Anda di halaman 1dari 28

INGATAN DAN LUPAAN

Manusia dicipta dengan pelbagai keupayaan


Manusia harus berusaha membangunkan keupayaan tersebut supaya dimanfaatkan kepada diri sendiri
dan masyarakat yang mana bersesuai dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud Allah tidak akan
merubah sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang merubahnya.
Keperluan manusia boleh disusun mengikut hierarki keperluan yang tententu.
Selain daripada keperluan semula jadi, faktor-faktor yang lain seperti motivasi turut memainkan
peranannya mempengaruhi tingkah laku manusia.

MODEL MEMPROSES MAKLUMAT

1.Ingatan Jangka Pendek atau memori kerja (working memory)





Kapasiti ingatan jangka pendek adalah kecil. Tempoh simpanan maklumat pendek (5 hingga 20 saat).
Maklumat diproses, ditapis, disusun atau disintesis untuk dihantar ke stor ingatan jangka panjang untuk
disimpan.
Satu cara untuk simpanan baru (ulang sebut berkali-kali).

Ingatan Deria (sensor memory)
Dikenali juga sebagai sensory register atau sensory information store. Ingatan sensori kapasiti besar,
menyimpan banyak maklumat. Masa simpanan maklumat (1 hingga 3 saat). Jika maklumat tidak
diproses, maklumat akan hilang.

Ingatan Jangka panjang (long term memory)


Ingatan jangka panjang mempunyai kapasiti besar - menyimpan maklumat lebih lama iaitu lebih dari
beberapa minit hingga ke beberapa tahun.
Terbahagi kepada tiga:


Memori episodik : mengandungi peristiwa yang dialami seseorang sepanjang hayat. Lengkap dengan
masa dan tempat. Memori ini tersusun mengikut masa.
Memori semantik : adalah memori untuk makna iaitu menyimpan konsep, fakta, hukum, skema, imej
yang diperlukan untuk proses.
Memori prosedural : memori tentang bagaimana melakukan sesuatu terutamanya yang melibatkan
aktiviti fizikal yang berurutan.

INGATAN


Ingatan bermaksud maklumat yang dapat kita simpan dalam ingatan jangka panjang.

Boleh keluarkan semula apabila dikehendaki.


Proses yang terlibat dalam membentuk ingatan ialah:
1.Encoding merujuk kepada proses mendapat maklumat
2.Storage merujuk kepada menyimpan maklumat di mana perubahan berlaku pada system saraf yang
membolehkan terbentuknya kesan ingatan.
3.Retrieval ialah proses mengeluarkan dan mengguna maklumat.

LUPAAN

Lupaan bermaksud suatu kegagalan individu mengingati sesuatu fakta yang pernah diketahui sebelum
ini. Kegagalan ini mungkin disebabkan maklumat dalam ingatan jangka pendek boleh hilang sebelum
sempat diperoses dan disimpan dalam ingatan jangka panjang atau gagal memanggil semula maklumat
itu daripada ingatan jangka panjang (Slavin, 1997).


FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN LUPAAN

1.1.KEUSANGAN
Maklumat hilang disebabkan oleh peredaran masa

2.GANGGUAN
Bermaksud suatu proses yang terjadi apabila percubaan ingat semula dihalang oleh maklumat lain
dalam memori. Terdapat dua jenis gangguan iaitu:
Gangguan Retroaktif
Gangguan Proaktif

3.3.BAHAN YANG SUDAH LAMA DIGUNAKAN
Contohnya: selepas lama bekerja sebagai setiausaha, Mohthar berasa sukar untuk mengingati pelajaran
Biologi yang dipelajarinya semasa tingkatan 5.


4.TEKANAN
Bilamana seseorang sengaja menolak memori yang menyakitkan atau menyedihkan daripada muncul ke
paras kesedaran.


5.KEBIMBANGAN ( ANXIETY )
Kebimbangan yang tinggi semasa di dalam dewan peperiksaan atau semasa hendak menghadapi
temuduga boleh menyebabkan lupaan.
6.

6.MINAT
Perkara yang kurang diminati lebih mudah dilupakan.


7.PERUBAHAN ALAM SEKITAR
memori episodic banyak bergantung kepada alam sekitar. Sekiranya akibat peredaran masa, nama jalan
atau bangunan telah bertukar, menyulitkan untuk seseorang mengingat sesuatu peristiwa yang
berkaitan dengan tempat itu.


8.MASA YANG TIDAK MENCUKUPI
Contohnya pelajar yang tidak mempunyai cukup masa untuk membuat ulangkaji akan melupakan
banyak fakta-fakta semasa peperiksaan.

9.9.ARAS KEYAKINAN YANG RENDAH
Jika kenyakinan rendah, ini dapat melemahkan daya ingatan individu

10.MAKLUMAT YANG TIDAK LENGKAP
Sesuatu fakta juga boleh menyebabkan Maklumat hilang atau dilupakan.



CARA GURU MEMBANTU MENINGKATKAN INGATAN MURID

1.1.Bahan Pembelajaran Bermakna dan Berkaitan
Bermakna dan berkaitan dengan kehidupan murid-murid.


2.Meningkatkan Isi Pembelajaran
Senang kepada susah.
Maujud kepada abstrak
Dekat kepada jauh.
Kecil kepada besar.


3.Memeringkatkan Kaedah Pembelajaran
Interaksi guru murid dua hala.
Pelajar bebas bertanya dan mengeluarkan pendapat
Merancang aktiviti pembelajaran yang menarik dan inovatif

4.4.Susunan Jadual Waktu.
Subjek yang susah seperti matematik, kimia dan fizik di sebelah pagi
Subjek seperti seni di sebelah tengah hari atau petang.


5.Menggunakan Mnemonik dan Singkatan.
Bagi mengingat jenis memori dalam ingatan jangka panjang


EMAK SUKA PIZA

E = EPISODIK
S = SEMANTIK
P = PROSEDURAL.

*Mnemonik ini juga dinamakan strategi huruf pertama di mana huruf pertama daripada satu senarai
diambil dan dibina perkataaan atau frasa yang mudah diingat. Contoh lain adalah mengingat empat
proses peniruan bandura:


Pemerhatian.
Penyimpanan
Pengeluaran semula
Motivasi

6.
6.Menggunakan Berbagai-bagai Alat Bantu Mengajar
Gambar, carta, rakaman kaset dan video dan lain-lain lagi.

7.Membimbing Pelajar Cara Belajar yang Betul atau Kemahiran Meta Kognitif
Teknik membuat rumusan atau ringkasan nota
Teknik pengurusan masa.
Membuat peta minda atau peta konsep dan rajah pengurusan grafik
Belajar arahan kendiri.
Motivasi diri.

8.Latih Tubi.
Hafazan atau overlearning bagi formula, sifir dan fakta penting.



Pembelajaran Lisan
Pembelajaran Paired-associate atau pasangan berkaitan.
*Pembelajaran Serial
Melibatkan murid belajar sesuatu istilah dalam suatu urutan yang betul.
*Pembelajaran Free Recall
*Pembelajaran yang memerlukan murid mengingat semula sesuatu senarau perkara tapi tidak
semestinya dalam aturan tertentu.
*
Metod Loci
*Digunakan dalam pembelajaran serial untuk mengungkat sesuatu
*
Metod Pegword
*Bayangan bagi mengingat senarai berurutan.
*
Pegword berirama
*Membantu meningkatkan ingatan,

10.

Chunking
*Merujuk kepada aktiviti mengumpul atau membentuk kumpulan maklumat kepada lima atau tujuh set.
http://anuarena.blogspot.com/2011/02/ingatan-dan-lupaan.html

FAKTOR INGATAN, LUPAAN DAN PEMINDAHAN PEMBELAJARAN

1. 0 Pengenalan
Manusia dicipta dengan pelbagai keupayaan. Manusia harus berusaha membangunkan keupayaan
tersebut supaya dimanfaatkan kepada diri sendiri dan masyarakat yang mana ia bersesuaian dengan
firman Allah S.W.T yang bermaksud Allah tidak akan merubah sesuatu kaum itu melainkan mereka
sendiri yang merubahnya. Keperluan manusia boleh disusun mengikut hierarki keperluan yang tertentu.

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran. Kadangkala murid-murid
menghadapi masalah kebuntuan dalam proses pembelajaran, ini mungkin disebabkan mereka
menghadapi pelbagai jenis masalah pembelajaran. Salah satu faktor ini ialah tahap intelektual murid. Di
mana sesetengah murid dapat menguasai sesuatu bahan pembelajaran baru dengan mudah, manakala
sesetengah yang lain menghadapi kesukaran dalam menguasai bahan pembelajaran yang sama. Situasi
ini mungkin disebabkan oleh tahap kesediaan murid-murid yang berbeza. Jika sekiranya murid-murid
tidak bersedia untuk sesuatu jenis pembelajaran dan apabila didesak untuk menerima maklumat
tersebut, mereka mungkin menghadapi masalah dalam menguasai konsep-konsep yang hendak
disampaikan oleh guru. Selain daripada itu, faktor-faktor persekitaran yang kondusif, personaliti guru-
guru serta sikap para murid juga mempengaruhi proses pembelajaran. Faktor yang mempengaruhi
pembelajaran yang akan dijelaskan di sini ialah ingatan dan lupaan serta pemindahan pembelajaran.

2.0 Ingatan
Ingatan merupakan proses mental yang menyimpan perkara-perkara yang telah dipelajari dan kemudian
mengeluarkannya kembali sebagai tindak balas dalam situasi yang diperlukan, seperti menyelesaikan
masalah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya. Menurut Fein (1978), beliau
mentafsirkan ingatan sebagai pemprosesan maklumat yang diterima dalam otaknya, menyimpan dan
mengeluarkannya. Selain itu, Verno (1980) berpendapat ingatan merupakan bentuk menyimpan
maklumat-maklumat yang bermakna untuk menjadi pengalaman pada masa hadapan. Kesimpulannya,
ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses dan
menyimpannya dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika diperlukan.

2.1 Proses Ingatan
Menurut Teori Gagne, ransangan-ransangan dari persekitaran luar diterima dalam sistem saraf melalui
deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan jangka pendek, kemudian
dihantar ke stor ingatan jangka panjang dan seterusnya ke penggerak tindak balas melalui sistem saraf.
Di dalam stor ingatan jangka pendek, maklumat yang diterima akan dikodkan secara bermakna dalam
rangka yang lebih mudah diingati, iaitu dalam bentuk gambar mental atau simbol bahasa ringkas
berdasarkan jenis maklumat yang diterima. Maklumat yang dikodkan akan disimpan dalam masa 15-30
saat sahaja dan kemudian dihantar ke stor ingatan jangka panjang untuk disimpan dalam beberapa minit
atau selama-lamanya. Menurut Gagne, maklumat- maklumat yang disimpan dalam stor ingatan jangka
panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru,
demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku.

Manakala Atkinson dan Shiffrin (1971), mengklasifikasikan ingatan kepada tiga komponen utama, iaitu
stor ingatan sensori, ingatan jangka pendek, dan ingatan jangka panjang. Mengikut mereka, ingatan
sensori boleh menerima kuantiti maklumat yang banyak, tetapi hanya dapat disimpan dalam masa yang
singkat. Sebahagian kecil maklumat yang diamati akan disalurkan kepada ingatan jangka pendek, yang
dapat menyimpan maklumat secara automatik tanpa latihan mengingat dalam tempoh 20-30 saat
sahaja. Untuk menyimpan maklumat ini, ingatan jangka pendek hendaklah dilatih berulang-ulang untuk
mengingat, enkod dan memindahkannya kepada ingatan jangka panjang, yang mana dapat disimpan
dalam tempoh yang lebih lama, kadang-kadang beberapa tahun atau sepanjang hayatnya bergantung
kepada jenis atau nilai maklumat terhadap individu berkenaan.

2.2 Jenis-jenis ingatan
Ingatan boleh digolongkan kepada tiga jenis kategori, iaitu ingatan sensori, ingatan jangka pendek dan
ingatan jangka panjang. Pertama, ingatan sensori, di mana dikenali sebagai ingatan deria kerana ia
berfungsi sebagai rakaman deria. Masa proses ingatan sensori ini adalah sangat singkat, biasanya
berlaku beberapa saat sahaja. Ini adalah kerana ransangan yang diterima sampai ke bahagian organ
deria tidak akan kekal lama, tetapi dihantar terus ke stor ingatan jangka pendek dengan serta merta.
Sekiranya maklumat yang diterima dianggap kurang penting, contohnya benda-benda yang dilihat
sepintas sahaja semasa dalam perjalanan, rakaman derianya bersama dengan ingatan jangka pendek
akan hilang imejnya, dalam masa beberapa saat sebagai lupaan.

Jenis ingatan yang kedua ialah ingatan jangka pendek. Ingatan ini berfungsi menerima maklumat dari
ingatan sensori untuk diproses untuk sementara waktu sahaja, iaitu dalam 15-30 saat sahaja. Ia
menggunakan tempoh yang singkat ini untuk memerhati maklumat yang berguna, mengekodkannya
dalam satu sistem yang mudah diingat, kemudian menghantarnya ke stor ingatan jangka panjang.
Maklumat yang tidak diberi perhatian, biasanya dianggap kurang penting ataupun kurang berguna akan
lenyap dalam proses lupaan. Contohnya, dalam segala aktiviti penyampaian isi pelajaran guru yang
diterima oleh ingatan sensori pelajar, bukan semuanya akan diberi perhatian dalam ingatan jangka
pendek, dan maklumat ini tidak akan diproses tetapi lenyap dalam proses lupaan. Kadangkala, maklumat
tidak belum sempat dihantar ke ingatan jangka panajng, tetapi dipanggil semula dengan serta-merta,
misalnya menjawab soalan guru sebaik sahaja selepas pengajarannya.

Jenis ingatan yang ketiga ialah ingatan jangka panjang. Ini bermakna ia berfungsi menerima dan proses
maklumat yang telah diekodkan secara kasar dari ingatan jangka pendek untuk disimpan dalam masa
yang lebih lama, mungkin di antara beberapa minit hingga bertahun-tahun. Maka maklumat yang
diterima akan diproses semula dan dipindahkan kepada satu sistem yang lebih mudah, lebih sistematik
dan lebih sempurna, seperti dalam sistem fail yang dibahagikan mengikut jenis dan kategori supaya
mudah disimpan dan mudah dikeluarkan.

Terdapat empat jenis ingatan jangka panjang iaitu ingatan sematik, ingatan episodik, ingatan prosedural
dan ingatan perdana. Pertama, ingatan sematik ialah ingatan di mana maklumat berbentuk fakta yang
dikuasai sepanjang hayat daripada interaksi manusia dengan persekitarannya. Ia merangkumi segala
fakta dan pengalaman yang dialami oleh seseorang. Sebagai contoh, maklumat yang berkaitan dengan
persekolahan, pekerjaan, pembacaan, penontonan filem dan dari pengalaman-pengalaman lain. Kedua,
ingatan episodik di mana ia merujuk kepada semua maklumat yang telah diperolehi daripada
pengalaman lampau seperti tarikh, tempat, tahun yang berkaitan dengan sesuatu peristiwa khas, sama
ada yang manis atau pahit yang tidak dapat dilupakan oleh seseorang individu. Contohnya, penglibatan
seseorang dalam kemalangan, hari jadi ke-21, hari konvokesyen seseorang dan sebagainya.

Manakala yang ketiga, ingatan prosedural. Ia melibatkan langkah-langkah dan prosedur-prosedur
amalan seharian. Sebagai contoh, ia melibatkan langkah-langkah yang terlibat dalam membuat kuih,
memandu kereta ke tempat kerja, mandi dan lain-lain. Ingatan ini boleh mengalami proses lupaan kalau
ia tidak digunakan secara kerap. Keempat, ingatan perdana di mana ia melibatkan segala maklumat
amalan seharian yang sudah menjadi sebati dan automatik untuk seseorang. Beberapa contoh ingatan
perdana ialah nombor rumah, nombor telefon polis atau ambulan, nama ahli keluarga, nombor kad
pengenalan dan kad ATM dan sebagainya. Satu masalah dalam proses ingatan ialah kegagalan dalam
proses endkoding akan menghalang maklumat ini daripada memasuki ingatan jangka panjang. Kadang-
kadang, maklumat dalam peringkat ini dilupai bila ia tidak sampai ke ingatan jangka panjang.

2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi ingatan.
Faktor-faktor yang mempengaruhi ingatan boleh dikategorikan kepada tiga kategori utama, iaitu faktor
bahan pembelajaran, faktor kaedah pembelajaran dan faktor peribadi. Kategori pertama ialah faktor
bahan pembelajaran. Kategori ini merangkumi empat aspek, iaitu panjang bahan, kesukaran bahan,
kedudukan bahan dan bahan bermakna. Pertama, panjang bahan pembelajaran di mana menurut kajian
H.Ebbinghaus, beliau mendapati pembelajaran suku kata yang tidak bermakna dan tidak melebihi 7
bilangannya, biasanya boleh mengingatnya selepas membaca sekali. Sekiranya ditambah sehingga 12
suku kata, maka diperlukan membaca 17 kali sebelum boleh mengingatnya, dan jika ditambah 16 suku
kata lagi, ia memerlukan membacanya sebanyak 30 kali baru boleh mengingatnya.

Kedua, faktor kesukaran bahan pembelajaran, menurut Kruegar (1946), dalam kajiannya, mendapati
bahan pembelajaran yang terlalu mudah, kemajuan dalam peringkat awal bergerak dengan sangat cepat,
tetapi cepat berundur dalam masa yang singkat. Ini adalah kerana bahan pembelajaran yang kurang
mencabar, minat pembelajaran tidak dapat ditimbulkan, oleh itu ingatannya tidak akan kekal lama. Bagi
bahan pembelajaran yang terlalu sukar, tidak ada kemajuan langsung kerana kekurangan keupayaan
untuk mempelajarinya. Bagi bahan pembelajaran yang mempunyai kesukaran yang berpatutan, ianya
kesukarannya boleh diatasi dengan usaha yang bersungguh-sungguh, kemajuannya boleh dikekalkan
secara terus-menerus.

Ketiga, kedudukan bahan pembelajaran menurut Kingsley (1957), dalam kajian ingatan terhadap set-set
suku kata dan perkataan tunggal yang disenaraikan mengikut susunan secara tertib, mendapati suku
kata dan perkataan yang terletak di tempat awal dan tempat akhir adalah lebih mudah diingat daripada
yang terletak di tempat pertengahan, khasnya bagi ingatan set suku kata yang tidak bermakna. Terdapat
banyak contoh harian yang kita boleh huraikan fenomena ini. Contohnya, kita lebih mudah mengingati
peristiwa yang berlaku dalam hari persekolahan pertama dan terakhir daripada peristiwa-peristiwa di
antara mereka. Begitu juga, kita lebih mudah mengingat peristiwa yang berlaku dalam hari Tahun Baru
dan hari akhir tahun daripada peristiwa-peristiwa berlaku di antara perayaan-perayaan yang lain
sepanjang tahun.

Keempat ialah bahan pembelajaran yang bermakna. Menurut kajian Kingsley menunjukkan
pembelajaran perkataan-perkataan yang bermakna adalah lebih mudah daripada set suku kata yang
tidak bermakna. Dengan perkataan lain, pembelajaran bahan yang bermakna adalah lebih mudah
diingati daripada pembelajaran bahan yang tidak bermakna.

Manakala kategori yang kedua ialah kaedah pembelajaran. Ia merupakan cara pembelajaran yang
digunakan semasa pembelajaran yang mempengaruhi ingatan. Cara pembelajaran ini merangkumi dua
aspek utama iaitu pertama, masa belajar secara bahagian adalah lebih berkesan daripada masa belajar
secara sekali gus. Di dalam kajian Done dan Hilgard (1937), calon ujian dibahagikan kepada empat
kumpulan seperti berikut; kumpulan A belajar satu minit, rehat satu minit; kumpulan B belajar dua minit,
rehat tiga minit; kumpulan C belajar satu minit, rehat sebelas minit dan kumpulan D belajar tiga minit,
rehat satu minit. Hasil kajian menunjukkan cara pembelajaran kumpulan C adalah terbaik, diikuti dengan
kumpulan B, kumpulan A dan akhir sekali kumpulan D. Ini bermakna cara pembelajaran secara bahagian
diikuti dengan masa rehat yang cukup adalah lebih mudah diingat kembali daripada cara pembelajaran
yang menggunakan masa lebih daripada masa rehat.

Kedua, pembelajaran berlebihan (over-learning) pula merupakan faktor yang penting untuk
pembelajaran yang berkesan. Di dalam tempoh latihan, sekiranya telah berjaya menguasai semua
langkah pembelajaran, bolehlah dikatakan telah mencapai seratus peratus pembelajarannya. Contohnya,
menghafaz sebuah puisi yang lengkap memerlukan lima kali membacanya, barulah disebut sebagai
pencapaian seratus peratus pembelajaran. Sungguhpun telah berjaya mencapai seratus peratus
pembelajaran, pembelajaran setakat ini adalah amat mudah dilupai. Justeru itu, untuk mengekalkan
ingatan, selepas mencapai seratus peratus pembelajaran, perlu membacanya beberapa kali.

Kategori yang ketiga ialah faktor peribadi. Antara faktor peribadi seperti umur, jantina, kebolehan, motif,
emosi, kesihatan, personaliti dan sebagainya, juga mempengaruhi ingatan selepas pembelajaran.
Pertama, faktor umur iaitu ramai orang percaya bahawa peringkat pembelajaran yang terkuat ialah pada
waktu kanak-kanak, khasnya kanak- berumur 8-9 tahun. Bagaimanapun, beberapa kajian telah
menunjukkan peringkat pembelajaran yang terkuat sebenarnya ialah di antara umur 8-20 tahun. Di
dalam kajian Thorndike (1928), calon-calon ujian dari umur 8 hingga 70 tahun adalah dipilih untuk
mengkaji pembelajaran bahasa esperanto, iaitu satu bahasa internasional yang dicipta oleh Dr. Zamenlof
pada tahun 1887. Hasil kajian beliau menunjukkan kemajuan terbaik ialah peringkat umur 8-20 tahun.
Selepas 20 tahun, kemajuannya dilambatkan dan mencapai puncaknya dalam umur 25 tahun. Selepas
umur 35 tahun, kebolehan belajar mula menurun, dan apabila sampai umur 42 tahun, ia telah diturun
sebanyak 22 peratus daripada peringkat kemuncaknya.

Kedua, faktor jantina iaitu kebolehan pembelajaran dan daya ingatan di antara lelaki dan perempuan
tidak banyak perbezaan. Keupayaan kemahiran teknik, seperti bermain alat muzik, menjahit, menulis,
melukis dan sebagainya, di antara lelaki dan perempuan adalah hampir sama. Di dalam pembelajaran
bahasa, kebolehan perempuan dan lelaki tidak banyak bezanya.

Ketiga, perkaitan motivasi dengan pembelajaran iaitu ramai ahli psikologi percaya motivasi berkait rapat
dengan pembelajaran. Di dalam sekolah, ganjaran lebih diutamakan sebagai motivasi untuk mendorong
pembelajaran, kerana banyak kajian telah membuktikan pemberian ganjaran adalah lebih berkesan
daripada mengenakan hukuman. Ini adalah kerana ganjaran menggalakkan tingkah laku yang diingini
diteraskan, manakala hukuman menghalang tingkah laku yang diingini diteruskan, manakala hukuman
menghalang tingkah laku diteruskan, malah ia tidak pula menunjukkan atau membawa tingkah laku ke
arah yang positif. Oleh itu, kesan motivasi ganjaran merupakan positif, sedangkan kesan motivasi
hukuman adalah negatif.

