Anda di halaman 1dari 1

TERIMA KASIH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ayat macam Yang Berhormat nak bagi ucapan dekat rakyat cuma tak ada salam
satu malaysia saja je kan? Terima kasih sebab sudi membeli Ebook Bagaimana
Bankrup Menjadikan Aku Kaya. Saya sangat-sangat hargai.

Ramai tanya, kenapa tak ada Buku Fizikal? Yang boleh dipegang-pegang, yang
boleh disentuh dan dibelai manja. Jangan risau. Bagi sesiapa yang dah beli
ebook ni, saya akan pos buku fizikal nanti.

Bagaimana nak dapatkan buku ni?


• Korang hanya perlu printscreen ebook yang korang dah terima tak
kisahlah tajuk depan ke, isi kandungan dalam ke, guna gambar yang
diberikan ke dan tag nama saya ‘Hafiz Mansor’.
• Kenapa perlu tag nama saya? Supaya saya tahu siapa yang berminat dan
serius nak buku fizikal. Dari maklumat pembelian, saya boleh tahu nanti.
• Bagi komen tentang ebook ni selepas membaca. Adakah korang rasa
best, hepi, inspirasi, motivasi, banyak membantu selepas membaca
ebook ini. Kalau dah baca mukadimah pun dah best pun boleh komen.

Bila Buku akan dipos? Bila masanya korang tak perlu risau. Buku akan terus
sampai ke alamat rumah yang telah korang berikan selepas siap saya cetak.
Saya hanya akan pos buku fizikal kepada mereka yang TAG nama saya ‘Hafiz
Mansor’ dan memberi komen diFB sahaja.

Terima kasih lagi sekali sebab sudi membeli ebook saya. Semoga dapat banyak
manfaat dari ebook yang ditulis dari hati dan pengalaman sendiri.

Untuk ebook atau buku yang lain akan datang, korang boleh layari:
www.bukulali.com

Yang Benar,
Hafiz Mansor
bukulali.com@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai