Anda di halaman 1dari 2

Bank Air Mani

Keputusan: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-1 yang bersidang pada 28 - 29 Januari 1981 telah membincangkan Bank Air Mani. Muzakarah telah memutuskan bahawa: 1. Mengadakan bank air mani adalah haram dalam Islam. 2. Sekiranya bank air mani telah sedia wujud maka kerajaan hendaklah bertindak untuk menghapuskannya. 3. Permanian beradas yang dilakukan kepada manusia adalah haram kecuali jika air mani daripada suami didapati secara muhtaram (yang diluluskan oleh syarak), dibenarkan oleh Islam. 4. Penglibatan doktor pakar atau mana-mana pihak yang berkaitan dengan bank air mani adalah haram. 5. Meminta supaya kerajaan mengharamkan permanian beradas yang dilakukan sekarang kepada manusia secara rahsia.

Keputusan (English): Sperm Bank Decision: The 1st Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 28-29th January 1981 has discussed on the sperm bank. The Committee has decided that: 1. Establishing sperm bank is haram in Islam 2. If the sperm bank is already in existance, the government should abolish it 3. In vitro fertilization conducted on human is prohibited, but if the sperm was taken from legal husband by respected means, it is permitted 4. The involvement of any specialist doctors or any parties in sperm bank is forbidden.

Keterangan/Hujah:

1. Bank air mani telah ditubuhkan di negara-negara barat sebagai salah satu cara untuk membantu golongan yang memerlukan anak walaupun bukan dari benih sendiri. Amalan kehidupan seperti ini akan menjadi penyakit yang serius kepada zuriat dan keturunan manusia dan dibimbangi umat Islam yang cetek ilmu tentang hukum hakam agama akan turut terjebak dengan perkara ini. 2. Di dalam Islam, sesuatu perkara yang hendak dilaksanakan untuk maslahah umat hanya diperakukan oleh syarak sekiranya tidak bercanggah dengan dasar-dasar kulli iaitu: i. menjaga agama (menjaga daripada berlaku fitnah terhadap agama, kesesatan dan mengikut hawa nafsu dan perkara-perkara yang merosakkan) ii. menjaga diri (memelihara hak kehidupan yang mulia, menjaga anggota dan kehormatan diri) iii. menjaga aqal (memelihara aqal manusia daripada kerosakan kerana aqal yang rosak adalah punca bebanan dan kejahatan manusia) iv. menjaga keturunan (memelihara zuriat supaya dibesar dan dididik secara mulia dan terhormat) v. menjaga harta benda (memperolehi dan memelihara harta benda dengan cara yang halal dan memberi faedah kepada semua tanpa kezaliman dan penganiayaan)

3. Air mani yang diderma dan ditabungkan kemudian dimasukkan dalam rahim mana-mana wanita yang bukan isteri yang sah merupakan perbuatan yang melampaui batasan syarak dan akan menimbulkan kacau bilau kepada nasab dan keturunan manusia. 4. Islam melarang keras seseorang itu daripada mengeluarkan air maninya dengan yang lain daripada isterinya yang sah. Oleh itu dalam hal ini ia hendaklah ditegah berdasarkan prinsip Islam Sad az-Zaraie. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Mukminun ayat 5-7 yang bermaksud: Dan mereka yang menjaga kehormatannya kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.

Anda mungkin juga menyukai