Terdapat sesetengah aktiviti pembelajaran yang sama perkaitannya dengan motivasi adalah diwujudkan
secara semulajadi dan tanpa memerlukan sebarang ganjaran. Contohnya, kanak-kanak yang melibatkan
diri dalam permainan bola atau alat muzik, tidak perlu menggunakan ganjaran atau hukuman untuk
mengawal mereka. Ini adalah kerana mereka mendapat kepuasan daripada aktiviti tersebut. Secara
ringkasnya, sekiranya pelajar sendiri melibatkan diri dalam situasi pembelajaran, dan daripada aktiviti
pembelajaran memperoleh kejayaan atau pencapaian yang memuaskan, maka motivasi untuk
pembelajaran akan berlaku dan dikekalkan dalam ingatan.

Keempat, emosi di mana ia merupakan perasaan jiwa yang kuat, seperti sedih, gembira, takut dan lain-
lain. Emosi yang mempengaruhi ingatan boleh digolongkan dalam dua jenis utama iaitu seronok
(gembira) atau kurang seronok (sedih), dan cemas (risau) atau tenang. Kebiasaannya manusia lebih
boleh ingat peristiwa atau pengalaman yang seronok dan mempunyai kecenderungan agar sengaja
melupai peristiwa atau pengalaman yang sedih atau kurang seronok.

3.0 Lupaan
Proses lupaan adalah bertentangan dengan proses ingatan. Segala maklumat yang telah diterima dalam
stor ingatan tetapi tidak dapat diingat atau dikeluarkan kembali sebagai tindak balas adalah dilenyapkan
dalam proses lupaan. Menurut Erikson (1963), lupaan merupakan satu motif di mana maklumat yang
tertentu sengaja dilupai kerana dianggap tidak penting, kurang seronok atau tidak berguna berdasarkan
kesedaran mental seseorang. Maka lupaan ditafsir sebagai kelenyapan atau kehilangan dalam persepsi
seseorang terhadap maklumat-maklumat yang telah dipelajari.

3.1 Jenis-jenis lupaan
Manusia sebagai insan dikurniakan untuk melupakan peristiwa-peristiwa pahit yang dilalui pada masa
lampau. Lupaan juga ada kebaikannya. Jika penyimpanan kod melimpah-melimpah, ia boleh
mengakibatkan kelumpuhan mental seseorang. Terdapat tujuh jenis lupaan iaitu pertama, lupaan
keusangan. Pertama, lupaan keusangan berlaku apabila maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka
panjang dilupai akibat jarang digunakan. Ini bermaksud kod-kod maklumat yang disimpan tidak aktif dan
tidak dipanggil semula. Kedua, lupaan kegagalan di mana individu-individu gagal untuk memanggil
semula maklumat yang spesifik. Setiap kali manusia mempelajari maklumat baru, otak akan
mewujudkan satu tanda halus ingatan untuk maklumat tersebut. Jika maklumat ini tidak dilatih dan
dipanggil balik, ia akan lama kelamaan hilang begitu sahaja.

Ketiga, lupaan penggantian di mana ia berlaku apabila maklumat baru menggantikan segala ingatan
yang lama. Sebagai contoh, pembelajaran rumus matematik yang dapat dikira secara pendek akan
menggantikan pembelajaran rumus matematik sama yang lebih panjang dan yang mengelirukan. Jenis
lupaan yang keempat ialah lupaan gangguan. Lupaan gangguan ialah lupaan yang berlaku akibat
gangguan yang berlaku akibat pembelajaran baru atau pembelajaran lama.

Terdapat dua jenis lupaan gangguan iaitu gangguan retroaktif dan proaktif. Gangguan retroaktif adalah
gangguan yang berlaku akibat pembelajaran baru mengganggu pembelajaran lama. Justeru itu
maklumat pembelajaran lama dilupakan. Ia berlaku apabila bahan pembelajaran yang lama tidak
difahami dengan baik atau belum mencapai tahap pembelajaran yang berkesan. Oleh itu, pembelajaran
yang baru akan mengganggu pembelajaran yang lama. manakala gangguan proaktif pula ialah
pembelajaran lama yang kekal dan mantap dalam fikiran mengganggu pembelajaran baru. Ini bermakna
seseorang itu mungkin enggan untuk menerima pembelajaran baru.

Kelima, jenis lupaan terdesak di mana ia berlaku akibat sesuatu pengalaman pahit atau sesuatu
peristiwa yang menyakitkan. Oleh itu, individu akan sengaja menolaknya ke otak sebagai mekanisme
helah bela diri. Jenis lupaan keenam iaitu lupaan kebimbangan dan ketakutan. Lupaan ini berlaku dalam
keadaan yang tertekan seperti individu yang bimbang atau semasa murid-murid berada di dalam dewan
peperiksaan. Lupaan ini berlaku apabila murid-murid tidak dapat mengingati nota-nota penting dan
proses ini dikenali sebagai mental block. Keenam, lupakan ledakan maklumat. Maklumat yang terlalu
banyak untuk dipelajari dan yang tidak mempunyai kaitan di antara satu sama lain juga boleh
menyebabkan proses lupaan. Fikiran murid-murid buntu dan menyebabkan mereka panik dan melupai
fakta-fakta yang penting. Jenis lupaan yang terakhir ialah kegagalan untuk menyimpan. Maklumat
penting dilupakan apabila tidak sampai ke dalam ingatan jangka panjang. Kegagalan dalam proses
enkoding menghalang maklumat daripada memasuki ingatan jangka panjang.

3.2 Faktor-faktor lupaan
Pertama, faktor minat di mana, kebanyakan perkara yang tidak diminati oleh pelajar akan mudah dilupai
oleh mereka kerana mereka tidak memberi penumpuan 100% semasa guru mengajar. Mereka juga
kurang berminat untuk melihat perkaitan bahan yang telah dipelajari dan ini boleh menyebabkan
mereka lupa dengan mudah. Faktor kedua, ialah perasaan takut dan bimbang. Pelajar yang berperasaan
takut dan bimbang amat sukar utk mengingat kembali fakta yg diajar oleh guru. Guru yang garang dan
tidak peramah juga akan menyebabkan keupayaan pelajar untuk berfikir dan mengingati pelajaran
terjejas.

Faktor ketiga ialah peredaran masa. Makin lama jarak di antara masa sesuatu bahan yang dipelajari dan
diingat kembali, semakin kabur maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang pelajar. Kesan
ingatan (memory trace) beransur lemah, pengaburan berlaku dengan peredaran masa yang lama,
maklumat tersebut akan hilang dari ingatan. Faktor keempat, keusangan di mana persekitaran yang
berubah akan menyebabkan kesukaran mengingat kembali peristiwa atau pengalaman lama yang
berkaitan dengan dirinya. Maklumat lama yang disimpan dalam ingatan jangka panjang akan usang dan
tidak sesuai digunakan di dalam persekitaran yang baru. Contohnya, Ahmad mempunyai pengalaman
manis tentang kampungnya. Namun, selepas dia balik 25 tahun kemudian, dia mendapati kampungnya
sudah berubah dengan pesat. Maklumat lama dalam ingatan jangka panjangnya sudah tidak boleh
digunakan lagi.

