Anda di halaman 1dari 11

ISI KANDUNGAN

BIL

PERKARA

MUKA SURAT

1. PENGENALAN KARYA AGUNG

2. IDEALISME DAN FALSAFAH DALAM KARYA AGUNG

3. NILAI HIDUP ORANG MELAYU DALAM KARYA AGUNG

3.1.

Budi Bahasa

3.2.

Budi Pekerti

3.3.

Budi Bicara

3.4.

Hati Budi

3.5.

Akal Budi

4. ILMU DALAM KARYA AGUNG

4.1.

Ilmu Firasat

4.2.

Ilmu Pengasih

4.3.

Ilmu Pendukunan

4.4.

Ilmu Jampi

RUJUKAN

10

1. Pengenalan

Salah satu bukti atau bahan yang boleh dijadikan rujukan terhadap sesuatu bangsa ialah
karyanya. Hal ini demikian kerana sebuah karya adalah cerminan bangsa yang menjadi
latar dalam karya tersebut pada waktu karya itu dihasilkan. Sebuah karya adalah seperti
rakaman yang mencatatkan perihal masyarakat dan perlakuannya. Karya yang ketika
dihasilkan mungkin hanya bertujuan sebagai hiburan atau sebagai hobi untuk mengisi
masa lapang, tidak mustahil akan menjadi rujukan pada masa hadapan. Hal ini
demikian kerana, apabila sesebuah masyarakat itu tidak lagi wujud, hanya karya yang
menjadi tinggalan sebagai bukti kewujudan mereka serta aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh
mereka. Lazimnya, sesebuah karya akan merakam kehidupan sesebuah masyarakat
walaupun tidak secara khusus tetapi cukup untuk mengidentitikan masyarakat tersebut.
Karya-karya hebat akan bertahan dalam jangka masa yang lama sehingga boleh diteliti oleh
generasi yang akan datang selepasnya. Karya hebat seperti ini disebut sebagai karya
agung.
Karya agung merupakan karya klasik yang telah meninggalkan kesan budaya,
pemikiran, pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan dalam ingatan bersama sesuatu
bangsa. Karya agung dianggap sebagai pembentuk dan cerminan budaya masyarakat yang
menghasilkannya. Ia juga melambangkan daya cipta dan kerativiti sesuatu bangsa untuk
melambangkan identitinya yang tersendiri. Hal ini menyebabkan falsafah, pemikiran, karya
seni, budaya dan sastera yang terdapat dalam karya agung menjadi pegangan dan
panduan bagi masyarakat yang yang hidup pada zaman ini. Karya-karya agung
ini mengungkapkan pelbagai perkara termasuklah ilmu pengetahuan dalam pelbagai
bidang. Kebanyakan karya agung yang ada pada hari ini dikaji untuk diketahui isi
kandungannya dan ada di antara isi kandungan itu masih berguna sehingga hari ini dan
dipelajari. Keadaan ini membuktikan bahawa karya agung itu adalah satu hasil penulisan
yang

berkualiti

dan

ditulis

oleh

orang-orang

dalam masyarakat tersebut.

2. Idealisme dan Falsafah Dalam Karya Agung


1

yang

berilmu

pengetahuan

tinggi

Idealisme dan falsafah merupakan dua elemen sastera yang saling bertentangan.
Penggunaan kedua-dua elemen ini ke dalam sesuatu karya sastera, iaitu karya agung
khususnya amat popular dalam kalangan pengkarya-pengkarya satu ketika dahulu. Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat, idealisme bermaksud sifat melihat atau mencita-citakan
sesuatu dalam bentuk yang ideal (2010: 558). Menurut W.F Hocking pula, idealisme
merupakan

realiti

yang

terdiri

daripada

idea-idea,

fikiran-fikiran,

akal (mind) atau

jiwa (selves) dan bukanlah kekuatan atau kebendaan. Berdasarkan pendefinisian tersebut,
jelas menunjukkan bahawa idealisme memerlukan daya imaginasi yang tinggi dan kreatif
untuk menghasilkan sesuatu bentuk karya sastera.
Bagi maksud falsafah pula, ia dimaksudkan sebagai pengetahuan tentang pengertian yang
dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar kepada ilmu-ilmu yang lain
(Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010: 406). Ilmu yang dimaksudkan tersebut adalah
pengetahuan yang amat luas kepada sesuatu bentuk hakikat yang mendasari kepada
semua ilmu berkaitan dengan hal tersebut. Bagi Hashim Hj. Musa pula, falsafah disifatkan
oleh beliau sebagai kajian secara renungan dan spekulatif terhadap punca, keadaan dan
sifat seluruh pengetahuan manusia yang menjadi sari pati bagi seluruh bidang pengetahuan
manusia. Pentakrifan yang dibuat oleh tokoh Melayu ini masih lagi berkisar mengenai
cakupan keseluruhan ilmu dan bidang tentang pengetahuan manusia.
Kehidupan masyarakat Melayu sememangnya tidak terlepas daripada peraturan dan aturan
yang perlu dipatuhi berdasarkan kesepakatan masyarakat. Masyarakat Melayu sangat
mementingkan

aspek

nilai

dalam

kehidupan

untuk

menjamin

kesejahteraan

masyarakat. Nilai yang disampaikan bersifat beradab, muafakat dan penuh dengan
kesusilaan. Pemupukan nilai dalam masyarakat Melayu membolehkan seseorang itu
diterima sebahagian daripada masyarakat. Nilai sememangnya menjadi sesuatu yang dekat
dengan masyarakat Melayu. Nilai dan etika yang dipegang menjadi cerminan kepada
masyarakat Melayu dan membentuk jati diri mereka dalam interaksi dan kehidupan
bermasyarakat.

3. Nilai Hidup Orang Melayu dalam Karya Agung


2

Kehidupan masyarakat Melayu tidak boleh terlepas daripada peraturan dan disiplin. Oleh
yang demikian, mereka menerapkan unsur tersebut di dalam karya mereka. Misalnya,
mereka menekankan konsep budi dalam kehidupan mereka. Konsep budi tersebut pula
terbahagi kepada lima, iaitu budi bahasa, budi pekerti, budi bicara, hati budi dan akal budi
(Mohd Rashid Mohd Idris, 2011: 63). Penerapan unsur-unsur tersebut dapat diperhatikan
dalam contoh yang berikut:
3.1 Budi bahasa
Budi bahasa dan budi bicara yang mulia merujuk kepada pertuturan yang manis, sopan,
positif, bijaksana, bernas dan penuh pengajaran, serta memberikan sumbangan kepada
khalayak dan pendengarnya (Mohd Rashid Idris, 2011: 64). Contoh penerapan unsur ini
dalam karya agung dapat dilihat dalam contoh di bawah:
Pada masa itulah wafat Syeikh Syamsuddin al-Sumaterani iaitu pada malam Isnin 12
haribulan Rejab, pada Hijrah 1039 tahun, bahawa Syeikh itu alim pada segala ilmu tasawuf
dan beberapa kitab yang ditaklifkannya.
(Sumber: Bustan al-Salatin, 1992)
Ini menunjukkan bahawa Nuruddin adalah seorang individu yang mempunyai budi bahasa
yang tinggi. Hal ini demikian kerana walaupun beliau bertelagah dengan Syamsuddin,
beliau tetap menghormatinya sebagai seorang ulama dan manusia biasa. Ungkapan yang
dinyatakan oleh Nuruddin adalah satu pengiktirafan oleh beliau terhadap kewibawaan
ulama tersebut.

3.2 Budi Pekerti


3

Bagi gagasan budi pekerti, ia lebih terarah kepada akhlak seseorang itu. Namun demikian,
unsur kesantunan masih lagi menjadi akar kepada setiap perlakuan yang dihasilkan oleh
seseorang individu itu. Menurut Mohd Rashid Md. Idris (2011), budi pekerti adalah satu aspek
atau tingkah laku seseorang yang dinilai oleh masyarakat dari sudut baik dan buruk, atau halus
dan kasar. Kelakuan tersebut merangkumi kelakuan yang bersopan-santun, tertib dan
sebagainya. Nilai ini dapat diperhatikan dalam Syair Ken Tambuhan seperti contoh di bawah:
Jika ia dikasihi raja,
Tiadalah ia melanja-lanja,
Tiadalah menyombong pada bekerja,
Dengan taulannya bersamaan sahaja.
(Sumber: Syair Ken Tambuhan)
Dalam petikan di atas, diperlihatkan sifat raja yang mengasihi rakyat dan melayan mereka
sama rata. Hal ini demikian kerana, kebanyakan raja pada zaman dahulu kebiasaannya
mementingkan kedudukan dan memandang rendah terhadap rakyat. Oleh yang demikian,
dalam syair tersebut ditekankan sikap raja yang amat mengasihi rakyat dengan menunjukkan
budi pekerti yang baik.
3.3 Budi Bicara
Pendefinisian budi yang seterusnya pula lebih cenderung kepada unsur toleransi dan tolak
ansur dalam setiap perbuatan. Hal ini demikian kerana, kehidupan bermasyarakat yang
mementingkan nilai kerjasama bagi mewujudkan suasana yang harmoni dan aman. Dalam
karya agung Syair Ken Tambuhan dinyatakan bahawa Raden Menteri seorang suami yang
sanggup mencari buah pauh janggi keinginan isterinya yang sedang mengidam. Walaupun
hatinya berat untuk meninggalkan isterinya yang berbadan dua, namun kerana kasih dan
kasihan kepada isterinya, dia sanggup menghadapi sebarang bahaya. Justeru, sewaktu dia
meninggalkan isterinya dan istana, dia berpesan dengan pesanan seperti berikut;
Ia berkata kepada ayah dan bonda,
Puteri sekalian putera anakanda,
Jikalau ada satu bahaya anakanda,
Puteri sekalian putera anakanda.
(Naskah koleksi DBP: 133/2011)
Petikan yang dinyatakan telah mencerminkan kepada pembaca bahawa nilai budi bicara ini
amat dekat dalam kehidupan masyarakat Melayu pada ketika dahulu. Malahan nilai ini turut
diterapkan dalam kehidupan berkeluarga khususnya.
4

3.4 Hati Budi


Hati budi pula bolehlah dikaitkan dengan istilah hati yang baik atau baik hati. Untuk melahirkan
hati yang baik, seseorang itu perlu diasuh sejak kecil kerana kesucian hati akan menentukan
perlakuan yang baik, tingkah laku yang bersopan dan akan dihindari daripada segala sifat-sifat
yang negatif dan buruk. Aspek ini juga tidak lupa diterapkan dalam karya klasik Melayu.
Sebagai contoh, ia dapat dilihat dalam petikan karya Bustan al-Salatin;
kemudian dari itu maka kerajaan Sultan Hussain ibn Sultan Alaudin yang bergelar Sultan Ali
Riayat Syah, pada hari ahad, sehari bualn Safar. Ialah sangat halm perangainya dan pengasih
akan segala rakyatnya akan segala ulama, syfakat akan segala fakir dan miskin.
(Sumber: Bustan al-Salatin (selenggaraan) Siti Hawa Hj Salleh, 1992)
Petikan di atas menggambarkan seorang raja yang yang mempunyai hati budi yang baik yang
mana beliau sangat mengasihi rakyat jelatanya walaupun beliau terdiri daripada golongan raja.
Beliau sanggup menderma kepada rakyat yang memerlukan. Beliau amat mengasihi rakyat
jelata sehinggakan segala kesusahan rakyat diambil tahu.
3.5 Akal Budi
Pertimbangan akal sangat diperlukan dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian, melalui
pertimbangan akal budi yang mementingkan kewarasan fikiran ini akan menentukan sikap
seseorang itu sama ada mampu untuk bertanggungjawab dengan setiap perkara yang
dilakukannya ataupun tidak. Kebiasaannya dalam masyarakat dahulu nilai ini sangat
dipentingkan supaya seseorang individu itu mampu untuk mengurus diri, keluarga dan juga
masyarakat. Nilai ini ada diselitkan dalam karya agung yang terdahulu. Contohnya dalam
petikan yang berikut:
Namanya Raden Puspa Kencana,
Lakunya bijak laksana,
Akal bicaranya amat sempurna,
Sifatnya lengkap hamba laksana
(Sumber: Syair Ken Tambuhan, 2002: 5)
Pengarang menerangkan dalam syair tersebut berkaitan watak Raden Puspa Kencana yang
sangat bijak dan cerdik. Hal ini terbukti apabila penyair menyatakan bahawa tidak ada seorang
yang dapat mengalahkan beliau jika diajak untuk lawan berdebat. Nilai ini diselitkan dalam syair

tersebut supaya mereka mencontohi sikap Raden Puspa Kencana yang bijak bagi mengelakkan
diri daripada ditindas oleh orang lain.
4.Ilmu Dalam Karya Agung
4.1 Ilmu Firasat
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ilmu firasat ialah pengetahuan mengenai tanda-tanda
pada muka iaitu anggota badan dan lain-lain untuk mengetahui kelakuan atau nasib orang.
Dalam dunia Melayu, pelbagai ilmu firasat yang cuba diketengahkan oleh masyarakat dahulu.
Contohnya, jika burung hantu berbunyi, itu tandanya ada kematian pada waktu yang terdekat.
Masyarakat Melayu menjadikan perkara-perkara sebegini sebagai satu sandaran ataupun
petanda dalam hidup mereka. Tambahan pula, kebanyakan petanda-petanda ini sering menjadi
kenyataan. Keadaan inilah yang menjadikan kepercayaan mereka terhadap ilmu firasat ini
menjadi semakin kuat walaupun adakalanya itu hanyalah satu kebetulan. Ilmu firasat ini boleh
dilihat dengan jelas dalam karya-karya agung antaranya dalam Hikayat Hang Tuah:
Contohnya seperti:
Maka pada malam itu Hang Mahmud bermimpi bulan turun dari langit; maka cahayanya penuh
di atas kepala Hang Tuah. Hang Mahmud pun terkejut lalu bangun daripada tidur, lalu diribanya
anaknya Hang Tuah dan diangkatnya, maka diciumnya seluruh tubuh.
(Hikayat Hang Tuah : 23)
Hang Mahmud telah bermimpi tentang bulan yang turun dari langit dan cahaya bulan tersebut
telah mengenai Hang Tuah. Melalui peristiwa tersebut, Hang Mahmud berpendapat bahawa
sesuatu akan berlaku kepada Hang Tuah. Antara contoh lain yang boleh diperolehi adalah
seperti berikut:
Apa juga dipakainya maka tiada lut kuparang? Tetapi pada firasatku sebab kerisnya inilah
maka ia tiada dapat ditentang lawan dan tiada lut kuparang tubuhnya ini. Jikalau demikian, apa
jua kehendaknya? Baiklah kuperdayakan.
(Hikayat Hang Tuah : 155)
Menerusi peristiwa yang berlaku tentang rahsia Keris Taming Sari. Hang Tuah berfirasat
bahawa jika seseorang itu mempunyai keris Taming Sari, badannya tidak akan lut jika ditikam.
Dengan menggunakan kebijaksanaannya, Hang Tuah telah berjaya merampas keris tersebut
dari tangan Taming Sari. Dengan itu, dapat dikatakan bahawa, untuk memperoleh keris Taming
Sari tersebut. Firasat awal Hang Tuah tentang keris tersebut sememangnya betul, kerana

