Anda di halaman 1dari 7

1

HADIS MUKTALIF LAMA MASA RASULULLAH


S.A.W. BERADA DI MAKKAH DAN BAGINDA
MENGQASARKAN SEMBAHYANG

Hadis pertama

ََ‫َّب َصلَّى َاللَّهَ َعلي َِه َوسلَّمَ َ ِمن‬


َ‫عَنَ َأنسَ َر ِضيَ َاللَّهَ َعنهَ َقالَ خرجنا َمعَ َالنِ ي‬
ََ‫ّت َرجعنا َإِلَ َالم ِدين َِة َق لت‬ ََّ ‫ي َح‬ َِ ‫ي َركعت‬َِ ‫الم ِدين َِة َإِلَ َم َّكةَ َفكانَ َيَصليي َركعت‬
َ ‫أقمتمََِِب َّكةََشيئًاَقالََأقمناَ ِِباَعشًرا‬
Daripada Anas katanya, kami keluar bersama dengan
Rasulullah s.a.w. dari Madinah ke Makkah. Baginda
sembahyang dua dua rakaat (secara qasar) sehinggalah kami
kembali ke Madinah. Saya bertanya (Yahya bin Abi Ishaq):
“Berapa harikah anda berada di Makkah?” Beliau menjawab:
“Kami berada di sana selama sepuluh hari.” (al-Bukhari)1

Hadis kedua

ََ‫َّب َصلَّى َاللَّهَ َعلي َِه َوسلَّمَ َتِسعة‬


َ‫عنَ َاب َِن َعبَّاسَ َر ِضيَ َالَلَّهَ َعن هما َقالَ أقامَ َالنِ ي‬
َ ‫عشرََي قصرََف نحنََإِذاَساف رناَتِسعةََعشرََقصرناَوإِنََ ِزدناَأْتمنا‬
Daripada Ibn „Abbas katanya, Rasulullah s.a.w. berada selama
19, baginda mengqasarkan sembahyang. (Ibn „Abbas berkata)
Maka kami jika bermusafir 19 hari kami mengqasarkan
sembahyang dan jika lebih kami bermusafir lebih dari itu maka
kami sembahyang dengan sempurna rakaat (tanpa qasar).2 (al-
Bukhari)

Hadis ketiga
1
Al-Bukhari, no: 1081.
2
al-Bukhari, no: 1080
2

ََ‫َّب َصلَّى َاللَّهَ َعلي َِه َوسلَّمَ َِِب َّكة‬


َ‫عنَ َاب َِن َعبَّاسَ َر ِضيَ َاللَّهَ َعن هما َقالَ أقامَ َالنِ ي‬
َِ ‫تِسعةََعشرََي وًماَيصلييَركعت‬
َ‫ي‬

Daripada Ibn „Abbas katanya, Rasulullah s.a.w. berada selama


19 hari di Makkah, baginda sembahyang dua raka‟at
(mengqasarkan sembahyang). (al-Bukhari)3

Hadis keempat

ََ‫ول َاللََِّه َصلَّى َاللَّهَ َعلي َِه َوسلَّم‬


َِ ‫عنَ َ ِعمرانَ َب َِن َحصيَ َقالَ غزوتَ َمعَ َرس‬
ََ‫ي َوي قول‬ َ ِ ‫وش ِهدتَ َمعهَ َالفتحَ َفأقامَ َِِب َّكةَ ََث‬
َِ َ‫ان َعشرةَ َلي ل ًَة َلَ َيصليي َإََِّل َركعت‬
َ َ‫ياَأهلََالب ل َِدَصليواَأرب ًعاَفِإنَّاَق ومََسفر‬
Daripada „Imran bin Husayn katanya, saya menyertai
peperangan bersama Rasulullah s.a.w. dan turut sama dengan
baginda ketika Pembukaan Makkah. Baginda berada di
Makkah selama 18 malam tidak bersembahyang melainkan
dengan dua rakaat dan bersabda: “Wahai penduduk negeri ini
sembahyang lah empat rakaat (secara tamam) kerana kami
adalah kumpulan musafir. (Abu Dawud)4

Hadis kelima
ََ‫عنَ َاب َِن َعبَّاسَ أ ََّن َرسولَ َاللََِّه َصلَّى َاللَّهَ َعلي َِه َوسلَّمَ َأقامَ َسبعَ َعشرةَ َِِب َّكة‬
َ ََّ‫الصَلةَ قالََابنََعبَّاسََومنََأقامََسبعََعشرةََقصرََومنََأقامََأكث رََأ َت‬ َّ ََ‫ي قصر‬
Daripada Ibn „Abbas katanya, Rasulullah s.a.w. berada di
Makkah selama 17 hari, baginda mengqasarkan sembahyang.
Ibn „Abbas berkata: “Sesiapa yang bermukim selama 17 hari
maka dia boleh mengqasarkan sembahyang dan sesiapa yang