Faktor kelima, pengalaman yang pahit. Individu mengelakkan pengalaman yg pahit dengan menolak
pengalaman pahit secara sengaja kepada bahagian otak tidak sedarnya kerana tidak mahu
mengingatinya lagi. Maklumat ini tersimpan kekal dalam ingatan tetapi tidak timbul ke paras otak sedar
manusia. Ini merupakan satu cara helah bela diri manusia untuk menyesuaikan diri kepada
persekitarannya. Faktor keenam, masa yang tidak cukup untuk mengingat. Jika guru meminta jawapan
dengan segera, maka pelajar tidak dapat menjawab soalan dengan betul. Ini kerana pelajar berasa
tertekan dan otak memerlukan masa yg cukup ingat kembali sesuatu fakta. Dan faktor yang ketujuh,
iaitu aras keyakinan. Aras keyakinan yang tinggi memudahkan proses ingatan manakala aras keyakinan
yang rendah memudahkan proses lupaan. Contohnya, guru yang berkeyakinan dalam menyampaikan isi
pengajarannya akan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Faktor kelapan, kekurangan kejelasan kepada ingatan. Maklumat baru tidak dapat diintegrasikan ke
dalam struktur kognitif dengan baik kerana penerangan guru kurang baik dan kefahaman pelajar adalah
rendah. Maklumat baru ini tidak dapat dikaitkan dengan baik kepada pengetahuan sedia ada pelajar.
Oleh itu, konsep-konsep yang diajar guru perlulah dikategorikan secara berkesan untuk menentukan
kelicinan kepada ingatan. Faktor kesembilan, gangguan proaktif dan gangguan retroaktif. Gangguan
proaktif berlaku apabila pembelajaran lama mengganggu pembelajaran baru. Gangguan retroaktif pula
berlaku apabila pembelajaran lama masih tidak difahami dengan baik namun guru telah mengajar
pembelajaran yang baru. Faktor yang terakhir ialah terlalu banyak maklumat yang perlu diingati. Pelajar
akan menghadapi kesukaran untuk mengingat jika terlalu banyak maklumat yg perlu diingati. Ini biasa
berlaku semasa musim peperiksaan apabila terlalu banyak fakta atau isi pembelajaran yang perlu
diingati.Fikiran akan buntu dan tertekan dan akan menyebabkan lupaan.

3.3 Cara meningkatkan daya ingatan dan mengurangkan lupaan
Pertama, guru perlu menggunakan bahan pembelajaran yang bermakna dan berkaitan dengan
kehidupan murid-murid. Kedua, guru meningkatkan isi pembelajaran dengan menggunakan pelbagai
cara iaiti daripada senag kepada susah, maujud kepada abstrak, dekat kepada jauh dan kecil kepada
besar. Ketiga, memeringkatkan kaedah pembelajaran melalui interaksi guru murid dua hala, pelajar
bebas bertanya dan mengeluarkan pendapat serta merancang aktiviti pembelajaran menarik dan
berkesan. Keempat, menyusun jadual waktu di mana subjek yang susah seperti matematik, kimia dan
fizik di sebelah pagi, manakala subjek seperti seni di sebelah tengah hari atau petang.

Kelima, menggunakan kaedah mnemonik dan singkatan. Ia digunakan bagi mengingat jenis memori
dalam ingatan jangka panjang. Keenam, guru membimbing pelajar bagaimana cara belajar dengan betul
atau Kemahiran Meta-kognitif iaitu dengan teknik membuat rumusan atau ringkasan nota, teknik
pengurusan masa, membuat peta minda atau peta kosep dan sebagainya. Ketujuh, guru perlu
menjarakkan isi pelajaran yang ingin disampaikan. Elakkan mengajar satu sesi pengajaran dengan
maklumat atau isi pelajaran yang terlalu padat. Kelapan, guru haruslah menggunakan bahan pengajaran
yang bermakna. Di mana guru menekankan kepada isi-isi pengajaran yang sangat penting. Kesembilan,
guru menggunakan bahan bantu mengajar secara visual. Guru perlu menggunakan banyak alat bantuan
pengajaran visual.

3.4 Kesimpulan
Ingatan dan lupaan merupakan dua perkara penting yang berkaitan dengan pembelajaran. Dalam
pemprosesan maklumat manusia belajar tentang banyak perkara tetapi pada masa yang sama apa yang
dipelajari itusebahagian sahaja yang boleh diingat manakala bahagian yang lebih banyak melalui proses
lupaan. Sebagai guru adalah penting mengambil langkah-langkah tertentu supaya murid-muridnya dapat
meningkatkan ingatan dan mengurangkan lupaan semasa menjalani proses pembelajaran.

4.0 Pemindahan Pembelajaran (Transfer of Learning)
Pemindahan pembelajaran bermaksud kemampuan seseorang untuk mengaplikasi dan menggunapakai
ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dari satu dalam satu konteks kepada situasi dan
konteks yang baru atau berlainan. Dengan perkataan lain, mengambil sesuatu yang kita telah pelajari
dan menggunapakainya semula di situasi yang berlainan.

4.1 Jenis-jenis pemindahan pembelajaran
Terdapat beberapa jenis pemindahan pembelajaran antaranya, pemindahan positif dan pemindahan
negatif. Pertama, pemindahan positif (Positive Transfer) dapat diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu
Pemindahan mendatar (lateral transfer) dan Pemindahan menegak (vertical transfer). Pemindahan
mendatar merujuk kepada pengalaman seseorang dan individu tersebut dapat mengaplikasikannya
kepada suatu situasi yang serupa atau peringkat kesukaran yang sama. Contohnya, Kanak-kanak
mempelajari maksud perkataan untuk memperolehi lebih banyak pengetahuan. Manakala pemindahan
menegak merujuk kepada penambahbaikan pengalaman sedia ada kepada satu tahap yang lebih tinggi.
Ia melibatkan pembelajaran prinsip, hukum dan teorem. Contohnya, murid-murid mempelajari konsep
sisi empat, maka murid-murid dapat menyelesaikan konsep segiempat sama sisi, segiempat tepat dan
segiempat selari.

Kedua, pemindahan negatif ialah pembelajaran lama yang mengganggu pembelajaran baru dan
menyebabkan kekeliruan dan menyebabkan pemindahan pembelajaran yang salah. Sebab-sebab
berlaku pemindahan pembelajaran negatif ialah gangguan proaktif, ganggunan retroaktif dan gangguan
tabiat. Gangguan proaktif berlaku di mana pembelajaran sebelum menganggu pembelajaran berikutnya.
Contohnya, mempelajari Fizik menganggu pelajaran Kimia. Manakala pembelajaran retroaktif pula
berlaku apabila pembelajaran baru menganggu pembelajaran sebelumnya. Contohnya, selepas belajar
Bahasa Inggeris, murid melupai struktur Bahasa Melayu yang dipelajari sebelumnya. Gangguan tabiat
pula berlaku apabila tabiat lama mengganggu tabiat baru. Contohnya, murid yang mempunyai tabiat
menulis tangan kiri akan mengganggu pembentukan tabiat menulis tangan kanan.

Selain itu terdapat jenis-jenis pemindahan pembelajaran yang lain iaitu pemindahan bilateral,
pemindahan pengantara, pemindahan set pembelajaran dan pemindahan sifar. Pertama, pemindahan
bilateral juga dikenali sebagai pendidikan bersilang (cross education). Ia melibatkan pemindahan
pembelajaran dalam bidang dan latihan kemahiran seperti Pendidikan Jasmani. Contohnya, latihan
menggunakan tangan kiri dipercayai boleh membantu latihan tangan kanan. Kedua, pemindahan
pengantara, ia berlaku setelah murid menguasai satu tindak balas dan menggunakannya sebagai
pengantara untuk membentuk satu tindak balas baru. Contohnya, selepas menguasai sebutan suku kata,
murid lebih mudah mempelajari ejaan perkataan.

Ketiga, pemindahan set pembelajaran. Set pembelajaran (learning set) ialah teknik pembelajaran yang
diperoleh hasil pengalaman pembelajaran yang berulang-ulang. Contohnya, murid diberi latih tubi
berkaitan topik mendarab dan murid dapat menguasai operasi mendarab dengan baik. Keempat,
pemindahan sifar, ia bermaksud tidak berlaku sebarang pemindahan. Seseorang berusaha menggunakan
kemahiran atau konsep untuk pembelajaran baru tetapi tidak mendatangkan sebarang kesan. Ini
berlaku kerana penggunaan konsep atau kemahiran sedia ada tidak mempunyai perkaitan langsung
dengan konsep baru. Contohnya, menggunakan konsep operasi tambah untuk mempelajari operasi
bahagi.

