Anda di halaman 1dari 100

PENGENALAN

Pelengkap Rezeki
BISMILLAH…
Ebook ini adalah kesimpulan keseluruhan hal berkaitan HATI, HIDUP dan REZEKI
serta segala perkaitan keberkatan DUNIA dan AKHRAT.

Sebelum meneruskan pembacaan, anda para pembaca diminta menarik nafas dalam-
dalam, banyakan minum air masak dan tenangkan hati. Hal ini adalah supaya segala
ILMU dapat diserap dengan sebati sekali.
.
Disebabkan ebook ini yang menjadi episod akhir keseluruhan formula tarik rezeki.
Izinkan saya Nora Yusof berkongsi segala duka sebagai penutup cerita dan proses
menyiapkan ebook ini sehingga seteliti yang boleh.

Terima kasih kepada pembaca yang telah memanjangkan pahala akhirat saya.
ALHAMDULLILLAH.
Semoga ALLAH memberikan kebaikan yang banyak dan ILMU ini bermanfaat untuk
sekalian. Aamiin.
ILMU TANPA AMAL ADALAH SIA-SIA
EBOOK 5
KISAH SUSAH PAYAH EBOOK FORMULA REZEKI.
Ada orang tanya saya. Cikpuan Nora Yusof, berapa lama masa yang di ambil nak siapkan ebook ni ya?
Saya cukup kagum dengan ilmu di dalamnya, setiapnya menyentuh jiwa saya dalam-dalam sehingga
menitiskan air mata.

Baiklah.. saya ceritakan.. cerita bermula... jeng jeng...

Sempat lagi nak melawak ya -_-

Okey kembali kepada emosi sikit. T_T


Bismillah...

Saya menulis ebook pertama yang berjudul "Platform pemasaran berganda" selepas raya puasa tahun
lepas 2013. Bulan Ogos. Waktu itu saya berniaga jual nfon, jual baju muslimah jadi dropshipper orang.

Ebook pertama ini saya tulis dengan harapan nak beri pendedahan kepada umum tentang lubuk-lubuk
rahsia saya berniaga online. Pada waktu itu, niat saya nak dapat duit banyak dengan ebook ini.
Platform-platform mana yang boleh buat duit. Apa tip-tips dan ayat jualan dan sebagainya dalam
ebook ini.

Saya rasa teruja sangat dapat terbitkan ebook ini. Ilham datang nak buat ebook sebab saya tengok
kawan saya dia jual ebook, laris sangat ebook dia. saya pun rasa nak jadi macam dialah... Dia kenal
ramai otai-otai.. saya plak masih baru lagi waktu itu. Saya beli ebook dia, saya baca. wah.. menarik. nak
buat jugaklah... menulis je pun. macam senang je, macam senang je. hihihi.

Hakikatnya tak sesenang yang disangka. Penuh duka lara. Manusia yang di dalam hatinya tidak ikhlas
pasti kita dapat hidu baunya kan. Penuh prasangka. Nak berbaik-baik disalahertikan. Beberapa otai
yang saya minta bantuan, nak invite jemput masuk group pun tidak sudi. Melemparkan kata-kata kesat
kepada saya. Sehingga malam nak tidur saya terbayang-bayangkan kata-katanya itu dengan linangan
air mata. ALLAH peritnya tangkai hati. Basah bantal tidur saya dengan air mata. T_T

Sepanjang penulisan ebook pertama ini, saya banyak menjelajah dan menimba ilmu ke seminar-
seminar berbayar. Seminar penulisan Aqif Azizan saya pergi, seminar penulis Zamri Mohamad saya
pergi. Seminar Azizan Osman 4 kali saya pergi (yang free dua kali dan yang berbayar dua iaitu IMKK dan
AMP). Total dan kos untuk seminar hampir beribu saya kira labur dan lebur. Berbagai-bagai ebook
pemasaran saya beli. Kosnya beratus-ratus habis.
Dalam nak meneruskan hidup yang kesusahan, saya berulang alik bersama partner, jual nfon, jual nfon
laku. Banyak yang masuk. Banyak juga yang keluar. Jumpa banyak supplier yang murah-murah. Cuma
masa terhad nak ulang alik. Semua buat sendiri, pos sendiri, packing sendiri, repair pun hantar sendiri.
Semuanya saya buat sendiri merempit sana sini hantar barang. Orang nak COD saya hantar COD.

Sambil-sambil itu, saya mengajar Tuisyen. dari rumah ke rumah. Anak murid saya semuanya anak
cikgu-cikgu sekolah tempat saya mengajar. Satu jam dibayar rm50 untuk subjek matematik dan sains.
Saya merempitlah.. pergi sejauh bukit mahkota sana. Sedangkan saya duk Bangi. Merempit seorang
diri. Tak kira hujan panas. Saya redah lah. Bukan kerana duit, tetapi kerana anak murid yang mahukan
saya. Mereka tak mahu guru lain. Mengada-ngadakan? penat je cikgu jauh-jauh semata-mata nak ajar
kamu.

Saya jual nfon, kesana kemari. Ambil stok, hantar stok. Sehingga larut malam. Jam 2 3 pagi baru balik
rumah. Kadang untung rasanya tak berbaloi pun dengan penat tersebut. Habis dekat minyak tol repair
ganti rosak. Kadang kena tambah duit sendiri pula tu. Kalau rosak, batery dan sebagainya kena
bayarkan ganti rugi semula. Untung catat tapi banyak tak tahu kemana pergi. Kini saya dah faham
kenapa ianya begitu. (saya dah tuliskan sebabnya dalam ebook saya -Formula Rezeki EBOOK 5) Ebook
ini dah edisi ke 9 Di saat anda baca ini. Syukur Ya ALLAH. Alhamdullillah.

Saya jual baju muslimah pula, untung jualan digunakan untuk menampung kos hidup di waktu belajar.
Setiap hari ada je sale masuk jual baju ni. Dapatlah saya cover yuran pengajian master saya yang sangat
nazak waktu itu. Saya berniaga baju ini jadi dropshipper dari tahun 2009. Bolehlah nak dikatakan saya
sebagai pakar jual baju. hehe.. pengalaman kan. Owner baju ini sangat sayangkan saya. sentiasa ada
dengan saya. Percayakan saya. bercerita seperti adik dan kakak. sangat mesra walaupun tak pernah
jumpa. Terima kasih kak beri saya peluang jana pendapatan.

Dalam pada berbisnes sana sini itu, saya tak dapat kepuasan. HATI saya "HILANG". Saya tak rasa
seronok. Saya rasa penat. Saya tak tahu apa yang saya cari. Dalam meneruskan kehidupan harian,
Facebook tempat saya meluahkan rasa, berkongsi derita suka dan duka. Melalui tulisan. Saya seorang
yang sentiasa membaca. Setiap hari pasti ada sesuatu yang baru yang akan saya baca. Buku solusi saya
berkotak-kotak, novel cerita cinta, english berkotak-kotak. Saya sentiasa rasa sunyi. Nak hilangkan
sunyi, saya penuhi ruang bilik saya dengan aktiviti membaca. Membaca status orang, memerhati
manusia, memerhati alam. memerhati segalanya. Saya cari hati saya. dimana dia?? Saya tercari-cari
hidup saya untuk apa. HIdup ini sebenarnya adalah untuk mengejar Akhirat.
Saya mendengar ceramah di youtube, mendengar tazkirah di radio. Mendengar ceramah dari mulut-
mulut usrah yang pergi madrasah. Yang belajar tentang agama. Menonton Al-kuliyyah. Bertukar-tukar
pendapat dengan sahabat. Setiapnya saya catat dan tulis. Saya kumpulkannya untuk diri saya. Sebagai
jariah saya. Panduan hidup saya. Saya rasa hati saya dah mati. Saya kena cari sesuatu macam mana
saya nak hidupkan balik hati saya. Saya baca quran, saya solat tapi saya tak dapat hati saya waktu itu.
Hati saya sangat kotor. Banyak dosa. T_T

Setiap tulisan saya, saya simpan. Saya simpan dalam keadaan yang belum tersusun lagi. Saya tak
kemaskan pun. Sehinggalah saya pergi seminar AMP (Advance marketing power Azizan Osman). Dalam
seminar itu, saya tak nampak saya obses pada guru, dalam seminar itu, seminar IMKK juga. Saya hanya
nampak ALLAH dan saya rasa melaikat ada disekeliling saya. Indahnya suasana majlis ilmu tak boleh
dirungkaikan dengan kata-kata sekalipun. Saya seorang yang mudah tersentuh dan jika tersentuh, saya
akan menangis teresak-esak. Diluar nampak kuat tapi sebenarnya saya sangat lemah.

Balik dari seminar, saya masih tercari-cari hati saya. Saya tak dapat hati saya. Hati saya hilang..Saya tak
faham kenapa macam ni, kenapa macam tu. Balik seminar AMP tuh, saya nak tulis, nak terbitkan jugak
ebook hati ni macam-macam mana pun. Nekad hati saya. Jadi saya geledah semula semua folder-folder
tulisan saya yang saya simpan. Saya tulis, saya buat cantik-cantik. "Tajuk pertamanya ialah
"MENGHIDUPKAN HATI YANG MATI".

Orang pertama yang saya beri baca ialah Tuan Amir Azros, Kyrel Iman, Ebook tajuk Menghidupkan hati
yang mati langsung tak menarik hati pembaca. Saya tak tahu saya nak sasarkan kepada siapa. Yang
saya tahu.. Waktu itu, saya mesti perkenalkan ebook ini kepada DUNIA. Kerana di dalamnya ada ILMU
yang sangat manfaat.

"ALLAH macam mana ya aku nak kenalkan ebook ni, biar semua orang baca" saya selalu tanya ALLAH
begitu. Tapi hampa tiada jawapan untuk saya.

Saya masih mencari-cari. Tiada siapa yang mahu membacanya. Kerana tajuknya ke? Saya tertanya-
tanya. Saya dah hampir putus asa. Kemudian saya berikan ebook itu untuk direview kepada Tuan Illiyin
Ahmad, beliau baca, beliau cakap ebook ini sangat bagus. Teruskan. Dan tambahkan siri ceramah
Alkuliyah dalam TV9 tu dan masukkan dalam ebook ni. Daripada situ, saya buat. Saya ikut katanya.
Saya dengar ceramah itu berulang kali. Sehinggakan saya boleh hafal ustaz tu nak cakap apa. Setiapnya
saya catat dan saya masukkan dalam ebook ini.

Dan selesai, saya berikan pula kepada Tuan Rahman Baco untuk direview, beliau kata bagus.. teruskan
cikpuan nora yusof, teruskan menulis. Anda berbakat. Ramai lagi yang diluar sana yang menulis lebih
teruk daripada awak, Jangan hiraukan orang yang tak tahu menilai ilmu.
Kemudian, saya berikan ebook itu kepada Ustaz talib untuk disemak dan dibaca. Dia juga memberikan
saya semangat. Katanya, penulisan begini boleh pergi jauh. Teruskan. Jangan peduli orang yang dengki
itu. Biarkan dia. Saya rasa semangat. Saya tulis lagi. Saya ubah lagi, saya tambah lagi, saya edit lagi.
Payah. Amat payah.

Setiap harinya ebook ini saya baca, saya edit, saya tambah isi kandungannya. ILMU sentiasa
bertambah. Saya sendiri pun sudah lupa berapa juta kali saya edit saya tukar, saya ubah saya tulis, saya
susun. Saya tak pernah kira. Lebih beratus kali.

Pada suatu hari, saya dapat ILHAM, hati saya kata, tukarkan tajuknya. manusia tak berminat dengan
tajuk "MENGHIDUPKAN HATI YANG MATI". Jadi saya tukarkan tajuknya kepada tajuk 70 Formula
REZEKI. YA! inilah tajuknya yang sebenar yang saya nak sampaikan. Saya bermasalah dalam hal rezeki
dan saya mencari-cari penyelesainya untuk diri saya sendiri. Saya cari apa yang saya nak. Saya cari
sebab musabab kenapa begini, kenapa begitu." Bila berubah tajuk. Isi kandungan juga perlu diubah
selaras dengan Tajuk. Jadi saya karangkan Ikut kesesuaian tajuk.

Proses nak memperkenalkan EBOOK ini sungguh payah. Sangat Payah. Tak tahu berapa kali dalam
tempoh 9 bulan saya pasarkan ebook ini saya tukar surat jualan, website, saya tukar designnya dengan
kos nya yang bukan murah. Semuanya saya tulis sendiri setiap patah ayatnya. Setiap tajuknya
semuanya ilham ALLAH untuk saya. Tanyalah mereka yang sentiasa bersama saya di group saya, ntah
berapa ribu kali saya edit surat jualan di website ~> www.formularezeki.com . Sekejap begini, sekejap
begitu ayatnya. Kerana saya tidak tahu yang mana betul yang mana salah. Dalam marketing tiada yang
betul tiada yang salah. Yang ada, cuba dan adjust.

Saya tanya pendapat orang sana, tanya pendapat orang sini. Ada yang membantu, ada yang tidak. Ada
yang reject, ada yang nak baca, ada yang tak mahu baca. Saya tidak peduli. Yang saya tahu, saya mesti
perkenalkan ebook ini kepada DUNIA. Kerana di dalamnya ada JIWA. JIWA saya yang hilang. Kerana
saya yakin kita sama, kita serupa. EBOOK ini saya sayang sangat. Pembaca saya mesti merasakan
perasaan yang sama seperti yang saya sedang rasa. ITULAH harapan saya.

Sepanjang mencari hati saya hilang. Saya telitikan apa yang berlaku dalam hidup saya setiap hari. Dan
setiap harinya saya kongsikan kepada anda semua ILMU-ILMUNya. Sebab itu wall saya tak pernah
kering dengan tulisan ilmu daripada saya. Sehinggakan ada yang merasa rindu, merasa kehilangan jika
saya tak update status kan. Alhamdullillah Ini formula 47 ebook saya yang saya dah amalkan sekian
lama. iaitu "THE MORE YOU GIVE THE MORE YOU GET"
Bila anda mula memberi anda adalah orang yang kaya.

Saya seorang yang akan melakukan kerja saya sehingga habis. Saya tidak berhenti ketika saya letih tapi
saya akan berhenti ketika saya selesai.

Dan hari ini, Hasil kepayahan itu, saya rasa puas yang luar biasa dengan testimoni kejayaan ini.

Jutaan terima kasih kepada anda semua yang sudi membaca dan menghadiahkan testimoni kejayaan
ini untuk dunia dan akhirat saya. JUTAAN TERIMA KASIH DIATAS sumbangan dan pelaburan anda
untuk dapatkan ilmu ini. Hanya ALLAH yang mampu membalasnya. JUTAAN terima kasih.

Didoakan semua pembaca bahagia, kaya dan berjaya dan cemerlang hidup sentiasa sihat menjadi
jutawan dermawan dunia akhirat dan sentiasa dalam rahmat ALLAH. aamiiin.

Nora Yusof.
ISI KANDUNGAN
PELENGKAP 1: Sakit Hati Itu Menyekat Rezeki 1
PELENGKAP 2: Niat Itu Penentu Rezeki 4
PELENGKAP 3: Dapat Keciciran, Ada Kehabisan 9
PELENGKAP 4: Aku dan Majikan 11
PELENGKAP 5: Hati Tenang itu Asas REZEKI 14
PELENGKAP 6: Fikir Itu Doa Yang Menarik Rezeki 16
PELENGKAP 7: ALLAH No. 1 19
PELENGKAP 8: ALLAH Menjawab Al-Fatihah Kita 21
PELENGKAP 9: Zuhud Itu Pada Hati 22
PELENGKAP 10: Kenapa TAKUT? 23
PELENGKAP 11: MISKIN Dua Kali Riak 25
PELENGKAP 12: Kuasa Fokus 26
PELENGKAP 13: Kedekut Itu Kemusnahan 29
PELENGKAP 14: Emosi Negatif Bahaya Kesihatan 31
PELENGKAP 15: Berbaik Sangka Kepada ALLAH 32
PELENGKAP 16: REZEKI Tersekat Kerana 34
Sambal Belacan
ISI KANDUNGAN
PELENGKAP 17: Jangan Tolak Rezeki 35
PELENGKAP 18: Ucapan Yang Bahaya 36
PELENGKAP 19: Ilmu tak Kenal USIA, 38
Usia Akan Kenal Ilmu
PELENGKAP 20: Keburukan Tagging IKLAN 40
PELENGKAP 21: Berdoa Tapi Tak USAHA 42
PELENGKAP 22: Amalan Carik-Carik 43
PELENGKAP 23: Memujuk REZEKI Berniaga 45
PELENGKAP 24: Berdiri Ketika Baring. 47
PELENGKAP 25: Ringankan OTAK urus HIDUP 48
PELENGKAP 26: AWAL dan TEPAT 50
PELENGKAP 27: Dah Tanya EMAK? 51
PELENGKAP 28: HATI Perlukan Makanan 52
PELENGKAP 29: Kenapa tak Makbul “DOA” 55
PELENGKAP 30: Kenapa FORMULA “TARIK” REZEKI?? 57
PELENGKAP 31: SUKA Nak MARAH-MARAH 59
PELENGKAP 32: ADALAH DIRI KITA SENDIRI 61
PELENGKAP 33: MEMINTA itu MENYEMPIT REZEKI 62
ISI KANDUNGAN
PELENGKAP 34: PERKAITAN KEPAKARAN DAN DUIT 67

PELENGKAP 35: MASA DENGAN ALLAH 70

PELENGKAP 36: BAGAIMANA BERSYUKUR SEBENARNYA? 71


PELENGKAP 37: BUNTU TAK TAHU NAK BUAT APA? 73
PELENGKAP 38: KEJAR AKHIRAT DUNIA DATANG 77
PELENGKAP 39: BERNIAGA KE BERHENTI KERJA? 80
PELENGKAP 40: AMALAN PALING BERBISA 81
PELENGKAP ISTIMEWA: NIAT SEORANG ISTERI 87
KESIMPULAN 89
1

FORMULA PELENGKAP 1 : SAKIT HATI ITU MENYEKAT REZEKI.

Menyakiti dan disakiti itu Dosa.

Walau sebesar kuman kita menyakitkan hati orang, kita sudah berdosa.

Kita yang merasa sakit hati dengan orang yang menyakitkan hati kita, kita juga berdosa.

Maka kedua-duanya rezeki tersekat.

Tetapi kita tidak perasan hal ini bukan?

Kerana kita ada sengaja dan tidak sengaja menyakiti hati orang sama ada lisan atau perbuatan.

Sebab itu... Dalam Islam sangat dianjurkan antara kita bermaaf-maafan supaya DOSA sesama
manusia...
-Bebas berterbangan.
-Tiada lagi bersarang.

Sering kita dengar ibu bapa berkecil hati dengan anak.

Ibu bapa berdosa, anak juga berdosa. Kerana apa? Kerana Islam tidak ajar kita menyimpan rasa
sakit, marah dan dendam di hati.

Ibu bapa terasa hati, sakit hati dengan anak, akan mengakibatkan rezeki anak tersekat.
Menyebabkan hidup anak kesusahan.

Anak-anak pula degil, ego, menyakiti ibu bapa makin menggunung dosa. Adakah hidup ibu bapa
bahagia dan kesenangan?

Tidak ada kan?

BAHAGIA ITU REZEKI.

Ingat, dosa antara manusia, Allah tak campur. Itu antara kamu. Tak bermaafan, tanggunglah
kamu akibatnya perbicaraan akhirat yang panjang kelak. Lautan manusia mahu percepatkan
hisab. Tapi kita? Kerana marah, kerana sakit hati, lebih rela melambatkan hisab sendiri dan orang
lain.
2

Yang mana-mana terbuku marah di dalam hati terhadap

-Ibu bapa
-Anak
-Suami
-Isteri
-Adik beradik
-Jiran
-Kawan
-Guru
-Saudara
Dll manusia.

Lepaskanlah sekarang.
Bebaskanlah hati.
Jangan ditambah lagi dosa diri.

Selagi ada di dalam dada,


selagi itu kita sedang mengumpul dosa.

Bagaimana cara nak tahu sebenarnya kita dah maafkan orang atau belum? Kadang, kita kata je
kita dah maafkan orang yang kita marah, orang yang kita sakit hati ketika mereka memohon
maaf daripada kita kan?

Tapi selepas kita maafkan, kenapa kita masih ada rasa benci? Rasa nak marah lagi? Bila jumpa dia
balik atau terdengar suara dia semula, kita masih tak dapat tahan, nak rasa marah atau teringat-
ingat je perbuatannya kepada kita? Tapi kita simpan dalam hati bila teringatkannya.