3
al-Bukhari, no: 4298
4
Abu Dawud, no: 1229.
3

bermukim lebih dari itu maka hendaklah dia sembahyang


dengan sempurna rakaat. (Abu Dawud) 5

Hadis keenam
َ‫عنَ َاب َِن َعَبَّاسَ َقالَ أقامَ َرسولَ َاللََِّه َصلَّى َاللَّهَ َعلي َِه َوسلَّمَ َِِب َّكةَ َعامَ َالفت َِح‬
َ َ‫الصَلة‬
َّ ََ‫َخسََعشرةََي قصر‬
Daripada Ibn „Abbas katanya, Rasulullah s.a.w. berada di
Makkah pada masa Pembukaan Makkah selama 15 hari,
baginda mengqasarkan sembahyang. (Abu Dawud)6

Hadis ketujuh
ََ‫اس أ ََّن َرسولَ َاللََِّه َصلَّى َاللَّهَ َعلي َِه َوسلَّمَ َأقامَ َِِب َّكةَ َسبعَ َعشرة‬
َ َّ‫عنَ َاب َِن َعب‬
َِ ‫يصلييَركعت‬
َ‫ي‬
Daripada Ibn „Abbas katanya, Rasulullah s.a.w. berada selama
17 hari di Makkah, baginda sembahyang dua raka‟at
(mengqasarkan sembahyang). (Abu Dawud)7

Penyelesaian

Kaedah jama’ dan tarjih

Perbezaan riwayat berhubung dengan tempoh masa


sembahyang qasar ialah pada masa pembukaan Makkah.
Riwayat yang menyatakan Rasulullah s.a.w. mengqasarkan
sembahayang semasa berada di Makkah dalam tempoh 10 hari
ialah berkenaan Hajjutul Wida‟.

Riwayat yang mu‟tamad peristiwa Pembukaan Makkah ialah


riwayat yang menyebutkan 19 hari. Ini merupakan riwayat
Imam al-Bukhari. Rasulullah s.a.w. memasuki Makkah pada
5
Abu Dawud, no: 1230.
6
Abu Dawud, no: 1231.
7
Abu Dawud, no: 1232.
4

hari Selasa pagi 17 Ramadan dan keluar menuju Hunayn pada


Sabtu 6 Shawwal.

Riwayat 18 malam adalah da‟if tidak dapat menandingi


riwayat 19 hari yang diriwayatkan oleh al-Bukhari. Sebab
kepada keda‟ifan ialah dalam sanadnya terdapat „Ali bin Zayd
bin Jud‟an. Ahmad al-„Ijli mengatakan beliau berfahaman
tashayyu’ dan tidak kuat. Al-Bukhari dan Abu Hatim
mengatakan, tidak boleh berhujah dengannya. Al-Fasawi
mengatakan, beliau mengalami kecelaruan pada ketika tua. Ibn
Khuzaymah mengatakan, saya tidak berhujah dengannya
kerana hafalannya yang buruk. 8

Walau bagaimanapun, yang dimaksudkan dengan 18 ialah 18


malam bukan 18 hari berdasarkan kepada lafaz laylah
(malam). Ini kerana baginda memasuki Makkah pada siang
dan keluar juga pada waktu siang. Apabila genap 19 hari
bermakna genap bilangan malam selama 18 malam. Dari segi
makna hadis ini tidak bercanggah dengan hadis 19 hari. Cuma
sanadnya tidak kuat.

Adapun riwayat 17 hari, perawi tidak mengira hari masuk dan


hari keluar.

Sementara riwayat 15 hari pula adalah hadis shaz di mana


perawinya itu bercanggah dengan perawi lain yang lebih
thiqah. Keda„ifan ini kerana terdapat Ibn Ishaq dalam
sanadnya. Abu Daud berkata: Dia seorang Qadari dan
Muktazili. Sulaiman al-Taimi berkata: Dia seorang pendusta
besar. Wuhaib berkata: Saya mendengar Hisham bin „Urwah
berkata: Dia seorang pendusta besar. Wuhayb juga berkata:
Saya bertanya Malik tentang Ibn Ishaq, beliau menganggapnya
sebagai seorang yang tidak bagus. 9

8
Al-Zahabi, Mizan al-I‟tidal, jil. 5, hal. 156.
9
Mizan al-I`tidal, jil. 6, hal. 56.
5

Al-Khatib al-Baghdadi: Bukan seorang dua ulama tidak mahu


berhujah dengan riwayat Ibn Ishaq kerana beberapa sebab. Dia
berfahaman Syiah, Qadariyah dan melakukan tadlis dalam
meriwayatkan hadith-hadithnya.10 Ibn Hajar menulis di dalam
Taqrib al-Tahzib: Dia seorang yang benar, selalu melakukan
tadlis dan dituduh berfahaman Syiah dan Qadariah selain dari
seorang yang lemah.11

Berkemungkinan berlaku waham kepada perawi, iaitu beliau


menganggap riwayat yang menyatakan 17 hari sebagai riwayat
asal kemudian menggugurkan dua hari masuk dan keluar
menjadikan 15 hari sahaja. Ini yang dikatakan berlaku tasarruf
perawi apabila beliau meriwayatkan secara ma‟na tidak dengan
lafaz asal.

