Anda di halaman 1dari 12

-Salafiyah & Krisis Akidah-

Mohammad Syafiq bin Ismail1

Perubahan struktur politik, dengan berpindahnya daulat/sovereignity dan tanggungjawab pemerintahan


daripada seorang khalifah/raja/sultan kepada majmuk masyarakat, yang kita namakan sebagai pende-
mokrasian, yang disaksikan di Barat pada Zaman Pencerahan, lalu berpindah ke negara-negara lain
dengan asimilasi (samada melalui wasilah ‘pecah-perintah’ imperialis atau tidak), memberi impak yang
besar kepada cara berfikir kaum muslimin umumnya, dibuktikan dengan munculnya usaha Reforma-
si/Tajdid yang menyeru kepada ijtihad dan sikap berdikari dalam memahami agama, disokong sikap
skeptik kepada golongan ulama yang dilihat sebagai agen pemunduran umat dengan wasilah taqlid
buta.

Regresi daripada sikap berdikari melampau dalam memahami agama, ialah pencarian kepada penanda-
aras/benchmark kepada Islam bagaimana yang murni. Penjenamaan marja’ taqlidi dalam kalangan
Syiah Imamiyah2, eksklusifiti takrif Ahli Sunnah wal Jamaah dimonopoli majoriti Asyairah & Maturi-
diyah (yang berhujah dengan Fiqh 4 mazhab)3 ; mengakibatkan ketaksuban dan pergantungan kepada
ulama yang lebih kuat daripada sebelumnya. Sementara yang lain mencari kemurnian ini dengan meng-
gunakan ijtihad untuk kembali kepada sumber terawal dalam Islam ; alQuran, Sunnah & Ijmak 3 kurun
hijri terawal, beramal dengan hadis diriwayatkan alBukhari & Muslim, “Sebaik-baik manusia adalah
(yang hidup pada) kurunku, kemudian yang mengikuti mereka, kemudian yang mengikuti mereka”, dan
menilai kedudukan para ulama berdasarkan asas-asas ini.

Demokratisasi ilmu ‘terpimpin’ mengawal pembentukan naratif-naratif dengan membanjirkan maklu-


mat dengan perkara benar dan dusta. Kita melihat, Salafiyah disamakan seperti Modenis (Salafiyah &
Kaum Muda misalnya) kerana mengandalkan ijtihad dan mengecam taqlid buta4. Pada naratif lain, Sal-
afiyah & Pan-Islamisme (Salafiyah & ISIS misalnya) diadun konsisten sehingga memberi kita gambar-
an yang menyepikan kecelaruan yang ada5. Pada naratif lain, Salafiyah dituduh sebagai ahli bid’ah ker-
ana tidak berakidah seperti pegangan ulama yang didukung majoriti, maka melanjut ke tahap dikafir-
kan. Corak naratif yang pelbagai6 dan saling bercanggahan (apabila dikumpul dan dilihat semula) ini,
tidak terhad kepada Salafiyah saja, bahkan kepada Islam juga ; di mana masing-masing dilihat berhak
mendakwa versi Islamnya (demokratisasi ilmu), dan di sisi lain ditakrifkan Other secara asimilasi (im-
perialisme ilmu). Kertas kerja ini berusaha untuk membahaskan apa, kenapa, dan bagaimana Salafiyah
itu, dengannya kita dapat menghasilkan naratif adil, sepertimana difahami ahlinya, selanjutnya memba-
haskan bagaimana Salafiyah memberi jawapan kepada krisis akidah yang kita alami kini ; saat semua
jadi relatif dan bagi setiap kebenaran ada alternatif. Kerana kita tidak boleh menjadi pragmatik dan ber-
1Kertas kerja ini disediakan untuk Simposium Mahasiswa Arab Saudi (SIMAS) kali ke-3, anjuran Persatuan Mahasiswa
Arab Saudi cawangan Madinah (PERSADA), pada 5 April 2017M, bertempat di Dewan Tsaqafah Univ. Islam Madinah,
Arab Saudi.
2 ”Taqleed (Following a Marja or scholar) - Your Questions Answered - Documentary” - Ahlul Bayt TV, pautan :

https://www.youtube.com/watch?v=RRXeR7df9NI (akses terakhir : 30 Mac 2017M)


3Lihat : “Pernyataan Hasil Muktamar Internasional Ahlussunnah Wal Jamaah Chechnya”, artikel yang disiarkan di laman

sesawang Ruwaq Azhar pada 28 Ogos 2016M, pautan : http://ruwaqazhar.com/pernyataan-hasil-muktamar-internasional-ah-


lussunnah-wal-jamaah-chechnya.html (akses terakhir : 30 Mac 2017M)
4Lihat : The Extensive Salafization of Malaysian Islam, Ahmad Fauzi Abdul Hamid, ISEAS-Yusof Ishak Institute, pautan :

https://www.iseas.edu.sg/images/pdf/TRS9_16.pdf (akses terakhir 29 Mac 2017M)


5Lihat : “Wahabi dalam almari”, Faisal Tehrani, disiarkan di laman sesawang Malaysiakini 18 Disember 2015M, pautan :

http://www.malaysiakini.com/columns/323665 (akses terakhir : 28 Mac 2017M)


6Kecelaruan ini disusun konsisten sehingga mampu memberikan naratif yang mantap berkenaan Salafiyah dan perkaitannya

dengan pergerakan religio-politik, lihat : “The Confluence & Consequence of Islam as religio-political idealogies.”, Dr. Am-
ran Muhammad, pautan : http://iksim.my/iksim/uploads/files/Pengumuman/The%20Confluence%20and%20Conse-
quence%20of%20Islam%20as%20Religio-Political%20Idealogies.pdf (akses terakhir : 30 Mac 2017M)
harap pluralisme ini akan mengangkat Islam & kebenaran, kerana setiap kebenaran menurutnya boleh
dipersoalkan. Ini realiti Pascamodenisme, kata Lyotard, ia adalah “ketidakpercayaan pada mana-mana
metanaratif”, dan memindahkan kepercayaan kepada naratif-naratif kecil yang bersifat peribadi dan ‘le-
bih’ benar. Tiada lagi yang salah, kerana kefahaman naratif kecil dan naratif besar hanyalah naratif.
‘Nothing outside of text’, kata Jacques Derrida, kerana kefahaman pemilik naratif bersifat arbitrari,
sama taraf seperti penerima naratif.

Pengetahuan yang kita miliki kini, menurut Michel Focault, adalah hasil daripada kuasa7. Kata beliau,
“In any given culture and at any given moment, there is always only one ‘episteme’ that defines the
conditions of possibility of all knowledge, whether expressed in theory or silently invested in a prac-
tice.” Di tempat lain beliau mengatakan, “The individual, with his identity and characteristics, is the
product of a relation of power exercised over bodies, multiplicities, movements, desires, forces.” Hal
ini akan mengajak muslimin untuk menyelongkar semula ‘keislaman’ mereka ; adakah ia hasil pemben-
tukan kuasa (temporal/worldly power), atau ia merupakan kesan daripada ‫ﺍﻟﻬﺒﻮﻁ‬/Verfollen/Jatuhnya
manusia ke bumi (alBaqarah, 38)? Pembezaan antara Islam dan keislaman dilihat perlu untuk menja-
wab persoalan ini, untuk mencari siapakah yang harus mengikuti siapa. Benarkah Salafiyah produk
kuasa? Benarkah Islam produk kuasa?8

-Salafiyah-

Kata nisbah kepada Salaf. Berasal daripada perkataan ‫ ﺳﻠﻒ‬bererti yang telah berlalu. Fairuzabadi dalam
alQamus mentakrifkan ‫ ﺳﻠﻒ‬sebagai ‫ ﻣﻀﻰ‬/berlalu. Begitu juga Ibn alFaris dalam Maqayis alLughah,
mentakrifkan ‫ ﺳﻠﻒ‬sebagai satu kata pokok yang merujuk kepada ‫ ﺗﻘﺪﻡ‬/terdahulu dan ‫ ﺳﺒﻖ‬/awal. Kaum
Salaf ialah kaum terdahulu dalam satu-satu umat. Salaf bagi umat Islam ialah mereka yang hidup tera-
wal dalam sejarah Islam, yakni Rasulullah sallAllah alaihi wa sallam dan para sahabat baginda, yang
hidup beriman pada zaman baginda, pernah bertemu baginda, dan wafat dalam keadaan beriman. Mere-
ka inilah yang mewarisi dua teks suci yang menjamin keselamatan daripada kesesatan, sepertimana
yang dijanjikan baginda, “Daku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selamama-
na kamu berpegang dengan keduanya, Kitabullah dan Sunnah NabiNya.” (HR Malik) Mereka adalah
generasi terawal Salafiyah, yang memahami akidah, fiqh dan akhlak daripada alQuran dan tafsiran ba-
ginda secara langsung. Aisyah radiAllah anha berkata, “Akhlak baginda ialah alQuran.” (HR Ahmad
dan alBukhari dalam Khalq Af’al alIbad)

Superioriti kedua-dua teks ini tidak dapat disangkal lagi, bahkan ia adalah Islam seluruhnya. alQuran
dan Sunnah saling mentafsirkan, firman Allah dalam surah anNahl, ayat 44, ”..dan Kami turunkan pa-
damu adzDzikr (alQuran) agar dikau menerangkan kepada manusia akan apa yang telah diturunkan ke-
pada mereka..” Ia adalah Syariat. Ia menjadi tempat rujukan hukum-hakam Allah, “Sesungguhnya
Kami telah turunkan kepadamu alQuran dengan kebenaran, agar dikau menghukum antara manusia ber-
dasarkan apa yang diperlihatkan Allah kepadamu..” (anNisa’, 105) Firman Allah lagi, “Apa yang diba-
wakan kepada kamu oleh Rasul maka laksanakanlah, apa yang ditegahnya kamu daripadanya maka ber-
hentilah.” (alHasyr, 7)

7Lihat : ‘How French “Intellectuals” Ruined the West: Postmodernism and Its Impact, Explained’, Helen Puckrose, disiar-
kan di laman sesawang Aero Magazine, 27 Mac 2017M, pautan : https://areomagazine.com/2017/03/27/how-french-intel-
lectuals-ruined-the-west-postmodernism-and-its-impact-explained (akses terakhir : 31 Mac 2017M)
8Kita berwaspada mengembalikan tafsir Islam kepada fenomena-fenomena sosial & politik yang bersifat semasa, berniat

menjadikan pentafsiran begini sebagai dialektik yang membawa kita kepada makna Islam dan Keislaman, dan sebagai titik
permulaan mengenali punca sebenar kepada krisis berakidah pada zaman kini. A priori, membahaskan fenomena sosial &
politik hanya akan menghasilkan kefahaman mengenai keadaan sosial & politik, tidak lebih.
Interpretasi dua teks ini, tidak bebas secara mutlak, tetapi bebas selama mana sesuai dengan metod il-
miah, yang diajarkan baginda dan diakui Allah. Baginda bertanya kepada Muaz bin Jabal, sahabat ba-
ginda yang diiktirafnya paling tahu akan halal dan haram, berkenaan cara ijtihad, beliau menjawab,
“Daku berhukum dengan Kitabullah.” Baginda bertanya, “Sekiranya tidak dikau temui (hukumnya)?”
Beliau menjawab, “Daku berhukum dengan Sunnah NabiNya.” Baginda bertanya lagi, “Sekiranya ti-
dak juga dikau temui?” Beliau menjawab, “Daku berijtihad menurut pendapatku, dan daku tidak ber-
paling lagi.” Baginda setelah mendengar jawapan ini bersabda, “Segala puji bagi Allah yang telah men-
gurniakan taufiq kepada utusan Rasulullah, akan apa yang telah diredhai Rasulullah.” (HR Abu Daud,
atTirmizi & Ahmad) Ia datang daripada orang yang berkelayakan/mukallaf, memiliki alBayan/mema-
hami kejelasan teks melalui kemahiran berbahasa Arab, serta tahu selok belok cara ijtihad Rasulullah,
kemudian hanya boleh dilaksanakan setelah tidak ditemukan tafsiran bagi teks dalam alQuran & Sun-
nah.

Ibn Abbas radiAllah anhu seperti yang diriwayatkan atTabari dalam mukadimah tafsirnya9 membahagi-
kan kefahaman teks ini kepada 4 bahagian ;

1-Tafsir yang difahami langsung oleh orang awam dan tidak boleh diterima uzurnya kalau tidak menge-
tahuinya.
2-Tafsir yang difahami oleh orang Arab.
3-Tafsir yang difahami oleh para ulama.
4-Tafsir yang difahami hanya oleh Allah.

Dan yang mengetahui pembahagian ini adalah ulama.10

Ulama merupakan pewaris Nabi. Silsilah ilmu mereka bersambung dengan baginda sallAllah alaihi wa
sallam, mereka menjaga ilmu daripada penyelewengan dan menyebarkannya kepada umat. Tingkatan
pertama pewaris ini adalah para sahabat, apabila baginda menyifatkan golongan yang selamat, baginda
berkata, “Apa yang menjadi peganganku dan pegangan sahabatku.” (HR atTirmizi) Kemudian para
tabi’ien dan tabi’ tabi’en yang telah dijamin baginda dengan alKhairiyah/Kebaikan, sabdanya, “Sebaik-
baik manusia adalah (yang hidup pada) kurunku, kemudian yang mengikuti mereka, kemudian yang
mengikuti mereka” (HR Bukhari & Muslim), di mana para tabi’ien mengambil ilmu agama (akidah,
fiqh & akhlak) daripada para sahabat, begitu pula para tabi’ tabi’ien, menyambung silsilah keilmuan
dan keberkatan ini.

Adapun mereka yang menyalahi cara para sahabat ini, bukanlah ulama, meskipun mereka hidup dalam
3 kurun terawal. Kerana mereka pada hakikatnya akan menyalahi cara Rasulullah juga. Firman Allah,
“Sesiapa yang menderhaka kepada Rasul setelah terjelas padanya petunjuk, dan dia tidak mengikuti
cara kaum mukminin, Kami akan jadikan dia pemimpin apa yang dipimpinnya, dan Kami masukkan
dia ke neraka Jahannam. Itulah sejahat-jahat tempat kembali.” (anNisa’, 115) Imam asSyafi’ie berhujah
dengan ayat ini untuk membuktikan keabsahan Ijmak, bahawa siapa menyalahi Ijmak, bererti tidak
mengikuti cara kaum mukminin. Ijmak pertama ialah ijmak Sahabat, dan mereka telah sepakat untuk

9Tafsir atTabari, Muhammad bin Jarir atTabari, Dar asSalam, Mesir, cet : 2012M, ms 91, 10/1
10Iabukan demokratisasi, seperti yang dipermasalahkan Jonathan Brown dalam artikelnya, “Is Islam easy to understand or
not? : Salafis, The Democratization of Interpretation and The Need for Ulema”, kerana.mengikuti manhaj Salaf bererti men-
gembalikan autoriti kepada yang berhak, menurut heirarki yang disebut Ibn Abbas, bahawa nas alQuran dan Sunnah ada
yang bersifat muhkam maka boleh difahami langsung, sementara yang bersifat mutasyabih berhajat kepada penerangan ula-
ma dan ar-rasikhun fi al-ilm. Untuk bacaan lanjut lihat : Pautan : https://www.academia.edu/13126439/Is_Is-
lam_Easy_to_Understand_or_Not_Salafis_the_Democritization_of_Interpretation_and_the_Need_for_Ulama (akses tera-
khir : 31 Mac 2017M)
beriman dengan cara akidah yang satu, meskipun memiliki fiqh yang berbeza, lantaran perbezaan ijti-
had, sementara usul akidah tidak boleh disabitkan dengan ijtihad ; ia diwarisi melalui Sunnah Rasulul-
lah sallAllah alaihi wa sallam. Imam alBarbahari berkata dalam Syarh asSunnah, “Islam ialah asSun-
nah, asSunnah ialah Islam, salah satunya tidak tertegak melainkan dengan yang lain.”

Puak Syiah dan Khawarij muncul dalam saf kaum muslimin, hujung pemerintahan Khulafa’ Rasyidin,
sekitar 37H. Muktazilah muncul sekitar 80H. Murji’ah pada penghujung kurun pertama hijrah. Jah-
miyah pada penghujung zaman tabi’ien, pada setengah pertama daripada kurun kedua hijrah.11 Demi-
kian tidak memasukkan mereka dalam golongan Salaf, bahkan mereka dibantah keras oleh para ulama
yang ada, kerana menyelisihi cara Rasulullah dalam berakidah. Jelas kepada kita, bahawa Salafiyah bu-
kan semata-mata tempoh zaman yang mulia seperti yang didakwa Syekh Ramadhan alButi rahimahul-
lah dalam bukunya 12‫ ﺍﻟﺴﻠﻔﻴﺔ ﻣﺮﺣﻠﺔ ﺯﻣﻨﻴﺔ ﻣﺒﺎﺭﻛﺔ ﻻ ﻣﺬﻫﺐ ﺇﺳﻼﻣﻲ‬dan diikuti oleh Mustafa Hamdu alHanbali
dalam bukunya berjudul ‫ﺍﻟﺤﻨﺎﺑﻠﺔ ﻭﺍﻻﺧﺘﻼﻑ ﻣﻊ ﺍﻟﺴﻠﻔﻴﺔ ﺍﻟﻤﻌﺎﺻﺮﺓ‬13, tetapi ia adalah Islam murni yang diwarisi
daripada Rasulullah sallAllah alaihi wa sallam. Dengan ini, penisbahan kepada Salafiyah tidaklah mel-
ainkan pembuktian pada mengikuti manhaj Salafussoleh ini.

Penulisan khas buku-buku akidah menurut manhaj Salaf, bermula pada kurun 3H dan 4H, diklasifika-
sikan Syekh Abdullah azZafiri, kepada dua ;

1-Menerangkan syubhat ahli bid’ah dan membantahnya, misalnya arRadd ‘ala azZanadiqah wal alJah-
miyah, karangan Imam Ahmad bin Hanbal (w240H), arRadd ‘ala alJahmiyah, karangan Imam alBu-
khari (w256H) dan arRadd ‘ala alJahmiyah karangan Imam adDarimi (w280H).

Ibn Rajab berkata dalam risalahnya Fadhl ilm asSalaf ‘ala ‘ilm alKhalaf, “Sesungguhnya para Salaf tel-
ah membantah Muqatil (bin Sulaiman) kerana membantah Jahm (bin Sofwan) dengan dalil-dalil ‘aqli,
dan mereka mencela/‫ ﺍﻟﻄﻌﻦ‬beliau sekeras-kerasnya.” Hal ini harus diperhalusi, kerana terdapat daripada
kalangan ulama yang bersangka baik dengan mereka yang menggunakan ilmu kalam untuk membantah
akidah Muktazilah, seperti alHarits alMuhasibi, bahkan Ibn Taimiyah sendiri menggunakan hujah-hu-
jah ilmu kalam ketika membantah aliran-aliran yang sesat.

2-Menjelaskan iktikad Ahli Sunnah dengan berhujahkan alQuran, asSunnah, dan atsar riwayat daripada
para Salaf, ataupun ringkasan daripadanya, misalnya Kitab asSunnah karangan Ibn Abi Asim (w287H),
Kitab asSunnah karangan Imam Ahmad bin Hanbal (w240H), Kitab Syarh asSunnah karangan alMuza-
ni (w264H), Kitab asSyariah karangan alAjurri (w360H), asSunnah karangan alKhallal (w311H), Usul
asSunnah karangan Ibn Abi Zamanin (w399H) Sorih asSunnah karangan atTabari (w310H), Kitab at-
Tauhid karangan Ibn Khuzaimah asSyafi’ie (w311H)14

Penulisan-penulisan ini menjaga dan meringkaskan akidah Ahli Sunnah agar mudah dihafal dan difaha-
mi umat, mengasingkannya daripada penulisan hadis-hadis hukum seperti yang kebiasaannya pada
buku-buku Sunan, atau umum Sunnah Rasulullah sallAllah alaihi wa sallam dalam Jawami’.

Di antara ciri-ciri asSalafiyah15 yang membezakannya daripada aliran yang lain ialah ;

11Haqiqat alManhaj asSalafi, Abdullah bin Silfiq azZafiri, adDar alAtsariyah, Algeria, cet : Pertama 2014M, ms31.
12Diterjemahkan “Salafiyah ialah tempoh masa yang diberkati dan bukan mazhab islam.”
13Diterjemahkan “alHanabilah & perbezaan dengan asSalafiyah Kontemporari”, Dar anNur, Jordan, cet : Pertama 2014M

dan terdapat banyak percanggahan dan dakwaan tak berasas yang ditujukan kepada asSalafiyah, bantahan kepadanya telah
dibuat pihak asDorar asSaniyyah, pautan : http://www.dorar.net/art/1584 (akses terakhir : 29 Mac 2017)
14azZafiri,op.cit, ms34-36.
15ibid, ms54-63, dengan perubahan.
1-Dakwah kepada atTauhid (PengEsaan Allah) dan merealisasikan Ikhlas semata kerana Allah. Ia mer-
upakan asal tujuan pengutusan para nabi dan rasul, dakwah rahmat untuk mengembalikan manusia ke-
pada ibadat kepada Allah semata, daripada gelapnya kesesatan, lalu dicontohi oleh para pengikut mere-
ka. Ia adalah kesinambungan daripada tugas Nabi Muhammad sallAllah alaihi wa sallam, yang tidak
diutus dengan tujuan utama untuk membina kerajaan, empayar dan peradaban seperti yang didakwa
oleh lisan al-hal ‫ ﻟﺴﺎﻥ ﺍﻟﺤﺎﻝ‬golongan pan-islamis dan revivalis khilafah serta siapa yang menyerupai mer-
eka, tetapi tujuan utamanya ialah untuk meluruskan akidah dan tauhid manusia yang akan menjamin
keselamatannya di Akhirat kelak.

2-atTajarrud/Semata-mata mengikuti Sunnah Rasulullah sallAllah alaihi wa sallam dan kembali meru-
juk kepada Kitabullah & Sunnah nabiNya ketika berlakunya perselisihan.

3-Meneladani atsar Salaf (para Sahabat, Tabi’ien, dan pengikut mereka). Abu Hatim arRazi mengata-
kan seperti diriwayatkan alLalika’ie dalam Syarh Usul Iktikad, “Mazhab dan pilihan kami, mengikuti
Rasulullah sallAllah alaihi wa sallam, para sahabatnya, dan tabi’ien yang mengikuti mereka dengan ih-
san, dan berpegang teguh dengan mazhab Ahli Atsar ; seperti (mazhab) Abu Abdillah Ahmad bin Han-
bal, Ishaq bin Ibrahim (yakni Ibn Rahawaih), Abu Ubaid alQasim bin Sallam, dan asSyafi’ie ; melazimi
alKitab & asSunnah, membela ulama yang mengikuti atsar para Salaf, dan memilih apa yang dipilih
oleh imam-imam Ahli Sunnah di serata negeri, seperti, Malik bin Anas di Madinah, alAuza’ie di Syam,
alLaits bin Sa’d di Mesir, Sufyan atsTsauri dan Hammad bin Zaid di Iraq..” Kenyataan ini, jelas menya-
takan perihal kemazhaban asSalafiyah, bahawa asSalafiyah bukan menolak bermazhab. Tetapi yang di-
persoalkan ialah ketaksuban kepada mazhab tertentu sehingga menutup pintu ijtihad kepada ahlinya,
dan ketaksuban tercela membela pendapat kerana tokohnya, bukan kerana kebenaran.

4-Tetap dan kukuh. Ia tidak dipengaruhi oleh perubahan politik dan sosial, kerana dibina berdasarkan
ilmu dan wahyu, dan atsar Salaf. Sementara kemasukan ilmu kalam ke dalam ilmu umat Islam bisa di-
katakan terpengaruh oleh perubahan politik dan sosial ; apabila kerajaan Abbasiyah membina Baitul
Hikmah dan memanggil penterjemah-penterjemah untuk berkhidmat menterjemahkan teks-teks falsa-
fah dan perubatan Yunani serta Aramaic ke dalam bahasa Arab. (Oleh itu kita persoalkan kemunculan
Mutakallimin, bagaimanakah iman muslimin sebelum masuknya ilmu kalam? Satu pemerhatian yang
baik dilakukan alGhazali dalam alMunqidz min adhDhalal, bila mengatakan ilmu kalam bermanfaat se-
kiranya digunakan untuk membela asSunnah, tetapi bermasalah apabila melampaui daerah itu dan
membahaskan hakikat seperti jauhar & ‘arad16.) Begitu juga kemunculan Khawarij (dan pengikut mere-
ka daripada kalangan Ibadhiy) yang membenarkan tindakan memberontak ke atas saidina Ali radiAllah
anhu yang dituduh tidak beramal dengan ayat 9 surah alHujurat, motif mereka jelas politik. Begitu juga
kemunculan Syiah, yang mendakwa adanya nas yang ditinggalkan baginda sallAllah alaihi wa sallam
mengkhususkan Imamat kepada saidina Ali yang kata mereka sengaja didiamkan saidina Ali (samada
kerana taqiyyah ataupun tidak). Begitu juga dengan kemunculan kaum sufi yang memilih menyendiri
untuk menyucikan diri dan menjadi quietists, lalu sebahagiannya menyerap idea-idea falsafah neo-pla-
tonik yang menganjurkan zuhud ke dalam tasawuf, dek terkesan oleh perubahan sosial dan masyarakat

16alMunqidz min adhDhalal, alGhazali, alMaktabah alAsriyah, Beirut, Lubnan, cet : 2009M, ms39.
yang terlalu cintakan dunia dan bergelumang kemaksiatan.17 Adapun tauhid dan ikhlas, tidak begitu. Ia
kekal, sepertimana yang difahami oleh baginda, dijaga Allah dengan penjagaan para ulama yang rabba-
ni.

5-alWasatiyah & Keadilan. alWasat bererti tengah, dan perkara yang baik dan dipilih Allah, sederhana,
tidak terlalu ringan dalam urusan agama dan tidak pula terlalu berat, kerana mereka beramal dengan
nas-nas agama. Ia juga menafikan taksub kepada orang atau pendapat, kepada iklim atau kumpulan,
bahkan mereka sentiasa mengikuti kebenaran di mana saja nas berada.

6-Syumuliah. Ia merangkumi segenap aspek kehidupan manusia ; mengikhlaskan ibadat dan tauhid ke-
pada Allah semata, dan melaksanakan muamalat dengan tujuan merealisasikan maslahat/kebaikan dan
menolak mafsadah/kerosakan, yang muamalat itu hakikatnya kembali juga kepada penilaian sebenar
Allah menurut kitabNya dan sunnah RasulNya.

7-Merealisasikan alWala’ & alBara’ berdasarkan kecintaan kerana Allah dan kebencian kerana Allah,
berdasarkan tuntutan akidah. Mereka mencintai umat Islam keseluruhannya, kerana agamanya, dan
membenci orang yang cuba berbuat onar kepada agama. Ia adalah bahagian daripada alAmr bil Ma’ruf
wa anNahyu ‘an alMunkar (Memerintah ke arah kebaikan dan melarang daripada kemungkaran), dan ia
merupakan hak yang wajib ditunaikan hamba kepada Allah, seperti dinyatakan Ibn alQayyim dalam Hi-
dayatul Hayara. Oleh itu, kita dapat melihat para Salaf lantang membantah segala kepincangan yang
bersifat akidah terutamanya, lidah menjadi basah dengan kecintaan kepada umat dan kebencian kepada
bid’ah. Dakwat-dakwat ditumpahkan, bersengkang mata siang malam berfikir untuk meluruskan semu-
la akidah umat. Rudud/Bantahan-bantahan yang dikemukakan bukanlah bentuk daripada ghibah/umpa-
tan yang diharamkan, bahkan ia diharuskan dalam Syariat demi maslahat yang diiktiraf syarak, sesuai
dengan syarat-syarat syar’ie18, dan hanya setelah mendapat tabayyun/bukti keterangan jelas yang me-
nyokong perlunya kepada rudud tadi, agar ia tidak jadi tuduhan sembarangan tanpa siasat.19

Ciri ketujuh ini bergerak selari dengan ciri pertama. Tauhid tidak menjadi sempurna melainkan dengan
alWala’ & alBara’, yang tugasnya untuk mengenalkan diri seorang muslim itu kepada dirinya sendiri,
sebelum belajar mengenali orang lain dan cara berinteraksi dengan mereka. Ia bukan seperti yang di-
dakwa seorang penulis bahawa ia ‘toksin ajaran tauhid tiga gaya Wahabi – iaitu gagasan-wacana tauhid
rububiyyah-uluhiyyah-asma wa sifat-kefahaman ibadah, kerana ia menyediakan cara pandang dengan
membahagikan populasi manusia di dunia ini sebagai beriman atau kafir.’20 Kerana seperti kita kata-
kan, pembahagian ini secara innate sudah diketahui saat kita mengucapkan kalimah tauhid, “Tiada tu-
han melainkan Allah, dan Nabi Muhammad Utusan Allah”, bererti kita mempercayai kekafiran/keing-
karan mereka yang tidak meyakini Allah sebagai Tuhan yang Esa dan mereka yang tidak meyakini
Nabi Muhammad sebagai Utusan Allah. Sementara cara berinteraksi dengan mereka, kembali kepada

17Penerangan baik dianjurkan Syekh Ibrahim asSakran dalam bukunya Sultah atTsaqafah alGhalibah, apabila cuba melihat
sejarah pemikiran secara mikro ; iaitu penindasan secara politik atau penindasan secara budaya. Lihat : Sultah atTsaqafah al-
Ghalibah, Ibrahim asSakran, Dar alHadharah, Riyadh, Arab Saudi, cet : Pertama 2014M, ms24-31.
Pemikroan sejarah berkaitrapat dengan cara pemikiran pascamodenisme, seperti yang kita nyatakan di mukadimah, bahawa
ia lebih mempercaya naratif yang kecil dan diberi keutamaan dan kuasa untuk menjadi ‘tepat’ dan ‘rujukan’. Namun, ia juga
memiliki sisi baik, untuk melihat kesan modenisme dalam cara berfikir kita, sebelum berpindah menyelesaikan masalahnya
yang berkaitan dengan umat, seperti demokratisasi interpretasi.
18anNaqd Manhajun Syar’iey, diterbitkan bersama Syarh Usul asSunnah li Imam Ahmad bin Hanbal, Rabi’ alMadkhali, Dar

alImam Ahmad, Kaherah, Mesir, cet : Pertama 2008M, ms94.


19Tasnif anNas baina azZhann wa alYaqin, Bakr Abu Zaid, Dar Ibn Hazm, Kaherah, Mesir, cet : Ketiga 2008M, ms20.
20Faisal, op.cit.
cara yang telah digariskan Allah ta’ala21. Ia berpotensi menjadi sebuah instrumen keganasan, seperti-
mana yang ditakuti Habermas22, kerana pengamalan agama setengah penganut yang terlalu menekan-
kan titik perbezaan dan perselisihan, tetapi Islam telah mengikat itu dengan manhaj rabbani ; tidak ter-
lalu longgar sehingga tidak mampu mengenali diri sendiri dan perbezaannya dengan orang lain, dan ti-
dak terlalu ketat sehingga tidak mampu menerima orang lain. Pentafsiran manhaj tersebut dikelola oleh
para ulama, yang ditaati selama mana mereka mentaati Kitabullah dan Sunnah, menurut kefahaman dan
Ijmak Salafussoleh. ‘Radd’/Bantahan dan ‘Hajr’/Pemulauan sekiranya enggan bertaubat, digunakan se-
bagai cara check & balance para ulama akan kuasa interpretasi antara ulama dan warisan teks.23

Allah berfirman dalam alQuran, mafhumnya, “Katakanlah ; wahai kaum yang tidak beriman. Daku ti-
dak menyembah apa yang kalian sembah.” PerintahNya untuk mengenali Other, dimulakan, dengan
kata kerja perintah (Fi’il alAmr), dan yang bakal berkata-kata ialah kata ganti diri ketiga yang tersem-
bunyi (‘Katakanlah, wahai engkau’ -merujuk kepada Nabi Muhammad). Seseorang mengenali dirinya
secara hakiki, bahawa dia seorang yang berkata-kata dan mengakali kata-katanya, dan mampu mema-
hami Other sebagai Other terlebih dahulu, bukan Other sebagai Oneself, dengan bahasa ; medan pentaf-
siran yang ligat dan tidak pernah selesai. Menyedari kelemahan ini, acara mengenali dilangsungkan,
dengan menyeru sesiapa yang bergenus dengan Other (dalam ayat, mereka yang tidak beriman) dengan
perkataan ‘wahai’, satu jemputan untuk mempamerkan diri Other, bahagian diri yang sunyi dan tak per-
nah dikenali, untuk memperkenalkan Oneself kepada Other, bahawa anutan Oneself bukan anutan
Other, bahawa Oneself bukannya Other, dan jemputan ini ditutup dengan jaminan penerimaan, “Bagi
kamu agama kamu, bagi daku agamaku.” Kemudian, Other dibiarkan memilih, samada untuk mengen-
alkan dirinya, atau kekal sunyi seperti sediakala.24

Berpegang dengan asSalafiyah ini, memberi impak yang besar dalam kehidupan beragama seseorang,
di samping keyakinannya akan amalannya yang diyakini sumbernya, di antaranya ialah25 ;

1-Kerukunan dan kesepakatan. Kita melihat para sahabat radiAllahu anhum, meskipun memiliki penda-
pat fiqh yang berbeza, namun mereka tidak berkhilaf dalam isu akidah, kerana tahu akan daerah-daerah
yang mampu diijtihadkan dan yang tidak mampu. Abu alQasim alAsfahani dalam alHujjah fi Bayan al-
Mahajjah mengatakan, “Sebab mengapa Ahli Hadis (Ahli Sunnah) bersepakat, ialah, mereka mengam-
bil rujukan agama melalui alKitab dan asSunnah, melalui cara anNaql, maka demikian menjadikan
mereka rukun dan sepakat. Sementara ahli bid’ah, mengambil rujukan agama mereka melalui ma’qulat
(ideologi yang bersandarkan akal semata-mata) dan pendapat-pendapat, demikian menjadikan mereka
berpecah-belah dan berbeza pandangan.”

2-Kefahaman yang sesuai dengan akal, ilmi, dan benar. Para rasul merupakan manusia yang paling be-
21Dalam buku-buku akidah, ia dibahaskan dalam bab alAsma’ wa alAhkam (Gelaran dan hukum-hakam berkaitan dengan-
nya), di mana isu takfir, tafsiq, tabdi’/‫ﺍﻟﺘﺒﺪﻳﻊ‬, dilaksanakan atas nama menjaga agama, dan dilaksanakan berdasarkan kaedah-
kaedah yang tertentu, diselia oleh para ulama.
22 “A “post-secular” society – what does that mean?”, Jurgen Habermas, artikel diterbitkan di laman sesawang Reset Doc,

16 Sept. 2008M, pautan : http://www.resetdoc.org/story/00000000926 (akses terakhir 30 Mac 2017M)


23Hal ini dinyatakan Jonathan Brown dalam penutup artikelnya, op.cit, katanya, “What I hope this article has demonstrated

is that this egalitarian strain in Salafism is not a clear and consistent position. Rather, it is the product of a discourse tradi-
tion that holds claims of formalized hermeneutic authority in great suspicion while simultaneously acknowledging the need
for the control it provides. All the above proto-Salafi and Salafi scholars have consistently maintained that the masses of the
Muslims are unqualified to approach the scriptural sources of Islam in any authoritative way. Moreover, like their main-
stream Sunni opponents, Salafis have affirmed that ‘the layperson has no legal school’. His school is whatever a qualified lo-
cal scholar says it is.”
24Petikan daripada artikel ‘Agama Konvensional & Jemaat Bisu’, pautan : https://www.academia.edu/29694130/Aga-

ma_Konvensional_and_Jemaat_Bisu (akses terakhir : 30 Mac 2017M)


25Haqiqat alManhaj asSalafi, ms40-53.
rakal, tanpa keraguan lagi. Sementara yang mengikuti jejak langkah mereka, mewarisi ilmu mereka,
mewarisi alKitab dan asSunnah, sudah tentu mewarisi akal dan cara mereka berfikir. Hal ini tidak men-
jadikan pengikut para Rasul itu maksum, tetapi mereka lebih dekat kepada kebenaran berbanding mere-
ka yang mengikut hawa nafsu dan pendapat peribadinya yang tidak diketahui hujung pangkalnya.

3-Kelangsungan dan kekekalan. Ia bukan seperti yang didakwa hanya terhad pada tempoh zaman ter-
tentu, bukan juga tidak boleh berinteraksi dengan kejahilan-kejahilan yang ada dan memoden. Ia bah-
kan sebuah manhaj yang responsif kepada perubahan demi mengekalkan keasliannya, bermula daripada
zaman Rasulullah sallAllah alaihi wa sallam hinggalah ke akhir zaman. Jamin baginda, “Sentiasalah
akan ada sekumpulan daripada umatku yang berada di atas kebenaran, mereka tidak tergugat oleh or-
ang yang memperlekehkan mereka, sehinggalah datangnya urusan Allah (yakni Kiamat).” (HR alBu-
khari & Muslim)

Bagi peneliti aliran Salafiyah dan penulisan tokoh-tokohnya pada zaman moden, akan mendapati me-
todnya selari dengan apa yang telah kita katakan. Berikut sebilangan judul penulisan yang membukti-
kan bahawa Salafiyah bersifat langsung dan kekal kerana amanah.

-‫( ﺍﻟﺘﻮﺣﻴﺪ ﺍﻭﻻ ﻳﺎ ﺩﻋﺎﺓ ﺍﻻﺳﻼﻡ‬Tauhid yang terutama, wahai pendakwah-pendakwah Islam!), karangan Syekh
Muhammad Nasiruddin alAlbani, membantah sebilangan metod dakwah yang tidak mementingkan soal
akidah, mendahulukan soal khilafah dan pemerintahan sepertimana yang dimaklumi pan-islamisme,
dan akhirnya memecah-belahkan umat atas dasar perpuakan/hizbiyah yang bertentangan dengan ruh Is-
lam yang menyeru kepada perpaduan.26

-‫( ﻧﻘﺪ ﺍﻟﻘﻮﻣﻴﺔ ﺍﻟﻌﺮﺑﻴﺔ ﻋﻠﻰ ﺿﻮﺀ ﺍﻹﺳﻼﻡ ﻭﺍﻟﻮﺍﻗﻊ‬Kritikan kepada Nasionalisme Arab menurut Islam dan Realiti),
karangan Syekh Abd alAziz Ibn Baz, membantah ideologi kesatuan atas dasar perkauman yang diper-
juangkan sebilangan pemimpin Arab, yang jelas bertentangan dengan syarak, bahawa tiada kesatuan
yang dicintai Allah melainkan kesatuan atas akidah Islam.

-‫( ﺍﻷﺩﻟﺔ ﻋﻠﻰ ﺑﻄﻼﻥ ﺍﻻﺷﺘﺮﺍﻛﻴﺔ‬Dalil-dalil membuktikan kebatilan Komunisme), karangan Syekh Ibn alUtsai-
min, membantah pegangan am Komunisme-Marxisme, yang subur di tanah arab sekitar 60an, dan risa-
lah ini ditulis beliau pada tahun 1962M/1381H, menghimpunkan 70 persoalan untuk membantah komu-
nisme.

-‫( ﺍﻟﺪﻻﺋﻞ ﺍﻟﻘﺮﺍﻧﻴﺔ ﻓﻲ ﺃﻥ ﺍﻟﻌﻠﻮﻡ ﻭ ﺍﻷﻋﻤﺎﻝ ﺍﻟﻨﺎﻓﻌﺔ ﺍﻟﻌﺼﺮﻳﺔ ﺩﺍﺧﻠﺔ ﻓﻲ ﺍﻟﺪﻳﻦ ﺍﻹﺳﻼﻣﻲ‬Dalil-dalil alQuran bahawa ilmu dan
amalan yang bermanfaat termasuk daripada agama Islam), karangan Syekh asSa’di, menjawab isu
Sekularisme yang mula menular dalam kalangan umat Islam di Arab Saudi pada zamannya, menjawab
syubhat sebilangan modenis yang menuduh agama sebagai agen pemunduran, dan membuktikan
bahawa agama tidak pernah menghalang bahkan menggalakkan sebarang usaha ke arah kemajuan,
selama mana tidak bertentangan dengan usul syariat.

