Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PERASMIAN IHYA RAMADAN 1444H

Assalamualaikum kepada semua warga SMKTM


Marhaban Ya Ramadan . Ramadan Kareem

Yang Berusaha Puan Siti Najwa Binti Hashim Penolong Kanan


Hal Ehwal Murid, Guru-guru Kanan, Guru-guru serta murid-
murid yang dikasihi sekalian.

Bersyukur ke hadrat Ilahi atas kurniaanNYA yang tidak pernah


putus hingga hari ini. Ramadan Al-Mubarak tiba lagi. Satu-
satunya bulan yang dinanti oleh setiap orang mukmin kerana
ianya sangat istimewa . Bulan Ramadan ini kita sambut
kedatangannya dengan minda dan hati yang terbuka.

Ramadan kembali lagi dengan janji-janji kebaikan dan harapan


daripada Allah S.W.T kepada para hamba-Nya yang sentiasa
menunggu kehadiran bulan mulia ini yang penuh keberkatan
dan kemuliaan ini. Tiada siapa dapat menolak. Ini jelas dari
maksud sabda Rasulullah SAW

‘Dialah (bulan Ramadan)bulan kesabaran dan


pengajaran.Ganjaran kesabaran adalah Syurga. Di awalnya
Rahmat ,di tengahnya pengampunan dan di akhirnya
pengampunan dari api neraka’.

Justeru, pihak Panitia Pendidikan Islam tidak mahu mensia-


siakan peluang ini di mana mereka telah menyusun pelbagai
program khusus untuk warga SMKTM yang beragama Islam.
Antara program yang disusun sempena Ihya Ramadan 1444H
ialah Tadarus Al Quran ,Tazkirah Ramadan dan lain lain lagi.

Jadi ,sebagai warga sekolah yang sentiasa beristiqomah untuk


mempraktikkan amalan daripada ayat-ayat Al Quran yang
dibaca , maka marilah kita bersama-sama menjayakannya
dengan hati yang terbuka .

Harapan saya ,selepas terlaksananya program-program ini


nanti , dapatlah kita membentuk sikap-sikap yang lebih positif
dalam diri. Ini adalah sebulan Ramadan seumpama kita
mendaftar sebuah madrasah yang mengajar dan mendidik
kita ,dan hasilnya bulan-bulan selepasnya. Istiqomah amalan
baik walaupun kecil,itu sangat penting kerana ianya akan
memberi impak dan perubahan pada emosi , rohani dan intelek
(cara fikir seorang mukmin)

Sebelum saya akhiri ucapan saya, saya ingin membaca pantun


4 kerat

Manisnya kurma kita hidangkan


Elok dikongsi bersama-sama
Ramadan Mubarak kita semarakkan
Jiwa tenang minda bahagia

Dengan lafaz Bismillahirahmanirahhim, saya merasmikan


Sambutan Ihya Ramadan
Peringkat SMKTM bagi tahun 2023M bersamaan 144H

Wabillahitaufik wal hidayah wasalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai