Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN FESTIVAL

NASYID
PERINGKAT SK STAPOK 2017

TARIKH MULA : 06 FEBRUARI 2017

TARIKH TAMAT : 4 MAC 2017

TEMPAT:

SK STAPOK

ANJURAN :

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

SK STAPOK

1.0 TAJUK PROGRAM


Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Peringkat Sekolah 2017

2.0 PENDAHULUAN

Majlis Tadarus Al-Quran (MTAQ) dan Festival Nasyid adalah satu bentuk inisiatif
guru-guru Pendidikan Islam untuk mencungkil bakat dan potensi yang
tersembunyi dalam kalangan murid. Ia juga akan menjadi satu medan
persaingan yang sihat untuk pelajar mengasah bakat yang ada. Oleh itu, Pihak
guru telah menyusun pelbagai program untuk manfaat para murid. Program ini,
melibatkan semua murid dari tahap satu dan dua.
Murid yang memenangi setiap kategori yang dipertandingkan secara automatik
akan mewakili sekolah ke Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid peringkat
sekolah rendah tahun ini. Diharapkan agar langkah awal ini dipermudahkan oleh
Allah S.W.T serta mendapat rahmat-Nya. Semoga setiap aktiviti yang dirancang
dengan sempurna dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dan memberi implikasi
yang positif kepada murid-murid.

3.0 TARIKH DAN MASA PELAKSANAAN

Tarikh mula: 6 Februari 2017


Tarikh akhir: 4 Mac 2017
Masa : 1.30 - 3.30 petang

4.0 TEMPAT
Sk.Stapok

5.0 OBJEKTIF

1. Mencungkil bakat dan potensi murid-murid dalam bidang Pendidikan Islam.


2. Melatih murid menceburi bidang dakwah secara khusus.
3. Memupuk sikap berani dan percaya dalam diri murid.

6.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid Islam Tahap 1 dan 2 (6 orang setiap bahagian)


7.0 JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA PROGRAM

Pengerusi En Azmi Hj Abang Rambli


Timbalan Pengerusi Pn Norlia Bt Anuar
En Razali Hasan
En Nelson Brunnie Joslyn Panting
Penyelaras Ustazah Aziana Bt Abd Raghni
Timbalan Penyelaras Ustazah Normaheran Bt M Nor
Setiausaha Ustazah Noor Aishah Bt Awang Shaari
Bendahari Ustazah Noraini Bt Mohd Sapi
AJK Hafazan Al-Quran Ustaz Rifaaida Bin Abdullah
Ustazah Rubiaatun Bt Mahmud
AJK Tilawah Al-Quran Ustazah Adilah Bt Kamal Azizi
Ustazah Suriani Bt Sapaie
AJK Bercerita Ustazah Normaheran Bt M Nor
Ustazah Noor Aishah Bt Awang Shaari
Ustazah Noor Shuhada Bt Abdullah
Sukari
AJK Nasyid Ustazah Siti Hadijah Bt Hasan
Ustazah Aziana Bt Abd Raghni
Ustazah Noraini Binti Mohd Sapi
AJK Kompang Selawat Ustaz Mohammad Faizudin Bin Yusup
Ustazah Intan Nur Farrah Bt Rahmat

8.0 SENARAI HURAIAN TUGAS


Tiada

9.0 PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI)


9.1 Output : 70% bakat dan potensi murid-murid dalam aktiviti ko-akademik
bidang Pendidikan Islam
9.2 Outcome : 80% peningkatan jumlah murid-murid yang berbakat dan
berpotensi dalam aktiviti ko-akademik Pendidikan Islam

10.0 IMPLIKASI KEWANGAN

10.1 Anggaran Perbelanjaan


BIL PERKARA HARGA PER KUANTITI JUMLAH
UNIT (RM) (RM)
1 HADIAH

A. Nasyid (Hamper)
Pertama RM 50 1 RM 50
Kedua RM 50 1 RM 50
Ketiga RM 50 1 RM 50
Saguhati RM 25 15 RM 375
B. Tilawah Al-Quran
(Alat tulis)
Pertama RM 10 1 RM 10
Kedua RM 8 1 RM 8
Ketiga RM 5 1 RM 5
Saguhati RM 5 4 RM 20
C. Hafazan Al-Quran
(Alat tulis)
Pertama RM 10 1 RM 10
Kedua RM 8 1 RM 8
Ketiga RM 5 1 RM 5
Saguhati RM 5 5 RM 25
D. Bercerita (Alat tulis)
Pertama RM 10 1 RM 10
Kedua RM 8 1 RM 8
Ketiga RM 5 1 RM 5
2 SIJIL PENGHARGAAN
Nasyid 100 helai
Tilawah Al-Quran 24 helai
Hafazan Al-Quran RM 20 15 helai RM 20
Bercerita 6 helai
Jumlah 145 helai
JUMLAH KESELURUHAN RM 659