Begitu juga Syekh alAlbani telah mempelopori manhaj yang mengajak penelitinya agar menjadi salafi ;
atTasfiyah (Pemurnian akidah, fiqh, & ilmu agama daripada perkara yang tiada asal dalam agama) &
atTarbiah (Mendidik diri dan orang lain agar mengikuti yang sahih dalam agama), sesuai dengan
firman Allah ayat 2 Surah alJumu’ah. Dengan kedua-dua ini sahajalah, menurut beliau, umat kita akan
mampu kembali semula ke puncak ketinggian, bukan dengan lainnya. Sementara kemunduran dan
kesesatan yang muncul dalam umat kita, disebabkan meninggalkan alHuda/Petunjuk baginda sallAllah

26Inijuga merupakan bukti bagaimana naratif (Salafiyah-Pan-Islamisme/Isis) seperti yang difahami oleh penulis tersebut
terbukti keliru kerana Salafiyah mengajak kepada tauhid bukan kepada gerakan militan.
alaihi wa sallam.27 Manhaj ini juga diikuti oleh sebilangan besar penuntut ilmu pada zamannya, seperti
Syekh Masyhur Hasan Al Salman28, dan lain-lain, melangsungkan program besar ini pada generasi
seterusnya setelah kepergian Syekh alAlbani.

Demikian asSalafiyah, secara ringkas kita bentangkan dalam lembaran-lembaran kertas ini, bahawa ia
bukan monopoli tafsir agama sepertimana yang disangka sebahagian pihak, ia adalah kerja ‘back to
basics’ yang bermanhaj, meneladani RasulNya dalam setiap keadaan, mencari tafsiran sebenar kepada
makna alHuda yang dijanjikan Allah ta’ala kepada Adam dan anak-anaknya, saat bapa kita turun dari
Syurga, “Sekiranya datang kepada kamu daripadaKu Huda/Petunjuk ; barangsiapa yang mengikuti
petunjukKu, maka tidaklah mereka berasa takut, dan tidak pula mereka berasa sedih.”

-Krisis Akidah-

Deleuze meringkaskan perjuangan falsafah dan pemikiran, dalam bukunya, “Qu'est-ce que la philoso-
phie?/Apa itu Falsafah?” dengan mengemukakan jawapan, “Ia adalah penciptaan konsep.”29 Jawapan
ini mengembalikan kita kepada asal falsafah, menegaskan kewujudan kita sebagai makhluk yang berfi-
kir. Persoalan yang akan timbul, adakah agama boleh dikatakan sebagai penciptaan konsep? Bererti
agama, seperti aliran pemikiran lain, boleh dipersoalkan? Dan bila boleh dipersoalkan, bererti ia mung-
kin benar dan mungkin salah? Adakah falsafah mampu memahami agama, melebihi agama sendiri?

Kenyataan Deleuze yang lain, bahawa asal seluruh pemikiran ialah revolusi, yang memberontak tidak
percaya kepada keyakinan sebelumnya30, lalu mencari jawapan dengan mengecilkan lokus pemikiran
(Kosmosentrik > Teosentrik > Humanosentrik > Logosentrik > x ), konsisten dengan kecintaan kita ke-
pada pengetahuan, di mana ia bermula dengan keraguan dan mempersoalkan hakikat segala sesuatu,
dengan harapan untuk mencari kebenaran yang mutlak dan mendiamkan keraguan. Reduksi seluruh
agama dan falsafah sebagai konsep, menjadikan keraguan sebagai motivasi asal di balik kewujudan
konsep, mengembalikan manusia kepada tanggungjawab memilih, bahawa dia bebas memilih. Kebe-
naran adalah kebenaran yang dipilih, sementara pilihan boleh disempitkan melalui pemaksaan, atau
power, seperti yang dianjurkan Focault. Derrida dalam bukunya “Histoire du mensonge/Sejarah Pem-
bohongan”31, mempersoalkan kemampuan kita untuk berbohong, bahawa syarat untuk berbohong ialah
dengan mengetahui kebenaran, sementara siapakah yang dapat menentukan bahawa kebenaran yang
kita percaya adalah kebenaran dan bukan satu pembohongan? Mengambil sifir yang sama, adakah aga-
ma itu hasil kuasa dan penipuan yang dipercayai sebagai kebenaran, kerana ia konsisten dan menenang-
kan?

Paul Ricoeur berusaha menjawab persoalan ini, dalam Fragment no. 132, dengan membezakan cara ber-
interaksi dengan kepercayaan peribadi yang bersifat mutlak dan tidak boleh dipersoalkan. Apabila ke-
percayaan peribadi ini cuba dibawa ke masyarakat, ia harus dikelola dengan cara atTabaduliyah/Mutual

27atTasfiyah wa atTarbiyah wa hajatul muslimin ilaiha, Muhammad Nasiruddin alAlbani, cet : Pertama 2007M, Maktabah
alMa’arif, Riyadh, Arab Saudi, ms33.
28Lihat : Muqaddimah Risalah Latifah Jami’ah fi Usul alFiqh alMuhimmah Syekh asSa’di beserta atTa’liqat alMunifah ala

Fusul arRisalah asSa’diyah alLatifah Abu alHarits atTa’muri, Dar Ibn Hazm, Lubnan, cet : 2014M, ms8-9
29Lihat : Kertas kerja berjudul, “Fi ma’na alFalsafah : Isykal alMahiyah (terj. Tentang makna Falsafah : Persoalan Ma-

hiyah)” oleh Ben Said Muhammad, diterbitkan dalam “Hiwar alFalsafah wa al-Ilm : Su’al atsTsabat wa atTahawwul”, Dar
alAman, Rabat, Morocco, cet : Pertama 2012M, ms306.
30ibid, ms309.
31Jacques Derrida, “Tarikh alKadzib/Histoire du mensonge” (terjemahan arab : Rasyid Bazi), alMarkaz atsTsaqafi alArabi,

Casablanca, Morocco, cet : Pertama 2016M


32Paul Ricoeur, “Hayyun hatta alMaut matbu’an bi asySyadzarat/Vivant jusqu’a la mort suivi de Fragments” (terjemahan

arab : Ammarah anNasir), Editions El-Ikhtilef, Algeria, cet : Pertama 2016M, ms79-84
Understanding antara kepercayaan-kepercayaan yang ada (apabila ‘memandang dari atas’), bukan den-
gan alMuqaranah/Perbandingan yang akan menzahirkan perbezaan. alMunazarah/Perdebatan yang mer-
upakan iltizam mutlak seseorang terhadap agamanya, digunakan untuk menjaga identiti kepercayaan
peribadi, agar dia mengenal dirinya dan tidak lebur serta sinkretis dalam atTabaduliyah. Hal yang diru-
muskan Ricoeur ini telah lama disebut Salaf dalam bab alWala’ & alBara’ ; kemasukan budaya-budaya
luar ditapis untuk menjaga keaslian Islam, dan bantahan dilakukan kepada mereka yang cuba mengasi-
milasi & sinkretis antara budaya luar dan agama Islam, ditakuti akan menghasilkan inovasi/bid’ah yang
menghapuskan identiti Islam. Pada masa yang sama, tidak menutup pintu kepada Mutual Understand-
ing, dalam urusan duniawi dan kemasyarakatan. Ilmu perubatan, kejuruteraan, falak, dibawa masuk ke
dalam masyarakat Islam, diamalkan pada hadnya sebagai ilmu duniawi yang bermanfaat. Begitu juga
urusan perniagaan dan hubungan masyarakat, ia dilakukan tanpa perlu mengorbankan agama sebagai
identiti yang dipilih. Kerana akidah adalah ibadah, dan ibadah harus dilakukan dengan bebas dan pili-
han, bukan paksaan.

