Anda di halaman 1dari 4

KERAJAAN PAHANG JADIKAN KUIPSAS SEBAGAI PUSAT KUARANTIN KHAS

BAGI CALON SPM

KUANTAN, 05 FEBRUARI 2021 : Kerajaan Pahang telah menjadikan Kolej Universiti


Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) sebagai pusat kuarantin khas bagi
menempatkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang keluarganya positif COVID-
19.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, seramai
19 calon SPM yang akan menduduki peperiksaan itu pada 22 Februari ini ditempatkan
di kolej itu sejak semalam.

“Ini adalah tindakan proaktif oleh Kerajaan Pahang yang prihatin dengan anak-anak
ini supaya mereka lebih fokus dan tidak terjejas untuk menghadapi peperiksaan SPM
nanti.

“Dan bagi memudahkan mereka mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah


(PdPR) dengan lebih selesa dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat KUIPSAS bagi meninjau
Prosedur Operasi Standard (SOP) Penempatan Calon SPM di sini hari ini.

Turut hadir, Rektor KUIPSAS, Ybhg. Prof. Madya Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal
Abidin; Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Tuan Haji Zaimi Abu Bakar;
dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Inderapura, YB. Dato’ Sri Shafik Fauzan Haji Sharif.

Beliau dalam program yang sama turut mengumumkan peruntukan sebanyak


RM10,000 kepada 19 pelajar yang ditempatkan di pusat kuarantin tersebut.

“Kerajaan Negeri memperuntukkan RM10,000 kepada semua pelajar yang ada di sini
untuk membeli peralatan peribadi mereka seperti kertas, pen, sabun mandi dan
sebagainya.

“Tetapi sekiranya ada keperluan yang diperlukan lagi, Kerajaan Negeri akan
menambah lagi peruntukkan ini,” katanya.
Seramai 19 pelajar SPM yang terdiri daripada 12 pelajar lelaki dan tujuh pelajar
perempuan khususnya dalam kalangan anak pegawai Majlis Perbandaran Kuantan
(MPK) yang terkesan dengan wabak pandemik COVID-19 ditempatkan sementara di
sini.

“Penempatan ini adalah berdasarkan keperluan SOP termasuklah daripada segi


penjarakan sosial, di mana kita telah menetapkan, sebuah bilik bagi seorang pelajar
dan KUIPSAS ada sediakan 200 bilik.

“Anak-anak pelajar ini juga disediakan khidmat internet untuk mereka ikuti PdPR, serta
makan-minum secukupnya yang diselaraskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM).

“Semoga dengan ini, anak-anak pelajar dapat belajar dalam suasana tenteram dan
berkesan, seterusnya menghadapi SPM dengan tenang dan berjaya,” katanya. -
PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)

#MajuTerusPahang
#Pahang1st
#KerajaanNegeriPahang
#PahangGo

Oleh : Ain Nadhirah Basha


Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi
(LIPUTAN BERGAMBAR)

Anda mungkin juga menyukai