Anda di halaman 1dari 1

Karangan Jenis Berita

PROGRAM MAJU DIRI


SEPANG, Ahad Sebanyak 100 orang murid telah mengikuti Program Maju Diri yang dianjurkan oleh
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Bagan Lalang. Kursus yang pertama kali diadakan ini
mendapat sambutan yang menggalakkan.
Menurut Guru Besar sekolah tersebut Encik Bangidin bin Bedu, tujuan program ini diadakan adalah untuk
mendedahkan murid-murid dengan pelbagai cara belajar di samping memberikan ketahanan fizikal dan
mental .
Program ini diadakan di pantai peranginan Bagan Lalang selama tiga hari iaitu pada 26 Mei 2010 hingga 28
Mei 2010. Peserta-peserta program terdiri daripada murid-murid tahun lima sebagai persediaan
menghadapai UPSR 2010.
Saya berasa sangat gembira mengikuti program ini kerana program ini telah memberikan saya banyak
pendedahan cara belajar yang berkesan daripada para penceramah yang berpengalaman, kata adik Alia
Mohamad salah seorang peserta program ini.
Kebanyakan ibu menyatakan rasa gembira dan berterima kasih kepada pihak sekolah dan Persatuan Ibu
Bapa dan Guru kerana membuat persiapan awal kepada murid-murid tahun lima untuk menghadapai UPSR
2010, kata Encik Sailan Misran yang ditemui pada hari penutup program.
Program ini di akhiri dengan upacara penyampaian sijil penyertaan oleh Yang Dipertua PIBG , Dr. Jaluddin
Buang . Beliau menyeru para ibu bapa memberikan sokongan padu untuk program-program yang dijangka
akan diadakan secara berterusan.

Anda mungkin juga menyukai