Iman, adalah harapan, bahawa apa yang kita percayai itu benar dan amalan kita itu baik. Kewujudan
ekstremis yang menggodam/hijack makna Iman tadi dan menggantikannya dengan ketakutan (misal :
kau tidak beriman sepertiku bererti kau musuhku) adalah antara krisis yang kita hadapi sekarang. Nati-
jahnya, orang benci untuk beriman : samada terus memukul rata semua akidah lalu merendahkannya se-
bagai naratif dan konsep ciptaan manusia, atau berpindah kepada akidah yang menenangkan mereka.
Tentang kisah seorang ‘mujahid’ yang ditemubual di Turki, yang berpindah agama kepada Kristian,
“Exactly why he sought solace in Christianity, rather than a more mainstream version of Islam, no one
can quite explain. Reading the Bible, Mohammad said, made him calmer than reading the Quran. The
churches he attended made him feel more welcome than the neighbourhood mosques. In his personal
view, Christian prayers were more generous than Muslim ones. But these are subjective claims, and
many would reject the characterisation of Islam as a less benign religion, much as they would reject
Nusra’s extremist interpretation of it.”33

Tugas kita, ialah mengembalikan semula makna iman ini sebagai harapan, yang direalisasikan oleh
amalan yang baik dan menterjemahkan kemanusiaan, menerangkan kepada semua yang mahu menden-
gar bahawa agama Islam adalah agama rahmat, dan Syariat diturunkan untuk menjaga makna rahmat
ini daripada di-hijack oleh golongan berkepentingan. Langkah pertama ke arah itu ialah dengan men-
genali dulu siapa kita (dengan alWala’ & alBara’), dan agama kita Islam, tradisi yang murni sepertima-
na yang disampaikan Rasulullah sallAllah alaihi wa sallam dan pengikut baginda daripada kalangan
Salafussoleh, jauh daripada sinkronasi ‘bid’ah & syirik’ yang menggugat identiti Islam, jauh daripada
tafsiran-tafsiran sosial & politik yang menerbitkan masalah-masalah baru dalam memahami keaslian.
Mengiktiraf kebebasan memilih, tidak bererti kita setuju dengan kesesatan. Ia adalah atTabadu-
liyah/Mutual Understanding tadi, bahawa menjadi Muslim tidak menghalang kita berinteraksi dan ber-
dialog dengan Kafir, melalui debat yang tenang dan penuh akal, lalu untuk mengenalkan kita semula,
bahawa, kita juga, memilih Islam, kerana bebas dengan ikhtiar/pilihan kita, bukan atas paksaan siapa-
siapa.

33Artikelberjudul, “The Jihadi who turned to Jesus”, disiarkan di laman sesawang MalayMail Online, pautan :
http://www.themalaymailonline.com/features/article/the-jihadi-who-turned-to-jesus (akses terakhir : 1 April 2017M)
-Rujukan-

Buku :

-Tafsir atTabari, Muhammad bin Jarir atTabari, Dar asSalam, Mesir, cet : 2012M

-Haqiqat alManhaj asSalafi, Abdullah bin Silfiq azZafiri, adDar alAtsariyah, Algeria, cet : Pertama
2014M

-alHanabilah wa Ikhtilafuhum ma'a asSalafiyah alMu'asirah, Mustafa Hamdu 'Ulayyan alHanbali, Dar
anNur, Jordan, cet : Pertama 2014M

-alMunqidz min adhDhalal, alGhazali, alMaktabah alAsriyah, Beirut, Lubnan, cet : 2009M

-Sultah atTsaqafah alGhalibah, Ibrahim asSakran, Dar alHadharah, Riyadh, Arab Saudi, cet : Pertama
2014M

-Syarh Usul asSunnah li Imam Ahmad bin Hanbal, Rabi’ alMadkhali, Dar alImam Ahmad, Kaherah,
Mesir, cet : Pertama 2008M

-Tasnif anNas baina azZhann wa alYaqin, Bakr Abu Zaid, Dar Ibn Hazm, Kaherah, Mesir, cet : Ketiga
2008M

-atTasfiyah wa atTarbiyah wa hajatul muslimin ilaiha, Muhammad Nasiruddin alAlbani, cet : Pertama
2007M, Maktabah alMa’arif, Riyadh, Arab Saudi

-Risalah Latifah Jami’ah fi Usul alFiqh alMuhimmah Syekh asSa’di beserta atTa’liqat alMunifah ala
Fusul arRisalah asSa’diyah alLatifah Abu alHarits atTa’muri, Dar Ibn Hazm, Lubnan, cet : 2014M

-Hiwar alFalsafah wa al-Ilm : Su’al atsTsabat wa atTahawwul, seliaan : Nabi Bou 'Ali, Dar alAman,
Rabat, Morocco, cet : Pertama 2012M

-Jacques Derrida, “Histoire du mensonge” (terjemahan arab : "Tarikh alKadzib", Rasyid Bazi), alMar-
kaz atsTsaqafi alArabi, Casablanca, Morocco, cet : Pertama 2016M

-Paul Ricoeur, “Vivant jusqu’a la mort suivi de Fragments” (terjemahan arab : "Hayyun hatta alMaut
matbu’an bi asySyadzarat", Ammarah anNasir), Editions El-Ikhtilef, Algeria, cet : Pertama 2016M

Pautan :

-https://www.iseas.edu.sg/images/pdf/TRS9_16.pdf

-http://iksim.my/iksim/uploads/files/Pengumuman/The%20Confluence%20and%20Conse-
quence%20of%20Islam%20as%20Religio-Political%20Idealogies.pdf

-https://www.academia.edu/13126439/Is_Islam_Easy_to_Understand_or_Not_Salafis_the_Democriti-
zation_of_Interpretation_and_the_Need_for_Ulama
- https://www.academia.edu/29694130/Agama_Konvensional_and_Jemaat_Bisu

-https://areomagazine.com/2017/03/27/how-french-intellectuals-ruined-the-west-postmodernism-and-
its-impact-explained

-http://www.resetdoc.org/story/00000000926

-http://ruwaqazhar.com/pernyataan-hasil-muktamar-internasional-ahlussunnah-wal-jamaah-chech-
nya.html

-http://www.themalaymailonline.com/features/article/the-jihadi-who-turned-to-jesus

-http://www.malaysiakini.com/columns/323665

-https://www.youtube.com/watch?v=RRXeR7df9NI

Anda mungkin juga menyukai