11.0 STRATEGI PELAKSANAAN

- Taklimat pelaksanaan MTAQ bersama guru-guru Pendidikan Islam


dan Bahasa Arab.
- Penghantaran Kertas Kerja Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival
Nasyid Peringkat Sekolah 2017 kepada pihak pentadbir untuk
diluluskan.
- Memaklumkan kepada murid berkaitan pertandingan, tempat,masa
dan guru pengelola semasa perhimpunan sekolah.
- Melaksanakan pertandingan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
12.0 PENGISIAN PROGRAM

- Pertandingan Tilawah Al-Quran


- Pertandingan Hafazan
- Pertandingan Bercerita Kisah Nabi
- Pertandingan Nasyid

BIL AKTIVITI TARIKH/HARI/MASA TEMPAT TINDAKAN

1 Nasyid 22/2/2017 (Rabu) Kantin Sekolah Ustazah Siti Hadijah Bt


1.30-3.30 petang Hasan
Ustazah Aziana Bt Abd
Raghni
Ustazah Noraini Bt Mohd
Sapi

2 Bercerita 6/3/2017 Bilik Makmal Ustazah Normaheran Bt M


(Isnin) Komputer Nor
2.00-3.30 petang Ustazah Noor Aishah Bt
Awang Shaari
Ustazah Noor Shuhada Bt
Abdullah Sukari

3 Hafazan 7/3/2017 (Selasa) Makmal Ustaz Rifaaida Bin Abdullah


Al-Quran 2.00-3.30 petang Komputer Ustazah Rubiaatun Bt
Mahmud

4 Tilawah 2/3/2017 (Khamis) Bilik Makmal Ustazah Adilah Bt Kamal


Al-Quran 2.00-3.30 petang Komputer Azizi
Ustazah Suriani Bt Sapaie

5 Penangguhan 4/3/2017 Dewan Semua GuruPendidikan


Majlis ( Sabtu ) Kg.Stapok Islam
Tadarus Al- 7.30-9.30 pagi Semua Guru Bahasa Arab
Quran dan Semua Guru KAFA
Festival
Nasyid
Peringkat
Sekolah 2017
13.0 JADUAL
14.0 KAEDAH PEMANTAUAN

- Pemantauan oleh pihak pentadbir


- Semakan dokumen
- Kehadiran Guru dan murid

15.0 PELAN PENGURUSAN RISIKO

BI MASALAH PENCEGAHAN
L
1 Terdapat kekangan masa Murid berlatih dengan kebenaran dan
untuk membuat latihan pengawasan guru
terutamanya yang
melibatkan latihan
berkumpulan
2 Sumber kewangan yang Wujudkan peruntukan khas yang
terhad mencukupi untuk dijalankan setiap
tahun.

16.0 PENUTUP
Sesungguhnya segala yang berat menjadi ringan jika dilaksanakan secara
berjemaah. Tanpa gandingan dan sokongan semua pihak, program ini tidak
dapat dijalankan dengan sempurna. Oleh itu, diharapkan program ini dapat
mencapai objektif dan sasaran serta penyertaan dari murid-murid. Ia sebagai
medium menyerlahkan bakat terpendam di kalangan murid-murid islam. Secara
tidak langsung, ia membentuk jati diri muslim yang sebenar selaras dengan tema
pada tahun ini iaitu AL-QURAN ASAS PEMBINAAN ILMU DAN
PENYEMPURNAAN AKHLAK

Disediakan oleh : Disemak dan disokong oleh :

(NOOR AISHAH BT AWANG SHAARI) (PN.NORLIA BINTI ANUAR)


SETIAUSAHA PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN SK STAPOK
FESTIVAL NASYID 2017
SK STAPOK
TARIKH : 25 JANUARI 2017 TARIKH : 25 JANUARI 2017

Diluluskan Oleh :

(AZMI HAJI ABG RAMBLI)


GURU BESAR
SK STAPOK, PADAWAN

TARIKH : 25 JANUARI 2017

Anda mungkin juga menyukai