Sebenarnya, kita je tak perasan, rupanya kita masih belum maafkan orang lagi. Kita ingat kita dah
maafkan dia, kita boleh tenang tapi hati masih tak tenang. Duk ingat-ingat lagi walaupun dah
bersemuka minta maaf, walaupun kita tidur kita kata “YA ALLAH aku maafkan dia” dalam tidur.
Tapi esoknya teringat-ingat lagi…
3

Ketahuilah, jika demikian halnya, walaupun kita dah cakap kita dah maafkan dia, sebenarnya hati
kita masih lagi belum memaafkan sepenuhnya. Ucapan kemaafan yang kita berikan dibibir
kepadanya sebenarnya langsung tidak pernah IKHLAS.

Jika masih ada berlaku ini kepada anda. Apa perlu dibuat? Tanda-tanda kita benar-benar dah
maafkan orang ialah apabila dia meminta maaf, kita maafkannya dengan seikhlas hati.
Iaitu tandanya.

1) Apabila kita mendengar suaranya kita tidak lagi berasa sakit hati atau nak marah. Kita boleh
mendengar suaranya, kita tak rasa benci kepadanya. Kita boleh bercakap dengannya dengan
ramah dan boleh bergurau senda seperti tiada apa yang berlaku.

(sebab ada setengah orang walaupun dah maafkan tapi bila dengar suara je rasa meluat dan nak
marah)

2) Apabila kita berjumpanya kita dah boleh tersenyum dan melupakan.

(Sebab ada setengah orang bila berjumpa balik, nak tengok muka pun tak boleh apatah lagi
bercakap bertegur, simpan dalam hati, berlakon je lebih)

3) Dalam hati kita tidak lagi teringat-ingat perbuatannya kepada kita. Maksudnya lupa terus.
4) Tidak lagi mengungkit perkara lalu.

p/s: Jika masih ada berbekas dan teringat lagi itu tandanya kita masih tidak maafkan orang
tersebut.

Jadi berhati-hati dengan hati kita. Bahayanya dengan manusia ini ialah apabila luka itu masih
berbekas lagi dihatinya. Contohnya, kita pernah sakitkan hati ibu suatu ketika dulu. Tapi kita dah
mohon maaf dah dengan ibu, di hari raya kita minta maaf, setiap kali bersalam pun kita minta
maaf, ibu kita cakap dia dah maafkan salah kita. NAK tahu tanda dia sebenarnya dah maafkan
kita ke belum? BELUM MAAFKAN jika, tika dia tengok muka kita boleh buatkan dia teringatkan
kesalahan kita padanya, dan itu tanda masih berbekas dihati kecilnya. Jika begitu halnya, Itu
tandanya IBU tersebut masih belum maafkan kita. Jadi berhati-hati dengan hati orang dan hati
kita. Mohon maaf dan beri kemaafan kepada orang dengan bersungguh-sungguh.

Jangan ambil alih tugas Allah mengadili, menghukum kesalahan manusia.


Kita tidak layak buat kerja Allah.
Kerja kita, beribadah dan ikut perintah DIA.
Islam ajar bersangka baik, tidak berdendam, pemaaf, pemurah dan saling mendoakan. Betul kan?

Bebaskanlah jiwa-jiwa yang sakit itu supaya tenang dan sabar.


Dan keajaiban terbesar.
REZEKI MELIMPAH RUAH AKAN TERTARIK KEPADA MANUSIA YANG SUKA MEMAAFKAN.

Nora Yusof.
4

FORMULA PELENGKAP 2 : NIAT ITU PENENTU REZEKI

Ada orang tanya saya, kenapa Nora umur begitu muda tapi pengalaman hidup dan ILMU banyak
seumpama orang separuh abad. errrkkk!!!

Alhamdullillah semuanya kurniaan ALLAH semata.

Baiklah saya dedahkan ya... kenapa dalam masa dua tahun sahaja saya dapat macam-macam
pengalaman. Dengan ILMU. Saya cari ILMU. ILMU tentang HATI.

Menurut Tadabbur madrasah Albarakah, Ilmu tertinggi Alam yang ALLAH lihat ialah ILMU
tentang HATI iaitu satu tempat yang ALLAH nilai IMAN dan TAKWA serta IKHLAS kita.

Dalam satu masa saya buat semua. Saya dapat semua. kenapa?

Allah akan hentikan sesuatu ujian ke atas kita jika kita dah faham teguran itu untuk apa. Supaya
setiap ujian itu kita terima sebagai pelajaran dalam hidup. ALLAH sedang mengajar kita untuk
menjadi seorang MANUSIA yang hebat disisinya.

Faham ke?

Contoh... jika kita berniaga itu tak menjadi, kita kena faham. Perlu benar-benar faham dulu
kenapa tak menjadi... dah buat macam ni tak menjadi, buat macam tu tak menjadi, apa yang
ALLAH nak tegurkan? Fikirlah.

Bukan kerana perniagaan itu tak sesuai dengan kita, tapi kita kena faham niat kita untuk apa?
Selagi niat kita tu tak betul, selagi itu masalah itu takkan selesai. Kita minat ke tak minat?
Bersungguh ke tak bersungguh.
Cari sesuatu yang kita minat, nampak peluang, Allah tak jadikan alam ini dengan sia-sia setiap
zarah yang ada. Ingat apabila kita berniaga, sebenarnya kita sedang berniaga dengan ALLAH dan
bukannya dengan manusia. Kerana dialah yang memberi kita duit cuma melalui manusia
perantaraannya. Perasan tak? Kalau berniaga dengan ALLAH kena berniaga macam mana?
Buatlah apa yang dia suka, patuh syariat, jujur dan sebagainya. Mudahkan?
5
"Tak ada istilah berniaga itu ada orang nak beli ke?"
"Alah benda macam tuh jual ada orang nak beli ke?"

Tak..... jangan sesekali. Soal jual beli, soal produk apa, soal barang itu perlu ke tak. Bukan itu
soalnya.

Soalnya produk itu menyelesaikan masalah apa? Contoh jual baju. Baju itu menyelesaikan
masalah apa? Siapa sasarannya? Masalah tutup aurat, masalah orang nak kelihatan cantik
bergaya, masalah sejuk panas dan sebagainya.

Jual produk kecantikan pula, nak selesaikan masalah apa? Masalah jerawat, masalah kesihatan
dalaman dan sebagainya. Dengan syarat patuh syariat dan kerana ALLAH semata. Betulkan
landasan dan niat.

Jual ebook nak selesaikan masalah apa? Berikan satu penyelesaian untuk produk kita.

Ujian... Sekejap ditimpa begitu, sekejap ditimpa begini. Uniknya Ujian yang diberi untuk melihat
kekuatan kita, kebergantungan kita kepadanya. Sejauh mana kita bergantung kepada dia?

Macam mana nak berniat berniaga ni? Kalau niat 'menjual' salah, dah tu macam mana??? Huhu
==============================

Niatlah kerana nak:_


1) Nak tolong agama ALLAH.
2) tambah nilai hidup orang maksudnya memudahkan orang dapat apa yang mereka nak yang
tak ada disediakan oleh orang lain. Contoh aku jual produk ni produk tu karipap misalnya sebab
nak bantu orang tu jimat masa atau yang takda masa buat kuih pepagi nak pegi kerja lillahitaala.
3) nak bantu tambah nilai diri dan keluarga. Mahu meningkatkan kewangan untuk kesenangan
diri dan keluarga. Mahu pergi umrah dan sebagainya tanpa perlu bergantung atau menyusahkan
sesiapa.
4) nak sedekah lebih banyak
5) senaraikan ya

Dengan sendirinya pelanggan akan cari kita sebab dia benar-benar perlukan itu untuk selesaikan
masalah dia.
6
Sama juga dengan kita 'main fb' ni. Apa niat kita sebenarnya? Tu kadang ikut suka je buat post.
Tak tentu hala. Tiada tujuan.

Cuba tulis sendiri atas kertas dan set dalam hati nak niat yang betul macam mana.

Ni tak. Main jual je. Asal dapat untung jadilah. Pelanggan puas hati ke tak lantak p. Pastu buang
harga ikut suka janji ada orang beli. Tak nampak apa benda yang 'mahal' nak bagi dekat
pelanggan.

Nampak tak iklan KFC kat TV yang baru tu? Yang jual nasi dalam bungkusan kebab ke apa???
Saya pun tak tau pe namanya. Hehe

Kenapa iklan dia tayang gambar ayam digoreng panas-panas, pastu kuar gambar nasi pastu
campur pulak sos. Duuum bungkus plak dgn kebab ke? Ntah saya pun tak tau nama. Hehe tapi
menarikkan iklan dia? Satu-satu dia tunjuk kandungan bahan dan proses (nilai-kenapa perlu atau
mesti beli) lepas tu last sekali harga rm6.90 je??? Wah murahnya!!! (Dah rasa murah sebab
nampak nilai( proses buat nasi tadi tunjuk satu-satu). Kalau dia letak rm9.90 pun kita percaya dan
beli. Rasa nak cuba tu kuat. Tapi padahal bila p beli bukan kena rm6.90 pun. Kena pulak gst. Huk
huk. Nasi ayam yang biasa rm5 tu pun dah rasa mahal.

Nak solat pun niat kena betul kan? Kalau tak niat sah tak solat? tak sah kan?

Diterima ke tak diterima kita pun tak yakin kan? Tak pasti. tapi harap-harap semuanya
diterimalah. aamiin. Wallahualam...

Sebab itu dalam hidup ini, Setiap perkara buat kita perlu didahului dengan niat. Niat yang tepat
dan betul. Tanpa niat, solat tidak sah, tanpa niat, kerja buat kita tidak berpahala dan tidak
diterima. Berjual beli sekalipun, akad jual beli perlu disebut bukan? Nak bernikah sekalipun,
perlukan akad dalam nikah bukan? Begitulah umpamanya NIAT penentu REZEKI kita.

Nak berniaga, berniatlah dulu. “Ya ALLAH ya Rahman ya Rahim.. yang maha baik lagi maha
memberi… YA ALLAH aku serahkan segalannya urusan hidupku hari ini di tanganmu dan jangan engkau
biarkan aku menguruskan hidupku sendiri walau sesaat pun... aku berniaga produk ini adalah
keranamu ya ALLAH. Maka engkau bantulah aku dan berikanlah aku perniagaan yang
menguntungkan dunia akhiratku serta dunia akhirat pelanggan-pelangganku. Berikanlah aku
rezeki yang melimpah-limpah tak pernah habis-habis dan duit sentiasa menghujani akaun bankku
dengan banyak sekali dengan izinmu ya razzak ya baari yaa wahhab”
7

Perbaiki niat.

Berniaga untuk apa?


Berniaga bukan kerana nak dapatkan DUIT (ini kalau kejar DUIT, memang tak dapat DUIT)
Berniaga juga bukan kerana nak bantu orang lain (Ini kita bantu mereka dengan asbab ALLAH
yang tolong)

Tetapi berniaga adalah KERANA ALLAH SWT.


Kerana mahu menolong agamanya. ITU sahaja tujuan asalnya kita dijadikan.

Yang bantu orang ramai itu sebenarnya adalah ALLAH. Bukannya kita. Kita lemah. Nak tolong
bantu diri sendiri pun ALLAH yang tolong. Setuju? Apatah pula kita nak tolong orang. Jadi setiap
kali mahu buat sesuatu, maka mohonlah pertolongan ALLAH terlebih dahulu.

Tugas kita ialah hanya perlu bantu agama ALLAH dengan berdakwah melalui perniagaan yang
patuh syariah kerana dia semata-mata.

Tidak bagus sesuatu perniagaan itu jika perniagaannya tidak meningkatkan keimanan dan
menambahkan ingatan kita kepada ALLAH. Ini ramai yang silap faham 

Niat lain.
“Bismillah… Aku berniaga adalah kerana ingin membantu seramai mungkin manusia melalui
produk atau perkhidmatan aku ini kerana ALLAH TAALA.” Aamiin.

Bila niat mahu berjaya kerana dunia dan akhirat, dunia In Shaa ALLAH mudah. Tapi jika niat
berjaya untuk dunia, kita terlepas dunia, dan akhirat pula akan jauh daripada kita.Kita juga mesti
sentiasa OPTIMIS (berfikiran positif dan ke depan) bukan kerana merasakan diri adalah hebat.
Kita Optimis kerana yakin akan dibantu oleh YANG MAHA HEBAT. Perbaikilah niat. Berniaga
kelak akan mudah dan dipermudahkan. Maka perbaikilah setiap niat agar kita sedang melakukan
jihad ke jalan ALLAH dan bukannya mengumpulkan harta dunia. Kumpul untuk tujuan akhirat
takpa. Kalau untuk diri dan menjadikan kita lupa tujuan asal cepat-cepat taubat dan perbaiki
semula nah..In Shaa ALLAH.

Berapa ramai yang tidak tahu berniat? Tak ambil berat pun fasal niat. Alah macam tuh pun nak
kena niat ke? Ramai yang tak ambil peduli pun kan? Bila berniat tidak masuk dan tidak meresap
ke dalam hati. Jadilah solatnya solat yang cincai-cincai.Disebabkan solat yang cincai. Janji buat
sudahlah kita kata. Terima ke tak terima belakang kira. Bab niat dan hati ini susah nak dijangka.
Susah nak ditelitikan. Betul?
8

Ada orang gitu-gitu je solatnya. Lantaklah janji aku solat, terima ke tak terima kemudian. Berapa
ramai macam ni? Nampak tak? Tanya... dah solat ke? Dah..

tak pulak kita tanya... solat diterima tak? Siapa boleh jawab? Tak ada kan. Sebab ianya soal
dalam HATI yang hanya ALLAH boleh baca.

Lihat pekerjaan kita dalam solat itu bagaimana? Telitikan tertibnya.

Sebab itu ALLAH kata, baiknya solat seseorang maka baiklah amalannya.

Dah kalau solat tapi perangai tetap macam hantu... bagaimana tuh?

Ada yang menyakitkan hati sepanjang masa kan.


Ada orang tak solat pun baik je perangai dia,
Ada orang tak tutup aurat pun dia lebih mulia daripada yang pakai tudung.
Ada orang nampak baik sebenarnya dari dalam jahat masyaALLAH.

peliknya manusia ni ALLAH je tahu.

Sebab itu Nabi kata...


Islam Agama DAKWAH
Islam Agama AKHLAK

Jangan dicaci, jangan dicerca amalan orang sebab kita pun belum tentu. Jika nak ajak orang buat
baik, ajak dengan akhlak, akhlak yang baik. Nak tegur, tegurlah dengan teguran yang paling baik.

Baiknya kita belum tentu syurga tempat kita


Jahatnya dia belum tentu neraka tempat dia.

Lihat dan pandang semuanya seperti AHLI SYURGA semuanya.


Yang mana boleh tegur, tegurlah. tapi jangan dihina, dicaci, dimaki, cakap baik-baik.

Oleh Nora Yusof.


9

FORMULA PELENGKAP 3: DAPAT KECICIRAN, ADA KEHABISAN

Siapakah di sini yang di antara anda semua berniaga secara online?

Mesti ramai kan? Hehe. Tahniah dan Alhamdullillah Allah gerakkan hati saya untuk sharing Ilmu.

Seperti yang sedia maklum, formula saya, formula tarik rezeki. Saya punya slogan kata.

PAHALA ITU MENARIK REZEKI


POSITIF ITU MENARIK DUIT

Apa yang anda dapat dengan dua slogan utama saya di atas? Hehe.

Saya pasti ramai di antara anda yang sudah pernah menjalankan perniagaan yang macam-
macam dan pelbagai. Berniaga itu tak menjadi, berniaga ini tak menjadi. Tak fokus. Begitu juga
dengan saya. Apa yang saya belajar daripada pengalaman sendiri iaitulah terhasilnya slogan di
atas. Kenapa?

Nak tahu? Ke nak tahu? Ke nak tahu??

Tak sabar dah?

Hehe

Kita akan berjumpa dengan macam-macam bentuk perniagaan atau pekerjaan yang kita lakukan
kerana terpaksa. Bukan kerana kita suka, tapi kerana terpaksa atas desakan hidup. Betul kan?

Dalam rasa terpaksa itu, makanya lahirlah emosi-emosi negatif dalam diri. Niat dah jadi tak betul,
bukan nak bantu orang lain dah tapi sebab nak bantu diri. Jadilah kita "menjual" dan bukannya
sedang "menambah nilai". Jika berlaku masalah antara pelanggan misalnya, penghantaran
barang menjadi lambat sebab kita kata kita sibuk kerja, kita tak hantar repair dekat supplier lagi,
kita nak pelanggan faham kita bukan kita faham pelanggan, lantaklah pelanggan nak marah pun,
kita dah cuba terbaik(padahal tak terbaik mana pun sebab malas nak fikir apa masalah
pelanggan) dah beli sudahlah, (Kita kata pelanggan banyak songeh atau cerewet) padahal kita
yang malas nak fikir. kita tak segerakan selesaikan masalah orang, pelanggan marah-marah atau
sakit hati dengan servis kita. Ada berlaku macam ni kepada anda?
10

Untung jual beli ada, pelanggan baru ada, tapi akan berlaku kebocoran wang di mana-mana,
antaranya, untung tak tahu ke mana pergi, banyak yang keluar daripada yang masuk, habis untuk
minyak tol semata. Tak ada pulangan modal dan sebagainya.

Sebab berlakunya perkara di atas kerana kita tidak buat perkara yang kita suka, niat berniaga tak
betul, tidak menjaga perasaan pelanggan.

Seperti artikel saya sebelum ini,


"Sakit Hati itu Menyempitkan Rezeki"

Adalah kena mengena dan berkaitan dalam hal ini.

Pelanggan membeli, ada untung(berniaga terpaksa), tapi servis tak bagus(niat salah),->
pelanggan tak puas hati, marah-marah maka berlaku kebocoran rezeki. Hidup dalam tekanan,
keletihan berpanjangan.

Akhirnya yang dapat keciciran, yang ada jadi kehabisan.

Pointnya disini ialah, buat apa yang disukai, sesuatu yang kita suka buat bukan kerana terpaksa,
dan niat memang nak membantu menyelesaikan masalah orang dengan produk atau servis kita.
Dan jika berlaku masalah, kita menyelesaikannya sebagai seorang pakar, bukan sebagai penjual.
Dan kita seorang pakar yang gembira, masalah boleh diselesaikan dengan mudah tanpa
mengganggu gugat emosi kita dengan pelanggan. Maksudnya, masalah itu bukan masalah pada
kita. Kita tenang, lapang dan suka dengan kerja buat kita walaupun penat. Faham ke?

Nak lagi faham? Baca Lagi tajuk-taju seterusnya. 


Jika tak jumpa apa yang kamu suka,
Maka sukalah dengan apa yang kamu ada,
Timbulkan perasaan cinta kerana Allah dengan perniagaan tersebut dan bukannya kerana
terpaksa.
Minds create reality.
Anda dapat sesuatu?
Jika ya, ucapkanlah
"Alhamdullillah."
Nora Yusof
11

FORMULA PELENGKAP 4: AKU DAN MAJIKAN

Berkaitan Solat dan Kejayaan

Pernah teliti tak laungan azan yang berbunyi

Hayya Alassolahhh... ~> Marilah menuju Solat


Hayya Alalfalahhhh...~> Marilah menuju Kejayaan

Pernah tak anda telitikan dua makna besar ini?

Selama bertapa beberapa hari ini, otak saya asyik ting, ting, ting, datang ILHAM.

Alhamdullillah.. kuasa ALLAH.

Dah tu apa kena mengena dengan tajuk "Aku DAN Majikan pakdah?

haishh macam-macam lah Nora Yusof ni...

Begini....
Perkaitannya ialah...

Sudah-sudahlah tuh duk jadi Hamba manusia...


Nak tanya...

Bagaimana hubungan kita dengan majikan di tempat kerja?

Majikan arah itu ini, semua kita buat kan? datang lambat seminit pun dah kelam kabut kan
punch card? Takut kena warning dan sebagainya.

Semua arahan majikan mesti kita patuhi kan jika nak naik pangkat, jika nak gaji bonus dan
sebagainya. Dah seolah kita dah jadi hamba dia je. Bukan bermaksud saya suruh langgar arahan
ketua ke apa.... maksud saya nak sampaikan ialah...

Begitu kuat disiplin kita dalam melaksanakan pekerjaan yang bermajikan manusia ini kan?
12
Dah tu? kalau tak buat macam tuh nanti hilang kerjalah, nanti duit tak dapat bonus, hilanglah
reputasi kerja nanti, nanti susah nak dapat kerja, gaji kena tolak dan sebagainya kan? Dah seolah-
olah Majikan itu pulak yang beri REZEKI

Apa yang saya nak sampaikan ialah bagaimana kita nak bekerja untuk ALLAH?

ALLAH itu sebagai majikan kita. Bagaimana?

Semasa saya sedang solat... saya teliti solat saya, Ting!!..inilah dia, aku sedang bekerja untuk
ALLAH, mengerjakan SOLAT!. TT_TT

Bagaimana ALLAH mahu memberi gaji yang lumayan JIKA solat kita tunggang langang? Pakaian
solatnya berbau busuk, tidak berbasuh berbulan-bulan? Bacaannya laju-laju, semuanya selaju-
laju ferrari??? Rukun, bacaan dan tertibnya tidak sempurna? Rukuk, Iktidal, sujud kelam kabut?
Doa tak doa je. YA ALLAH

Solatlah dengan sangat sempurna, kerana di dalam solat itu ada KEJAYAAN!...

Solat itulah pekerjaan kita dengan ALLAH sebagai hambanya, jika baik kerja kita maka banyaklah
gajinya... Cuba bayangkan solat kita bercelaru, tak tenteram, garu sana, garu sini, tak fokus.. (ini
seolah-olah bekerja main-main)...

Dahlah kerja main-main. (Solat Wajib)


Overtime pun tak mahu buat, (amal jariah & solat Sunat)

Bagaimana ALLAH nak beri BONUS gaji yang banyak? Fikirkan.

ALLAH tidak pernah suruh kita fikirkan jalan keluar selesaikan masalah tapi dia hanya suruh
SOLAT dan SABAR. (ini sahaja arahan dia di dalam Alquran) TELITIKAN.

Dia suruh buat kebajikan sedekah, amal jariah dan sebagainya. Itu arahan dia majikan kita. Ada
buat tak? Buat betul-betul tak?
Masya ALLAH! Rasa macam ada bom atas kepala saya.

Bagaimana dia mahu membayar gaji yang setimpal dengan hasil "KERJA KITA" jika tidak
seberapa?
13

Jadi anda dah kerja untuk Allah ke belum hari ini?

Kalau belum macam mana dia nak kurniakan rezeki kepada kita pagi-pagi hari?

Kita sibuk pergi kerja untuk diri sendiri dan manusia padahal kita mengaku rezeki itu datang dari
Allah.

Perasan tak?

Bagaimana atau kerja apa yang nak kena buat untuk Allah?

Cukupkan selawat
Cukupkan istifar
Cukupkan zikir
Cukupkan sedekah.
Solatlah dhuha.

Susah ke? Tak susah tapi berat nak buat sebab tak ikhlas. Huhu.

Jom sama-sama buat dan istiqamah.

ALHAMDULLILLAH
Nora Yusof
14

FORMULA PELENGKAP 5: HATI YANG TENANG ITU ASAS REZEKI


Faham apa itu makna SABAR?
Faham apa itu makna TENANG?
Faham apa itu makna MENANG?
Faham apa itu makna SYUKUR?

Kalian faham tak...?


Keempat-empat perkataan ini... selami dalam-dalam seolah-olah kita menyelam jauh ke dasar
laut. Maknanya sangat tajam. Kalau anda faham ini... anda akan dapat satu nikmat yang tak
boleh nak diceritakan dengan kata-kata.

Baca tulisan ini lembut-lembut ya... sepatah demi sepatah... baca dengan jiwa...Seolah-olah saya
sedang berbisik di telinga anda semua...
ulang dan ulang sambil menarik nafas perlahan-lahan...

Sekarang ini, pejamkan mata... dan bayangkan dalam diri "Aku kena tenang"

Sebab.... orang yang tenang itu orang yang menang... sangat menang. senyum.

Walau pahit mana pun masalah... aku kena tenang... seolah-olah aku tiada masalah.. kosongkan
fikiran. Jangan fikir apa-apa. Hanya mahu gembira je. Seolah-olah hari ini hari akhir aku...
Maka solatlah... solat dan terus solat... Solat dengan tenang.

Solat hanya kerana ALLAH. Solat kerana menyembah maha Esa...


Bukan solat kerana mahu dapat sale, bukan kerana mahu dapat rezeki melimpah ruah, tetapi
hanya kerana DIA... kerana dia semata-mata.

Duduk di atas sejadah, di dalam satu bilik gelap, ambil wuduk, pakai telekung...bentangkan
sejadah... Maka solatlah. SOLAT dengan penuh tertib. Jangan tergesa-gesa. Dah selesai, bacakan
zikir yang diajar nabi Ibrahim kepada UMMAH muhammad.

“Subhanallah walhamdullillah walaaailaahaillallah


walllahuakbarrr...laa.haulawalaakuwataillahbillah hilaliyillaziim…”
baca dengan banyak kerana zikir-zikir ini, setiap bacaannya akan menumbuhkan pohon-pohon di
SYURGA.

Buatlah... Lupakan DUNIA. Buatlah kerana DIA.


Pergilah kepadanya dengan PENUH rasa CINTA.
Bukan datang kepadanya dengan rasa TAKUT.
15

Kita semua sebenarnya tiada tapi ALLAH adakan.


Masalah sebenarnya tiada, tapi diada-adakan.
Kita semua sebenarnya diada-adakan untuk mengenal DIA.

Wahai hati... bertenanglah... kalau tidak tenang, sale tak mahu datang,
Wahai hati... bertenanglah... kalau tidak, masalah takkan selesai.
Wahai hati... hati yang lemah lagi lemah, bersabarlah...
kemenangan pasti berpihak kepada mereka yang tenang.

Tetapi berapa ramai yang tahu cara nak bertenang? Tak semua.
"memahami perkataan TENANG itu hanya pada kata tetapi bukan pada rasa"

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah tak bebankan seseorang melainkan sesuai
dengan kesanggupannya.

Orang sakitkan hati kita? SYUKUR....


Orang tak mahu bayar hutang kita? SYUKUR...
Kita tak dapat sale hari ini? SYUKUR...
Kita penat dan letih hari ini? SYUKUR...
Barang kita hilang? Kereta kita tayar pancit? SYUKUR...
Orang layan tak layan kita? SYUKUR...
Orang sayang kita? SANGATLAH BERSYUKUR.

Ingat.. orang yang tenang itu menang, jadi jangan kerana orang dah sakitkan hati kita, kita terus
lupa cara nak bertenang... tenang... tenangkan diri.. (dengarlah saya berbisik kepada anda)
tenang..... setenangnya...

Sikit je kita tak bertenang... rezeki terus tak mahu masuk. Hati sangat perlu bertenang. maka
tarik nafas dalam-dalam.. hembuss... (buat 3 kali).. kemudian syukur dan senyum... Tenangkan
diri.. tenanglah wahai hati jika mahu rezeki melimpah.

Terima seadanya. Kerana ALLAH sebaik-baik pemberi balasan.


Maafkan semua orang.

Wahai hati... bersyukurlah... syukurlah kerana ALLAH sayangkan kamu wahai hati.
Dia tidak melihat rupamu yang cantik, yang kurang cantik, tetapi dia melihat, menilai hatimu
wahai hati...

Jangan guna akal, tapi gunakan hati. Ulang-ulang baca ya supaya anda dapat sesuatu.
ILMU ini asas segala asas kehidupan.
Nora Yusof.
16

FORMULA PELENGKAP 6: FIKIR ITU DOA YANG MENARIK REZEKI

Saya simpulkan di sini cara nak selesaikan masalah ya.

Kita rasa masalah kita sangat BESAR?


Kan ALLAH maha BESAR ada nak selesaikan MASALAH kita?

Masalah yang kita rasa besar itu, adalah kecil BAGINYA.


Kerana dia ADALAH lebih BESAR.

Bagaimana fikir itu menjadi doa?

FIKIRAN itu adalah SANGKAAN.

kerana apa yang kita sedang fikir itu belum terjadi, ianya masih dalam kepala kita.
namanya SANGKAAN.

Islam menganjurkan kita bersangka baik dan berdoa yang baik-baik.

"wahai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan supaya kau tidak
menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya, sebahagian daripada sangkaan itu
adalah dosa" surah al-hujaraat, ayat 12.

Cara nak menyelesaikan masalah dengan berfikiran baik ialah


============================

contoh situasi

1) Kita tersepak batu... kaki kita berdarah.


kemudian kita maki-maki batu tu, atau pun kita maki-maki orang yang meletakkan batu itu.

contoh ayat
"siapalah letak batu tengah-tengah jalan ni, tak tahu ke orang nak lalu. menyusahkan orang."
Hati kita dalam keadaan marah takkan hilang. Kita marah pula pada batu yang tidak bersalah itu.
Kerana kita sedang fikirkan siapalah yang letakkan batu (fikir masalah) makin kita bertambah
marah dan masalah tidak akan selesai. Balik rumah, lagi bertambah-tambah marah tak hilang
kerana duk asyik fikir siapa letak batu yang menyebabkan luka itu.( sedang mengumpul dosa
kerana maki-maki orang di dalam hati.)
17

Kenapa kita nak fikirkan "siapa yang letak"? Selesai masalah ke kalau kita jumpa orang yang
meletakkan batu itu? Ataupun kita makin bergaduh pula dengan dia?

kenapa tidak kita tukarkan kepada


"bagaimana nak buat supaya batu itu tidak menyusahkan orang lain pula"

Fikirkan jalan selesai.

Batu ini kena buang ni. buang jauh-jauh supaya orang lain tidak terkena pula. Asas bertindak itu
adalah daripada fikiran kita. Kita fikir positif, tindakan akan automatik positif, selesai masalah
tak?

Kaki kita yang dah berdarah itu.. bagaimana mahu selesaikan? Agak-agak kita duk maki-maki,
kaki kita terus baik ke?

Fikirkan bagaimana nak ubatkan luka tersebut?


kita rasa, kita fikir itu DOA, aku kena pergi klinik ini, kena sapu ubat ini.

Maka jadilah kita balik rumah, kita sapu ubat, kita pergi klinik.

take point apa yang saya nak sampaikan.

Jika masih belum faham lihat contoh dua.

Contoh situasi
---------------

2) Berniaga sentiasa rugi. pelanggan tiada pun, dah macam-macam cara buat.
Yang kita duk fikir ialah... "kenapa pelanggan tak datang" " kenapa produk aku tak laku" "kenapa
pelanggan tak beli" "kenapa tak ada sale pun"

nampak tak dalam ayat tu kita fikir apa? "kita fikir 'tak'

-pelanggan tak datang


-pelanggan tak beli
-produk tak laku

maka jadilah DOA yang makbul "pelanggan tak datang, produk tak laku kerana orang tak beli."
18

Tukarkan kepada fikiran (contoh)

"bagaimana kalau laku keras ni"


"bagaimana nak buat pelanggan suka ni"
"Macam mana nak buat kasi terjual habis hari ini"
"Aku kena buat apa nak bagi pelanggan ramai ni"

Ayat

"Pelanggan ramai ni"


"laku keras ni"
"terjual habis hari ini"

Berbalik kepada TAJUK "Fikir itu Doa"

ALLAH itu MENGIKUT sangkaan HAMBANYA.

Jadi...Ulang-ulangkan banyak kali doa tersebut, In Shaa ALLAH selesai masalah, Rezeki pun
masuk. Jika masih tak selesai, bersabar dan berdoalah, ALLAH akan hantarkan ILHAM kejap itu
juga kerana kita sedang berdoa dan fikir bagaimana nak selesaikan. Bukan fikirkan MASALAH.

Tidak ada mana-mana teknik pun atas muka bumi ni yang mampu mengatasi teknik 'doa'
Oleh sebab itu jangan putus berdoa yang baik-baik.

Doa Itu marketingnya yang paling mustajab.


Doa yang di tulis, doa yang dihantar kepada Allah pasti dimakbulkan.
Tak cepat, tak lambat. Tapi tepat.

Dia tidak menerima doa dari hati yang lalai dan lupa lagi alpa.
Maka hendaklah yakin setiap kali berdoa bahawa doa itu sebenarnya sudah termakbul. 

JIKA masih belum di makbulkan, adalah terdapat dosa kita di mana-mana yang tidak terampun,
dosa kita dengan manusia dengan pokok kayu, dengan semut kucing ke. Jadi... sebaik-baiknya
sebelum memulakan pekerjaan, mohon ampun kepada ALLAH, kepada ibu dan bapa, kepada
rakan-rakan, adik-beradik dan yang ada kena mengena dengan kita yang terngumpat-ngampit ke.
uraikan rezeki yang tersekat itu dengan meminta maaf segera.

LIHATLAH keajaibannya.

SEMOGA sangat BERMANFAAT.

FIKIRAN yang POSITIF itu MENARIK REZEKI.

Nora Yusof.
19

FORMULA PELENGKAP 7: ALLAH NO.1

Berapa ramai yang meletakkan ALLAH adalah NO.1 di hatinya?

Tanda ALLAH NO. 2 adalah apabila "DUNIA" di dalam HATI.

Bagaimana DUNIA di dalam HATI?

1) Bangun pagi lihat telefon memasing DULU sebelum panjatkan rasa syukur kepada ALLAH.

Usai bangun itu... bersandar di dinding sekejap, duduk menegak beberapa saat, bersyukur
kepadanya kerana masih hidup untuk terus bertaubat dan menambah pahala.

kerana kita hidup bukan untuk mencari DUNIA.


kita hidup kerana mahu mencari AKHIRAT.

tempat ASAL kita ~> SYURGA.


berusahalah kembali ke TEMPAT asal kita dengan SELAMAT.

2) Ketika SOLAT, tidak khusyuk, sentiasa difikiran mahu selesaikan itu, mahu buat itu mahu
masak ini. (DUNIA). tidak fokus kepada apa yang kita sedang SEMBAH.

Solat yang bercelaru. Cara mematikan diri di dalam solat ialah apabila kita tanamkan di dalam
hati... Ini solatku yang TERAKHIR. Cubalah dan rasakan auranya.

Selebihnya saya terangkan kemudian.

CARA MEMAKBULKAN DOA ialah dengan mengutamakan ALLAH sebagai yang pertama-tama
dalam hidup kita kerana DIAlah pemberi REZEKI.
=====
Adakah anda suka manusia memuji anda?

Semua orang suka dipuji bukan?

Anak puji ayah,


suami puji isteri,
Adik puji Kakak,
Kawan puji Kawan.
dan lain-lain.

kita suka sangat kan? Apabila kita merasa suka dengan PUJIAN itu, terasa melambung-lambung
perasaan kita kan? Rasa nak beri itu, nak beri ini kepada yang memuji kan? Secara spontan.
20

Biasanya kita akan ucapkan,

"HAI... puji-puji ni ada apa-apa ke? mesti nak apa-apa ni....?" hehe...

(komunikasi saya dengan adik biasa begitu )

Kemudian saya dengan rela hati akan berikan dia apa yang dia nak. Rasa bertambah-tambah
mahu memberi kerana sikap baiknya kepada saya

ada sesiapa di sini yang ada anak? Yang mana anaknya sekali sekala memujinya.

"mommy cantiklah hari ini! " .. adik nak duit rm5 boleh? hihi..
"ayah nampak hensemlah hari ini" kakak nak ayah belikan itu balik nanti boleh? hihi

Apabila terdengar pujian itu bagaimana kita bertindak balas?


rasa ingin memberi bukan?

Apa yang saya mahu kongsikan di sini ialah...

ITULAH ALLAH...

Yang MAHA MEMBERI itu sangat suka kepada hambanya yang memuji-mujinya, mensucikannya,
mengagungkannya, membesarkannya. Sebab itu kita disarankan sebelum berdoa (meminta) kita
perlu dahulu berzikir, bertahmid, bertakbir...

tetapi kita tidak, doanya laju, bacaannya laju, solatnya laju. semuanya mahu laju-laju.
Tidak mahu berlama-lama di tikar sejadah kerana ada "DUNIA" di hati.

ALLAH sangat suka kepada hamba yang suka memuji kerana segala puji-pujian hanyalah
kepadanya. Semakin kita puji dia, semakin banyak dia memberi, semakin kita suka memuji dia,
semakin suka dia memberi...

Bagaimana DIA mahu senang memberi jika kamu "tidak senang" MEMUJI kebesaran dan
keagungannya?

Nora Yusof.
21
FORMULA PELENGKAP 8: ALLAH MENJAWAB AL-FATIHAH KITA

Ramai orang yang cara membacanya tergesa-gesa, dan seakan-akan ingin cepat menyelesaikan
solatnya. Padahal di saat kita selesai membaca satu ayat dari surah Al-Fatihah tersebut, ALLAH
menjawab setiap ucapan kita.

Dalam Sebuah Hadits Qudsi Allah Subhanahu Wata'ala ber-Firman: "Aku membagi solat menjadi
dua bagian, untuk Aku dan untuk Hamba-Ku."

■ Ertinya, tiga ayat di atas Iyyaka Na'budu Wa iyyaka nasta'in adalah Hak Allah, dan tiga ayat ke
bawahnya adalah urusan Hamba-Nya.

■ Ketika Kita mengucapkan "Alhamdulillahi-Rabbil 'alamin". Allah menjawab: "Hamba-Ku telah


memuji-Ku."

■ Ketika kita mengucapkan "Ar-Rahmanir-Ra-him", Allah menjawab: "Hamba-Ku telah


mengagungkan-Ku."

■ Ketika kita mengucapkan "Maliki yaumiddin", Allah menjawab: "Hamba-Ku memuja-Ku."

■ Ketika kita mengucapkan “Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in”, Allah menjawab: “Inilah
perjanjian antara Aku dan hamba-Ku.”

■ Ketika kita mengucapkan “Ihdinash shiratal mustaqiim, Shiratalladzina an’amta alaihim ghairil
maghdhubi alaihim waladdhooliin.”- Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-
Ku. Akan Ku penuhi yang ia minta.” (HR. Muslim dan At-Tirmidzi)

■ Berhentilah sejenak setelah membaca SETIAP satu ayat. Rasakanlah jawaban indah dari Allah
kerana Allah sedang menjawab ucapan kita.

■ Selanjutnya kita ucapkan "Aamiin" dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikat pun sedang
mengucapkan hal yang sama dengan kita.

■ Barangsiapa yang ucapan “Aamin-nya” bersamaan dengan para Malaikat, maka Allah akan
memberikan Ampunan kepada-Nya.” (HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud)

Lieutenantt J. O'c
dipetik daripada Khairil Azemi
22

FORMULA PELENGKAP 9: ZUHUD ITU PADA HATI

Mencari harta tidak semestinya dikatakan mengejar Dunia

Mencari harta juga boleh menjadi asbab untuk mengejar akhirat.

Dengan harta boleh menyebabkan banyak dosa.

Dengan harta juga boleh menjadi sebab memperbanyakkan pahala.

Bukanlah harta itu yang menjadi salahnya.

Tetapi cara kita mengendalikannya ke arah mana?

Tipu daya syaitan memang ada di mana-mana dan merosakkan.

Allah beri peluang kita merasai nikmatnya, rebutlah sebaiknya. Bukanlah zuhud itu pada harta
atau tinggalkan harta kerana ingin zuhud.

Harta benda langsung tak bersalah

Zuhud itu pada HATI.

Nora Yusof.
23

FORMULA PELENGKAP 10: KENAPA TAKUT

Kita ada duit simpanan RM sekian-sekian


Kita ada duit dalam dompet sekian-sekian
Kita ada duit untung bisnes sekian-sekian.

Tapi kita selalu takut duit tu habis.

Tak simpan elok-elok duit ni kat bank nanti hilang susah ni. Selalu cek baki akaun tinggal banyak
tu, banyak ni. (Risau tak bertambah, risau tak cukup unt masa depan, risau nak buat tu, risau nak
buat ni).

Alamak duit dalam dompet pulak ada banyak ni je. Seratus je. RM40 je. Untuk makan bulan nh.
Nak bayar hutang sat g tak cukup pula nak tunggu bulan depan. Sedekah sat g tak cukup pula nak
beli barang dapur. Berkira-kira dah nak sedekah, zakat. Duit simpanan ada cukup-cukup je.

Duit untung bisnes dapat banyak ni je hari ni. Cukuplah untuk tampung hidup esok. Esok nak
kena cari lagi. Bisnes lagi ni. Tak tentu esok dapat ke tak hasil jualan ni ya. Risaunya tak cukup ni.

Apa benda yang Nora Yusof pot pet pot pet ni. wuwuwuwu.

Nampak tak? Ketakutan, kerisauan ketakcukupan duit?

Saya nak tanya sebelum ada simpanan, duit dalam dompet atau duit untung dari bisnes tu? Dari
mana duit tu datang?

Hasil kita kerja makan gaji pastu kita menyimpan ya? Jadi dapatlah menyimpan ya? Betul?
Owh...hasil gaji sebab keje.

Penipu! Duit tu bukan hasil kerja. Tapi dari Allah yang beri rezeki.
Hasil lepas bayar hutang semua sewa umah motor semua maka tinggallah rm40 ya dalam
dompet ya? Mana dapat duit untuk bayar sewa, hutang semua tu? Owh... dapat daripada hasil
kerja, hasil bisnes. Risau tak cukup nih nak sampai bulan depan pula.

Penipu! Duit tu bukan usaha hasil bisnes atau kerja buat. Tapi dari Allah yang beri rezeki. Habis
sebelum dapatnya RM40 dalam dompet. Dompet tu berisi lagi banyak lah ya? Sebab dah bayar
hutang semua maka tinggal banyak tu je?
24

Duit untung bisnes dapat banyak ni je. Dapat jual barang hari ni dapat ni jelah. Risaunya esok
macam mana tak tau lagi. Owh... dapat duit hasil dari jual barang ya.

Penipu! Duit tu bukan datang dari jual barang. Tapi datang dari Allah. Allah lah pemberi
rezekinya.

Kenapa kita selalu kerisauan. Ketakutan duit habis? Duit takkan cukup? Sedangkan kita lupa dari
mana kita boleh ada duit yang kita ada sekarang? Duit simpanan, duit dalam dompet duit, duit
untung bisnes. Kita selalu lupa DIA pemberi rezeki. Kita hanya percaya duit yang kita ada
sekarang adalah hasil kita dapat gaji, hasil menyimpan, dan hasil untung bisnes. Kalau pun kita
ingat Dialah pemberi rezeki, percaya rezeki dari Allah, itu cuma 50% je keyakinan kita kerana
masih lagi duk risau untuk rezeki esok-esok hari macam manalah nasibnya ya.

Kita lupa, Dia dah tetapkan dah rezeki sejak kita dalam perut ibu lagi. Dah ditulis sekian-sekian
sehingga kita mati. Maknanya selama hidup akan tetap ada rezeki untuk kita. Kita je risau duit
hilang, risau rezeki diambil orang. Padahal dah bukan rezeki kita, memang tak kan pernah jadi
hak kita.

Kita lupa Dialah yang mentadbir dan menguruskan alam ini menurut kebijaksanaan Dia. Dia beri
kita gaji, simpanan, duit untung bisnes nak tengok kita serah pada Dia untuk diuruskan atau pada
diri kita sendiri untuk urus. Kita jadi risau takut habis, takut hilang, takut tak cukup sebab kita tak
pernah serah duit kita untuk diuruskan Dia. Sedangkan kita ni memang tak pernah ada apa. Tak
punya apa. Kita hanya percaya duit tu hasil kerja buat kita. Maka dari situ kita dapat duit.
Padahal duit itu jua datang dari Dia. .

Kita tak pernah nak serah pada dia segala urusan hidup kita. Kita hanya serah kat dia urusan mati
je. Yang urusan hidup kita jaga sendiri termasuk bab rezeki. Betul kan?

Sebab tu kita selalu takut, selalu risau. Hidup tak kecukupan.

Kalau kita percaya duit tu datang dari DIA, kita takkan ada perasaan macam tu. Sebab kita tahu
dia yang beri. Dia juga yang ambil. Kalau kita percaya duit itu datang dari HASIL BUAT KERJA KITA,
kita akan ada perasaan macam tu. Lupa pemberi rezeki. Lupa nak serah duit kita suruh dia jaga,
lupa nak bersyukur apatah berterima kasih.

Yang kata tak cukup itu nafsu.


Yang kata cukup itu iman.

Jadi di mana iman?


Nora Yusof
25

FORMULA PELENGKAP 11: MISKIN TAPI DUA KALI RIAK


Kalau orang lain boleh menjadi kaya kenapa kita tidak boleh???

Takut riak?
Takut sombong?

orang miskin pun berlambak riak


berlambak sombong tak hala..

Siapa suruh kita jadi orang kaya riak?


Siapa suruh kita jadi orang kaya sombong?
ALLAH tak suruh. Yang ALLAH suruh jadilah orang yang kaya bersyukur lagi bersedekah.

Sahabat Nabi pun ada yang kaya yang tersenarai jadi calon SYURGA.
Abdul rahman bin Auf

Yang kita duk takut-takut dah kenapa?


punyalah banyak nikmat ALLAH atas muka bumi ni.
punyalah maha kayanya dia tapi tak nak guna, tak nak capai

kalau semua orang jadi kaya sekalipun apa masalahnya? ALLAH maha kaya. SIKIT PUN TAK LUAK
Kekayaan ALLAH. Jika yang MAHA BERI kaya semua orang. Kan.
contoh situasi: nak bagi faham riak bagaimana dalam dada orang miskin. Bukan kebanyakan tapi
contoh. Semak dalam diri kita ada ke tak der.

orang pakai kancil bila nampak BMW depan dia lalu..

dalam hati duk mengata orang tuh


"eleh bawak BMW pun berlagak"
(sukati kita kata orang berlagak, kenal pun tak)

"eleh aku pun boleh pakai juga BMW tuh. Setakat tuh apa ada hal.."
(nampak tak? Dia yang dah dua kali riak jadinya plak dah ).
p/s: Selamat berjuang mengkayakan diri dengan iman dan takwa.
ingat “I am the money magnet” kita suka duit, duit sukalah dekat kita.
Duit boleh buat macam-macam, bersedekah, memudahkan hidup orang lain, membangunkan
masjid, menyumbangkan kepada Islam. Takkan buat masjid pakai air liur? Siapa nak kerja buat
masjid bagi dengan air liur? Tak boleh nak beli beras pun.
Nora Yusof
26

FORMULA PELENGKAP 12: KUASA FOKUS JALAN KEJAYAAN

Bagaimana kuasa fokus membawa kejayaan?

Marilah menuju kejayaan (dalam azan ALLAH panggil kita SOLAT)

Kaji kuasa fokus dalam solat menuju KEJAYAAN

Semasa kita solat, pelbagai halangan datang kan? Ada sesiapa yang sama macam saya tak?

Jika demikian halnya, ternyatalah HATI kita masih ada "DUNIA"

TIDAK FOKUS, TIDAK KHUSYUK.

kita solat rakaat pertama, niat, lepas itu terlupa,

"betul ke aku niat tadi?"


alaa... kena niat lagi

niatlah sekali lagi.. okey yakin betul dah...

solat pum pram pum pram.. naik rakaat seterusnya lupa dah berapa rakaat. haiyaaa.... aishhh..
kaco betullah.

apa jadi?

Ada yang solat semula sebab nak kesempurnaan menuju kejayaan dalam SOLAT.
Ada yang tidak, yakin sangat dengan solatnya yang dah berapa rakaat ntah.

Menurut Imam Syafie, jika kita tertinggal mana-mana rakaat, tidak ingat solat rakaat ke berapa,
terlupa sebahagian bacaan (rujuk bab SOLAT ya) kita diboleh sujud Sahwi (kerana terlupa
meminta doa kepada ALLAH mengingatkan kita apa yang kita lupa)-maksud doa.
Sujud sahwi adalah sujud sebanyak 2 kali yang dilakukan sesudah membaca Tasyahud akhir dan
Selawat (Tahiyaat Akhir), tepatnya sebelum mengucapkan salam.

Apakah sebab-sebab yang mengharuskan sujud sahwi? Ada 3 perkara iaitu:

(1) Penambahan gerakan (al-Ziyadah). Misalnya seseorang menambah jumlah rukuk, sujud,
berdiri atau duduknya.
27

(2) Pengurangan (Naqs). Misalnya seseorang kurang dalam melaksanakan rukun atau hal yang
wajib dalam solat.

(3) Ragu-ragu (Shak). Misalnya dia ragu-ragu tentang jumlah rakaat solat sama ada tiga atau
empat.

(sumber: http://mystormreaders.wordpress.com/2012/12/03/bagaimana-untuk-melakukan-
sujud-sahwi-di-dalam-solat/
===============================================

tetapi seronok ke solat kita tidak sempurna kerana terlupa? Tidak kan? Stress je.

Okey solat lagi.. lupa lagi.. haiyaaa.. berapa kali mahu solat dah...
aku ni dah kenapa??

rasa nak buang anginlah, menguaplah mengantuklah, nyamuklah, apa lah, mulalah tak kena
sebarang.

kemudian ambil wuduk semula, ini satu penyakit juga.

KETAHUILAH.. di kala anak Adam bangun mengerjakan SOLAT, syaitan mula resah dan melakukan
pelbagai tipu daya untuk merosakkan ibadat kita.

(INI dinamakan CABARAN)

Jadi point utamanya ialah FOKUS.

ketika ambil wuduk pastikan hati kita sudah fokus dari awal.

kemudian bangun bersolat, satukan hati kita, seolah-olah sedang solat di hadapan Kaabah di
MAKKAH AL-MUKARRAMAH.

Kemudian, sebelum bersolat, buangkan dulu "DUNIA" dari hati, gantikan "ALLAH" di hati.
Buangkan segala kemarahan, kemurungan, Solatlah dengan gembira, dalam keadaan SENYUM,
seperti kita ternampak kekasih, Ingin berjumpa dengannya dalam keadaan CANTIK, COMEL, dan
BERSIH.
28

Maka bertakbirlah. syarat kejayaan seterusnya di dalam solat ialah tidak tergesa-gesa, bersabar
di dalam SOLAT, memahami bacaan-bacaannya. KESEMUA bacaan di dalam solat adalah
semuanya DOA dan puji-pujian untuk ALLAH semata. ( tak faham pergi rujuk makna Al-fatihah,
rukuk sujud, iktidal dll ya. )

Setelah itu tetapkan dalam hati, aku BERSOLAT ini adalah untuk menuju KEJAYAAN, jika
sempurna SOLATKU, MAKA AKU ADALAH orang yang BERJAYA.

Alhamdullillah, jika tidak, aku lupa, aku terfikir macam-macam dalam kepala,- fikir nak masak
apa, fikir nak makan apa, fikir nak buat itu, nak buat ini, teringat kisah ini kisah itu, yang tak patut
pun masuk juga. -----> ini tipu daya syaitan yang sedang merosakkan

JADI, ABAIKAN. sebelum SOLAT, bacakan doa aku berlindung daripada SYAITAN yang direjam.
aammiiinn..

KEMUDIAN FOKUS MENUJU KEJAYAAN WALAUPUN BANYAK HALANGAN.

INSYAALLAH mendapat KEJAYAAN yang besar.

p/s: Praktikalnya adalah sama jika kita mahu mencapai kejayaan dalam hidup
pedulikan halangan, tetapkan tujuan, teruskan fokus kita, buat bersungguh-sungguh dan betul-
betul.

RESULTNYA????-------->>> KEJAYAAN YANG BESAR yang MENARIK REZEKI

Nora Yusof
29

FORMULA PELENGKAP 13: KEDEKUT ITU KEMUSNAHAN

Cerita ini mengisahkan tentang seorang manusia yang kedekut hartanya :

Disebutkan bahawa di Kota Array terdapat Qadhi yang kaya raya, Suatu hari kebetulan
hari Asyura ' datanglah seorang miskin meminta sedekah . Berkatalah si miskin tadi
" Wahai tuan Qadhi, adalah saya seorang miskin yang mempunyai tanggungan keluarga. Demi
kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan daripada tuan, maka berilah saya
sedekah sekadarnya berupa 10 keping roti , 5 potong daging , dan duit dua dirham".

Qadhi menjawab," Datanglah selepas waktu zohor "


Selepas solat zohor orang miskin tu pun datang demi memenuhi janjinya. Sayangnya si qadhi
kaya itu tidak menepati janjinya dan menyuruh datang selepas solat asar . Apabila si miskin
itu sampai kali kedua , namun si Qadhi itu tidak memberikan apa2 . Lalu si miskin itu pun
beredar.

Sewaktu si miskin itu jalan-jalan mencari, ia melintas di depan seorang kristian sedang duduk
di hadapan rumahnya. Lalu si miskin itu menyapa si kristian itu " Tuan, demi keagungan dan
kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk menyara keluarga saya."

Si kristian bertanya " Hari apakah hari ini ? "

"Hari ini hari Asyura " , kata si miskin, sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari
Asyura.

Rupanya orang kristian itu sangat tertarik mendengar cerita si peminta sedekah dan hatinya
berkenan untuk memberi sedekah.

Berkata si kristian "Katakan apa hajatmu padaku "

"Saya memerlukan sepuluh keping roti, lima ketul daging dan wang dua dirham saja "
kata si peminta sedekah.

Dengan segera ia memberi semua keperluan yang diminta oleh si peminta sedekah,
si peminta sedekah pun balik dengan gembiranya.

Pada satu malam si qadhi yang kedekut itu telah bermimpi," Angkat kepalamu" kata suara
dalam mimpinya. Sebaik saja ia mengangkat kepala tiba-tiba tersergam di hadapan matanya
dua buah bangunan yang cantik, sebuah bangunan diperbuat dari batu-batu bersalut emas dan
sebuah lagi diperbuat daripada yaqut yang berkilau-kilauan warnanya.
30

Ia bertanya "Ya Tuhan,untuk siapa bangunan yang sangat cantik ini ? "

Terdengar jawapan, "Semua bangunan ini adalah untuk kamu andaikan kamu memenuhi
hajat si peminta sedekah itu. Kini bangunan itu dimiliki oleh seorang Kristian."

Apabila si qadhi bangun dari tidurnya , iapun pergi berjumpa dengan si Kristian tu
dan bertanya " Amal apakah yang teleh kau buat sehingga mendapat 2 bangunan cantik "

orang Kristian itu pun menceritakan segalanya. Kata Qadhi itu " jualkanlah amalan mu itu
kepadaku dengan harga seratus ribu dirham."

Kata si Kristian, " Ketahuilah wahai qadhi, sesungguhnya amal baik yang diterima Allah S.W.T
tidak dapat diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi serta seisinya . "

Kata Qadhi , " Mengapa anda begitu kedekut, sedangkan anda bukan seorang Islam?"

Ketika itu juga orang Kristian itu membuang tanda salibnya dan mengucapkan dua kalimah
syahadah serta mengakui kebenaran Agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W

P/s : Bersedekahlah, kerana tidak akan kurang sedikit pun harta kamu, malah akan ditambahnya
lagi.

Dipetik daripada Shahrimi Othman.


31

FORMULA PELENGKAP 14: EMOSI NEGATIF BAHAYA KESIHATAN


Dalam Buku “The Healing dan Discovering the Power of the Water” (By: Dr. Masaru Emoto)
disimpulkan bahawa :
1. MARAH selama 5 minit akan menyebabkan sistem imun tubuh kita menjadi lemah selama 6
jam.

2. DENDAM dan MENYIMPAN KEPAHITAN akan menyebabkan imun tubuh kita mati.. Dari situlah
bermula segala penyakit, seperti Stress, Kolesterol, Hipertensi, Serangan Jantung, Rhematik,
Arthtritis, Stroke (perdarahan/penyumbatan pembuluh darah)…..

3. Jika kita sering membiarkan diri kita Stress, maka kita sering mengalami Gangguan
Pencernaan.

4. Jika kita sering merasa KHUATIR, maka kita mudah terkena penyakit Nyeri Bahu atau .

5. Jika kita MUDAH TERSINGGUNG, maka kita akan cenderung terkena penyakit Insomnia (susah
tidur).

6. Jika kita sering mengalami KEBINGUNGAN, maka kita akan terkena Gangguan Tulang Belakang
Bagian Bawah.

7. Jika kita sering membiarkan diri kita merasa TAKUT yang BERLEBIHAN, maka kita akan mudah
terkena penyakit GINJAL.

8. Jika kita suka ber-NEGATIVE THINKING, maka kita akan mudah terkena DYSPEPSIA (penyakit
sulit mencerna).

9. Jika kita mudah EMOSI & cenderung PEMARAH, maka kita terdedah terhadap penyakit
HEPATITIS.

10. Jika kita sering merasa "SOMBONG" (tidak pernah peduli) terhadap lingkungan, maka kita
akan berpotensi mengalami Penurunan Kekebalan Tubuh.

12. Jika kita sering MENGANGGAP MUDAH semua persoalan, maka hal ini boleh mengakibatkan
penyakit Diabetes.

13. Jika kita sering merasa KESEPIAN, maka kita boleh terkena penyakit Demensia Senelis
(berkurangnya memori dan kontrol fungsi tubuh).

14. Jika kita sering BERSEDIH dan merasa selalu RENDAH DIRI, maka kita boleh terkena penyakit
Leukemia (kanser darah putih) (dipetik daripada Muhammad Syairazi)
32

FORMULA PELENGKAP 15: BERBAIK SANGKA KEPADA ALLAH

Sebagai orang Islam, kita dah diajar oleh ibu bapa kita, nenek kita, guru dan ustazah kita..walau
apa pun yang kita lakukan, walau bisnes apa pun yang kita jalankan, kita perlu berbalik kepada
Dia, Allah Maha Pencipta..Dalam setiap proses kehidupan atau proses perniagaan, kita perlu ada
Dia disisi kita..Bukan sahaja sewaktu kita mula mencari-cari idea untuk bisnes, tetapi juga
sewaktu kita sudah berada di puncak..Orang lain mungkin silih berganti, tetapi Dia pasti tetap
bersama kita..

Tapi..apa yang berlaku, kita bermula dengan tidak berasa yakin Allah boleh membantu
kita..Sebab itulah kadang-kadang kita nak resign pun masih ragu-ragu..Maaf, saya bukan nak
encourage orang untuk berhenti kerja, tetapi ini untuk mereka yang dah tak berminat bekerja,
mereka yang lebih berminat nak berbisnes. Hati dah tak berada dalam ofis tu, jiwa dah
memberontak..diri merasakan terseksanya terpaksa bangun pagi setiap hari, meninggalkan anak
kecil dijaga dan dibelai oleh bibik saban hari..tapi bila hati dah kuat nak resign, mula lah rasa
bolehkah kita hidup kalau berhenti kerja di company yang kukuh ini? company yang besar ini?
biasanya bonus 4 bulan, ada juga company yang beri bonus 12 bulan?..

Semua ini berlaku kerana kita tidak yakin dengan Allah..di mulut memang kata yakin, tapi
sebenarnya kecut perut..Nak start buat bisnes pun takut-takut..takut gagal...Kenapa kita takut
gagal sedangkan kita ada Allah? Inilah dia..kerana kita tidak memulakan sesuatu perbuatan itu
bersama-sama Allah..kita tidak tanyakan kepada Dia dulu..Minta idea Dia dulu, minta permission
Dia dulu?..

Setiap apa yang kita lakukan sebenarnya kita perlu sandarkan dan bergantung dengan
Allah..Tapi, kita perlu yakin dan berbaik sangka dulu bahawa Allah itu ada lah segalanya..Berbaik
sangkalah dengan Dia..bila kita mula berbaik sangka dengan Dia, barulah dia akan
memberi..memberi...dan memberi lagi..Dulu saya pun sama, kita sentiasa terasa kita ni banyak
dosa dengan Dia..kita terlalu di ajar tentang takutkan api neraka..betul..memang tak
salah..supaya itu akan menghindar kita dari melakukan dosa..

Tapi, bila saya lebih faham apa yang diajar oleh Mentor, berbagai 'law' yang diajar..kita
kaitkankan dengan agama kita..dengan kefahaman kita.Ini lah 'law of attraction'..Apa kata kita
mula ingatkan syurga....sentiasa menyebut syurga..barulah kita dapat syurga..dan sentiasa ingat
Allah itu Maha Penyayang, Maha Pengampun..maka kita akan rasa lega sangat..Rupanya Allah
mengampun kan dosa kita kerana Allah tu Maha Penyayang..Allah itu Maha Pemberi
Rezeki..bukannya syarikat yang kukuh itu yang memberi rezeki..tapi semuanya datang dari Allah
jua..
33

Sebenarnya, bila kita dah mula berbaik sangka dengan Allah..segala rintangan dalam bisnes dan
sebagainya, kita akan rasa tenang sangat..pasti Allah nak menguji kita supaya kita menjadi lebih
kuat dan Dia dalam proses nak menaikkan darjat kita lagi..Allah nak memberi lagi lah tu..Bila
berbaik sangka dengan Allah, terasa hidup sangat mudah..Doa dapat..doa dapat.. doa
dapat...Yang best lagi, bila kita mula berbaik sangka dengan Allah, terasa nak melekat je kat
sejadah..terasa nak berlama-lamaan di situ merayu-rayu dan meminta-minta pada Dia..Dulu
selalu rasa pelik kenapa la tok kita, mak ayah kita..kalau solat tu lamanyaa..tak habis-habis..kalau
kita ni, berapa minit je dah setel..Rupanya bila kita kenal Allah..barulah tahu betapa nikmatnya
berlama-lamaan di atas sejadah..betapa nikmatnya bila dapat berkomunikasi dengan
Allah..dalam kereta ke, dalam ofis ke...di mana sahaja kita boleh berkomunikasi dengan
Allah..Semakin banyak kita berkomunikasi dengan Allah, semakin banyak kita berdoa dengan
Allah..semakin timbul perasaan baik sangka dengan Allah..

Di rumah juga, kita kurangkan menakut-nakutkan anak-anak kita dengan api neraka, tetapi lebih
kepada menampakkan mereka dengan syurga Allah..Pagi-pagi semasa minum pagi dengan anak-
anak, kami berdoa" Ya Allah, berkatilah rezeki yang Engkau berikan kepada kami..dan
masukkanlah kami ke dalam syurgaMu.." kalau ikutkan, doa asalnya.."Ya Allah, berkatilah rezeki
yang Engkau berikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari api neraka"..Kami tukar kepada
syurga kerana pagi-pagi tak naklah bayangkan api neraka..pagi-pagi kami nak bayangkan
keindahan syurga...

Bukankah bila kita sentiasa menampakkan kebaikan Allah..kita semakin berbaik sangka dengan
Allah?..Dan bila kita mula berbaik sangka dengan Allah..kita akan rasa, Allah nak beri lagi..nak
beri lagi..nak beri lagi...

ALLAH MAHA ADIL...ALLAH MAHA PEMBERI REZEKI

Oleh: Anis Choc Moist Cake


34

FORMULA PELENGKAP 16: REZEKI TERSEKAT KERANA SAMBAL BELACAN

Lazimnya kalau kita makan diluar atau di kedai kebiasaannya makanan yang kita pesan seperti

Nasi putih
Tomyam
Ikan kerapu 3 rasa
Telur dadar
Dll menu.

Wajib dimakan dengan sambal belacan kan. Ada yang minta nak sambal belacan sebagai
tambahan. Ada juga yang minta air kosong sebagai minuman tambahan.

Tetapi ketika bayar ada antara kita tidak sebut pun sambal belacan atau air kosong dalam list
menu untuk dibayar. Kerana, ada sesetengah kedai atau restoran biasanya kedua-dua menu
santai ini diberi secara percuma kan? Jadi tak sebut pun tak apalah kononnya pada fikiran kita.

Menurut siri tazkirah ceramah yang saya dengar tadi.. Boleh jadi HARAM jika kita tidak sebut
dalam akad jual beli walaupun pekedai tersebut sudah sedia maklum makanan itu sebagai
percuma. Nampak remeh kan? Hal yang remeh itulah sebenarnya yang kita tak sedar, tak teliti
yang menjadi darah daging kita. Yang mungkin boleh menjadi punca rezeki tersekat.

Tak mengapa tuan kedai beritahu walaupun itu adalah percuma sekalipun, sekurang-kurangnya
kita maklumkan semasa pembayaran, kita ada tambah sambal belacan ke air kosong ke, kicap ke
sos ke. Kadang-kadang kita tidak sedar ada sesetengah kedai sebenarnya mengenakan bayaran
walaupun 10 @ 20 sen cuma. Kita wajib memaklumkan. Tugasan kita sudah selesai. Mereka nak
kira atau tidak itu hak mereka. Maklumkan kepada mereka.

Setiap apa yang kita makan itu Allah catat pahala dan dosa.

Wallahualam.

Semoga bermanfaat dari saya.

Nora Yusof.
35

FORMULA PELENGKAP 17: JANGAN TOLAK REZEKI

Apabila ada seseorang yang memberikan sesuatu tanpa kita minta, secara tiba-tiba mendapat
makanan, duit dan sebagainya, Jangan TOLAK. Ambil. Kerana itu Allah yang beri sebenarnya.

Jika kita khuatir dan menolak dengan malu-malu. misalnya orang tertentu berikan kita kuih, Jiran
misalnya,

KIta: "eh apa ni??, ala... tak payah susah-susahlah."


Jiran: Ala tak apalah ambiklah, bukan banyak mana pun...
Kita: Ala tak apa-apa. kat rumah banyak lagi tu...
Jiran: (Ada yang beri, ada yang tarik balik)

(dialog diatas menunjukkan sopan santun penyakit orang Melayu) hihihi

Tukarkan seperti ini


================

KITA: Alhamdullillah, terima kasih ALLAH susah-susah je, halalkan ya. syukur dapat rezeki.
kemudian, senyum.

Apabila anda mendapat rezeki seperti itu, ITU ADALAH ALLAH. jangan sesekali menolak. Jika
tolak, lain kali, kemungkinan untuk ALLAH beri lagi tidak akan bertambah. Mulai hari ini, Ubah
cara kita bercakap dalam berbasa basi ya.

Itu tandanya, kerana amalan kita sudah berhasil menarik perhatian Allah sebab itu DIA memberi
rezeki yang tidak disangka-sangka.

Nora Yusof.
36

FORMULA PELENGKAP 18: UCAPAN YANG BAHAYA

Sesaje-saje semak galeri gambar lama, tiba-tiba terjumpa gambar ni.


Tahun 2011-2012 merupakan tahun boleh dikatakan tahun sungguh mencabar dalam hidup
hanya selepas beberapa bulan berumah-tangga,

Permulaan kerjaya adalah sebagai perunding ejen Hartanah. Ramai yang berkata dengan dialog
macam ni:-

"Ko keje ejen ni mesti komisen banyak kan?"


"Mesti kaya ni, dapat jual sebiji rumah dapat belas-belas ribu"

Hakikatnya dan sebenarnya kehidupan kami sebenarnya sungguh mencabar pada waktu itu.
Kami selalu cemburu melihat kehidupan orang lain yang lebih senang sedikit dari kami. Cemburu
melihat ada yang dapat makan mewah, kami hanya makan nasi berlauk kicap dan telur sahaja
waktu itu.

Tapi apa-pun kami tetap bersyukur kepada Allah SWT kerana masih lagi di beri rezeki untuk
meneruskan kehidupan. Lantaran dengan itulah kami berusaha dan terus berusaha untuk keluar
dari kehidupan kami pada waktu itu untuk sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit kelebihan
kepada isteri pada waktu itu.

Lalu kami teruskan dan melipatgandakan usaha dalam kerjaya Ejen Hartanah untuk dapatkan
pendapatan yang lebih untuk tampungan keluarga.

Alhamdulillah, syukur kami dapat close case beberapa buah rumah sewa dan dapat jual
beberapa buah rumah. Dapatlah sikit komisen untuk bekalan kami suami isteri. Lama-kelamaan
rasa seronok mula hadir dalam diri dan rasa semangat untuk meneruskan kerjaya dalam Ejen
Hartanah.

Cuba kalau anda semua fikirkan dan renungkan, jika anda boleh buat sesuatu sehingga berjaya,
pasti ada yang iri hati dan bersifat dengki pada anda, betul ke betul? Begitulah apa yang berlaku
pada kami, lama-kelamaan rasa seronok tu dah hilang akibat kami rasa ada yang tak puas hati
pada kami suami isteri. Padahal kami sendiri pun tak pasti betul ke ada yang tak puas hati dengan
kami. Entah, sendiri pun tak tahu.

Lama-kelamaan kami pun cakap macam ni "alahhhh, aku buat kerja penat-penat, bos yang kaya,
lepas tu suka-suka hati nak potong komisen plak..... bla... bla... bla...". Kemudian tidak lama
selepas tu kami pun berhenti kerja sebelum di berhentikan oleh bos kami.

Dari sejak itulah, bermulalah langkah kerjaya dalam bisness online.


37

Berapa ramai di antara kita yang pernah kata "alahhhh, aku buat kerja penat-penat, bos yang
kaya, lepas tu suka-suka hati nak potong komisen plak..... bla... bla... bla...". Sebenarnya ayat ni
amat bahaya jika kita lontarkan kerana ini salah satu penyakit hati yang amat buruk. Sebab tulah
kami tak lama dalam kerjaya Ejen Hartanah, lalu pedap terus berhenti. Allah tak kan beri
keberkatan rezeki pada kita jika kita tak ikhlas buat sesuatu perkara dengan seelok-eloknya.
Lama kelamaan kita sendiri akan penat dan keluar dari apa yang kita buat.

Ikhlaslah dalam apa juga perkara yang kita buat, walaupun kita cuma kutip sampah di tepi jalan
sahaja, maka percayalah akan ada sesuatu perkara ajaib yang melanda diri kita tidak lama lagi.

Ramai yang buat bisness online produk orang mesti sebahagian daripadanya akan berkata "aku
jual produk ko, aku cari customer, aku cari ejen, aku buat semua, aku kayakan ko, aku dapat
apa???" Beb, bila kita cakap perkara ni, percayalah, kita tak akan lama dengan apa yang kita
buat, lalu kita pun cari benda lain.

Berapa ramai yang faham apa yang di sampaikan hari ini?

Katakan "saya buat apa yang saya buat kerana Allah"

Oleh Coach Afeandi


38

FORMULA PELENGKAP 19: ILMU TAK KENAL USIA TAPI USIA AKAN KENAL ILMU

Apa yang anda semua faham dengan kenyataan saya di atas?

Apa yang saya nak sampaikan ialah... HORMATILAH ilmu dan orangya sekali.

Suatu hari... saya sedang bercakap-cakap dengan seorang adik...

Adik itu pada saya sebelum itu pelik-pelik je perangai dia.


Suka buat bukan-bukan yang tak masuk akal. Suka buat saya marah.

Pada suatu hari... saya dengar setiap kata-katanya dengan teliti...


saya telitikan ucapannya satu demi satu...

Mulai dari hari itu, saya belajar mendengar ucapannya yang orang tak suka dengar. Tak
endahkan dia. Tak percayakan dia. Tapi saya tidak. Saya telitikan setiap butir bicaranya dengan
tertib.

Saya dapat satu kepuasan yang luar biasa. Mendengar dan menurun ego, menambahkan lagi
ILMU saya tentang manusia. Hati saya terasa sangat lapang.

Uniknya manusia ALLAH jadikan.

Adik itu kata pada saya "Kak.. dengarlah... telitikanlah orang-orang disekelilingmu dengan
pandangan yang baik keatas setiap diri mereka." Beri peluang mereka mengutarakan pendapat
mereka. Dan terimalah ia dengan hati yang lapang. yang keruh buang, yang jernih ambillah"

Kemudian ada seorang kakak yang dah berusia datang pada saya...
Meminta sedikit nasihat, kenapa hidup dia selalu bermasalah.

Dia beritahu, sebelum ini dia selalu tidak mengendahkan cakap orang muda-muda. Jika muda
mudi berkata-kata dia merasakan muda-mudi itu tiada betulnya.

Antara kata-kata kesat yang keluar (menandakan ego dalam diri)

"Mereka apa tahu? Yang mereka cakap itu aku dah tahulah" Tak payah beritahu, semua yang
engkau cakap itu aku dah tahu" Macamlah dia tuh baik sangat nak nasihatkan orang"

Tahu tak apa akibatnya kata-kata diatas? Rezeki makin sempit. Masalah bertimpa sana sini. Tidak
meraikan orang. Ego segala. Merasakan diri tahu semua. Tidak menghormati orang. Ilmu tak
kenal usia. Usia akan kenal ILMU. kalau dah berusia tapi dalam diri adab tiada terpelihara?
.
39

Apakah kita benar-benar berilmu?

ITU BUKAN CIRI-CIRI ORANG YANG BERILMU.

Orang yang berilmu.. ialah apabila makin berilmu, makin dia merendah hati, makin merasakan
dirinya banyak yang tidak tahu. Bukan sebaliknya.

Sesungguhnya ADAB itu lebih tinggi dari ILMU.


Ada ILMU tinggi tapi tak beradab apa gunanya?

Jadi.. saya nasihatkan akak itu.

"Akak.. hormati ilmu, walaupun akak dah tahu tentang itu, anggaplah ianya sebagai tanda
ingatan, kita kan manusia mudah lupa, perlu selalu diingat-mengingati. Jika mendengar orang
yang lebih muda sedang berkata, sedang memberi nasihat. Rendahkan hati. Dengarlah.
Tadahkan telinga mendengarnya. Dengarlah. Dengar dengan teliti. Belajarlah sesuatu
daripadanya. Raikan dia, Ucapkan terima kasih kepadanya" Jika mereka cakap yang tidak betul.
Perbetulkan dengan hemah, Perbetulkan dengan tertib atau lebih baik diam sahaja."

Apa berlaku selepas itu?

Dan Alhamdullillah, kesan daripada itu, Beliau kini bahagia. Hari yang sama saya beri nasihat,
menangis... menangis sepenuh hati. saya turut menangis melihatnya. Dia berusaha membuang
segala rasa dalam diri yang membunuh kebahagiaan diri. Selang beberapa jam selepas itu,
rezekinya melimpah-limpah. Alhamdullillah.

Berubahlah. Berubah kerana ALLAH. Raikan semua orang tanpa mengira pangkat darjat,
keturunan dan sebagainya. Semua itu tak bawa anda ke SYURGA ALLAH.

Hanya HATI yang baik yang ada TAKWA, IMAN dan IKHLAS sahaja BAWA ke SYURGA ALLAH

Nora Yusof
40

FORMULA PELENGKAP 20: KEBURUKAN TAGGING IKLAN BISNES

PESANAN KEPADA MEREKA YANG BISNES DI FACEBOOK.

~> Tidak dinafikan zaman saya yang kurang CERDIK dulu suka sangat tag orang itu, tag orang ini
yang banyak atau ramai follower...
.
~> Jangan risau, saya sangat memahami perasaan anda itu.
Teruja dengan andaian bahawasanya, kalau kita tag pada orang ini yang banyak friendlist atau
follower dia, kononnya mesti ada "can" nak dapat SALE.
.
~> Dan ternyata setelah kajian dijalankan, hasil yang diperolehi oleh saya yang telah mendapat
sendiri hasilnya yang memang memberansangkan adalah....

HASIL DAPATANNYA~>

1) kena maki-maki
2) kena sindir-sindir
3) kena mengumpat mengata
4) paling teruk, kena blok terus
.
Adoyaiiiii..
.
Jadinya, atas hasil kajian daripada pengalaman saya ini, maka saya ingin memberikan ILMU yang
berkesan dan BERKAT pada pagi ini untuk panduan mereka-mereka yang suka "TAG".

~> Jika mereka tahu pasti mereka tidak akan buat dan berazam memang tidak akan buat.
.
Anda masih buat? Itu bermakna anda masih belum tahu dengan sebetulnya.
.
Keburukan TAG yang paling teruk ialah:
=================

1) menyebabkan REZEKI kita tersekat tanpa sedar kerana orang yang di tag tidak suka, tidak rela
mereka di tag. Ia umpama tidak meminta "IZIN" atau lebih tepat tidak tahu ADAB masuk RUMAH
orang. Tidak menghormati PRIVASI orang.
.
Makanya jadilah rezeki yang kita dapat itu (JIKA dapat) TIDAK BERKAT dan akan berlakulah
kebocoran di mana-mana.

nak rezeki melimpah-limpah? JANGAN BUAT CARA ini.


41

Cara mengatasi masalah ini ialah:


===================
1) Pertama sekali, belajar meminta IZIN terlebih dahulu untuk tag mereka dengan NIAT.
Terutamanya niat untuk mendapat keuntungan perniagaan.

iaitu untuk kepentingan diri (kepentingan keuntungan perniagaan, sebagai jalan pintas
mendapat keuntungan dan sebagainya)

2) Jika mereka tidak benarkan, jangan buat. dan pandangan saya sendiri jika anda mahu berjaya
dalam apa yang anda buat sebaik-baiknya, seboleh-bolehnya JANGAN GUNAKAN KAEDAH TAG
ini. Pergi belajar ILMU marketing yang betul.

3) Jika anda tag mereka atas tujuan dan NIAT kerana mahu menyebarkan kebaikan seperti tag
pada post yang mengandungi kata-kata motivasi, peringatan duniawi, peringatan ukhrawi dan
ALLAH sendiri yang akan menimbulkan rasa belas kasihan di hati orang yang DI TAG. Mereka
tidak akan sampai hati me"removekan" post anda. Jika mereka "remove" percayalah ianya
adalah kerana ALLAH yang lebih tahu "NIAT" anda tadi atas tujuan apa. Dan jangan pula dimarahi
orang yang di tag jika mereka me "remove" post anda. Kerana itu juga adalah kerana ALLAH yang
mengerakkannya.

Bersyukurlah mereka tidak serang-serang anda atau maki-maki anda kerana itu teguran paling
lembut pada hemah saya yang berusaha tidak mahu mengguriskan hati anda. Bukan seperti yang
pernah berlaku kepada saya.

4) Jika mereka remove bukan bermakna mereka tidak suka, bukan kerana mereka tidak suka
sebab anda, tapi kerana ALLAH mahu anda perbetulkan apa yang salah apa yang betul. Jadi
belajar berfikir di sebalik tindakan yang kita buat.

5) Dan Orang yang DI TAG pula, Janganlah dimaki-makinya mereka ini, LEMBUTKAN perbuatan
kita agar tidak melukakan mana-mana HATI.
remove secara diam-diam. Jika masih tidak berganjak dan tidak berubah maka tegurlah dengan
teguran yang PALING BAIK.

Kerana perkara paling susah nak selesai ialah apabila berurusan dengan "HATI-HATI MANUSIA"

Sebaik-baik manusia ialah yang berlembut terhadap saudaranya.


Sayangilah penduduk BUMI nescaya kamu akan disayangi penduduk LANGIT.

P/S:
JIKA KITA TIDAK SUKA ORANG TAG KITA,
KITA PUN JANGAN SUKA NAK TAG ORANG.

Nora Yusof.
42

FORMULA PELENGKAP 21: BERDOA TAPI TAK USAHA

Anda selalu berdoa? Selepas berdoa apa anda buat? Perlu diingat, setiap pekerjaan perlu
dimulakan doa supaya setiap pekerjaan itu diiringi keberkatan dan redha dari ALLAH SWT.

BERDOA tapi tak usaha adalah bererti Mempergunakan ALLAH.

DOA kemudian tak USAHA

Dalam hal ini menunjukkan Siapa HAMBA kepada SIAPA?

Contoh:

Kita kerja MALAS, kerja cincai-cincai je,

Tapi MINTA kenaikan gaji, minta bonus tambahan.

Agak-agak kena penendang majikan tak? Agak-agak majikan nak beri ke?

Sudah tentulah TIDAK! Sama jugalah halnya dengan berdoa tapi tak USAHA.

oleh Tuan Muhamad Suffian Salahudin


43

FORMULA PELENGKAP 22: AMALAN CARIK-CARIK

Alkisahnya begini...

AMALAN YANG CARIK-CARIK TAJUKNYA.


============

Unikkan tajuk? Tak sabar nak baca? Okey... Bismilllah..

Pada Hari Jumaat, iaitu lebih kurang setahun yang lepas, bateri kereta seorang hamba ALLAH ini
kecurian.

Kejadian tersebut berlaku lebih kurang 100m daripada pintu pagar masjid.
Perkara ini disedari selepas beliau keluar masjid menunaikan Solat Jumaat.

Beliau masih teringat kata seorang Pakcik, katanya

"itu tanda Allah nak bagi yang lebih baik, lebih baru"

Daripada katanya itu,

Betul lah tu. beliau dapat bateri kereta baru kemudiannya.

Yang jauh lebih baik daripada bateri yang hilang tersebut.

Sejak kejadian itu sehingga semalam, setiap hari Jumaat beliau dapat parking hanya beberapa
meter dari pintu pagar masjid. Hanya di seberang jalan. Kalau beralih sedikit pun hanya
berselang satu atau dua buah kereta. Walaupun terkadang terlewat sampai ke masjid tapi
tempat itu seolah-olah sengaja dikosongkan untuk beliau.

Sekali sahaja musibahnya tapi nikmatnya tak terhenti. Syukur Ya Allah.

Apa amalan carik-carik? Heheh inilah yang nak saya ceritakan ni... opss.... saya cerita ini tak mahu
anda semua mengejar keduniaan semata, bersihkan hati, buatkan ikhlas kerana ALLAH ya...pesan
Tuan punya cerita ni. risaunya dia jika cerita tapi yang dikejarnya dunia, akhirat keciciran.

BUAT KERANA ALLAH.

Saya tanya beliau, apa amalan carik-carik tu...??


44

Beliau dedahkan bahawasanya.... Setiap malam jika ada masa. AL waqiah mesti baca, mula-mula
buat memang berat, tapi lama-lama nikmat itu datang sendiri. Jadi kebiasaan. kalau tak buat rasa
rugi sangat-sangat.

Lagi satu, katanya di masjid ada dua jenis tabung, tabung untuk masjid dengan tabung untuk
anak yatim. Yang beliau pilih adalah tabung anak yatim. Hasilnya sangat luar biasa, rezeki
kewangan beliau setiap hari rabu dan khamis lebih dari hari-hari lain. SUBHANALLAH... tak tahu
kerana amalan yang mana satu ALLAH angkat. Tapi itulah kejadiannya.

kemudian pesannya lagi pada saya... Selalunya impian kita tulis, impian yang belum jadi kan?
Yang belum kita dapatkan? itu yang kita selalu tulis..

Apa kata kalau mulai hari ini, kita terbalikkan pula, Tuliskan apa yang kita dah dapat, tuliskan apa
yang ALLAH dan beri.. itu sebagai tanda syukur...

SUBHANALLAH, banyaknya yang ALLAH dan beri kan? Kita je yang tak senaraikan. Sibuk nilaikan
yang tiada daripada yang ada. yang tiada kita tulis sebagai DOA. yang ada kita tulis sebagai tanda
SYUKUR.

kan? nikmat mana lagi yang kita dustakan? kan?

Jadi... rajinkanlah diri kita buat kedua-duanya.

Alhamdullillah Semoga anda mendapat manfaat yang banyak ya.

Cerita dikarang oleh Nora Yusof.


45

FORMULA PELENGKAP 23: MEMUJUK REZEKI BERNIAGA

Setahun yang lalu... Ketika saya bermula sebagai penulis,


Mengarang Ebook pertama, berjudul Platform Pemasaran Berganda.
Terkandung 7 Ebook kesemuanya.

Sekarang jualannya sudah ditutup buat sementara.


Akan dibuka kembali pada masa akan datang.
Dalam pembikinan dan editing semula.
(INI ilmu saya belajar marketing Online dan Offline)

Pada hari pelancaran pertama ebook ini, SAYA DITEGUR! YA kena tegur!

Ada seorang hamba ALLAH personal mesej dengan saya, beliau seorang follower, jarang komen,
tapi banyak like status-status saya pada waktu itu. Sekarang tak tahu mana pergi.

Di doakan beliau sentiasa dalam rahmat dan redha ALLAH SWT. Aamiin..

Beliau memerhatikan design cover ebook pertama saya.


Meneliti setiap inci gambar-gambar yang ada.

Apa yang ditegur?

Iaitulah tentang aurat.

kenapa dengan aurat?

Ya memang benar yang ditegur ialah tentang aurat. Ditanya kepada saya

"Apakah hak nora menggunakan gambar perempuan mat salleh yang tidak tertutup rambutnya
walaupun beliau kafir? Anda yakin dia sekarang masih lagi kafir? Jika dia sudah Islam tidakkah
anda sudah berdosa kerana menyebarkan dan mendedahkan auratnya kepada umum? Bukankah
ianya dosa? dan Dosa itu menyekat rezeki?"

Benda berdosa itulah yang orang suka like, dan tidak patuh syariat. Tertarik dengan iklan.

Disebabkan kita yang berniaga ini tidak mengira batas, tanpa kira dosa pahala, tak kisahlah, letak
jelah nak buat iklan je pun. bukan ada apa pun. Janji dapat jualan kan?

Akibatnya?.....
Sebab itu rezeki tidak mahu dekat. Merajuk. Lari jauh-jauh. Jika ada pun rezeki pasti tidak berkat
dan akan berlaku kebocoran di mana-mana.
46

Debok! serasa kepala saya dihempap batu besar. Teguran yang sangat berbisa. Tidak pernah
mengambil tahu mengenainya langsung. Tidak peduli langsung. Tidak teliti langsung. saya sangat
terkejut.

Dari situ, fikiran saya mula bercambah.

Kalau begitu, semua gambar-gambar model iklan yang tidak menutup aurat baik Islam atau tidak
Islam adalah tidak boleh. Nenek tua nampak lengan ke, artis tak pakai tudung ke, wajah muka
nampak rambut ke, perut tak nampak tuan ke, Like jangan, komen jangan, share lagi jangan.
produk kurus, gemuk, makeup yang memaparkan wajah yang tidak menutup aurat, hentikan
segera. Kalau kita ternampak, jangan like, jangan komen pun. Cadangkan gambar dan iklan lain
kepada pemilik bisnes. Masya ALLAH dah berapa juta dosa dah aku kumpul ni. Astarghfirullah...
(saya bermonolog sendiri) T_T

Sejam selepas itu, saya stop pelancaran, dan tukar design baru, mulakan pelancaran baru semula
minggu depan berikutnya.

Anda dapat sesuatu?

Semoga sangat bermanfaat.


Berniagalah patuh Syariah.
REZEKI itu daripada ALLAH.

Nora Yusof.
47

FORMULA PELENGKAP 24: BERDIRI KETIKA ORANG LAIN SEDANG BARING

[ LU SAPA? ]

Diceritakan ada seorang businessman guna taktik friendship marketing untuk dapat kontrak juta-
juta satu masa dulu.

Dia berkawan baik dengan PA seorang Pak Menteri. Dia selalu tanya schedule penerbangan Pak
Menteri tersebut dan make it a point to be in the same flight. Lama-lama Pak Menteri pun
perasan, macam dalam cerita Labu Labi, "asal aku mimpi, kau ada, asal kau ada, aku mimpi"

Dipendekkan cerita, setelah lama naik satu flight dengan Pak Menteri ni, dia pun dapatlah
kontrak yang berjuta-juta.

Ini sebenarnya taktik low level.

High level macam mana?

Taktik high level, cakap senang tapi tak senang nak buat. Kena outstanding - stand out from the
crowd.

Kata kuncinya STAND, berdiri.

Di kala orang lain tidur, kita berdiri. Berdirilah secara konsisten, buat 3 hari berturut-turut, bila
dah selesa, tambah jadi 7, 21, 40 sampailah jadi second nature. Mintaklah kontrak berjuta,
bertrillion sekalipun, sebab Yang Maha Pemberi dah 'kenal' kita.

It's not who you know but who knows you

Dipetik daripada Tuan Shamsul Bahrin


48

FORMULA PELENGKAP 25: RINGANKAN OTAK URUS HIDUP

Ada orang tanya saya kenapa perlunya menulis atas kertas apa perkara nak dibuat sehari-harian.

Jawapan dia beri pada saya ialah supaya


1) mudah ingat
2) tahu apa nak bertindak
3) tahu apa kita nak

Saya bagitau dia jawapan itu betul tapi kurang tepat pada saya.

Jawapan saya ialah supaya otak tidak lagi serabut dan akan merasa sangat ringan.

Bila otak dah ringan, hati sedikit tenang.

Kerja pun menjadi lebih FOKUS.

Nak tidur pun dah tak bersarang lagi dah dekat kepala sebab... Semua dah dimuntahkan di atas
kertas perkara-perkara yang mahu dikerjabuat esok hari.

Tak percaya cuba buat.

Kepala akan ringan dan tidak akan terfikir-fikir lagi dah apa benda nak buat. Buku catatan itu
yang akan mengambil alih tugas otak. (Realiti dan nampak)

Duk dalam kepala mana nak nampak.


Dah tulis nampaklah benda buatnya. Tersusun je bila dah tulis.

Dalam kepala tak tersusun- nanti tak susun dia bersimpullah. Itu yang tak tahu nak buat mana
dulu. Pastu semua benda tak ingat dan lupa. “Eh aku nak wat apa tadi?” . Maka jadilah otak
serabut. Emosi pun terganggu. Bila otak serabut ini akan mempengaruhi emosi (Hati). Datanglah
macam-macam penyakit malasnya, penyakit nanti-nantinya dan lain-lain. Mula daaaahh...

Ini namanya TO DO LIST


49

Bangun... Hanya tengok senarai je. Otak tak rasa berat. Sebab semua beban sudah dialih ke atas
kertas. Pengurusan masa lebih teratur.

Senarai yang bagaimana saya maksudkan?

Senarai aktiviti harian.

Mandi
Makan
Solat
Menulis
Assignment
Baca buku
Jemur baju
Lipat baju
Masak
Dan lain-lain.

Dah siap tulis, dah siap satu-satu potong ikut keutamaan. Simple!

Kalau tak buat macam ni, ketahuilah hidup kita memang kucar kacir. Penat. Itu nak buat, ini nak
buat. Itu tak buat lagi, ini tak buat lagi.. Rasa macam tak cukup masa.. Last-last tak terbuat, masa
pun membaziiir....

Hidup pun ceria! Taaadaaaa!

Nora Yusof
50

FORMULA PELENGKAP 26: “AWAL” dan “TEPAT”

PERBEZAAN MAKNA PERKATAAN 'AWAL' DENGAN 'TEPAT'.


==================

Saya kongsikan perbezaan dua perkataan ini ya.

Kenapa dengan awal dan tepat?

Berbeza tak kita gunakan dua perkataan ini pada waktu SOLAT?

Sangat berbeza. iaitu...

SOLAT diawal waktu kita tidak pasti waktu yang tepat jam berapa kita nak solat.
Betul?

Solat diawal waktu kita tak pasti jam berapa, sebelum azan boleh, selepas azan pun boleh.. jam
berapa pun tak tahu. kan? Waktu zohor pukul 1.00 sudah masuk. Ikutkan perkataan ini, solat
pukul 1.05 minit pun dikira sebagai awal waktu.. Solat pukul 1.30 pun boleh jadi awal waktu..
betul kan?
Perasaan saya tak rasa tepat pada perkataan ini.

Berbeza tak dengan kita SOLAT tepat pada waktu? Sudah pastilah berbeza. Waktu solat telah
masuk, kita dah bersedia awal-awal nak solat setelah masuk azan.

Kita dah ada di masjid supaya tidak terlepas waktu yang tepat untuk solat. Kita dah berwuduk
siap-siap, kita dah sedia untuk solat di tikar sejadah siap-siap dah. Itulah yang berlaku kepada
saya apabila saya tanamkan perkataan "tepat" ini dalam jiwa saya.

Sama juga tepati masa. Datang pada tepat masa. Bukan apabila berjanji pukul 10.00, pukul 10.00
baru nak bersiap. Tapi pukul 10.00 itu kita dah sampai pada tempat yang dijanjikan.

Anda dapat sesuatu?

SEMOGA sangat bermanfaat.

Nora Yusof.
51

FORMULA PELENGKAP 27: DAH TANYA KERAMAT HIDUP?

DAH TANYA EMAK DAN AYAH? DAH TANYA SUAMI?


keramat hidup bagi mereka yang belum berkahwin ialah IBU dan BAPA. Bagi yang dah berkahwin
ialah SUAMI.

Ok, yang ini saya belum buat..


Tapi ada orang yang beri nasihat,
Kalau you mahu buat apa - apa,
Kalau you mahu mula bisnes baru,
Kalau you mahu dapat sales 25 unit hari ini,
Kalau you mahu dapat 1 juta pertama sebelum 25,
Kalau you mahu produktif '25' jam you hidup,
Kalau you mahu tulis 25 artikel sehari..

.
Soalan pertama,
"You dah tanya emak ke?"

Kenapa kena tanya emak?


Bukannya emak tahu pun,
Itu keputusan terbaik atau tak..
Bukan emak pernah buat pun benda macam ini..
Dia belajar ke? Dia kisah ke?
Kenapa kena tanya pulak?
Bukan tanya dia untuk dapat pengesahan,
Tapi tanya dia, untuk minta keberkatan.

Pulak,
Memang emak yang beri keberkatan ke?
Macam dah syirik je..

Bila Emak redha, Allah juga redha,


Bila Allah redha, Allah beri berkat,
Bila hidup berkat, Rezeki datang dekat,
Bila rezeki rapat, Apa lagi yang kamu mahu?

Faham ke?

p/s Haha, bila nak tanya ni?

Oleh Amirul Asyraf Sabri. (pelajar perakaunan DI UK)


52

FORMULA PELENGKAP 28: HATI PERLUKAN MAKANAN

Kenapa tajuk saya begitu? Ada ilmu kolam jiwa yang saya nak kongsikan dengan anda semua.

Seperti perut, hati juga perlukan makanan. .


Perut kita kalau tak diisi, akan kelaparan, keletihan dan sebagainya.

Makanan yang diisi pula bergantung pada jenis baik buruk khasiatnya.

Jika baik makanannya, maka baiklah sistem tubuhnya.

Jika tak menyihatkan makanannya, maka mudaratlah sistem tubuhnya.

BEGITU JUGA HATI.


Setiap hari perlu diberi makanan jiwa (Rohani) yang baik-baik.

Apa dia makanan rohaninya?

Iaitu:

Zikir
Selawat
Istigfar
Kata-kata yang baik
Ucapan positif
Perbuatan mahmudah yang lain2.

Hati akan rosak jika kita masukkan makanan yang tak berkhasiat kepadanya sama seperti
keadaan perut yang saya jelaskan tadi.

Makanan untuk Hati bukan sesenang-senang zikir, bukan sesenang solat jika ianya tak disertai
dengan Hati.

Maksud saya, pastikan zikir itu bukan zikir yang kosong. Tetapi biarlah zikir yang berisi.
53

Zikir kosong bermaksud kita ucapkan zikir tanpa dapat apa-apa manfaat daripadanya. Contoh...
Kita sebutlah subhanallah sampai beribu kali, 1000x sehari tapi kita tak faham pun apa makna
zikir itu, dituju kepada siapa zikir itu, untuk apa zikir itu dibaca, kita tiada rasa di hati terhadap
zikir-zikir yang dibaca. Maka zikir itu menjadi zikir yang sia-sia.

Zikir yang berisi pula ialah yang mana kita lafazkan zikir, kita sertainya dengan hati iaitu
melahirkan rasa kekaguman terhadap kejadian-kejadian alam ciptaan tuhan, faham makna-
makna zikir yang dibaca. Contoh.. Subhanallah (Maha suci Allah) yang menjadikan bulan bintang,
langit bumi, lautan daratan, matahari cakerawala. Tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Zikir itu
disertai rasa ketakutan terhadap kebesaran Allah, disertai rasa kehambaan di jiwa dan lain-lain.
Maka... Jadilah zikir itu makanan jiwa yang sangat berpahala lagi mendamaikan.

Satu kali zikir berisi adalah 1000x lebih baik dari zikir yang kosong.
54

Contoh lain untuk mudah faham:

Bila kita istifar... Janganlah main sebut je "Astarfirulllahalazim" Tapi tak faham pun maknanya...

Makna istifar mesti diserap ke dalam hati dengan penuh makna dan rasa insaf.

Maknanya= Ya ALLAH ampunilah dosa aku. (Wajib faham ni)

Bila isitifar bukan sahaja kata "Ya ALLAH ampunilah dosa aku"

Tapi kena bayangkan pulak dosa yang mana satu? kena ingat, kena rasa dosa mana? Dosa
mengumpat ke, dosa riba ke, dosa tersembunyi ke dosa tak diketahui ke. Gituu..

Dan mesti bayangkan tiap-tiap istifar kita sedang berhubung/berbicara dengan ALLAH melalui
hati. Mesti serap makna "Dia yang maha mengetahui lagi maha pengampun."

Tiap-tiap istifar mesti di dalam hati dengan penuh tawadduk dengan rasa rendah hati merasa diri
hina dan lemah. Dan dia telah mengampunkan dosa-dosa yang kita duk istifar tu. Janganlah
terbayang kat kepala atau berburuk sangka pada ALLAH "Allah ampunkan ke tak dosa aku ni duk
istifar-isitifar ni? " Heeeee… dah kita sendiri ragu-ragu dengan istifar kita memang taklah dia nak
ampunkan.. Ini kerana ALLAH tidak menerima sebarang doa dari hati yang lalai apatah tak yakin
kepadanya.

Sebab itu setiap perilaku kita perbuatan kita mesti dengan penuh khusyuk dan resapan ke dalam
hati agar setiap ucapan tidak menjadi zikir yang kosong..

Sebatikan dengan lafaz, makna, perasaan dan keyakinan.

Sebab itu ada yang istifar zikir tapi hati masih tak tenang dan tenteram.. resah gelisah dan jiwa
berkeladak kotor.

Wallahualam.
Saya dengar siri ceramah ustaz
Maka saya karangkan untuk dikongsikan dengan anda.

Semoga sangat bermanfaat.

Alhamdullillah
Nora Yusof
55

FORMULA PELENGKAP 29: KENAPA TAK MAKBUL “DOA”

Kita ada masalah...


kemudian kita dah usaha macam-macam dah ni..
Tapi tak tahu macam mana nak buat lagi dah.

Solat tahajjud dah T_T


Solat dhuha dah T_T
Bersedekah pun dah. T_T

Pendek kata semua amal-amal menarik rezeki kita dah buat.


Tetapi kita makin terdesak ni.... buntu...

"Pertolongan ALLAH tidak datang lambat atau cepat tapi datang TEPAT pada masanya".

Disebabkan kita sudah hilang keyakinan kepada bantuan dari ALLAH ni tadi..
maka kita buat pilihan lain, minta pada manusia. Tak da jalan dah ni. pening owh pening... grrrrr

"weh tolonglah aku... aku dah buntu ni. Tak tahu apa nak buat dah ni.. nak kena selesaikan
masalah duit ni dalam beberapa hari je lagi.."

Kenapa tak makbul Doa??


******************
Cuba kita lihat tangan kaki kita masih sempurna tak?
Cuba lihat sekeliling kita apa yang kurang?
.
Adakah setiap harinya kita bersyukur dan ucapkan terima kasih kepada ALLAH atas kurniaannya
tu? TIDAK! Kita lupa dan penipu.

kenapa masih belum makbul doa aku ni?

Cuba cek masa kita solat? Solat kita khusyuk ke?

Cuba cek hubungan kita dengan keramat hidup? Okey ke?

Cuba cek kita selama ini lebih banyak memberi ke atau banyak menerima?

Cuba cek masa kita sedekah? Kita sedekah untuk nak tolong orang ke atau kita nak tolong diri
kita?

Cuba cek keyakinan kita kepada ALLAH sebenarnya sebanyak mana?


56

Cuba tanya diri kita, apakah ada yang ALLAH SWT tak mampu lakukan? Tak da kan? Dia kata Kun
fayakun je maka jadilah. Tapi kenapa pertolongan belum sampai? Kerana ALLAH mahu menguji
tahap keyakinan hambanya kepadanya sejauh mana? Sejauh mana Ikhlasnya hamba beribadah
kepadanya semata-mata untuknya. Sejauh mana kebenaran itu?

Ingatlah setiap ibadah kita kepada ALLAH yang tidak disertai dengan YAKIN adalah boleh jadi
syirik. Kalau kita tak YAKIN kepada ALLAH, kita nak yakin kat siapa? Manusia? Jin? Bomoh?

Saya harap kita dapat belajar sesuatu dan terbuka minda fikiran kenapa rezeki makin sempit
makin sempit dan terus bocor. Bukan Kerana ALLAH nak membebankan kita tetapi mahu
mengukuhkan sejauh mana keyakinan kita kepadaNya.

Nora Yusof.
57

FORMULA PELENGKAP 30: KENAPA FORMULA “TARIK” REZEKI?

Kenapa saya tak gunakan perkataan


"JEMPUT REZEKI?" ~> USTAZ FATHURI PUNYA

"SERU REZEKI" ~> CIKPUAN INSYIRAH PUNYA

Tapi saya gunakan perkataan


"TARIK REZEKI" ~> INI SAYA PUNYA ( HIHIHIHI)

Kenapa?

Kerana ada ILMU bahasa di dalamnya.

Perkataan JEMPUT membawa maksud tak tentu...tak pasti dapat atau tidak. Prosesnya lambat.
Faham ke?

Misalnya kita menjemput kawan datang kenduri... Perkataan jemput memberikan beliau pilihan
sama ada nak datang ataupun tidak. Betul?
Nak datang tak apa, tak nak datang pun tak apa.

Jadi, konsep rezeki menggunakan perkataan ini tidak sesuai pada falsafah saya. Saya tak dapat
perasaan saya di situ. Jadi saya pilih Tarik.

Kenapa saya gunakan kata "TARIK". Perkataan "tarik" membawa bermaksud paksaan. Kita paksa
dia datang kepada kita. Maksudnya nak taknak dia kena datang juga kenduri saya. .

Dan, elemen "Pantas" ada pada perkataan ini.


Betul?

Rezeki perlu ditarik, direbut..dengan pantas.

Sama juga dengan perkataan Murah REZEKI dan Dilimpahkan REZEKI.

Pada jiwa orang Melayu...


Maksud kedua-dua kata ini sangat besar perbezaan maknanya.
58

Nampak sama tapi tak serupa.


Anda berdoa rezeki anda murah maka murahlah (Sikit) rezeki anda.

Kan biasa kita dengar harga murah itu sikit. Betul kan?

Anda berdoa dilimpahkan rezeki (Melimpah-maksud banyak). Maka banyaklah rezekinya.

Nampak remeh, tapi kita tidak sedar setiap perkataan yang diucapkan dan dituliskan itu
mempunyai kesan yang sangat besar dalam kehidupan kita.

Mulai hari ini, berhati-hati memilih perkataan kerana ia menjadi DOA yang SANGAT MAKBUL.

Alhamdullillah.

ANDA BELAJAR SESUATU?

Nora Yusof.

PAKAR BAHASA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (SARJANA)


59

FORMULA PELENGKAP 31: IBU BAPA yang SUKA nak MARAH-MARAH

Bagi mereka yang suka marah-marah pada anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik.

1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah
pada yang tak matang?

2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang
yang kecil?

3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia,
mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu menjerit-jerit antara satu sama lain
walaupun duduk bersebelah?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisikkan antara
satu sama lain walaupun duduk berjauhan atau di telefon?

Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang
kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.

Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya
perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.

Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.

Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita. Perlukah kita marah-marah padanya
walaupun mereka berbuat silap?

Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak
kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?
60

Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat
dengan kita?

Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak
kita sudah berjauhan?

Hubungan ibu bapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibu bapa
sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang
segala masalah dengan ibu bapa.

Semoga bermanfaat!

– nota Tuan Ibrahim Tuan Man.


Dipetik daripada Sanura Yazid.
61

FORMULA PELENGKAP 32: ADALAH DIRI KITA SENDIRI

Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur
di atas gergaji. Tajamnya mata gergaji itu menyebabkan perut ular terluka.

Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.


Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan
luka parah di bagian mulutnya.

Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya
untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut
menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.

Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang
lain.

Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita
sendiri.

Maka benarlah sabda Nabi saw yang bermaksud, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang
menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada
sifat marah."

(HR Bukhari & Muslim)

Kongsi bersama
Semoga bermanfaat.
Dipetik dari tuan Deen Alga Mekah
62

FORMULA PELENGKAP 33: MEMINTA ITU MENYEMPITKAN REZEKI

Kenapa dikatakan meminta itu menyempit rezeki?

Iaitu apabila kita meminta kepada SELAIN ALLAH SWT.

HADIS berkaitan meminta-minta


===============

Dari Abu Hurairah : Rasulullah saw bersabda, “Sungguh salah seorang di antara kalian mengikat
satu ikat kayu bakar, dibawa di atas punggungnya lalu menjualnya, itu lebih baik dari meminta-
minta kepada seseorang; baik orang itu memberi atau menolaknya.” [2583] Sahih Nasa'i

Dari Ibnu Umar : Rasulullah saw bersabda, “Seseorang selalu meminta-minta, hingga pada hari
kiamat kelak tidak sepotong daging pun ada pada wajahnya.” [2584] Sahih Nasa'i

Dari Abu Sa’id Al-Khudri : Sekelompok orang meminta-minta pada Nabi saw, lalu beliau
memberikan kepada mereka. Kemudian mereka meminta-minta lagi, maka beliau memberikan
kepada mereka, hingga ketika apa yang beliau (Nabi saw) telah habis.

Nabi saw bersabda, “Aku tidak memiliki harta lagi dan jika aku punya (ada harta) tidak akan ku
simpan dari kalian (pasti diberikan kepada peminta). Barangsiapa menjauhkan diri dari
(meminta-minta), nescaya Allah Azza wa Jalla akan menjauhkan dirinya dari semua yang tidak
halal; dan barangsiapa bersabar, nescaya Allah akan memenuhi segala keperluannya.

Tidaklah seseorang diberikan suatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas dari kesabaran.”
[2587] Sahih Nasa'i

Bukankah Islam mengajar jika kita kesusahan dan kesempitan hanya kepada ALLAH tempat
meminta?

Justeru kenapa kita meminta kepada MAKHLUK? Bomoh? Manusia? Jin?

Apakah ada satu pun ALLAH tidak mampu beri?


Apakah ALLAH tidak mampu mengkabulkan permintaanmu?
63

Sebab itu lah semakin kita meminta kepada makhluk semakin kita susah, bukan makin senang,
bukan makin kaya. Orang yang meminta hutang? Adakah makin senang HIDUPNYA? Rezeki
ketenangan makin menjauh, rezeki kesihatan makin ditarik. hidup dalam ketakutan, betul? Jika
ada yang SENANG dan KAYA sila buktikan kepada saya.

Mungkin ada tapi SENANG dan KAYA yang sementara. betul?

Cuba renung dan lihat pada diri kita?


Nikmat mana lagi yang kita dustakan?

Anda tidak mampu mengubah taraf kehidupan diri dah kenapa?

1) Adakah anda cacat anggota FIZIKAL yang membuatkan anda tidak mampu berusaha?

2) Adakah anda adalah manusia yang paling susah dan kesempitan atas muka bumi ini?

Cuba renungkan orang yang lebih miskin, lebih susah?


kita kata kita susah nak makan nasi pun dengan TELUR mata sahaja.
Makan MAGGI hari-hari? Boleh bawa bekal sahaja pergi kerja?

BERSYUKURLAH.
kerana ada lebih ramai yang lebih susah daripada ITU.

Rakyat Syria sana makan rumput sahaja.


Apakah kalian tidak menangis mengenangkan mereka? T_T

Rakyat Palestin tak ada rumah. habis kena BOM.


Apakah kalian tidak merasa belas kasihan memikirkan hal itu?

BERSYUKURLAH.

Renungkan diri kita? Lihat tubuh badan kita? Apakah cacat di mana-mana? Nikmat mana yang
kita dustakan yang ALLAH beri untuk kita berusaha memperbaiki DIRI?

Jika nak meminta kepada manusia...


ISLAM sarankan kita meminta kepada ALLAH dulu.. Bagaimana? Solat.
64

Solatlah..istiqarah.. ALLAH akan detikkan dalam hati manusia untuk membantu kesusahan kita
sebagai perantara. Solat dulu..Jika masih tiada petunjuk. solat lagi.. solat sehingga kita letih.
sehingga kita ada terdetik di dalam hati dan yakin itulah pilihan terbaik daripadaNYA.

Allah tidak suruh kita fikir jalan keluar menyelesaikan masalah


tapi DIA suruh kita SABAR dan SOLAT.

ALLAH TELAH BERJANJI.


================
Barangsiapa yang menjaga SOLAT,
maka dia adalah orang yang BERJAYA...

Barangsiapa yang menjaga SOLAT,


maka Allah akan angkat kesempitan hidup di dunia...

Mereka yang tidak yakin dan tidak percaya dengan janji-janji ALLAH walaupun satu huruf
daripada AL-QURAN maka ternyata rosaklah AKIDAH.

BERIMAN KEPADA KITAB ALQURAN itu WAJIB.

Janji Allah itu pasti...

Nora Yusof.
65

Jika tiada sumber pendapatan, janganlah meminta-minta.

Carilah untung atau pekerjaan dengan membuat perniagaan.

"Tapi saya tak pandai buat bisnes. Asyik rugi aje. Peluang dapat duit setiap bulan yang
ditawarkan itulah peluang terbaik saya untuk keluar dari beban hutang!"

Berikut adalah bagaimana Nabi Muhammad saw mengajar kita untuk berniaga dengan cara
yang halal.

Pada suatu hari seorang lelaki Ansar datang kepada Nabi Muhammad saw meminta bantuan.

Baginda saw pun bertanya, “Apakah kamu mempunyai sesuatu di rumah?”

Lelaki Ansar menjawab, “Ya ada. iaitu pakaian kasar yang dapat mengalas punggung unta.
Sehelai kami guna dan ada yang sehelai lagi, kami hamparkan. Dan juga bekas minum.”

Rasulullah saw pun terus berkata, “Bawa kedua-duanya kepada aku.”

Maka lelaki Ansar itu tadi pun membawa kedua-duanya kepada Rasulullah saw lantas Baginda
mengambilnya lantas berkata kepada orang ramai, “Siapa yang mahu membeli dua barang
ini?”

Seorang lelaki menjawab, “Aku akan membelinya dengan 1 dirham,”

Rasulullah saw pun berkata & mengulanginya 2, 3 kali, “Siapa yang mahu menawarkan 2
dirham?”
66

Seseorang pun menjawab, “Saya mahu membelinya dengan 2 dirham,”

Rasulullah saw pun mengambil 2 dirham tersebut dan diberikan kepada lelaki Ansar tadi lalu
berkata, “Belilah makanan 1 dirham untuk keluargamu dan 1 dirham lagi gunakan untuk
membeli (mata) kapak dan bawa kepadaku.”

Lelaki Ansar tadi pun melaksanakan arahan Rasulullah saw dan memberikan (mata) kapak
tersebut kepada Baginda. Rasulullah saw memasangkannya dengan kayu lalu berkata, “Nah
(kapak) dan sila pergi mencari kayu. Aku tak mahu melihat kamu di sini selama 15 hari ini.”

Lelaki Ansar itu pun beredar, mencari kayu dan menjualnya. Selepas 15 hari lelaki Ansar itu
datang kepada Rasulullah saw bersama 15 dirham. Rasulullah saw pun berkata, “Beli makanan
dan bakinya beli pakaian. Sesungguhnya ini adalah lebih baik dari dari kamu datang
meminta-minta kerana perbuatan meminta-minta itu akan merosakkan wajah kamu pada
hari Akhirat. Sesungguhnya meminta-minta itu hanya untuk yang sangat miskin, orang yang
kerugian teruk atau darah yang menyakitkan.”
.

Untuk melihat catatan mengenai hadis ini, sila rujuk link di bawah:

http://www.pakdi.net/bagaimana-nabi-muhammad-mengajar-kita-untuk-keluar-dari-
kemiskinan/

Dipetik daripada Suzardi Maulan


67

FORMULA PELENGKAP 34: PERKAITAN KEPAKARAN DAN DUIT

Dr. Azizan selalu sebut... I AM MONEY MAGNET.


(ini untuk sesiapa yang pernah pergi IMKK, betul? )

Tapi kita, sebab yang tak berapa nak faham sangat ni...
hafallah sampai berbuih mulut, hari-hari duk sebut

"I AM MONEY MAGNET!"


"cakap dekat orang sebelah~> YOU ARE MONEY MAGNET!"

Hihihiihi.. teringat memori IMKK november/Dis 2013.


Dah 11 BULAN lamanya saya tinggalkan majlis ILMU ini.

Pada masa itu memang saya tak faham. Orang melompat, saya melompat, orang jerit, saya jerit,
orang menari, saya pun menari...kikikiki

owh.. barabara-biribiri..

okey..okey.. berbalik kepada tajuk.


****************************

Apa kaitannya Dr. Azizan selalu suruh kita beritahu kepakaran masing-masing?

"Sikit-sikit kepakaran saya adalah... kepakaran saya adalah..."

Waktu itu saya BLURRRR...


tak tahu kepakaran apa aih...
errr...errrr...

Lama saya nak fahamkan ILMU yang satu ni... sangat LAMA...
68

PERKAITANNYA ADALAH SEPERTI BERIKUT:


******************************

Surah Al-Mujaadalah [58] : 11


.....nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang
yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.....

Dr. Wahbah al-Zuhaily dalam tafsirnya mengenai ayat ini berkata, ‘Darjat orang mukmin melebihi
darjat orang bukan mukmin. Darjat orang berilmu melebihi darjat orang yang tidak berilmu.’

Di dalam ayat yang lain Allah yang Maha Tinggi berfirman;


Surah Az- Zumar [39] : 9

....”Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?"
Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.

Tentulah tidak sama antara orang yang pakar dan tidak pakar. Perkataan orang yang pakar lebih
dipercayai. Contohnya dalam pembinaan sebuah bangunan, kita mahu mempercayai cakap
arkitek atau buruh binaan? Begitu juga dalam menegakkan agama Islam, tentulah orang yang
berilmu lebih didengari percakapannya berbanding dengan orang yang kurang ilmunya.

Maksudnya orang Islam yang mempunyai kepakaran dan kemahiran yang tinggi, secara
automatik memberi impak kehormatan kepada Islam itu sendiri; iaitu agama Islam dan
penganutnya akan dihormati dan dipandang tinggi oleh orang bukan Islam, secara tidak langsung
Islam dapat ditegakkan.
Surah As-Saff [61] :14

Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi
penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?"

Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah", lalu
segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan
kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-
orang yang menang.

BERDASARKAN PENERANGAN DI ATAS,


Anda agak-agak apa kepakaran saya?
hehe...
69

KEPAKARAN SAYA IALAH

"Membuatkan hati pembaca merasa tenang, gembira, dan bersemangat dari sudut hati yang
paling dalam melalui tulisan MOTIVASI saya"

Kepakaran ini saya tulis di dalam "buku IMPIAN" setahun yang lalu... saya main tulis je...tulis apa
yang saya nak jadi. Sebab saya belum hasilkan lagi EBOOK saya ini pada masa itu. Masih teraba-
raba dalam angan-angan. Tak sangka ianya menjadi DOA yang MAKBUL dan REALITI pada hari ini.
ALHAMDULLILLAH.

Bila kita dah jadi pakar, duit pun tertarik kepada kita. Betul kan? SEBABNYA yang pakar itulah
yang menarik DUIT. Jika tidak pakar, siapa yang nak bayar kita? Betul?

SIAPA SAYA?
-------------------------

GRADUAN SARJANA SAINS BAHASA ( PENGKAJI BAHASA) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


2012.

PERNAH DITAWARKAN KERJASAMA PENYELIDIKAN DALAM BIDANG TERJEMAHAN.

GURU SAINS DAN MATEMATIK DI SEBUAH SEKOLAH.

PEMENANG PINGAT EMAS MAJLIS KONVOKESYEN 38 UKM

DLL tak perlulah saya nyatakan. Rasanya ini dah cukup sebagai bukti kredibiliti saya sebagai
PAKAR DALAM BIDANG SAYA.
IN SHAA ALLAH.

DOAKAN KEJAYAAN SAYA.


Nora Yusof.
70

FORMULA PELENGKAP 35: MASA DENGAN ALLAH

Allah memberi kita 86400 saat sehari.. Banyakkan masa?

Cuba kita tukarkan saat ini kepada duit?

Apa yang anda nak buat jika dapat duit sebanyak ini?

Gembirakan? Banyaknya DUIT!. kena habiskan dalam satu hari pulak tu. Esoknya dapat lagi.
Jumlah yang sama.

Anda mesti habiskan duit sebanyak ini terus dalam masa sehari. Apa anda nak buat?

Bertapa pemurahnya ALLAH beri banyak masa untuk kita. Tapi adakah sesaat itu kita bayar untuk
berada denganNYA dan mengingatiNYA?

Dan adakah kita sesaat pun mengucapkan rasa terima kasih kepadanya?

Dia cuma minta 5 waktu sahaja sehari untuk bercinta dengannya, itupun janji terlambat tunai
(tak tepat waktu), Cincai-cincai, 5 minit, SIAP! Apatah lagi nak dating overtime (solat sunat)?
Betul Betul?

"Demi masa, sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang
beriman dan beramal soleh yang saling berpesan-pesan kepada kesabaran dan kebenaran" Al-
ASR,

Fikirlah.

Tinggalkan dunia dan pergilah kepadaNYA, dia akan berikan kesenangan dunia dan akhirat
kepada kita.

Kita sibukkan urusan dunia, tinggalkan DIA. maka dia beri kita susah supaya kita ingat dia. Kerana
DIA maha tahu, tanpa DIA, kita takkan mampu berdiri sekalipun.

Kembalilah kepada yang asal. Siapa yang menjadikan segala dan semua ini?
Merintihlah, sujudlah, syukurlah kepadaNYA.

Nora Yusof.
71

FORMULA PELENGKAP 36: BAGAIMANA BERSYUKUR SEBENARNYA?

Bagaimana mahu menjadi manusia yang bersyukur?

Sekadar lafaz Alhamdullillah je ke?

Tidak wahai sayang-sayang sekalian. Tidak. Salah sama sekali.

Alhamdullillah itu sekadar sikit sangat ucapan terima kasih kita kepada ALLAH. sangat sedikit.

Anda pernah dialog macam ni tak?

"bersyukurlah, sekurang-kurangnya orang balas jugak mesej dia daripada tak balas langsung?"
kata-kata dalam keadaan menyakitkan hati pembaca mesejnya.

"Ni pun nasib baik orang nak bawak, tak bersyukur lagi ke?-juga dalam nada yang sama,
menyakitkan hati orang yang mendengarnya.

Kita sendiri tak faham makna bersyukur tapi kita suruh orang bersyukur?

Saya yang jiwa orang muda ni, kalau ikutkan bengkaknya hati, rasa nak penyepak je. . heeee..
nasiblah kesabaran ni tinggi. Alhamdullillah.

memperingati bersyukur kepada orang lain sangat-sangat bagus. Tapi anda, makna syukur pun
anda tak faham, makna beriman pun anda tak faham.

Apa makna syukur?

Orang yang bersyukur ialah orang beriman yang mengamankan hati orang.

Allah kata, jadilah hambaku yang beriman, maksudnya, jadilah hambaku yang baik dan soleh.

Bersyukur ini sangat luas skopnya. Sangat-sangat.

Kita tak akan pernah cukup untuk bersyukur kepada ALLAH. Terlampau banyak nikmat yang kita
dustakan. Fahamilah dulu syukur itu maknanya apa. Bukan sekadar lafaz "Alhamdullillah" tapi
merangkumi setiap zarah kehidupan kita.
72
Setiap zarah-maksudnya sekecil-kecil benda perlu disyukuri.

Solat 5 waktu- Itu tanda bersyukur


Menjadi hamba yang baik- Itu tanda bersyukur
Tidak menyakiti orang- Ini hamba yang bersyukur
Menjaga diri- Itu tanda bersyukur
Berbuat kebajikan menolong orang-Itu tanda bersyukur
Bersedekah, berkongsi Ilmu-Itu tanda bersyukur
Bekerja keras, usaha- itu tanda bersyukur
Tidak merungut-rungut- itu tanda bersyukur.
Rajin baca Quran- Itu tanda hamba bersyukur.
sentiasa berzikir, sentiasa berselawat-Itu tanda hamba yang bersyukur

Maksudnya, ikut segala perintah dan larangan ALLAH.

owh... banyak-banyak nak senaraikan lebih 10 muka surat pun tak habis lagi nak cerita pasal
syukur ni.

Tanda sangat-sangat bersyukur pula adalah

Buat perkara-perkara di atas dengan luar biasa sekali.

Tambah solat sunat+solat 5 waktu- hamba yang sangat bersyukur


Menjadi manusia yang manfaat bukan sekadar baik- Ini hamba yang sangat bersyukur.
Menjaga kesihatan diri- Bersyukur dengan kurniaan ALLAH yang menjadikan kita sebaik-baik
kejadian.
Menjaga segala-gala kebersihan-Itu tanda hamba yang sangat bersyukur.
Ada duit satu sen je, tapi senyum-Itu tanda hamba bersyukur
Musibah melanda diri, Sentiasa bersabar-Itu tanda hamba bersyukur

Dan banyak lagi segala aspek kehidupan kita.

SEBAB ITU DIKATAKAN BERSYUKUR ITU ADALAH PINTU SEGALA REZEKI.

Makanya, marilah kita mulai hari ini... saat ini.. berniat, aku melakukan kebaikan ini, kebaikan itu
adalah sebagai tanda aku bersyukur kepada ALLAH. Tetapkan dalam hati kita macam ni. In Shaa
ALLAH. Rasa bersyukurnya seorang Hamba adalah luar biasa nikmatnya. Telitikanlah.

Betul-Betul? Jadi sekarang kita rasa kita dah cukup untuk bersyukur? Mampu? Tidak. tak pernah
cukup. Saya sendiri pun belum mampu menjadi seperti ini. Cuba berusaha ke arah ini In Shaa
ALLAH. Kita cuba sama-sama nah.

Astarghfirullah...
Anda ada perasaan lapangnya HATI bila baca artikel ini?
Jika ada. Alhamdullillah. Semoga ALLAH memberikan kebaikan yang banyak kepada semua
pembaca. Aamiin

Nora Yusof.
73

FORMULA PELENGKAP 37: BUNTU TAK TAHU NAK BUAT APA?

Astarghfirullah....

Baiklah.. saya jelaskan dekat sini ya apa yang saya faham tentang bagaimana nak berdepan
dengan masalah hatta paling berat sekalipun dalam hidup.

Ini anda baca betul-betul dan hadam.

Bismilllah... Ya ALLAH berikan aku Ilham. aamiin.

Bangun pagi hari ini berapa kali anda ucapkan terima kasih kepada ALLAH SWT sebab masih
hidup? Berapa kali anda bersyukur anda sihat hari ni? Berapa kali???

Ke bangun-bangun terus fikir masalah dulu? Bangun fikir masalah memang dapat masalah lah.

Dah makan ke belum? Kalau belum makan sila pergi makan dulu. Dah mandi belum? Kalau belum
sila mandi dulu? Dah kemas rumah belum? kalau belum pergi siapkan. Dah jemur baju pe bagai
belum? Kalau belum selesaikan semua itu dulu.

Tuliskan apa yang tak selesai walaupun perkara itu remeh temeh. Sekecil-kecil benda. Lepas
setiapnya siap terus cakap dan ucapkan.

"TERIMA KASIH ALLAH. ALHAMDULLILLAH".

Tak ada duit? Buntu? Tak tahu nak buat apa?

Perbaiki SOLAT dan baca Al-Quran.

Saya tahu dalam hati anda mesti kata " Alah.. solat dengan baca Al-quran selesai ke masalah?

Anda nak tahu apa masalah anda?

TAK YAKIN DENGAN KEKUASAAN ALLAH SWT.


74

Itu masalah anda. Rasa diri bagus sangat boleh selesaikan sendiri semua benda. Sebab itu lepas
solat je tak ada apa-apa kesan. Tak berubah.
Sebab tak ada "HATI" pada solat. Walahualam.

YA ALLAH macam mana aku keluar dari kesempitan ni.. Bantu aku YA ALLAH.
macam ni kan perasaan anda? Tapi tak ada pun jalan keluar lagi. ALLAH tak bagi pun. Kita ni sifat
adam nak cepat, tergesa-gesa. Tak bersabar. haiiisshhh...

