Anda di halaman 1dari 9

KUMPULAN 12

AHLI KUMPULAN:

LIM LEE PING 199516

NURADILAH BINTI ABD KALIL 199707

MAZLINI BINTI CHE AZIZ 199708

ROSAZILAWATI BINTI ABDUL GHANI 199709

NURUL AIN BINTI ABD AZIZ 199720

UNIT 10

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF

Model Pemprosesan Maklumat

Pemprosesan Maklumat bermaksud aktiviti mental manusia yang berkaitan dengan menerima
maklumat, menyimpan dan mengeluarkannya semula untuk digunakan (Woolfolk, 1998). Ia
terdiri daripada :

a) Ingatan Deria
Ingatan Deria merupakan ingatan jangka pendek yang wujud pada deria manusia. Masa
simpanan maklumat ialah antara 1 hingga 3 saat. Jika maklumat ini tidak diproses, ia
akan hilang serta merta.

1
b) Ingatan Jangka Pendek
Kapasiti ingatan jangka pendek adalah kecil. Tempoh simpanan maklumat adalah antara
5 hingga 20 saat. Maklumat diproses, ditapis dan disusun untuk dihantar ke stor ingatan
jangka panjang untuk di simpan.Salah satu cara untuk menyimpan maklumat baru ialah
secara ulang sebut berkali-kali (rehearsal). Contohnya, dalam pengajaran dan
pembelajaran, guru berhenti sebentar dan Tanya soalan tentang fakta yang telah
diterangkan. Selepas pelajar memberi tindakbalas, guru perlu ulang semula penerangan
fakta.

c) Ingatan Jangka Panjang


Ingatan jangka panjang mempunyai kapasiti besar. Ia menyimpan maklumat lebih lama
iaitu lebih daripada beberapa minit hingga ke beberapa tahun.Ingatan jangka panjang
boleh dibahagikan kepada tiga iaitu :

i) Ingatan episodik

Ingatan episodic adalah ingatan tentang peristiwa yang dialami seseorang


sepanjang hayatnya. Ia lengkap dengan masa dan tempat. Contohnya, mengingati
peristiwa “jatuh basikal”.

ii) Ingatan semantik

Ingatan semantik adalah ingatan tentang “makna” iaitu menyimpan konsep,


fakta, hukum, skema atau imej. Contohnya, mengingati makna bagi ayat yang
tersirat seperti bunga untuk perempuan dan kumbang untuk lelaki.

iii) Ingatan prosedural

Ingatan prosedural adalah ingatan tentang bagaimana melakukan sesuatu

2
terutamanya yang melibatkan aktiviti fizikal yang berurutan. Contohnya,
mengingati bagaimana hendak memandu kereta sekiranya anda telah lama tidak
memandu kereta.

PERBEZAAN ANTARA TIGA TAHAP INGATAN

Ciri Ingatan Deria Ingatan Jangka Pendek Ingatan Jangka Panjang

Kemasukan maklumat Pra-perhatian Perlukan perhatian Perlukan pengulangan

Pengekalan maklumat Tidak boleh -Perhatian berterusan -Ulangan

-Ulangan -Latih tubi

-Penyusunan

Kapasiti Besar Kecil Tiada had

Kehilangan maklumat Tidak -Gangguan -Mungkin tiada


digunakan
-Terlalu banyak -Gangguan

-Usang -Usang

Lama ingatan 1 hingga 3 saat 5 hingga 20 saat Beberapa minit hingga


beberapa tahun

Mengingat semula - Automatis Perlu proses mencari

INGATAN DAN LUPAAN

Antara faktor yang mempengaruhi pembelajaran ialah ingatan (memory) dan lupaan (forgetting).

3
a) Ingatan (memory)

Ingatan bermaksud maklumat yang dapat kita simpan dalam ingatan jangka panjang.

