Anda di halaman 1dari 10

UNIVERSITI TEKNOLOGI

MARA(UiTM)
CAWANGAN KELANTAN
KAMPUS MACHANG

CTU101 : PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM

ANALISIS AYAT
AKHLAK ISLAMIYAH PENERAJU KEMAJUAN HIDUP

DISEDIAKAN OLEH :

MUHAMMAD AMIR BIN AZAHARI


(2018213456)

ANAS FAKHRUDDIN BIN AMIR


(2018281492)

MUHAMMAD NU’MAN BIN MOHD ZIT


(2018422158)

DISEDIAKAN KEPADA:
PUAN ZANIRAH BINTI MUSTAPHA
PENSYARAH CTU101

KOD PROGRAM
CTU 101 (SEMESTER 1)
SESI 2018/2019
PENDAHULUAN

Kami sekumpulan pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan kampus
Machang telah diberikan tugasan untuk menganalisis beberapa potongan ayat al-Quran. Kami
memilih 3 skop penceritaan yang berbeza namun masih berpandukan tema yang sama iaitu
AKHLAK ISLAMIYAH PENERAJU KEMAJUAN HIDUP.

3 skop penceritaan yang akan disampaikan termasuklah berbakti kepada ibu bapa ,
pengurusan harta anak yatim dan peperangan dalam islam. Apa sebenarnya objektif
penceritaan kami? Kami ingin berkongsi rahsia di sebalik ayat Al-Quran yang diturunkan dan
apa intipati ayat yang bakal menjadi panduan hidup masyarakat sejagat.

Bermula dari kisah seorang anak yang perlu taat kepada ibu bapa mereka menurut surah
Al-Isra , membawa kepada penceritaan hamba Allah yang turun ke medan perang menerusi
potongan ayat dari Surah Al-Hajj dan disudahi dengan potongan ayat Surah An-Nisa yang
berkisarkan hak-hak yang perlu dipenuhi kepada anak yatim yang kurang kasih-sayang ibu
bapa. Disebalik huraian serba ringkas itu , kami juga akan selitkan beberapa hukum-hukum
yang wujud di dalam potongan ayat tersebut.

Semoga hasil analisis ayat kami ini dapat menjadi panduan yang berguna kepada
pembaca dan mampu menambah sedikit input kepada semua. Akhirulkalam , semoga penulisan
ini menjadi asbab bertambahnya ilmu kalian si pembaca.
POTONGAN AYAT 1
BERBAKTI KEPADA IBU BAPA

Firman Allah swt:

ٓ ‫ّل إِيَاهُ و ِب ْال ٰو ِلدي ِْن إِ ْحسٰ نًا ۚ ِإ َما ي ْبلُغ َن ِع ْندك ْال ِكبر أحدُ ُهما‬
ٓ َ ‫ضى ربُّك أ َّل ت ْعبُد ُٓوا ِإ‬
ٰ ‫وق‬
‫أ ْو ِكَل ُهما فَل تقُل لَ ُهما ٓ أُف وّل ت ْنه ْر ُهما وقُل لَ ُهما ق ْو ًّل ك ِري ًم‬
َ‫يرا‬
ً ‫ارح ْم ُهما كما ربَيانِى ص ِغ‬
ْ ‫ب‬ َ ‫ض ل ُهما جناح الذُّ ِل ِمن‬
ِ ‫الر ْحم ِة وقُل َر‬ ْ
ْ ‫اخ ِف‬
ً ُ‫َربُّ ُك ْم أعْل ُم ِبما فِى نُفُو ِس ُك ْم ۚ ِإ ْن ت ُكونُوا صٰ ِل ِحين فإِنَ ۥهُ كان ِل ْْل ّٰو ِبين غف‬
‫ورا‬

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan


kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah
seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan
peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar)
sekalipun perkataan Ha, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi
katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (23) Dan hendaklah
engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan
doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka
berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku
semasa kecil. (24) Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah
kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah
Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat. (25)

Surah Al-Isra ( Ayat 23-25 )


HURAIAN :
BERBAKTI KEPADA IBU BAPA

Dalam ayat di atas , Allah SWT memerintahkan kepada umat manusia agar tidak
menyembah selain daripadaNya kerana menyembah selain daripada Allah dikira syirik . Dosa
syirik tidak akan diampunkan oleh Allah . Selepas itu Allah menyertakan suruhan
menyembahNya dan berbakti kepada ibu bapa . Inilah suruhan yang wajib dipatuhi oleh setiap
muslim .

Allah menyeru anak-anak agar berbakti dengan kalimat yang baik kepada ibu bapa
terutamanya apabila mereka sudahpun beransur tua . Jangan sesekali berkata kepada mereka
perkataan “uf “ . Jangan meninggikan suara seperti membantah , mengherdik , menengking
tetapi ucapkanlah dengan ucapan yang baik dan lemah lembut .

Seterusnya Allah mengajar manusia bagaimana cara berbakti kepada ibu bapa
antaranya ialah mendoakan mereka dengan doa yang baik dan memberi mereka kasih sayang
diwaktu mereka amat memerlukan kasih sayang anak-anak . Akhir sekali Allah mengingatkan
kita bahawa DIa lebih mengetahui apa-apa yang ada dalam hati manusia dan Allah maha
mengampun kepada mereka yang bertaubat

Berdasarkan ayat di atas , jelas menunjukkan kepada kita tentang kewajipan mentaati
ibu bapa terutamanya kepada ibu yang telah menyabung nyawa kerana melahirkan kita . Oleh
itu , islam melarang keras perbuatan menderhaka kepada ibu bapa
POTONGAN AYAT 2
PEPERANGAN DALAM ISLAM

Firman Allah swt :

‫ص ِر ِه ْم لقدِير‬ْ ‫ّللا ع ٰلى ن‬ ُ ‫و أُذِن ِللَذِين يُ ٰقتلُون ِبأنَ ُه ْم‬


َ ‫ظ ِل ُموا ۚ و ِإ َن‬
‫ّللاُ ۗ ول ْوّل د ْف ُع‬ ٓ َ ِ‫الَذِين أ ُ ْخ ِر ُجوا ِم ْن د ِٰي ِر ِه ْم ِبغي ِْر حق إ‬
َ ‫ّل أ ْن يقُولُوا ربُّنا‬
ْ ‫ّللاِ النَاس ب ْعض ُه ْم ِبب ْعض لَ ُهدِم‬
‫ت ص ٰو ِم ُع و ِبيع وصل ٰوت ومسٰ ِجدُ يُ ْذك ُر فِيها‬ َ
‫ّللا لق ِوى ع ِزيز‬ ُ ‫ّللاُ م ْن ي ْن‬
َ ‫ص ُر ٓۥهُ ۗ إِ َن‬ َ ‫صر َن‬ُ ‫يرا ۗ ولي ْن‬ ً ‫ّللاِ ك ِث‬َ ‫ا ْس ُم‬
َ ‫ص ٰلوة وءات ُوا‬
‫الز ٰكوة وأم ُروا‬ َ ‫ض أقا ُموا ال‬ ِ ‫الَذِين إِ ْن َم َكنّٰ ُه ْم فِى ْاْل ْر‬
ِ ‫وف ونه ْوا ع ِن ْال ُم ْنك ِر ۗ و ِ َلِلِ ٰع ِقبةُ ْاْل ُ ُم‬
‫ور‬ ِ ‫بِ ْالم ْع ُر‬

Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan


penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat
Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).(39)Iaitu mereka yang diusir dari
kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir)
semata-mata kerana mereka berkata: Tuhan kami ialah Allah. Dan kalaulah Allah tidak
mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya
runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat
solat (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah
banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong
ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; -(40)Iaitu
mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya
mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta
melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah
jualah kesudahan segala urusan.(41)

Surah Al-Hajj ( Ayat 39 – 41 )


HURAIAN :
PEPERANGAN DALAM ISLAM

Riwayat daripada Addohha’ menceritakan bahawa para sahabat Rasulullah meminta


keizinan daripada Baginda SAW untuk memerangi orang-orang kafir yang telah
mengkhianati dan memerangi mereka .

Apabila rasulullah SAW serta para sahabat kemadinah maka turunlah ayat ini

Dalam ayat di atas , Allah telah memberi keizinan kepada orang-orang Islam untuk
berperang menentang orang-orang kafir . Ini berdasarkan kepada apa yang berlaku kepada
sahabat-sahabat Rasulullah sebelum berhijrah ke Madinah . Para sahabat telah dianiayai dan
dizalimi dengan begitu dasyhat sekali sebagaimana yang terjadi kepada keluarga Yasir , Bilal
bin Rabah dan lain-lain .

Seterusnya Allah SWT menjelaskan bahawa orang-orang Islam yang diusir itu
bukanlah kerana mereka melakukan apa-apa kesalahan melainkan kerana mereka
mengisytiharkan keislaman mereka

Keizinan berperang yang diberikan oleh Allah SWT kepada orang-orang Islam ialah
untuk mempertahankan diri , agama dan tempat-tempat ibadah seperti masjid-masjid dan
tempat-tempat ibadah agama lain . Allah akan membantu orang yang menegakkan agamanya
(Islam) . Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa .

Di samping itu , Allah juga menyatakan ciri-ciri orang yang mendapat pertolongannya
iaitu orang yang mendirikan solat , mengeluarkan zakat , menyeru kepada kebaikan , mencegah
kemungkaran dan bertawakal kepada Allah .
POTONGAN AYAT 3
PENGURUSAN HARTA ANAK YATIM

Firman Allah swt :

‫ار ُزقُو ُه ْم فِيها‬ َ ‫سفهآء أ ْم ٰول ُك ُم الَتِى جعل‬


ْ ‫ّللاُ ل ُك ْم قِ ٰي ًما و‬ ُّ ‫وّل تُؤْ تُوا ال‬
‫سو ُه ْم وقُولُوا ل ُه ْم ق ْو ًّل َم ْع ُروفًا‬ُ ‫وا ْك‬
‫وابْتلُوا ْالي ٰتمٰ ى حت ّٰ ٓى ِإذا بلغُوا النِكاح فإِ ْن ءان ْست ُ ْم ِم ْن ُه ْم ُر ْشدًا فا ْدفعُ ٓوا‬
‫ارا أ ْن ي ْكب ُروا ۚ وم ْن كان غنِيًّا‬ ً ‫ِإل ْي ِه ْم أ ْم ٰول ُه ْم ۖ وّل تأ ْ ُكلُوها ٓ إِ ْسرافًا و ِبد‬
‫وف ۚ فإِذا دف ْعت ُ ْم ِإل ْي ِه ْم أ ْم ٰول ُه ْم‬ ِ ‫يرا ف ْليأ ْ ُك ْل بِ ْالم ْع ُر‬
ً ‫ف ۖ وم ْن كان ف ِق‬ ْ ‫ف ْلي ْست ْع ِف‬
‫الِلِ حسِيبًا‬ َ ‫فأ ْش ِهدُوا عل ْي ِه ْم ۚ وك ٰفى ِب‬

Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna
akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah
menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu; dan berilah
mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga
berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.(5) Dan ujilah anak-anak yatim itu
(sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa). Kemudian jika kamu nampak dari
keadaan mereka (tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan
berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada mereka hartanya; dan janganlah
kamu makan harta anak-anak yatim itu secara yang melampaui batas dan secara terburu-buru
(merebut peluang) sebelum mereka dewasa. Dan sesiapa (di antara penjaga harta anak-anak
yatim itu) yang kaya maka hendaklah ia menahan diri (dari memakannya); dan sesiapa yang
miskin maka bolehlah ia memakannya dengan cara yang sepatutnya. Kemudian apabila kamu
menyerahkan kepada mereka hartanya, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (yang
menyaksikan penerimaan) mereka. Dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (akan segala yang
kamu lakukan).(6)

Surah An-Nisa ( Ayat 5 – 6 )


HURAIAN :
PENGURUSAN HARTA ANAK YATIM

Ayat 6 surah An-Nisa ini diturunkan berdasarkan peristiwa yang berlaku kepada Sabit bin
Rufa’ah dan bapa saudaranya.

Bapa Sabit iaitu Rufa’ah telah meninggal dunia dan meninggalkan seorang anak yang
bernama Sabit. Bapa saudara Sabit datang menemui Rasulullah S.A.W. dan bertanya :

“Sesungguhnya harta anak saudaraku berada dalam jagaanku dan tidak halal bagiku untuk
memakan hartanya. Bilakah aku boleh menyerahkan harta tersebut?”

Berdasarkan kepada peristiwa tersebut , maka turunlah ayat ini.

Dalam potongan ayat tersebut , Allah s.w.t telah menjelaskan tentang kewajipan
penjaga yang menjaga harta anak yatim agar tidak menyerahkan harta anak yatim kepada
mereka yang belum mampu dan layak menjaga atau menerimanya. Harta yang diamanahkan
itu hendaklah digunakan untuk keperluan harian anak yatim tersebut seperti belanja
persekolahan , pakaian dan belanja harian. Wang yang diambil dari keuntungan perniagaan
dan pelaburan itu hendaklah digunakan dengan bijak , seterusnya mereka diseru untuk
melayani anak yatim tersebut dengan layanan yang baik dan penuh kasih sayang.

