Sarung ketupat berisi inti,
Dibawa budak sambil berlari,
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga Majlis bertambah seri.

Bunga mawar cantik tersemat,


Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Zikir Munajat Pembersih jiwa… Doa dipohon menjana taqwa…


Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, majlis
menjemput Al-Fadhil USTAZ __________________ untuk memimpin bacaan asmaul husna,
zikir munajat dan seterusnya membacakan doa. Dipersilakan.
Aamiin, ya robbal ‘aalamin…
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada __________________ atas pimpinan
bacaan asmaul husna, zikir munajat dan bacaan doa itu tadi.

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS

Hari ini bertarikh __________________ kita berhimpun bagi tujuan sambutan Maulidurrasul
peringkat SMK Sains Muar bagi tahun 2020 Masihi bersamaan 1441 Hijriah. Majlis
untuk mengenang jasa dan pengorbanan Nabi Muhammad s.a.w. Tema pada tahun ini
adalah __________________
Boleh juga diselitkan beberapa info berkenaan maulidurrasul dan sebagainya.
Semoga usaha kita ini mendapat kebaikan dan keberkatan daripada Allah s.w.t.
InsyaAllah.

Hadirin dan hadirat yang di Rahmati Allah sekalian,
Marilah kita bersama-sama untuk menghayati BACAAN AYAT SUCI ALQURAN yang
akan disampaikan oleh Saudara __________________ . Ayat suci al-Quran yang akan
diperdengarkan daripada surah __________________ bermula ayat _______ hingga ayat
_______ atau surah apa.
Indahnya ayat al-Quran yang telah diperdengarkan tadi. Setinggi penghargaan kepada
saudara _________ atas komitmen bacaan al-Quran itu tadi.

UCAPAN PENGETUA
Majlis diteruskan dengan ucapan dan amanat daripada __________________, Pengetua
SMK Sains Muar. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Ucapan Pengetua

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada tuan pengetua atas ucapan dan
amanat. Di harapkan segala yang disampaikan dapat kita ambil pengajarannya.
BERZANJI, MARHABAN SERTA SELAWAT
CERAMAH
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,
Tak berkat ilmu tanpa amalnya,
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.

Berkat rimbunnya si pokok jati,


Tempat burung selalu bertemu,
Sekali hidup biarlah bererti,
Isikan akal dengan ilmu
PESANAN: Semua hadirin sediakan buku catatan untuk mencatat ilmu yang akan
disampaikan. Akan ada kuiz spontan di akhir ceramah nanti.

Sedikit latar belakang tuan penceramah.


Masa yang ditunggu sudah tiba. Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, pagi
ini akan diteruskan dengan ceramah maulidur rasul yang bertemakan
“______________________________’’ yang akan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz
__________________.
Majlis dengan ta’zimnya mempersilakan.

Ceramah.

Terima kasih diucapkan kepada __________________ atas ceramah yang telah


disampaikan sebentar tadi. InsyaAllah segala ilmu yang telah disampaikan dapat sama-
sama kita amal dan sampaikan kepada orang lain.

Bintang-bintang terbit pagi,


Di selaput oleh awan putih,
Tuan sudi datang kemari,
Salam dihulur penuh kasih.

PENYAMPAIAN HADIAH & CENDERAHATI


Hadirin dan hadirat sekalian,Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian
cenderahati. Untuk menyempurnakan upacara tersebut, Majlis dengan ini ingin
menjemput dan mempersilakan __________________ (Penolong Kanan 1), untuk
mengiringi __________________ (Pengetua), dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha __________________ (Pengetua) di atas
kesudian menyampaikan cenderahati sebentar tadi.
Seterusnya, penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan (nasyid, hakim
pertandingan dan lain-lain).
Majlis menjemput dan mempersilakan Tuan Pengetua untuk mengiringi YDP PIBG
__________________ , untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Terima kasih, syukran jazilan yang berbahagia ustaz atas kesudian bertandang ke SMK
Sains Muar.

PENUTUP

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,


Tuan puteri tersenyum-senyum,
Melihat mempelai direnjis dipilis,
Senyum-senyum jangan tak senyum,
Sudah kita di penghujung Majlis.
Saya mewakili Majlis, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih
kepadasemua pihak yang terlibat di dalam menjayakan Majlis kita pada hari ini samada
secara langsung mahupun tidak.
Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya. Dan tiada untaian kata yang
mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur danucapan terima kasih yang tulus
ikhlas buat semua, atas kesudian hadir memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul
peringkat SMK Sains Muar.
Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang mengacarakan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa,
Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.
Sebelum itu, diminta tetamu VIP bersama-sama barisan pentadbir dan juga YDP PIBG
dan AJK (jika ada) untuk bergambar dihadapan sebagai tanda kenang-kenangan.
Dijemput kepada semua tetamu VIP untuk menikmati jamuan hidangan di kantin
sekolah, dipersilakan.
Marilah sama-sama kita akhiri Majlis pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah
dan surah al ‘Asr.

Anda mungkin juga menyukai