Maklumat ini boleh dikeluarkan semula apabila dikehendaki. Proses yang terlibat dalam

membentuk “ingatan” ialah :-

i. Encoding (pengkodan)

Adalah merujuk kepada proses mendapatkan maklumat

ii. Storage (penyimpanan)

Adalah merujuk kepada proses menyimpan maklumat dimana perubahan berlaku

pada sistem saraf yang membolahkan terbentuknya memory trace

iii. Retrieval(pengeluaran)

Adalah merujuk kepada proses mengeluar dan mengguna maklumat daripada

simpanan.

b) Lupaan (forgetting)

Lupaan adalah bermaksud kegagalan individu untuk mengingat sesuatu fakta yang pernah

diketahuinya sebelum itu. Kegagalan ini mungkin disebabkan maklumat dalam ingatan

jangka pendek boleh hilang sebelum sempat diproses dan disimpan dalam ingatan jangka

panjang atau gagal untuk memanggil (recall) maklumat itu dari ingatan jangka panjang

(Slavin, 1997).

PERANAN GURU TINGKATKAN DAYA INGATAN ATAU MENGURANGKAN


LUPAAN

1. Merancang isi pelajaran


Isi pelajaran mesti disusun agar pelajar mudah faham. Contohnya isi pelajaran perlu ada
pemeringkatan isi iaitu daripada senang kepada yang sukar.

4
2. Mengaitkan pelajaran baru dengan yang lama
Guru perlulah mengaitkan bahan pembelajaran yang baru dengan yang lama. Guru boleh
mengemukakan soalan untuk kaitkan dengan pelajaran yang lalu supaya pelajar tidak
lupa.

3. Kaitkan pengajaran dengan pengalaman dan pengetahuan sedia ada pelajar.


Guru perlulah mengaitkan pengajaran dengan pengalaman dan pengetahuan sedia ada
pelajar. Bahan atau perkara yang diajar bukan asing pada pelajar supaya mereka tidak
jemu dan dengan mudah untuk ingat.

4. Bahan pengajaran yang bermakna


Mengkaitkan pembelajaran baru dengan pembelajaran lama. Memberi penumpuan pada
makna dan kefahaman bukan sahaja kepada hafalan.

5. Faktor ulangan
Menasihatkan pelajar supaya sentiasa mengulang isi pelajaran. Memberi latihan, ujian,
kuiz untuk menguji minda pelajar

6. Mengajar teknik hafalan


Guru perlu mengajar teknik menghafal kepada pelajar dengan cara sedikit demi sedikit
dan jangan menghafal sekali gus kerana boleh menimbulkan kebosanan terhadap apa
yang dipelajari. Dipecahkan kepada bahagian-bahagian kecil untuk membantu hafalan.

7. Pembelajaran berkaitan dengan kehidupan sebenar


Isi pelajaran lebih relevan jika dikaitkan dengan kehidupan seharian dan pelajar akan
lebih mudah faham.

8. Pengelolaan pembelajaran
Mengajar konsep keseluruhan kepada bahagian yang lebih kecil. Penekanan pada
pertalian dan perkaitan.

5
9. Menolong pelajar membezakan fakta yang penting dengan yang kurang penting.
Sewaktu mengajar memberi tumpuan pada aspek yang penting (menukar nada suaram
strategi hentian, font yang berwarna).

10. Menggunakan pelbagai alat bantu mengajar


Guru boleh menggunakan gambar, carta, video, dan lain-lain supaya dapat membantu
pelajar membentuk konsep yang baik tentang sesuatu dan membantu mereka mengingat
fakta lebih lama.

11. Kaedah Nemonik


Guru ajar pelajar kaitkan sebutan huruf dengan perkataan awal yang mempunyai huruf
awal yang sama.
3 jenis pembelajaran nemonik:-

a) Nemonik Peg
Huruf awal mencetuskan minda pelajar untuk mengingati fakta-fakta penting.

b) Nemonik berkaitan
Mengaitkan item pertama dengan yang kedua, ketiga dan sebagainya.

c) Kata kunci
Cara yang lebih banyak digunakan dalam pembelajaran bahasa, pembaca yang lemah dan
cacat (kurang upaya).

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN LUPAAN

1) Keusangan (DELAY)

 Dengan berlalunya masa, kepudaran atau keusangan boleh berlaku pada ingatan. Ini
menyebabkan hilangnya kesan ingatan (memory trace).