Siapa cakap saya tak ada masalah besar? Setiap orang ada masalah besar. Tapi saya tak bersedih
kerana itu. Sebab orang beriman, akan bersyukur dengan masalah yang diterima bukan bersedih.
Relax dan bertenang.

“Ya ALLAH bantu aku selesaikan masalah ini. Bantu YA ALLAH. Yang maha pengasih penyayang.
Bantulah...”

Tak tahu nak buat apa? Solat kemudian bangun dan fikir nak buat pahala je. Buat pahala banyak-
banyak (tanda nak ambil hati ALLAH)

Tak ada Duit? pergi sedekah kepada anak-anak yatim


Tak ada Duit? Telefon mak ayah tanya khabar atau sedekah Duit atau sedekah Alfatihah
Tak ada Duit? Bersyukur dengan cara bergembira dengan apa yang ada. Senyum
Tak ada Duit? Pergi tolong orang susah.

Buatlah apa-apa sahaja kerana nak dapat pahala dulu bukan kerana nak dapat DUIT. Tujuannya nak
tarik perhatian ALLAH. Bukan Manusia. Buat! Buat! Buat!. Buat sesuatu yang beri manfaat pada diri
dan orang lain.

LEPAS DAH BUAT PAHALA, SERAHKAN URUSAN HIDUP KEPADA ALLAH 100% maksudnya TAWAKAL
BULAT-BULAT. Selagi boleh buat pahala banyak, selagi masalah tak selesai... buat.. buat.. jangan
stop. Teruskan tambah nilai pada orang dan diri.

Mudah kan? Apa yang payah?


75

In SHAA ALLAH ALLAH bantu mudahkan Jalan. Jangan duk diam bersedih. Duk berkurung. Tapi
pergi buat sesuatu dengan buat pahala. Buat sesuatu yang kita mampu. sebab nak kumpul
pahala menimbun nimbun. (maksud saya kejar akhirat) Kejap lagi duit berlari datang.

Jaga diri bebaik. Maksud kat sini, Jangan sebab masalah kita hukum diri kita dengan bersedih,
dengan kebuntuan yang memeningkan. Menangis meraung. Padahal banyak benda lain
berfaedah kita boleh buat. Kalau dengan INGAT ALLAH hati anda tak tenang itu maksudnya HATI
anda memang ada penyakit.

TANDA BERSYUKURNYA SEORANG HAMBA DIA SENTIASA GEMBIRA WALAU SEBESAR MANAPUN
MASALAH.

Kerana ALLAH dah cakap hanya dengan mengingatiku HATI AKAN tenang. KALAU INGAT ALLAH
hati tak tenang memang di paras bahaya. Banyakkan mengucap dan istifar.. okey?

Tidaklah hilang sesuatu yang diambil Allah melainkan digantikannya dengan lebih baik. 

Kenapa sedih? Cer senyum sikit ~> 


76

Bila diuji, jangan kelam kabut. Melatah. Pening-pening. Murung sedih-sedih.

Iblis mudah merasuk masuk nak mengacau-bilaukan lagi jiwa raga kita. Nak cucuk-cucuk iman
kita.

Jadi jangan mudah gelabah walaupun masalah sebesar bumi seluas semesta. Relax dan
bertenang.

Kerana apa? Kerana tidak bergerak sesuatu tanpa izin DIA ALLAH TAALA. Semua terjadi adalah
kerana DIA nak tengok kita handle masalah macam mana. Dalam emosi yang macam mana.
Dalam sangkaan yang macam mana. Dalam kesyukuran yang macam mana.

Sebenarnya Dia yang beri masalah, Dia juga yang selesaikan. Hati yang tenang itu adalah Hati
yang menang. Jangan biar dicucuk-cucuk dirasuk-rasuk si iblis laknat. Kalau kita tak tenang,
maknanya iblislah yang menang. Kerana hati yang tenang itu ada Allah. Hati tak tenang ada iblis.
Hehehe :p

Jadi caranya. Istifar. Selawat. Atau ambil wuduk dan diam. Kalau boleh solat. Kerjakan solat dulu.
Mintalah pada dia.

Diberinya kesusahan untuk kita merayu-rayu meraih belas kasihan dari Dia. Itu je. Masalah takda
masalah sebenarnya. Tapi sengaja diada-adakan untuk mengenal Dia. Tidaklah namanya tinggal
di dunia jika tidak diuji.

Dapat sesuatu? 
senyum itu menarik rezeki. ~> ^_^

Nora Yusof
77

FORMULA PELENGKAP 38: KEJAR AKHIRAT DUNIA DATANG

Alhamdullillah selamat pagi semua. Apa Khabar?

Tajuk yang biasa kita dengar kan? Tapi berapa ramai yang faham betul-betul?

Tak ramai. Alah biasa je, aku pun tau dah... Tapi berapa ramai yang teliti setelitinya?
Memperhalusinya? Tak ada pun. Tak ambil tahu pun. Baca dan Blah... Betul?

Kebanyakan tajuk-tajuk saya In Shaa ALLAH dikupaskan untuk memberikan kefahaman kepada
anda dan diri saya sendiri.

Kita selalu disibukkan dengan urusan dunia kan?


Urusan akhirat nantilah dulu kita kata...

Contoh... kita ada program jam 8 pagi esok dan peperiksaan. Malam ini bertungkus lumus
menyiapkan barang-barang, Persiapan segala bagai.

Kisah benar... Adik saya... esoknya ada pertandingan, ada peperiksaan pula tu. dua serentak
perkara perlu dibuat. mana nak study, mana nak buat persiapan projek lagi. Memang huru hara.

Perjanjian dengan rakan-rakan asrama, lepas makan kita sambung buat kerjalah semua orang
dekat dewan siapkan kerja masing-masing.- Kata mereka

Adik saya, bunyi sahaja azan akan terus ke surau asrama. Dia tidak peduli perjumpaan ke
perjanjian ke. Jika masuk waktu solat pasti akan terus ke surau. meninggalkan Urusan DUNIA
segera.
78

Beliau kata kepada saya, apalah sangat dengan kerja-kerja tu tapi bila waktu solat kita abaikan.
Sedangkan itu yang paling utama. Nak bersolat pun sampai bergaduh rakan-rakan asrama.
Terjerit sana terjerit sini cari adik saya. Tapi rupanya dia di surau.

Projek masing-masing itu perlu disiapkan segera untuk dihantar pagi esok. Tapi adik saya satu
pun tak terbuat lagi.

PRINSIP dia.. Jika kita kejar Akhirat, Dunia ALLAH mudahkan. In Shaa ALLAH.

Itulah yang berlaku.

Tiada siapa disurau. hanya dia dan seorang rakannya yang sentiasa setia disisi.

Damainya disurau. dia kosongkan fikirannya dari hal dunia. Buang segalanya.
Waktu Bersama ALLAH semata.

Selesai solat. Dia ke dewan. Melihat manusia-manusia yang tidak terurus keadaannya, kelihatan
kelam kabut. stress, tekanan, tapi satu apa pun tak siap-siap lagi. jam sudah menunjukkan 11.00
malam. Waktu untuk tidur dan berehat. Tapi manusia-manusia itu masih belum siap. Masih tidak
tersusun.

Mengenangkan kerjanya juga masih belum siap, Adik saya dan rakannya dalam keadaan tenang,
duduk bersimpuh di satu sudut, memulakan kerjanya dengan dimulai lafaz bismillah dan
panjatkan kesyukuran kepada ALLAH terlebih dahulu. hasilnya, tak sampai jam 2 pagi dah siap.
Dan boleh rehat dengan tenang.

Pagi esoknya, bangun sahaja daripada tidur, usai subuh terus mulakan ulangkaji untuk
peperiksaan pula.
79

Mereka-mereka yang lain, kerjanya masih juga belum siap-siap. meneruskan persiapan projek.
Studynya dah ntah kemana, projeknya dah ntah kemana. semuanya huru dan hara. Melihatkan
mereka, seperti tayangan VIDEO, bertapa ALLAH sibukkan mereka dengan urusan dunia yang
mereka sibuk-sibukkan daripada semalam lagi. badan jadi letih, otak jadi penat.

Adik saya cakap,

"Kak.. solat itu untuk berehat. kita selalu sibuk dengan urusan dunia. Masa untuk berehat tak
ada. Perasan tak, bila kita solat, badan kita rehat kan. Bertenang je. tak disibukkan dengan hal
apa pun. ALLAH suruh kita rehat. Sebab tuh dia suruh solat. Solat dulu, Kejar dia DULU, nanti dia
tolonglah kita siapkan kerja-kerja kita. Kan betul kan kerja adik siap. Pastu nak study apa pun dah
boleh dah." Dan resultnya, Adik jadi pelajar terbaik. Alhamdullillah. dapat No. 1. Dia senyum
pada saya.

Masuk je waktu solat, apa perkara tinggalkan je dulu walau penting macam mana sekalipun.
Bukan ke yang menjadikan hal kecemasan itu ALLAH jua? Yang menggerakkan setiap zarah yang
ada ALLAH jua? Kita risau itu tak siap, ini tak siap dah kenapa? Serahkan kepada dia. Kita
kembalilah kepada dia. Dia kan sebaik-baik pengurus. Dah nampak sangat kita tak percayakan
dia, tak yakin dengan kekuasaan dia. Nauzubillah...

Tinggalkan, tinggalkan. pergilah kepadaNya dengan Ikhlas merehatkan diri bersamanya.

Jika kita kejar AKHIRAT, ALLAH cukupkan URUSAN DUNIA. Ya! memang cukup. Hidup akan jadi
sangat seimbang. tidak senget sebelah.

Anda dapat sesuatu? Alhamdullillah.

Nora Yusof
80

FORMULA PELENGKAP 39: KONSEP TAWAKAL SEBENAR


Ada orang tanya saya perlukah berhenti kerja? Dan berniaga?

Nak tahu jawapan saya?

Fahamkan dulu rezeki itu apa, Fahamkan dulu siapa pemberi rezeki itu?
Fahamkan dulu dalam-dalam apa itu "TAWAKAL" Dah faham kan selepas baca ebook sebelum
tajuk ini?

Berniaga memerlukan ILMU dan TAWAKAL yang sangat TINGGI kepada ALLAH SWT.

Berniaga menguji berapa peratuskah tawakal kita sebenarnya kepada ALLAH SWT.
Berniaga menguji berapa tipisnya iman kita terhadap kepercayaan REZEKI itu sememangnya
daripada ALLAH SWT.

Jika masih lagi ragu untuk berhenti kerja atau mahu berniaga. Tanyalah IMAN. Jangan tanya
orang. Berapa PERATUSKAH aku percaya kepada ALLAH SWT dalam memberi rezeki?

Sedangkan cacing di dalam tanah pun disediakan rezeki, inikan pula kita manusia yang berbagai
kebolehan?

Periksalah kebergantungan kita kepada SIAPA sebenarnya.

Ingatlah boleh jadi syirik jika merasakan segala hasil yang kita dapat adalah daripada kepandaian
dan ILMU yang kita ada. Semuanya adalah dengan IZINNNYA jua.

Jika anda faham jawapan saya ini. Anda akan dapat jawapan sebenar untuk selamanya…
Alhamdullillah.
Ya ALLAH kami memohon keampunanmu ya ALLAH.

Nora Yusof.
81

FORMULA PELENGKAP 40: AMALAN PALING BERBISA

Bismillah…

Amalan ini saya amalkan sendiri dalam kehidupan harian saya dan dikongsikan di Facebook saya. Dan
keajaibannya sebanyak 2,222 Share tersebar dengan izin ALLAH.

Di sini juga, saya tampilkan testimoni mereka yang beramal sebagai BUKTI KEPERCAYAAN rezeki itu nyata
daripada ALLAH.

Pesanan saya janganlah pula dibuat dan diamalkan semata kerana mahukan REZEKI. Buat kerana kasih
sayang kepada ALLAH semata. Buat dengan sabar dan istiqamah. Buat kerana percaya sememangnya
rezeki itu daripada ALLAH TAALA.

AMALAN TERSEBUT ADALAH SEPERTI SCREEN SHOT DIBAWAH


82

AMALAN BERBISA
======
(1)
83

(2)
84

(3)
BUKTI MEREKA YANG AMAL DAN BERJAYA MENDAPAT LIMPAHAN REZEKI
85
5
86

Alhamdullillah. Tamat sudah ILMU tentang rezeki yang luar biasa yang menjadi amalan
saya sendiri untuk dikongsikan dengan anda semua. Semoga mendapat MANFAAT
dan rezeki yang luar biasa INSHAA ALLAH.

DIDOAKAN KEPADA ANDA SEMUA PEMBACA YANG BERIMAN, SEMOGA KAYA,


BERJAYA DAN BAHAGIA DUNIA AKHIRAT. AAMIIN.
87

PELENGKAP ISTIMEWA : NIAT SEORANG ISTERI

Ada orang tanya saya.. Puan, saya suri rumah, saya berniat nak bantu suami tambah pendapatan
bla-bla-bla....

hermm.... Salah ker? Salah!

Kenapa pulak dah?

Sebenarnya yang perlu ditolong bukan suami. Tapi ISLAM ALLAH.

Siapa yang beri rezeki? Kan ALLAH. Kita gigih nak tolong suami tambah pendapatan itu ini dah
kenapa?

Kita masing-masing ni diberi tugas untuk dakwah agama ALLAH je. Yang lain tu semua ALLAH
yang tolongkan. Beri rezeki. Dia urus hidup kita dan macam-macam lagi lah.

Suami, dia lelaki, tugas dia yang cari rezeki. Tenaga dia kuat berganda-ganda dari kita nak cari
rezeki. Tugas lelaki lindungi kita, bukan menyusahkan kita. Memanglah isteri rela hati nak
tolonglah, apalah. Rela hati kata orang ikhlas. Tak payah. Itu akan menjadikan si suami
bergantung kepada isteri, bukannya bergantung kepada ALLAH untuk bantu dia. -_-

Perempuan ni, angkat berat sikit ada yang keguguran, tak sedar bila masa mengandung. ada
yang jatuh rahim ada yang itu ini. Sebab tuh perempuan ni kalau boleh rehat je. Jangan duk buat
kerja berat-berat sangat. Tugas perempuan apa? Masak mengemas tu pun kerja lelaki tau
sepatutnya.

Tapi dah masyarakat kita ni, dah diajar yang lelaki pergi bekerja cari rezeki, perempuan bantu
kerja-kerja rumah. Okey lah tu..Tapi ada juga yang kuat, malah lebih kuat daripada lelaki. Dah
dijadikan Allah sifatnya lemah. Dah dua tiga kerja pulak perempuan yang buat, Dialah yang cari
rezeki, dialah juga yang urus rumah tangga. lelaki? cari rezeki balik-balik makan je? eleh!
Suami yang hebat ialah yang tak beri isteri dia kerja untuk sara keluarga.

Kan ustaz dah kata kerja "SURI RUMAH" adalah pekerjaan yang paling mulia. Di dalamnya ada
pahala yang sangat besar. Jaga suami, jaga makan minum. Bukan yang sibuk nak tolong suami
cari rezeki ke apa.

Tugas kita tolong dakwah agama ALLAH, bukan tolong manusia, manusia akan diberi
pertolongan oleh ALLAH. Niat berniaga sebab nak bantu suami tambah pendapatan sangat salah,
sebab di dalam islam yang perlu beri nafkah adalah suami, yang jaga kebajikan isteri cukup
belanja anak semua ialah suami. Jika dia dah laksanakan tapi tetap juga tidak mampu baru kita
hulurkan sikit support yang mana patut.
88
Saya tak niat nak tolong suami, tapi saya niat nak dakwah. Bantu naikkan Islam. Sebab suami dia
dah ada pekerjaan dia, tugasan dia untuk cari rezeki. Bila saya buat macam tu, automatik saya
tidak bergantung hidup pada suami saya, tapi saya bergantung sepenuhnya kepada ALLAH taala.
Dan automatik hidup saya jadi sangat mudah. pendapatan saya cecah ribu-ribu sebulan.

Dulu bila saya niat nak tolong keluargalah apalah, rezeki tu susah sangat nak mai. Sale pun
payah. Bila tukar niat. Lupakan yang lain, just ingat ALLAH. Sebab saya percaya semua rezeki
ALLAH dah atur, suami pun begitu. Dah ada bahagian rezeki dia, kita isteri hanya perlu doa suami
kita dipermudahkan urusan rezeki dia untuk kita sekeluarga. Sebab tu ada isteri mengadu pada
saya, dia sorang yang bekerja, dia yang urus rumah tangga, sebab suami tak buat apa pun. Lagi
dia niat nak tolong suami, lagi dia jadi makin sakit hati. Semua bil-bil dia yang kena bayar apa
semua.

memang lah akan jadi macam tu sebab awak niat macam tu, maka ALLAH berilah macam tu.
Sebab awak niat nak tolong suami. maka ditunaikanlah permintaan awak. lagi menjadi-jadi. last-
last suami duk rumah isteri yang kerja. nampak? Betullah tu, ALLAH beri isteri yang buat semua
asbab niat nak tolong tadi. Pastu mulalah bising, kenapa saya sorang yang kerja, kenapa semua
saya yang buat itu ini. Jadi masih nak tanya lagi? Mula mengungkit itu ini. Perbetulkan niat.
Jangan melawan aturan ALLAH.

Hidup manusia ni singkat, suami pergi kerja, balik-balik dah jauh malam, dia keluar bekerja
dengan niat memperoleh rezeki untuk anak keluarga. Cuba fikir kalau dia dah takda, kita nak
bergantung kat sape? sebab tu ajar diri kita, Jangan berharap pada manusia, bergantung
sepenuhnya pada ALLAH. Dia ada ke takda ALLAH ada. Jangan bila susah baru nak cari ALLAH.

Setkan dalam fikiran, aku nak berniaga ke bekerja ke sebab nak buat ibadah kat ALLAH. Nak
naikkan agama ALLAH.

Kita ni lama-lama akan hidup sendirian terutamanya di dalam kubur nanti, suami pun tak boleh
bantu, anak pun tak boleh bantu. jadi sepanjang hidup ni apa-apa buat, buatlah untuk ALLAH.
Sebab tu dalam niat kita, "Aku bekerja kerana ALLAH taala, Aku berniaga kerana ALLAH taala"

Niat je, tapi tak faham pun niat apa tu. Tak mendalam. niat yang tak sampai.

Dapat sesuatu?

Para suami, janganlah susahkan isteri awak. Bahagiakan dia, Jadikan rumah itu sebagai syurga
sesuai dengan darjat yang ALLAH letakkan syurga di telapak kaki awak untuk isteri menumpang
berteduh di dalamnya.

Nora Yusof.
89

KESIMPULAN KESELURUHAN

Hidup ini senang je.

Jangan dengki
Jangan sakit hati
Jangan riak
Jangan malas
Jangan kedekut

Jadi payah pasal apa?

pasal tak bersyukur


pasal tak jaga hubungan dengan ALLAH
pasal lupa pemberi rezeki itu siapa

Manusia yang risau hal rezeki ketika bangkit dipagi hari adalah tanda hatinya telah MATI kerana
REZEKI Allah sudah aturkan DI LOH MAHFUZ. Hanya cari sebab dan cara untuk tarik dia datang
kepada kita.

Mudah je. Buat semua yang saya cakap kat atas ini selesai semua masalah. In Shaa ALLAH.

Nora Yusof
90

Semua ini berlaku dengan izinnya dan bergantung pada amalan kita dan kekuatan kita
menjaga KEBERSIHAN HATI.

TAHNIAH! KERANA TAMAT MEMBACA. SETELAH TAMAT BACAAN INI,


ANDA BUKAN LAGI DIRI ANDA YANG DULU, TAPI DIRI YANG BARU YANG
PENUH ILMU. IN SHAA ALLAH.

Alhamdullillah, Syukur segala Syukur dipanjatkan ke hadrat ILAHI yang


mengurniakan segala ILHAM dan ILMU ini untuk saya dan dikongsikan
dengan anda semua.

Didoakan para pembaca sekalian mendapat manfaat yang banyak sekali.


Semoga pahala kita sama-sama melimpah-limpah seperti tak pernah
putusnya manusia mengelilingi Kaabah.

Didoakan segala impian, segala cabaran hidup ditempuh dengan jaya dan
bahagia. Semoga anda semua bebas kewangan, bebas hutang, bebas
daripada segala belenggu hidup dunia dan akhirat. Aamiin.

Ilmu tanpa Amal adalah Ilmu yang tidak berguna. Maka Istiqamahlah
menjaga “HATI POSITIF” untuk menarik rezeki yang melimpah RUAH.

Tanda bersyukurnya seorang hamba kepada ALLAH ialah menjadi HAMBA


yang paling baik dan banyak memberikan manfaat dalam hidup orang lain.

ANDA ADALAH HAMBA ALLAH yang LUAR BIASA dan HEBAT

Aamiin.

Anda mungkin juga menyukai