4.2 Prinsip-prinsip Pemindahan Pembelajaran
Menurut C. Ellis (1965), terdapat beberapa prinsip-prinsip pemindahan pembelajaran iaitu pertama,
prinsip unsur kesamaan. Fenomena pemindahan pembelajaran lebih mudah berlaku apabila kedua-dua
pembelajaran mempunyai unsur-unsur sama dan seiras. Prinsip kedua ialah prinsip banyak latihan asas.
Semakin banyak latihan asas diadakan untuk pembelajaran awal, semakin banyak pemindahan
pembelajaran terhadap pembelajaran berkaitan. Prinsip yang ketiga, prinsip kepelbagaian rangsangan.
Semakin banyak latihan dipelbagaikan untuk pembelajaran awal, semakin banyak pemindahan
pembelajaran terhadap pembelajaran berkaitan. Manakala prinsip keempat ialah prinsip pengukuhan
konsep. Penguasaan konsep, prinsip atau hukum yang kukuh lebih memudahkan pemindahan
pembelajaran. Prinsip yang terakhir ialah prinsip celik akal. Pemindahan pembelajaran mudah berlaku
dengan kecekapan menggunakan celik akal melalui latih tubi.

4.3 Strategi & prinsip meningkatkan pemindahan pembelajaran positif ` dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Beberapa strategi dan prinsip yang dicadangkan untuk meningkatkan pembelajaran positif dalam
pengajaran dan pembelajaran, antaranya pertama, menentukan pencapaian objektif eksplisit. Kedua,
mengutamakan pemerolehan konsep dan memupuk kemahiran berfikir. Ketiga, pengalaman
berkumulatif dan organisasi sistematik dan yang keempat, mengajar konsep dengan contoh
sesuai.Pertama, menentukan pencapaian objektif eksplisit. Mengikut kajian Ausubel (1957) didapati
bahawa pelajar yg diberitahu objektif pembelajaran dan bentuk peperiksaan sebelum pembelajaran
mempunyai pencapaian yang lebih baik berbanding diberitahu selepas pembelajaran. Ini kerana pelajar
mempunyai persediaan mengingat fakta atau konsep penting.

Kedua, mengutamakan pemerolehan konsep dan memupuk kemahiran berfikir. Untuk mengingati
sesuatu perkara, kita dapat memikirkan sesuatu prinsip untuk mewakilinya. Oleh itu, perkara yang tidak
bermakna akan boleh menjadi sesuatu yang bermakna. Contohnya, untuk mengingat nombor
19572020 dengan lebih mudah, kita boleh gunakan perkataan yang bermakna Merdeka, Wawasan

Ketiga, pengalaman berkumulatif dan organisasi sistematik. Sekiranya berlaku pembelajaran negatif,
iaitu pengalaman lama yang dikuasai kurang tepat untuk pembelajaran baru maka dua prinsip berikut
perlu dilaksanakan iaitu pengalaman disusun secara sistematik iaitu dari pengalaman asas kepada yang
lebih kompleks dan mengaitkan antara mata pelajaran, contohnya konsep Matematik dikaitkan dengan
konsep Fizik.

Keempat, mengajar konsep dengan contoh sesuai. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran , huraian
konsep dengan contoh yang sesuai akan memudahkan pelajar memahami konsep tersebut. Contohnya,
guru menerangkan konsep tuas dan memberikan contoh dacing, jongkang-jongket, rod pemancing dan
penukul sebagai contoh tuas.

4.4 Kesimpulan
Amalan-amalan pemikiran yang menggalak proses pemindahan pembelajaran ysng positif di kalangan
murid-murid. Pemindahan pembelajaran positif dapat dipupuk sekiranya murid-murid bermotivasi tinggi,
berani mengambil risiko, memberi perhatian serta mempunyai perasaan tanggungjawab untuk
menguasai pembelajaran.
http://cikgutomei.blogspot.com/2012/08/faktor-ingatan-lupaan-dan-pemindahan.html

INGATAN DAN LUPAAN

Ingatan dan lupaan merupakan dua konsep penting dalam proses pembelajaran yang dikemukakan oleh
gagne. Daya ingatan berkait rapat dengan kapasiti mental dan fizikal seseorang individu supaya ia
mampu mengekalkan maklumat yang diperolehi melalui proses pengajaran dan pembelajaran.Manakala,
Lupaan pula dapat ditakrifkan sebagai perubahan dalam presepsi atau pengamatan idea-idea yang telah
dipelajari.


1.2.1 DEFINISI INGATAN

Ingatan merupakan proses mental yang menyimpan perkara-perkara yang telah dipelajari, dan
kemudian mengeluarkannya kembali sebagai tindak balas dalam situasi yang diperlukan, seperti
menyelesaikan masalah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya.
Ingatan merupakan kata terbitan dari kata kerja ingat yang bermaksud masih dalam fikiran atau
tidak lupa(Kamus Dewan edisi Empat). Ingatan juga bersinonim dengan kenangan. Mengikut Atan Along
(1968), ingatan boleh diertikan sebagai kebolehan seseorang dalam pemilihan dan penerimaan
rangsangan sebagai maklumat dan pengalaman untuk disimpan dalam otaknya. Fein (1978) pula
mentafsirkan ingatan sebagai pemprosesan maklumat yang diterima dalam otaknya, menyimpan dan
mengeluarkannya. Verno (1980) berpendapat ingatan merupakan bentuk menyimpan maklumat-
maklumat yang bermakna untuk menjadi pengalaman pada masa depan.
Kesimpulannya, ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat,
memproses dan menyimpannya dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika diperlukan.


1.2.2 DEFINISI LUPAAN
Lupaan merupakan kesukaran untuk mengingat/mengeluarkan kembali sesuatu pengalaman yg telah
dialami. Lupaan juga boleh didefinisikan sebagai perubahan dalam persepsi atau pengamatan idea-idea
yang telah dipelajari.
Lupaan didefinisikan sebagai sesuatu yang dilupakan(Kamus Dewan edisi Empat). Menurut, Eric
Erikson (1963) pula lupaan merupakan satu motif, iaitu perkara tertentu sahaja yang dilupai kerana ia
tidak penting atau tidak berguna untuk seseorang individu .


1.2.3 JENIS-JENIS LUPAAN

1.2.3.1 KEUSANGAN

Otak akan akan melupai maklumat yg disimpan dlm ingatan jangka panjang kerana faktor keusangan.
Hal ini berlaku apabila maklumat yg disimpan dalam ingatan jangka panjang digunakan atau diingat
kembali. Jika maklumat jangka panjang tidak diaktifkan ia mudah dilupai.

1.2.3.2 LUPAAN GANGGUAN

Gangguan yg berlaku kepada maklumat yg tersimpan dalam ingatan jangka panjang. Contohnya, proses
pembelajaran yg baru mengganggu proses pembelajaran yg lama.

1.2.3.3 LUPAAN TERDESAK

Lupaan yg disebabkan oleh gangguan emosi individu yg mendesaknya untuk melupakan maklumat yg
tersimpan dalam ingatan jangka panjang.


1.2.4 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN LUPAAN

1.2.4.1 MINAT
Perkara yg tidak diminati oleh pelajar akan mudah dilupai oleh mereka kerana mereka tidak memberi
penumpuan 100% semasa guru mengajar. Mereka juga kurang berminat untuk melihat perkaitan bahan
yg telah dipelajari dan ini boleh menyebabkan mereka lupa dengan mudah.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru dapat membantu murid meningkatkan daya
ingatan dengan menggunakan pelbagai alat bantuan mengajar bagi menarik dan mengekalkan minat
murid. Contohnya, menggunakan pendekatan yang pelbagai seperti pembelajaran melalui permainan,
demonstrasi dan gambar rajah.