Kefahaman Hadis

Keadaan orang yang bermusafir yang singgah di sesebuah


tempat yang dia berurusan itu ada dua, sama ada dia akan
menunggu sehingga hajat keperluannya selesai atau dia
mengetahui bahawa dia mesti niat bermukim selama beberapa
hari.
Ini bermakna sekiranya seseorang itu tidak mengetahui bilakah
pekerjaannya itu akan selesai maka harus kepadanya untuk
mengqasarkan sembahyang walaupun tempoh itu lama. Ini
berdasarkan kepada hadis:

ََ‫َّب َصلَّى َاللَّهَ َعلي َِه َوسلَّمَ َِِب َّكة‬


َ‫عنَ َاب َِن َعبَّاسَ َر ِضيَ َاللَّهَ َعن هما َقالَ أقامَ َالنِ ي‬
َِ ‫تِسعةََعشرََي وًماَيصلييَركعت‬
َ‫ي‬
10
al-Mizzi, Tahzib al-Kamal, jil. 6, hal. 224.
11
Hal. 422.
6

Daripada Ibn „Abbas katanya, Rasulullah s.a.w. berada di


Makkah selama 19 hari, baginda bersembahyang dua rakaat.
(ya‟ni secara qasar). (al-Bukhari: 4298)

Peristiwa ini merujuk kepada pembukaan Kota Makkah.


Baginda mengqasarkan sembahyang dalam tempoh ini
mengikut keadaan dan selesainya urusan baginda. Orang
musafir boleh qasar dan jama‟ selagi urusan yang menjadi
sebab kepada safarnya belum selesai. Iaitu selagi dia tidak
berniat untuk iqamah atau bermukim di sesuatu tempat.

Bagaimanapun, beristidlal dengan riwayat ini bahawa ada


penetapan tempoh bagi jama‟ dan qasar adalah tidak tepat. Ini
kerana riwayat ini tidak menunjukkan sekiranya Rasulullah
s.a.w. berada di Makkah lebih lama dari tempoh ini maka
baginda tidak akan mengqasarkan sembahyang dan akan
mengerjakan sembahyang tamam. Bahkan sabit bahawa
baginda berada di Tabuk selama 20 hari dan baginda tidak
meninggalkan sembahyang qasar.12

Adapun bagi seseorang yang berniat bermukim maka mengikut


Malik, Shafi‟i dan Ahmad, sesiapa yang niat bermukim selama
tiga hari tidak termasuk hari memasuki dan keluar dari tempat
safarnya maka hendaklah dia meninggalkan sembahyang qasar
jama‟ dan dia mesti sembahyang dengan sempurna rakaat. Ini
kerana, semasa Haji Wida‟, baginda berada di Makkah selama
10 hari dan baginda mengqasarkan sembahyang.

ََ‫َّب َصلَّى َاللَّهَ َعلي َِه َوسلَّمَ َ ِمن‬


َ‫عنَ َأنسَ ََر ِضيَ َاللَّهَ َعنهَ َقالَ خرجنا َمعَ َالنِ ي‬
ََ‫ّت َرجعنا َإِلَ َالم ِدين َِة َق لت‬ ََّ ‫ي َح‬ َِ ‫ي َركعت‬َِ ‫الم ِدين َِة َإِلَ َم َّكةَ َفكانَ َيصليي َركعت‬
َ ‫أقمتمََِِب َّكةََشيئًاَقالََأقمناَ ِِباَعشًرا‬

12
Hadis riwayat Abu Dawud, no: 1235
7

Daripada Anas katanya, kami keluar bersama dengan


Rasulullah s.a.w. dari Madinah ke Makkah. Baginda
sembahyang dua dua rakaat (secara qasar) sehinggalah kami
kembali ke Madinah. Saya bertanya (Yahya bin Abi Ishaq):
“Berapa harikah anda berada di Makkah?” Beliau menjawab:
“Kami berada di sana selama sepuluh hari.” (al-Bukhari, no:
1081)

Hari yang baginda masuk ke Makkah ialah subuh 4 Zulhijjah


dan keluar pada awal siang 8 Zulhijjah dan baginda terus
bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain sehingga selesai
ibadat haji. Tempoh bermukim baginda hanyalah tiga hari
sahaja tidak termasuk hari masuk dan hari keluar dan tidak
sabit baginda bermukim dan qasar sembahyang pada
safar/perjalanan aman lebih daripada tempoh ini. Maka
hendaklah beramal setakat apa yang sahih yang diriwayatkan
daripada baginda dengan tidak menambah lebih daripada itu.

Ini bererti, jika tempoh masa yang tugas tersebut tidak


diketahui bilakah akan selesai maka bolehlah sembahyang
jama‟ qasar sehingga selesai urusan. Tetapi sekiranya memang
diketahui urusan itu selesai diselenggarakan dalam tempoh
yang melebihi 21 waktu sembahyang maka hendaklah dia
sembahyang secara sempurna bukan qasar.

Disediakan oleh Muhammad Hanief bin Awang Yahaya untuk


www.darulkautsar.net

Anda mungkin juga menyukai