6
 Makin lama tempoh masa antara masa pembelajaran dengan masa bahan itu diingat
kembali, makin kabur maklumat atau bahan pembelajaran itu sehingga pudar dan luput
daripada simpanan ingatan jangka panjang.

2) Gangguan (INTERFERENCE)
 Terjadi apabila proses cuba ingat semula(recall) dihalang oleh maklumat lain dalam
memori(Postrman & Underwood, 1973). Terdapat 2 jenis gangguan iaitu:

 Gangguan Retroaktif
Pembelajaran lama belum di kuasai tetapi pembelajaran baru telah diajar , maka
pembelajaran baru yang dipelajari menganggu pembelajaran yang lama.
Contohnya, para pelajar belum lagi menguasai topik algebra dalam Matematik
tetapi mereka telah diajar persamaan linear.

 Gangguan proaktif
Sukar mengingat kembali pemelajaran yang baru kerana pembelajaran atau
maklumat lama yang dipelajari menganggu pembelajaran atau maklumat yang
baru.
Contohnya, pelajar sukar untuk mengingati apakah tema hari kebangsaan pada
tahun semasa kerana masih lagi mengingati tema hari kebangsaan yang lama

3) Represi
 Apabila seseorang sengaja menolak memori yang menyakitkan atau menyediakan
daripada muncul ke paras kesedaran
 Telah dicadangkan oleh Sigmund Frued dalam teorinya yang berkenaan dengan minda
bawah sedar.
 Ingatan-ingatan yang tidak gembira atau tidak ingin diterima boleh dilupakan dengan
sengaja sekiranya kita berniat berbuat demikian. Ingatan-ingatan tersebut dimasukkan ke
dalam minda bawah sedar dengan sengaja supaya seseorang individu tidak perlu lagi
hidup bersama dengannya.

7
 Contohnya, seorang pelajar sengaja untuk tidak mengingati guru yang pernah
memukulnya.

4) Kebimbangan (ANXIETY)
 Kebimbangan yang tinggi boleh menyebabkan lupaan.
Contohnya, kebimbangan semasa dalam dewan peperiksaan atau semasa menghadapi
temu duga.

5) Minat
 Perkara yang kurang diminati lebih mudah dilupakan. Apabila pelajar tidak minat akan
sesuatu perkara, mereka akan sukar untuk memberikan tumpuan dan perkaitan antara satu
fakta dengan fakta yang lain.
Contohnya, pelajar biasanya menunjukkan pencapaian yang tinggi dalam subjek yang
mereka minati.

6) Perubahan alam sekitar


 Memori episodic banyak bergantung kepada alam sekitar.
Contohnya, pertukaran nama jalan atau bangunan akan menyulitkan seseorang untuk
mengingatkan sesuatu peristiwa yang berkaitan dengan tempat itu.

7) Masa
 Masa yang tidak mencukupi untuk menyimpan maklumat boleh menyebabkan maklumat
hilang.
Contohnya, pelajar yang tidak mempunyai masa yang cukup untuk ulangkaji akan
melupakan banyak fakta semasa peperiksaan.

8) Maklumat
 Maklumat yang tidak lengkap mengenai sesuatu fakta menyebabkan maklumat hilang
atau dilupakan.
Contohnya, guru perlu memberi banyak contoh supaya maklumat yang dimasukkan oleh
pelajar dalam memorinya dan boleh disimpan lebih lama.

8
9) Tekanan
 Ahli pakar ingatan, Arthur Bornstein telah mengkategorikan tekanan yang tinggi sebagai
musuh pertama kepada ingatan yang baik.
 Menurut beliau, respons-respons tradisional atau biasa yang dilakukan oleh orang ramai
untuk menghadapi stres seperti minum minuman alkohol dan merokok boleh membawa
kesan buruk kepada ingatan dan menyusahkan lagi kita untuk mencapai matlamat.

RUJUKAN

Khadijah. Mahani. Ramlah. Zainal. 2003. EDUH 2025 Psikologi Pendidikan dan
Kaunseling. Open University Malaysia (OUM): PD Offset Sdn Bhd.

Diakses pada 2 April 2010, daripada

http://www.slideshare.net/adeendra/teori-pembelajaran-kognitif

Anda mungkin juga menyukai