Allah menyarankan juga agar penjaga harta tersebut menguji dahulu penerimanya
sebelum diberikan kepada anak-anak yatim tersebut agar mereka benar-benar mampu, cerdik
dan berkebolehan untuk menguruskan harta itu sendiri. Ini boleh dilakukan apabila mereka
sampai umur dewasa.

Penjaga harta anak yatim juga dilarang daripada memakan harta anak yatim secara
boros dan melampau. Penjaga harta yang kaya tidak berhak sedikit pun memakan harta
tersebut. Sebaliknya, kepada penjaga yang miskin , mereka diharuskan untuk memakannya
dengan kadar yang berpatutan. Apabila yakin bahawa mereka boleh menjaga harta mereka
sendiri, penjaga tersebut hendaklah menyerahkan dengan disaksikan oleh dua orang saksi yang
adil untuk mengelakkan penipuan dan penyelewangan.

Allah juga berfirman mengenai kelebihan yang perlu diutamakan kepada anak-anak
yatim atas kelemahan yang dimiliki oleh mereka dengan membantu mereka seadilnya dan
seeloknya.

Akhirnya , segala perkara yang berlaku itu semuanya dibawah pengawasan dan
kekuasaan Allah taala yang Maha Mengetahui lagi Bijaksana akan segala sesuatu.
KESIMPULAN

Kesimpulannya , tiga aspek berbeza dalam analisis potongan ayat yang diterapkan
bertemakan satu kata iaitu

AKHLAK ISLAMIYAH PENERAJU KEMAJUAN HIDUP

makanya , pelbagai input perlu kita fahami dan mengenal erti seterusnya diaplikasi
dalam kehidupan sehari-hari. Pertama , kita perlu sentiasa menyayangi ibu bapa kerana ia
adalah satu kewajipan ke atas individu muslim. Seterusnya , kita perlu sentiasa berdoa kepada
mereka dengan sebaik-baik doa. Di samping itu , kita amatlah digalakkan menghargai jasa
mereka yang berkorban siang dan malam untuk kebahagian anak-anak serta hendaklah
mentaati perintah kedua-duanya selama mana kita disuruh.

Kedua , ayuh kita fahami apa yang perlu kita hayati dalam tajuk peperangan dalam
islam , pertama kita perlulah bersifat berani menghadapi ancaman musuh , cintakan negara
dan menanam sifat mahmudah kepada setiap individu masyarakat dan sentiasa bijaksana
dalam tindakan.

Ketiga , ayuh kita kembali berfikir sejenak mengenai kepentingan menjaga hak-hak
anak yatim dimana kita perlulah sentiasa beramanah dalam segala urusan , prihatin terhadap
mereka dan sering membantu mereka secara ikhlas , adil dan kasih sayang.

Maka , dapatlah disimpulkan bahawa akhlak yang baik menjadi tunjang kestabilan
hidup menerusi akhlak Islamiyah peneraju kemajuan hidup.
SUMBER

1.Tajuk : Pendidikan Syariah Islamiyah


Penulis:Aimi bin Hamzah
Terbitan Ketiga 2014
Kerjasama:Dewan Bahasa dan Pustaka
Penerbit:Sisbut Riswas Sdn.Bhd
Tempat Terbit:Kuala Lumpur

2.Tajuk : Solusi Minda


Penulis Muhammad Haidir bin Hj Mohd Isa
Terbitan Pertama 2016
Penerbit:Azman Alias Sdn.Bhd
Tempat Terbit:Terengganu

3.Tajuk : Akhlak Terpuji


Penulis Muhammad Shah bin Ujang
Terbitan Pertama 2013
Penerbit:Cetakan Islam MAIDAM Sdn.Bhd
Tempat Terbit:Terengganu

4.Tafsirul Qur’aanil Azhiim (Tafsir Ibnun Katsir)


Penulis : Alhafiz ‘Imaduddin Abdul Fida’ Jsma’il bin Umar bin Katsir Al-Quraisy Ad-
Dimasyqi
Pinjaman : Perpustakaan Tengku Anis , UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang

5.Sahih Muslim Busrah Al-Nawi ( Darul Riyan At-Tiras)

Anda mungkin juga menyukai