1.2.4.2 PERASAAN TAKUT DAN BIMBANG

Pelajar yg berperasaan takut dan bimbang amat sukar utk mengingat kembali fakta yg diajar oleh guru.
Guru yang garang dan tidak peramah juga akan menyebabkan keupayaan pelajar utk berfikir dan
mengingati pelajaran terjejas.
Guru dapat membantu murid meningkatkan daya ingatan dengan mengamalkan pendekatan
pedagogi secara lebih harmonis. Contohnya, penekanan kepada komunikasi yang berkesan harus
diterapkan bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

1.2.4.3 PEREDARAN MASA

Makin lama jarak di antara masa sesuatu bahan yg dipelajari dan diingat kembali, semakin kabur
maklumat yg disimpan dalam ingatan jangka panjang pelajar. Kesan ingatan (memory trace) beransur
lemah, pengaburan berlaku dengan peredaran masa yg lama, maklumat tersebut akan hilang dari
ingatan.
Cara yang paling sesuai untuk mengelak dari berlakunya keadaan sebegini ialah, guru boleh
melakukan latih tubi secara berulang. Contohnya, jarak masa antara satu-satu latihan perlu diawasi bagi
membantu murid mengekalkan daya ingatan terhadap apa yang pernah dipelajari.

1.2.4.4 KEUSANGAN

Persekitaran yg berubah akan menyebabkan kesukaran mengingat kembali peristiwa atau pengalaman
lama yg berkaitang dengan dirinya. Maklumat lama yg disimpan dalam ingatan jangka panjang akan
usang dan tidak sesuai digunakan di dalam persekitaran yg baru.
Bagi mengatasi masalah ini, guru perlulah menggunakan bahan pengajaran yang bermakna dan
berkaitan. Contohnya, guru boleh menggunakan bahan pengajaran yang berbentuk kontekstual dan
merentasi kurikulum.

1.2.4.5 PENGALAMAN YANG PAHIT

Individu mengelakkan pengalaman yg pahit dengan menolak pengalaman pahit secara sengaja kepada
bahagian otak tidak sedarnya kerana tidak mahu mengingatinya lagi. Maklumat ini tersimpan kekal
dalam ingatan tetapi tidak timbul ke paras otak sedar manusia. Ini merupakan satu cara helah bela diri
manusia untuk menyesuaikan diri kepada persekitarannya.

1.2.4.6 MASA YANG TIDAK MENCUKUPI

Jika guru meminta jawapan dengan segera, maka pelajar tidak dapat menjawab soalan dengan betul. Ini
kerana pelajar berasa tertekan dan otak memerlukan masa yg cukup ingat kembali sesuatu fakta.
Teknik penyoalan yang betul dapat mengurangkan masalah ini. Guru boleh merancang bentuk,
aras dan masa yang sesuai untuk sesuatu soalan yang dikemukakan kepada murid.

1.2.4.7 ARAS KEYAKINAN

Aras keyakinan yg tinggi memudahkan proses ingatan manakala aras keyakinan yg rendah memudahkan
proses lupaan.
Contohnya, guru yg berkeyakinan dalam menyampaikan isi pengajarannya akan melancarkan
proses p&p.

1.2.4.8 KEKURANGAN KEJELEKITAN

Maklumat baru tidak dapat diintegrasikan ke dalam struktur kognitif dengan baik kerana penerangan
guru kurang baik dan kefahaman pelajar adalah rendah. Maklumat baru ini tidak dapat dikaitkan dengan
baik kepada pengetahuan sedia ada pelajar.
Oleh itu, konsep-konsep yg diajar guru perlulah dikategorikan secara berkesan untuk menentukan
kejelikitan kepada ingatan. Pendekatan konstruktivis boleh diterapkan bagai mengelak lupaan jenis ini
berlaku.

1.2.4.9 GANGGUAN PROAKTIK DAN RETROAKTIF

Gangguan proaktif berlaku apabila pembelajaran lama mengganggu pembelajaran baru. Gangguan
retroaktif pula berlaku apabila pembelajaran lama masih tidak difahami dengan baik namun guru telah
mengajar pembelajaran yang baru.
Guru dapat membantu murid dengan menerapkan kemahiran belajar yang sesuai bagi
membolehkan murid menyesuaikan dan mengadaptasi ilmu atau kemahiran yang baru.

1.2.4.10 TERLALU BANYAK YANG PERLU DI INGATI

Pelajar akan menghadapi kesukaran untuk mengingat jika terlalu banyak maklumat yg perlu diingati.Ini
biasa berlaku semasa musim peperiksaan apabila terlalu banyak fakta atau isi pembelajaran yg perlu
diingati. Fikiran akan buntu dan tertekan akan menyebabkan lupaan.
Penyusunan kandungan pengajaran dan pembelajaran secara sistematik dapat membantu murid
untuk meningkatkan daya ingatan dan mengelak situasi ini berlaku.


1.2.5 CARA-CARA MENINGKATKAN INGATAN

1.2.5.1 BELAJAR SECARA BIJAK

Kajian menunjukkan bahawa ingatan kekal lebih lama dan proses ingat kembali menjadi lebih mudah
apabila sesuatu bahan itu dipelajari secara bijak sehingga dikuasai sepenuhnya. Guru patut galakkan
pelajar supaya belajar dengan bijak terutama dalam perkara yang pelajar mendapati sukar.

1.2.5.2 PEMAHAMAN

Guru perlu menekankan tentang pemahaman konsep dan bukan menumpukan kepada ulangan fakta.
Apabila pelajar belajar dengan pemahaman mengikut kategori, mereka akan belajar maklumat baru
dengan cepat dan cekap. Mengajar untuk kefahaman memerlukan bahan yang bermakna. Sebagai
contoh : murid diberi angka berikut untuk diingat:
100816449362516941
Oleh kerana angka di atas melebihi had untuk disimpan dalam ingatan jangka pendek adalah
sukar untuk mengingat kembali semua angka tersebut. Dengan kefahaman ia merupakan satu tugas
yang mudah. Sebenarnya angka-angka di atas merupakan kuasa dua untuk angka dari 10 hingga 1.

1.2.5.3 MENGAITKAN BAHAN BARU DENGAN BAHAN SEDIA ADA

Guru patut berusaha untuk mengaitkan perkara-perkara baru yang diajar kepada pembelajaran yang
sudah diterima. Apabila bahan baru dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid, pengajaran
menjadi lebih berkesan. Pelajar perlu diingatkan tentang perkaitan antara pembelajaran baru dengan
yang lama dalam bentuk kategori. Dengan itu maka maklumat baru akan disimpan dalam kategori
tertentu yang teratur dan memudahkan proses ingat kembali.
Set induksi yang sesuai dapat membina kognitif murid untuk mengadaptasi ilmu yang baru
kepada ilmu sedia ada. Melaluinya, murid akan lebih bersedia untuk menerima bahan baru tersebut
dengan lebih terbuka untuk pemindahan pembelajaran.

1.2.5.4 MENGAJAR DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN YANG BERMAKNA

Guru boleh menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai untuk meningkatkan kefahaman mereka,
seterusnya membentuk konsep yang betul.
Contohnya, bahan maujud boleh digunakan dalam menerangkan konsep asas dan contoh-contoh
yang diberikan haruslah bersifat kontekstual dan dapat merentas kurikulum.

1.2.5.5 IKLIM PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF

Membentuk iklim pembelajaran yang kondusif supaya emosi pelajar adalah tenteram sebelum aktiviti
pembelajaran dimulakan. Emosi pelajar yang cemas akan gagal memperoleh keberkesanan hasil
pembelajaran, dan seterusnya mengurangkan kuantiti ingatan.
Contohnya, guru harus mengamalkan komunikasi berkesan bagi membentuk iklim pembelajaran
yang dimaksudkan. Hubungan yang baik dengan murid dapat membuatkan persekitaran pembelajaran
yang sngat kondusif.

1.2.5.6 MENARIK MINAT DAN PERHATIAN MURID

Gunakan teknik motivasi yang sesuai supaya pelajar berasa seronok semasa pembelajaran.
Menggalakkan pelajar dengan memberi ganjaran dan elakkan hukuman yang akan membunuh semangat
pelajar serta mengurangkan ingatan mereka.
Contohnya, sistem token boleh digunakan sebagai ganjaran kepada perilaku dan penglibatan
murid. Dengan itu, murid akan tertarik dan perhatian pelajar dapat ditingkatkan.


1.2.6 KESIMPULAN

Ingatan dan lupaan merupakan dua perkara penting yang berkaitan dengan pembelajaran. Dalam
pemprosesan maklumat manusia belajar tentang banyak perkara tetapi pada masa yang sama apa yang
dipelajari itu sebahagian sahaja yang boleh diingat manakala bahagian yang lebih banyak melalui proses
lupaan.
Sebagai guru adalah penting mengambil langkah-langkah tertentu supaya murid-muridnya dapat
meningkatkan ingatan dan mengurangkan lupaan semasa menjalani proses pembelajaran.


1.3 PEMINDAHAN PEMBELAJARAN

1.3.1 DEFINISI

Pemindahan pembelajaran didefinisikan sebarai merujuk kepada pertalian ajaib di antara pencapaian
dalam bilik darjah dan sesuatu yang berlaku dalam dunia sebenar(J.M. Swinney). Ia juga dikatakan
sebagai kebolehan individu menggunakan penguasaan ilmunya untuk diaplikasikan dalam kehidupan
sebenar.
Contohnya, kemahiran pembelajaran konsep wang disekolah diaplikasikan oleh murid untuk
membantu ibunya berniaga kuih di pasar malam. Berlaku pemindahan pembelajaran bagaimana murid
tersebut menggunakan kemahiran yang dipelajari kepada situasi sebenar.

1.3.2 JENIS-JENIS PEMINDAHAN PEMBELAJARAN

1.3.2.1 PEMINDAHAN POSITIF

Didefinisikan sebagai satu keadaan dimana hasil pembelajaran lama dapat membantu pembelajaran
baru serta meningkatkan dan mengukuhkan kefahaman murid dalam sesuatu kemahiran spesifik.
Contohnya, kemahiran menunggang basikal membantu seseorang untuk menunggang motosikal,
kemahiran bermain hoki membantu dipindahkan kepada permainan golf dan kemahiran penambahan
digunakan untuk konsep asas operasi darab.

1.3.2.2 PEMINDAHAN NEGATIF

Satu keadaan apabila pembelajaran lama menganggu atau menghalang pembelajaran baru dan yang
menyebabkan kekeliruan serta menyebabkan pemindahan pembelajaran yang salah. Penguasaan
konsep yang lemah boleh membawa kepada pembentukan generalisasi yang salah.
Contohnya, maklumat perang dunia pertama mengelirukan murid mengenai perang dunia kedua
dan penukaran unit dan bilangan daripada sistem imperal kepada sistem metrik mengelirukan murid.

1.3.2.3 PEMINDAHAN MENDATAR

Merujuk kepada pengalaman seseorang dan individu tersebut dapat mengaplikasikannya kepada suatu
situasi yang serupa atau peringkat kesukaran yang sama.
Contohnya, kanak-kanak mempelajari maksud perkataan untuk memperolehi lebih banyak
pengetahuan.

1.3.2.4 PEMINDAHAN MENEGAK

Merujuk kepada penambahbaikan pengalaman sedia ada kepada satu tahap yang lebih tinggi.
Melibatkan pembelajaran yang melibatkan prinsip, hukum dan teorem.
Contohnya, murid-murid mempelajari konsep sisiempat, maka murid-murid dapat menyelesaikan
konsep segiempat sama sisi, segiempat tepat dan segiempat selari.

1.3.2.5 PEMINDAHAN BILATERAL

Dikenali sebagai pendidikan bersilang (cross education). Melibatkan pemindahan pembelajaran dalam
bidang dan latihan kemahiran seperti pendidikan jasmani.
Contohnya, latihan menggunakan tangan kiri dipercayai boleh membantu latihan tangan kanan.

1.3.2.6 PEMINDAHAN PENGANTARA

Pemindahan pengantara (mediated transfer) berlaku setelah menguasai satu tindak balas dan
menggunakannya sebagai pengantara untuk membentuk satu tindak balas baru.
Contohnya, Selepas menguasai sebutan suku kata, murid lebih mudah mempelajari ejaan
perkataan dan

1.3.2.7 PEMINDAHAN SET PEMBELAJARAN

Set pembelajaran (learning set) ialah teknik pembelajaran yang diperoleh hasil pengalaman
pembelajaran yang berulang-ulang.
Contohnya, murid diberi latih tubi berkaitan topik mendarab dan murid dapat menguasai operasi
mendarab dengan baik.

1.3.3 SEBAB-SEBAB BERLAKU PEMINDAHAN NEGATIF

Sebab yang pertama ialah gangguan proaktif. Situasi yang berlaku ialah pembelajaran sebelum
menganggu pembelajaran berikutnya. Contohnya, mempelajari mata pelajaran Fizik menganggu
pelajaran Kimia.
Sebab yang kedua pula ialah ganggunan retroaktif. Keadaan ini berlaku apabila Pembelajaran
berikutnya menganggu pembelajaran sebelumnya. Contohnya, selepas belajar Bahasa Inggeris melupai
struktur Bahasa Melayu yang dipelajari sebelumnya.
Sebab yang ketiga ialah gangguan tabiat iaitu apabila tabiat lama mengganggu tabiat baru.
Contohnya, tabiat menulis tangan kiri akan menganggu tabiat menulis tangan kanan.


1.3.4 CARA-CARA MENGGALAKKAN PEMINDAHAN POSITIF

1.3.4.1 MENENTUKAN PENCAPAIAN OBJEKTIF SECARA EKSPLISIT

Mengikut kajian Ausubel (1957) didapati bahawa pelajar yg diberitahu objektif pembelajaran dan bentuk
peperiksaan sblm pembelajaran mempunyai pencapaian yang lebih baik berbanding diberitahu selepas
pembelajaran. Ini kerana pelajar mempunyai persediaan mengingat fakta atau konsep penting.

1.3.4.2 MENGUTAMAKAN PEMEROLEHAN KONSEP DAN KEMAHIRAN BERFIKIR

Untuk mengingati sesuatu perkara, kita dapat memikirkan sesuatu prinsip untuk mewakilinya. Oleh itu,
perkara yang tidak bermakna akan boleh menjadi sesuatu yang bermakna.
Contoh : Untuk mengingat nombor 19572020 dengan lebih mudah, kita boleh gunakan
perkataan yang bermakna Merdeka, Wawasan

1.3.4.3 PENGALAMAN BERKUMULATIF DAN ORGANISASI SISTEMATIK

Sekiranya berlaku pembelajaran negatif, iaitu pengalaman lama yang dikuasai kurang tepat untuk
pembelajaran baru maka 2 prinsip berikut perlu dilaksanakan :
a) Pengalaman disusun secara sistematik iaitu dari pengalaman asas kepada yg lebih
kompleks.
b) Mengaitkan antara matapelajaran2 contohnya konsep Matematik dikaitkan
dengan konsep Fizik

1.3.4.4 MENGAJAR KONSEP DENGAN CONTOH SESUAI

Dalam aktiviti p&p, huraian konsep dengan contoh yang sesuai akan memudahkan pelajar memahami
konsep tersebut.
Contohnya, guru menerangkan konsep tuas dan memberikan contoh dacing, jongkang-jongket,
rod pemancing dan penukul sebagai contoh tuas.


1.3.5 KESIMPULAN

Amalan-amalan pemikiran yang menggalak proses pemindahan pembelajaran yang positif dikalangan
murid-murid harus dipupuk dan digalak dikalangan murid. Mengikut (Solomon & Perkins, 1988; Pea,
1988), pemindahan pembelajaran positif dapat dipupuk sekiranya murid-murid bermotivasi tinggi,
berani mengambil risiko, memberi perhatian serta mempunyai perasaan tanggungjawab kendiri untuk
menguasai pembelajaran.

http://sharapsikomtpm.blogspot.com/2012/08/faktor-faktor-yang-mempengaruhi-proses.html

Anda mungkin juga menyukai