sepanjang beliau menggunakan keris tersebut, beliau tidak pernah tercedera dalam
pertarungan.
4.2 Ilmu Pengasih
Ilmu pengasih secara umumnya ialah salah satu cara yang digunakan untuk menambat hati
seseorang yang kita suka terutamanya kepada golongan wanita. Namun demikian, ilmu ini
boleh digunakan oleh golongan lelaki mahupun perempuan asalkan kena pada caranya.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pula ilmu pengasih ialah pengetahuan tentang jampi,
azimat, atau guna-guna untuk mendatangkan atau membangkitkan rasa kasih terhadap individu
yang dikehendaki.
Ilmu pengasih dibuat dalam berbagai jenis, kaedah serta nama. Contohnya minyak dagu,
pengasih purnama, pengasih arjuna, pengasih jiwa dan banyak lagi. Ilmu pengasih boleh
dilakukan dengan menggunakan minyak pengasih yang diperbuat daripada bahan tertentu,
makanan dan minuman, minyak wangi, tenungan mata, hikmah suara, hikmah seri wajah dan
sebagainya.
Contohnya dalam Hikayat Hang Tuah:
Demi berpalit gunanya itu maka Tun Teja pun terkejut seperti disentap orang kakinya. Maka Tun
Teja pun bangun, seraya berkata, Rindunya aku akan Mak Inang Janganlah inangda
takut. Mana Tun Tuah itu sekarang?
(Hikayat Hang Tuah: 218)
Hang Tuah menngunakan tipu muslihat bagi meyakinkan Tun Teja untuk mengikutnya pulang ke
Melaka. Hang Tuah bersepakat dengan inang Tun Teja untuk mencalitkan guna-guna tersebut
pada Tun Teja yang sedang tidur. Sebaik sahaja jebat itu dicalitkan pada Tun Teja, beliau
segera bangun dari tidur dan mencari inangnya. Tun Teja menyatakan bahawa beliau teringin
untuk berjumpa dengan Hang Tuah. Ketika itulah Hang Tuah memasang jerat dengan
menyatakan bahawa beliau akan berangkat ke Melaka. Tun Teja berasa sedih untuk berpisah
dengan Hang Tuah dan menyebabkan beliau bersama-sama Hang Tuah berangkat ke Melaka
beserta semua dayang-dayang. Keadaan ini menunjukkan bahawa ilmu pengasih yang
digunakan terhadap Tun Teja telah berjaya.

4.3 Ilmu Pendukunan

Menurut Kamus Dewan menyatakan bahawa dukun merupakan orang yang mengubat orang
sakit atau memberi ubat cara kampung atau tradisional dengan membaca jampi serapah dan
sebagainya. Perdukunan pula didefinisikan sebagai sesuatu yang mengenai atau berkaitan
dengan pengubatan cara kampung atau tradisional yang berkaitan dengan ilmu dukun. Namun
ada juga yang mengatakan dukun sebagai bomoh, tabib, orang-orang pintar, ahli metafizik,
arraf (orang yang mengaku mengetahui hal-hal yang ghaib) dan kahin (sebutan bagi orang
yang mengaku mengetahui ilmu ghaib yang mengkhabarkan tentang kejadian yang akan
datang atau yang tersirat dihati), dan sebagainya.
Ahli nujum atau dukun ini biasanya akan meramal nasib seseorang menggunakan cara yang
tertentu. Sebagai contohnya dapat dilihat dalam Hikayat Hang Tuah seperti berikut :
Maka segala ahlul nujum dan sasterawan pun melihat yang di dalam nujum. Setelah sudah
dilihatnya, maka masing-masing pun menggerakkan kepalanya. Maka titah baginda, Apa
sebab kamu sekalian mengerakkan kepalamu? Maka sembah segala ahlul nujum dan
sasterawan itu, ya Tuanku Syah Alam, patik mohonkan ampun beribu-ribu ampun dan kurnia
ke bawah Duli Syah Alam; adapun patik anakanda ini terlalu amat bahagia beroleh suami anak
raja besar, dan anak cucu paduka anakanda inilah akan raja datang kepada akhir zaman, akan
menjadi raja besar. Maka duli tuanku pun hendaklah segera memberi paduka anakanda
bersuami, hendaklah paduka anakanda ini ditaruhkan pada suatu pulau yang bernama Biram
Dewa itu dengan suatu mahligai dan dayang-dayang. Di sanalah paduka anakanda bersuami
raja besar itu.
(Hikayat Hang Tuah: 5)
Berdasarkan petikan di atas, hikayat ini menceritakan perihal Tuanku Syah Alam yang
menggunakan khidmat ahli nujum bagi menilik untung nasib anak gadisnya itu iaitu Tuan Puteri
Kemala Ratna Pelinggam. Melalui tilikan para ahli nujum, mereka mendapati bahawa nasib
anak gadisnya itu adalah beroleh keuntungan pada masa akan datang melalui perkahwinannya
dengan anak raja besar. Justeru, untuk beroleh keuntungan tersebut ahli nujum menyarankan
supaya Tuan Puteri Kemala Ratna Pelinggam segera dikahwinkan dan diletakkan di sebuah
pulau yang bernama Biram Dewa dengan sebuah istana berserta dayang-dayang.

4.4 Ilmu Jampi


8

Jampi didefinisikan Kamus Dewan sebagai kata-kata tertentu yang diucapkan untuk
mendatangkan kesaktian seperti boleh menyembuhkan penyakit. Jampi juga dikenali sebagai
mantera. Mana Sikana dalam bukunya sastera Melayu klasik menghuraikan jampi serapah
bukan sekadar penglahiran perasaan seperti puisi tetapi mempunyai hubungan dengan
kejiwaan dan sistemkepercayaan. Ilmu jampi atau perdukunan ini dapat dilihat dalam teks
Sulalatus Salatin pada bab 3 yang ada menyentuh tentang Badang beroleh gagah.
Contohnya seperti:
Jikalau engkau hendakkan gagah, makanlah muntahku. Setelah itu oleh Badang dicubanya
segala pohon kayu hampirnya yang besar-besar itu, dengan sekali bantunnya habis patahpatah.
( Hikayat Hang Tuah: 48-49 )
Berdasarkan petikan ini, Badang diceritakan telah memakan muntah hantu yang sering
memakan ikan yang ditangkapnya. Selepas memakan muntuah tersebut Badang telah menjadi
kuat dengan serta merta. Badang mempu mengangkat dan mencabut pohon-pohon kayu yang
besar. Badang juga mampu mematahkan dahan kayu yang besar dengan kukuatan fizikalnya.
Keadaan ini menunjukkan ilmu jampi yang terkena pada Badang telah berjaya sehingga
kekuatannya menjadi luar biasa dan tiada tandingannya.

Rujukan
9

A. Samad Ahmad, 2003. Edisi Pelajar Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Abdullah bin Abdul Kadir munsyi (diperkenalkan oleh Kassim Ahmad), 2004. Hikayat Abdullah.
Selangor Darul Ehsan: Utusan Printcorp Sdn. Bhd.
Mohd Rashid Md Idris (2012). Teori Falsafah Bahasa (Teori Rashid). Perak:
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Mortimer Jerome Adler, 2007. Sebuah Leksikon Pemikiran Barat Gagasan Agung. Kuala
Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Haron Daud (1989). Sejarah Melayu: Satu Kajian Daripada Aspek Pensejarahan Budaya.
Dewan Bahasa Dan Pustaka: Selangor.
Hashim Hj. Musa (1994). Pengantar Falsafah Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Raja Ali Haji (Dikaji dan Diperkenalkan Oleh: Hashim Musa), 2010. Kitab Pengetahuan Bahas
Yayasan Karyawan: Kuala Lumpur
Siti Hawa Haji Salleh (Penyelenggara), 1992. Bustan Al-Salatin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Syair Ken Tambuhan.Dikaji Oleh: Nuruddin Alraniri.Noriah Mohamed Et.Al:Kuala Lumpur:
Yayasan Karyawan Dan Dewan Bhasa Pustaka

10

Anda mungkin juga menyukai