Anda di halaman 1dari 5

05/02/2020 Ini 5 Tip Hadapi Mak Ayah Nyanyuk, No.

4 Jadi Sukar Kalau Tak Amal - Mingguan Wanita


Notifications Powered By

 Tutup

Ini 5 Tip Hadapi Mak Ayah Nyanyuk, No. 4 Jadi


Sukar Kalau Tak Amal
Oleh Netty Ah Hiyer - January 7, 2018

Apabila seorang anak perlu menjaga ibu ayah yang masih sihat, itu biasa. Tapi apabila seorang
anak perlu menjaga ibu yang sudah mencapai usia nyanyuk, itu sungguh luar biasa. Hanya orang-
orang terpilih saja yang diberi kekuatan untuk melakukannya.

Serius! ia bukan satu kerja yang mudah. Terutama dalam hal mahu menahan SABAR atas setiap
tindakan ibu ayah yang semakin lupa. Walau untuk mengingati peristiwa yang berlaku seminit
yang lalu.

Apabila Allah memberikan ujian untuk anda pikul tanggungjawab sebegitu;

Pertama : Anda akan mula rasa terbeban, kerana ia bukan satu rutin yang mudah.

Kedua : Emosi anda akan bercampur baur antara kuat dan lelah.

Ketiga : Anda pasti akan berdoa moga tuhan hadirkan seorang penyelamat yang dapat
mengambil alih tugas anda.

https://www.mingguanwanita.my/ini-5-tip-hadapi-mak-ayah-nyanyuk-no-4-jadi-sukar-kalau-tak-amal/ 1/5
05/02/2020 Ini 5 Tip Hadapi Mak Ayah Nyanyuk, No. 4 Jadi Sukar Kalau Tak Amal - Mingguan Wanita
Ada banyak lagi perasaan yang akan anda lalui. Namun, telan saja semua itu, serahkanNotifications
pada yang Powered By

Esa. Tapi sebagai manusia biasa kita tetap kadang terlupa dan terbabas dari sifat sabar.

Kesabaran saja boleh jadi tak bermakna jika tidak dibekalkan sekali dengan redha dan ikhlas.
Percayalah mereka akan menguji hati dan perasaan anak-anak. Berlembutlah sebab mak ayah
yang nyanyuk bukan ingat pun apa yang dia buat.

Kenapa perlu gandakan kesabaran. Kerana bimbang anda tidak sabar, akhirnya mak ayah akan
anda campakkan ke rumah orang-orang tua. Dan jangan ingat rumah kebajikan sedemikian akan
menerimanya.

Sedangkan anda anaknya pun surrender, inikan pula orang luar. Jadi, apa pun anda belajarlah
berdamai dengan ujian tuhan. Pasti ada hikmah dan kebaikan yang sedang Allah berikan pada kita
sebenarnya.

5 TIP HADAPI IBU BAPA NYANYUK/DIMENSIA


Jadi, ini tip untuk anda-anda yang ketika ini perlu menjaga ibu ayah yang berhadapan masalah
nyanyuk atau Alzheimer

1. Beri Jawapan Yang Sama


Ibu ayah yang nyanyuk mereka tidak akan dapat mengingat walau kejadian seminit yang lalu.
Setiap saat adalah perkara baru buat mereka. Anda yang berhadapan dengannya akan jadi cepat
lelah. Letih nak menjawab banyak kali. Tapi, jawab sajalah dengan jawapan yang sama. Jangan
diubah-ubah, kerana jawapan yang berubah-ubah akan lebih membuatkan mereka kebingungan
dan akhirnya emosi mereka akan berubah. Menjadi marah dan cepat perengus. Jika sudah terlalu
https://www.mingguanwanita.my/ini-5-tip-hadapi-mak-ayah-nyanyuk-no-4-jadi-sukar-kalau-tak-amal/ 2/5
05/02/2020 Ini 5 Tip Hadapi Mak Ayah Nyanyuk, No. 4 Jadi Sukar Kalau Tak Amal - Mingguan Wanita
lelah mahu menjawab, tanyakan kembali soalan yang sama pada mereka. Nanti anda lihat apa Powered By
Notifications

reaksi ibu atau ayah yang terlupa-lupa ini.

2. Jangan Cabar
Pantang untuk ibu atau ayah yang nyanyuk ini untuk diajak berdebat, atau anda cuba
membetulkan keadaan salah mereka. PERCAYALAH! mereka takkan faham pun. Kerana pada
mereka, kita cuma mahu mempersendakan mereka sebenarnya. Jadi, berlembutlah. Jika kata-kata
mereka tak masuk akal fikiran anda sekalipun, ajarlah fikiran kita untuk dengar dan lepaskan.
Jangan masuk membawa sampai ke hati. Kerana akhirnya nanti anda yang keletihan.

3. Ketenangan Itu Wajib


Mereka yang diserang keadaan nyanyuk ini amat tidak boleh menerima perubahan. Hatta,
perubahan itu cuma melibatkan kedatangan tetamu di rumah anda. Bermacam-macam persoalan
akan bermain di fikiran. Jika tiba-tiba rumah anda akan didatangi adik beradik yang lain, bawalah
ibu atau ayah di bilik yang lain. Biar dia tenang di situ. Tapi, dia pasti tidak akan duduk diam
setempat.

Jika habitnya berjalan-jalan di sekitar rumah, biarkan saja. Jangan dilarang, atau memberi terlalu
banyak arahan. Dia akan bertambah rungsing dan emosinya akan cepat berubah menjadi marah-
marah. Ajarlah anak-anak agar hormatkan ibu dan ayah yang terlupa-lupa itu. Minta mereka
jangan buat perangai dan layankan saja perangainya.

4. Banyakkan Berzikir
Anda juga perlu ada kekuatan jiwa yang ampuh. Jangan sampai terleka untuk tidak berzikir. Ini
Kerana kelekaan itu akan membuatkan anda sama-sama larut dan gagal mengawal emosi sabar.
Amalkan membaca istighfar, doa al Mathurat, surah-surah pilihan serta konsisten solat awal waktu
dan tambahan solat sunat. Ini benteng kekuatan jiwa.

5. Sokongan Padu Suami Isteri


Jika yang berhadapan masalah nyanyuk ini adalah ibu atau ayah mentua anda, terima saja hakikat
itu. Jangan merungut kerana tanpa mereka tiadalah pasangan anda itu. Tapi dalam hal ini,
pasangan andalah kena ambil peranan utama. Terangkan juga apa yang anda rasa sepanjang
menjaga ibu atau ayah mentua yang nyanyuk itu. Biar mereka tahu apa yang anda lalui.
Walaupun kadangkala tidak berjumpa jalan penyelesaian, sekurang-kurangnya suami atau isteri
faham isi hati anda. Kelak, bolehlah sama-sama berusaha mencari jalan penyelesaian, walaupun ia
akan ambil masa yang panjang.

https://www.mingguanwanita.my/ini-5-tip-hadapi-mak-ayah-nyanyuk-no-4-jadi-sukar-kalau-tak-amal/ 3/5
05/02/2020 Ini 5 Tip Hadapi Mak Ayah Nyanyuk, No. 4 Jadi Sukar Kalau Tak Amal - Mingguan Wanita
Notifications Powered By

Kredit foto : ANUGERAHQURAN

Penyelidikan baru mencadangkan bagaimana untuk memulihkan


pendengaran
Aural Plus | Sponsored

Rawatan Dengkur Berkesan!


GoodNiter | Sponsored

Coronavirus: adakah anda dilindungi sepenuhnya?


OxyBreath Pro | Sponsored

Penghancur lemak yang ampuh!turun 30 kg hanya dalam 2


minggu
Tipsanddiet | Sponsored

Cara kurus yang berkesan utk si malas!


Tipsanddiet | Sponsored

23 gambar hebat tempat terbiar


Dobuhdo.com | Sponsored

Saya sembuhkan sakit sendi saya dlm SEKELIP MATA! Saya buat
ini sekali sehari...
Tipsanddiet | Sponsored

Cara Terbaik Untuk Menghilangkan Kedutan Dan Gelambir Di Bawah Mata

https://www.mingguanwanita.my/ini-5-tip-hadapi-mak-ayah-nyanyuk-no-4-jadi-sukar-kalau-tak-amal/ 4/5
05/02/2020 Ini 5 Tip Hadapi Mak Ayah Nyanyuk, No. 4 Jadi Sukar Kalau Tak Amal - Mingguan Wanita
Tipsanddiet | Sponsored Notifications Powered By

Kesakitan lutut telah hilang sepenuhnya


KT Tape | Sponsored

Jangan suntikan di sendi! Kesakitan lutut akan hilang dalam


beberapa hari jika .
Tipsanddiet | Sponsored

20 Makanan Penyebab Kanser Yang Jangan Sekali-Kali Dimakan


WorldStorify.com | Sponsored

Ang Lakas Ng Detox Sa Isang Tasa Ng Tsaa


FitoFast Detox | Sponsored

Demi Anak & Tuntutan Kerjaya, Dah Setahun Rupanya Suhaimi Saad &
Ina Naim Berhijrah Ke Kelantan - Mingguan Wanita
Mingguan Wanita

Ingatkan Jatuh Dari Tingkat 4, Rupanya Budak Lelaki 5 Tahun Mati


Ditetak Ayah Sendiri! - Mingguan Wanita
Mingguan Wanita

© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

https://www.mingguanwanita.my/ini-5-tip-hadapi-mak-ayah-nyanyuk-no-4-jadi-sukar-kalau-tak-amal/ 5/5

Anda mungkin juga menyukai