Anda di halaman 1dari 6

HUKUM TARIKAN ( Law of Attraction )

Apakah dia Hukum Tarikan ? 1) menurut pandangan Esther dan Jerry Hicks,penulis ( Law Of Attraction: The Basics of The Teaching Of Abraham) : "segala perkara dalam kehidupan kamu dan di sekeliling kamu dipengaruhi Hukum Tarikan. Hukum ini adalah asas bagi semua perkara yang wujud dalam pengalaman kamu.Kesedaran mengenai hukum tarikan dan memahami bagaimana ia berfungsi begitu penting bagi kita,supaya kita dapat hidup bahagia menjalani kehidupan dengan arah tuju sebenarnya" 2 ) menurut definasi yang diberikan oleh Micheal J.Loiser : "segala perkara yang kita fikirkan dengan seluruh perhatian,tenaga dan fikiran sama ada perkara positif mahu pun negatif, akan datang dalam kehidupan kita" 3) Erbe Sentanu, seorang penulis, mengatakan melalui Hukum Tarikan, saudara menarik apa yang sering saudara fikirkan, samada saudara menginginkan ataupun tidak. Jadi, jika saudara selalu memikirkan perkara-perkara yang saudara suka, kehidupan saudara akan dipenuhi dengan perkara-perkara itu. Sebaliknya, apabila saudara memikirkan perkara yang tidak saudara sukai, perkara itu bakal memenuhi kehidupan saudara.

HUKUM TARIKAN ( Law of Attraction ) BERASASKAN AL - QURAN ?? Apa yang menarik ialah kata-kata yang dilemparkan oleh tiga tokoh barat di atas sebenarnya terlebih dahulu telah diajar oleh Allah dan Nabi Muhammad. Sekiranya kita perhatikan dan fahami Al-Quran serta sunnah nabi kita tentu dapat menemui banyak hukum tarikan didalamnya. Benarkah di dalam Al-Quran ada menceritakan tentang hukum tarikan?? Sebagai contoh Firman Allah: "Maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah,nescaya dia akan melihat balasanNya dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah,nescaya dia akan melihat balasanNya" (Al-Zalzalah:7-8)

Jika kita selami dan fahami ayat ini sebenarnya Allah menggalakkan manusia untuk berlumba-lumba membuat kebaikan dan Allah melarang kita untuk membuat kerosakan. Di sini perlu ditekankan bahawa sebenarnya apa yang perlu di lakukan oleh manusia ialah sentiasa berfikir perkara-perkara yang baik. Hal ini kerana,setiap kali kita berfikir tentang kebaikan pasti ia akan diterjemahkan dalam kehidupan kita. Sebab itu Rasulullah bersabda: Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka. menerusi firman Allah dan Hadith ini sudah cukup untuk memberitahu kita Allah dan Rasulullah saw suruh menjadi baik. Selain daripaa itu, seluruh kehidupan kita sudah tergambar didalam Al-Quran. cuma kita perlu tahu cara menemukan kehidupan dengan Al-quran. Pernahkan kita idamkan sesuatu dalam kehidupan kita??adakah kita sudah mendapatnya sekarang?? Jika tidak? bagaimanakah ingin mendapatkannya??? Pendekatan yang paling mudah ialah kita perlu mengetahui selok belok AlQuran,membaca dan mengamalkannya. Perkara ini sesuai dengan kata-kata Allah iaitu " dan apabila dibaca Quran,maka dengarkanlah dan diamlah supaya kamu mendapat rahmat" (surah Al-A'raf: 204) Apabila kita mahu mendengar,memerhati dan kemudian mengamalkannya,Quran pasti bertindak balas pada setiap keinginan kita,jika kita mahukan yang baik pasti Allah akan memberinya begitu juga sebaliknya. contoh lain yang boleh diambil iktibar ialah Kisah Nabi Ibrahim: ketika Nabi Ibrahim dibakar diatas bara api. Nabi Ibrahim yakin dan percaya yang tuhan tidak akan berdiam diri. Dia memberikan getaran yang positif

kepada alam sekitar dan alam sekitar membalasnya. Allah lalu mengabdikan ungkapan itu dalam Al-Quran : "wahai api! jadilah kamu dingin dan penyelamat bagi Ibrahim" (Al-anbiya:69) contoh yang paling jelas adalah mengikut seperti yang difirmankan di dalam sebuah hadith Qudsi : Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari kecil. begitulah sedikit perkongsian ilmu tentang hukum tarikan dalam AlQuran.Semoga perkongsian ini dapat di manfaatkan bersama. Insya Allah..

Disalin dengan sedikit ubahsuai dari : http://mha65.blogspot.com/2010/05/hukum-tarikan-berasaskan-al-quran.html

Sumber lain : http://akzir.wordpress.com/2010/07/25/aku-sesuai-sangkaan-hambaku/ http://halaqah.net/v10/index.php?topic=5484.0


Pengenalan Kepada Hukum Tarikan Oleh Rusdin S. Rauf

Saya bersyukur kerana berpeluang membaca buku-buku The Secret (karya Rhonda Byrne) dan Law of Attraction (karya M. J. Losier). Kedua-dua buku ini berjaya menyentuh jiwa saya. Pertanyaan yang timbul dalam fikiran saya bertambah. Saya berjaya membaca kedua-dua buku itu dalam masa tiga hari. Saya terkejut. Tiba-tiba saya sedar ajaran yang terdapat dalam keduadua buku itu begitu ajaib. Lebih terkejut apabila ajaran yang terdapat dalam kedua-dua buku itu sebenarnya diajarkan Allah

dan Rasulullah beberapa abad yang lalu. Malah, sekiranya kita perhatikan dan fahami Quran serta sunah nabi, kita tentu dapat menemukan banyak Hukum Tarikan di dalamnya. Penjelasan dan bukti-bukti Hukum Tarikan dalam Quran jauh lebih baik, lebih sempurna dan tidak menyesatkan. Quran juga membimbing kita memanfaatkan Hukum Tarikan dengan baik dan sederhana. Semua orang dapat mempraktikkannya. Sekiranya kita berjaya mencapai tahap ini, saya yakin kita terbimbing menuju stesen kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Oleh sebab itu, saya menyarankan supaya mempelajari (kemudian mempraktikkan) Hukum Tarikan yang sesuai dengan nilai-nilai Quran. Kita tentu tidak sesat menjalani kehidupan ini. Sekali lagi saya ingin katakan, kita mencapai kejayaan yang sebenarnya iaitu kebahagiaan dunia dan akhirat. Mungkin ada di antara saudara berasa kecewa dengan apa yang diperolehi sekarang. Walhal, saudara membanting tulang mencari rezeki. Namun, hingga ke hari ini, saudara masih tidak berjaya mendapat duit banyak. Saudara berasa kecewa. Setiap hari saudara mengeluh dengan apa yang berlaku dalam kehidupan saudara. Saudara mengejar wang tetapi wang tidak mahu mendekati saudara. Walaupun saudara mendapat wang, ia sentiasa tidak cukup. Saudara juga tidak pernah merasa kesenangan dengan pendapatan yang saudara peroleh hari ini. Kenapa jadi begini? Setiap pagi, saudara bangun daripada tidur dengan perasaan kecewa. Saudara fikir, yang saudara tidak mungkin menjadi kaya, kerana setiap hari saudara menjalani kehidupan yang sama maka sukar mendapat rezeki. Pemikiran begini sering menghantui dan menguasai pemikiran saudara. Selepas bergelut dengan pemikiran ini, saudara masih juga tidak mendapat wang yang cukup iaitu pendapatan yang saudara peroleh hanya sekadar mencukupi. Mungkin saudara bangun pagi dengan penuh keceriaan, bahagia dan gembira. Saudara yakin saudara bakal bertemu dengan orang yang mahu menjalankan hubungan perniagaan dengan saudara. Saudara juga yakin yang jualan saudara akan terjual dengan banyaknya. SAudara dirikan solat subuh, berdoa memohon kemudahan daripada-Nya dan kemudian berbual dengan isteri dan anak. Selepas itu, saudara pergi menemui pelanggan-pelanggan dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan. Hasilnya, sungguh menakjubkan! Saudara memperoleh keuntungan besar ataupun hasil jualan saudara begitu memuaskan. Mungkin juga, semasa saudara menelefon teman lama, dia mengatakan yang dia juga sebenarnya mahu menelefon saudara. Pada masa yang lain pula, semasa menghadiri suatu majlis, saudara mendapat tiket cabutan bertuah dan hadiahnya adalah sebuah kereta. Tiba-tiba saudara merasakan saudara pernah membayangkan semua peristiwa itu dan sekarang menjadi kenyataan. Beberapa contoh di atas menunjukkan Hukum Tarikan sedang bekerja dalam kehidupan kita. Ia

benar-benar wujud dan kita dapat rasa dengan setiap hembusan nafas kita. Cuma kita kurang bertindak balas ataupun tidak menyedari kewujudannya. Jadi, apakah sebenarnya Hukum Tarikan itu? Segala perkara yang kita fikirkan dengan seluruh perhatian, tenaga dan fikiran samada perkara positif ataupun negetif, akan datang dalam kehidupan kita. Itulah definisi Hukum Tarikan, seperti yang ditulis M. J Losier. Hukum Tarikan memberi tindak balas pada segala perkara yang saudara pancarkan dengan menghasilkan getaran (fikiran dan perasaan) yang lebih banyak, samada positif mahupun negetif. Hukum itu hanya bertindak balas dengan getaran saudara. Dengan perkataan lain, ketika kita memikirkan sesuatu hukum itu mengatakan kita sedang menarik sesuatu kearah diri kita. Erbe Sentanu, seorang penulis, mengatakan melalui Hukum Tarikan, saudara menarik apa yang sering saudara fikirkan, samada saudara menginginkan ataupun tidak. Jadi, jika saudara selalu memikirkan perkara-perkara yang saudara suka, kehidupan saudara akan dipenuhi dengan perkara-perkara itu. Sebaliknya, apabila saudara memikirkan perkara yang tidak saudara sukai, perkara itu bakal memenuhi kehidupan saudara. Justeru, kita mesti berhati-hati ketika memikirkan mengenai kehidupan. Jika kita fikir yang kita tidak mungkin mendapat kebahagiaan dalam kehidupan hanya kerana kita dilahirkan dalam keluarga miskin, persekitaran kita bertindak balas pada ucapan kita itu. Tanpa disedari, kita mengundang tenaga negetif memasuki alam ketidaksedaran kita. Akibatnya, kehidupan kita tidak mengalami apa-apa perubahan dan kita terus hidup dalam kemiskinan. Kita tidak mahu perkara ini berterusan dalam hidup kita, bukan? Saya mahu memberi astu contoh yang dapat menunjukkan Hukum Tarikan itu wujud dan nyata. Mungkin ada di antara kita yang pernah mengalami kejadian seluk saku di pasar ataupun di pusat-pusat membeli belah. Selalunya kejadian iniberlaku kepada kaum wanita. Ini kerana, sebelum keluar dari rumah, kita selalu membayangkan dan fikiran kita dihantui bayangan penyeluk saku. Tanpa disedari, kita mengundang penyeluk saku mendekati kita dan akhirnya kita pun menjadi mangsa penyeluk saku itu. (Semuanya ini atas kehendak Allah jua). Saya juga pernah merasakan proses Hukum Tarikan berlaku dalam kehidupan nyata. Empat tahun lalu, sebelum berhijrah ke Jakarta, saya ingat kehidupan di kota metropolitan ini penuh dengan kegiatan jenayah. Ibu selalu mengingatkan saya supaya berhati-hati hidup di kota besar ini. Jika saya tersesat jalan, bertanyalah kepada pegawai polis ataupun pegawai keselamatan. Ibu saya berpesan, Jangan sekali-kali bertanya kepada orang yang tidak dikenali! Maknanya, Jangan bertanya kepada orang lain kecuali pegawai polis atau keselamatan. Pada mulanya saya tidak begitu menghiraukan nasihat ibu, kerana ibu bapa selalu bimbang

mengenai anak-anak mereka yang merantau, yang keluar dari tempat kelahiran mereka. Hati saya berkata, Di mana pun kita berada, jika kita berbuat baik, pasti orang lain juga membalasnya denga kebaikan. Apabila tiba di Jakarta, saya tersesat beberapa kali. Saya memberanikan diri bertanya orang lain. Saya yakin mereka tidak mungkin menipu saya. Apa yang penting, saya mesti berikan senyuman dan bertanya dengan sopan. Insya-Allah, mereka tentu memberikan maklumat yang betul. Begitulah harapan kita terwujud. Orang yang saya bertanya, bersikap sopan pada saya dan mereka juga tidak menipu. Berbeza pula keadaan teman saya. Dia selalu ditipu kerana sering mencurigai setiap orang yang ditemuinya. Dia pernah bertanya kepada orang yang tidak dikenalinya dan seperti yang dijangka, dia ditipu. Sebelum bertanya, dia sudah berfikiran (getaran) negetif. Dia kemudiannya bertanya dengan perasaan takut serta curiga, dan orang yang ditanyanya ternyata penipu! Nasib memang tidak menyebelahi teman saya itu. Begitulah Hukum Tarikan mempengaruhi kehidupan kita (dengan izin Allah). Hukum itu ada dan benar-benar nyata. (Dipetik dari buku Quranic Law of Attraction karangan Rusdin S. Rauf, terbitan PTS Millennia, cetakan pertama 2009)

Anda mungkin juga menyukai