Anda di halaman 1dari 5

Hakikat Ujian Kepada Orang Yang Beriman – Dr

Wahbah az-Zuhaily
By Shahmuzir

Alhamdulillah, pada 14/5/2011 Sheikh Dr Wahbah az-


Zuhaily telah sudi untuk menyampaikan syarahan di
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam,
Selangor.  Syarahan yang bertajuk “Sumpah & Qazaf”
itu telah bermula tepat jam 2.30 petang dan berakhir
pada jam 4.00 petang.  Tuan Guru Dr Zulkifli Mohamad
al-Bakri telah dijemput sama pada majlis tersebut
sebagai penterjemah syarahan.

Sebelum Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaily memulakan


syarahannya, beliau memohon kepada ALLAH Ta`ala
agar kita semua diberikan kefahaman dalam agama,
ditambahkan ilmu agama, diberi keberkatan dan dijauhi
dari segala kejahatan.

Beliau mengingatkan para hadirin bahawa kehidupan di


dunia ini penuh dengan bermacam-macam ujian.  Ujian-
ujian itu mungkin datang samada disebabkan oleh diri
sendiri atau boleh juga disebabkan oleh perbuatan orang
lain.

ALLAH `Azza wa Jalla telah menjadikan dunia sebagai


tempat ujian dan fitnah bagi sekalian manusia.  Sheikh
Dr Wahbah telah memetik firman ALLAH dari surah al-
Baqarah dari ayat 155 hingga 157 seperti berikut:

ِ ‫ف َوا ْل ُج‬
ٍ ‫وع َونَ ْق‬
َ‫ص ِمن‬ ِ ‫َي ٍء ِمنَ ا ْل َخ ْو‬
ْ ‫َولَنَ ْبلُ َونَّ ُك ْم بِش‬

َ‫صابِ ِرين‬
َّ ‫ش ِر ال‬ ِ ‫س َوالثَّ َم َرا‬
ِّ َ‫ت َوب‬ ِ ُ‫ َواأل ْنف‬ ‫ال‬
ِ ‫األ ْم َو‬
“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu,
dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta,
jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira
kepada orang-orang yang sabar,”

‫صيبَةٌ قَالُوا‬ َ َ‫الَّ ِذينَ إِ َذا أ‬


ِ ‫صابَ ْت ُه ْم ُم‬

ِ ‫إِنَّا هَّلِل ِ َوإِنَّا إِلَ ْي ِه َر‬


  َ‫اجعُون‬
“(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah,
mereka mengucapkan, “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi
raaji`uun”

َ ‫أُولَئِ َك َعلَ ْي ِه ْم‬


ٌ‫صلَ َواتٌ ِمنْ َربِّ ِه ْم َو َر ْح َمة‬

  َ‫َوأُولَئِكَ ُه ُم ا ْل ُم ْهتَدُون‬
“Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang
sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka
itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”

Dalam menuju mardhatiLLAH, manusia akan sentiasa


diuji.  Ia merupakan sunnatuLLAH hidup di dunia ini. 
Sheikh Dr Wahbah menasihatkan agar muslim janganlah
terlalu berasa sedih dan gundah gulana dengan ujian
ini.  Kerana melalui ujian-ujian inilah seseorang akan
memperolehi pahala yang banyak, imannya akan
bertambah dan darjatnya akan ditingkatkan di sisi ALLAH
Ta`ala.

Melalui ujian-ujian ini juga, maka dapat dibezakan


siapakah di kalangan hamba-hambaNYA yang beriman,
yang bertaqwa, yang munafiq dan yang fasiq.

Beliau seterusnya mengingatkan bahawa ujian dan fitnah


yang menimpa setiap manusia adalah berlaku dengan
keizinan dari ALLAH.  Di dalamnya terdapat banyak
hikmah yang manusia tidak tahu. 
Datangnya ujian dan fitnah tidak akan merobohkan
keimanan seseorang yang kuat Imannya kerana
kekuatan imannya seumpama teguhnya sebuah bukit
yang tidak dapat diganggu-gugat.  Justeru, mempunyai
keimanan yang teguh adalah aset utama seorang
mukmin berhadapan dengan ujian dan fitnah.

Samada ujian itu datang dalam bentuk kecil atau besar,


samada dipenjara, dicerca dan sebagainya, kebaikan
tetap akan berlaku kepada orang yang beriman
sekiranya dia bersabar dan memahami hakikat sebuah
ujian.  Hal ini ada disabdakan oleh Nabi sallAllahu `alaihi
wasallam:

“Memang sangat menakjubkan keadaan orang yang


beriman itu, kerana segala urusannya sangat baik
baginya dan untuk itu tidak terjadi kecuali bagi
seseorang yang beriman di mana apabila mendapat
kesenangan dia bersyukur, maka yang demikian itu
sangat baik baginya.  Dan apabila dia tertimpa
kesusahan, dia sabar, maka yang demikian itu sangat
baik  baginya.”  (HR Muslim)

Jika kita kembali merenung sejarah-sejarah yang lalu,


kita akan dapati bahawa ujian dan fitnah banyak
menimpa ke atas orang-orang yang mulia dan utama di
sisi agama.  Para rasul, nabi, syuhada’, aulia’ dan ulama’
adalah golongan yang paling banyak menerima ujian dan
besar pula fitnah yang menimpa ke atas mereka. 
Tentunya ini memberi isyarat kepada kita bahawa
semakin tinggi darjatnya di sisi ALLAH, semakin hebat
ujian yang diterimanya.  Dan ini akhirnya menatijahkan
ganjaran yang tiada tolok banding hebatnya dari ALLAH
`Azza wa Jalla kelak.

Untuk memahami hakikat ini, orang-orang yang


beriman mestilah jangan berhenti dari menimba ilmu
agama, mendalami ilmu-ilmu agama dan berusaha untuk
memahaminya.  Kerana dengan ilmulah, seseorang akan
disuburi dengan sifat taqwa, seterusnya dapat
memberikan reaksi yang betul menurut kehendak
agama terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya. 
Ketahuilah orang yang paling taqwa iaitu takut kepada
ALLAH ialah para `ulama’, iaitu orang-orang yang
berilmu dan faham ilmu agama. 

Fitnah dan ujian akan sentiasa singgah dalam kehidupan


insan.  Samada suka atau tidak suka ia tetap menjadi
rencah dalam kehidupan dunia yang sementara ini. 
Yang menjadi nilaian di sisi ALLAH ialah bagaimana
reaksi kita terhadap ujian itu.  Sabarkah?  Marahkah? 
Betulkah? Atau salahkah tindakan kita?  Semuanya nanti
akan dihisab oleh ALLAH Jalla wa A`la pada Hari
Kebangkitan kelak.

Sheikh Dr Wahbah mengakhiri mukaddimah


syarahannya dengan mengingatkan para hadirin bahawa
pada setiap kesusahan ini, pasti akan mendapat
kesenangan dari ALLAH Subhanahu wa Ta`ala.  Justeru,
sangka baiklah dengan ALLAH dan bersabarlah.  ALLAH
Ta`ala akan bersama dengan orang-orang yang sabar. 

Sengaja beliau memulakan syarahan tersebut dengan


menyentuh perihal hakikat ujian dan fitnah, dan
bagaimana peranan iman dan ilmu sangat penting dalam
hal ini.  Ini supaya para hadirin dipasakkan dengan asas
yang betul dan tepat menurut kehendak agama ketika
berhadapan dengan isu seumpama ini.

InsyaALLAH, tulisan akan datang akan menyentuh


beberapa perkara penting yang telah disentuh oleh
Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaily dalam majlis tersebut
berkenaan tajuk yang diberi iaitu “Sumpah & Qazaf”. 

Mudah-mudahan catitan ini memberi manfaat buat diri


saya dan kalian yang sudi membacanya, amin.

- www.muzir.wordpress.com

SUMBER: 
http://muzir.wordpress.com/2011/05/16/hakikat-ujian-
kepada-orang-yang-beriman-dr-wahbah-az-zuhaily/
 1974 reads

Anda mungkin juga menyukai