Anda di halaman 1dari 54

SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM

ZAMAN ISLAM DI INDIA


KEHADIRAN ISLAM DI INDIA

• Islam telah bertapak di India sejak abad ke 8.


• Sind, Bengal dan Malabar serta pantai Koromandel
adalah 3 wilayah yang menjadi tapak Islam
berkembang.
• Orang Arab, Parsi, Afghan, Turki dan sebagainya
adalah di antara yang menyebarkan Islam.
• Etnik yang berbagai ini telah mewarnai Islam di India.
• Wajah Islam banyak dipengaruhi oleh Arab dari Yaman
dan Hadramaut; mazhab Sunni lebih menonjol.
• Bahagian utara dipengaruhi Parsi, Afghan, dan Turki;
lebih condong pada mazhab Syiah dan Sunni.

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM

Abad ke 7 hingga abad ke 10 merupakan


kemuncak perkembangan Islam
• Ia berlaku melalui penjelajahan dan perkembangan
kuasa orang Arab hingga Afrika Utara, Sepanyol,
Sicily, dan Mediterranean.
Dua kelompok memainkan peranan
penting dalam proses pengislaman di
India
• 1) tentera dan pedagang, 2) orang Turki dan Parsi

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


• Abad ke 10 hingga abad ke 14, orang Turki
berperanan mengembangkan Islam meliputi
Anatolia, Balkan dan bahagian selatan Eropah,
bahagian timur meliputi Asia kecil dan China
hingga ke Afghanistan dan India.
• Orang Turki telah mempengaruhi samada
secara langsung dan tidak lansung ke arah
kewujudan kerajaan Islam seperti Saljuk,
Mongol, Timuriyah, Safawiyah, Uthmaniyyah,
Uzbek dan Mughal.

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


PENYEBAB ASAS ORANG MEMELUK ISLAM
• Sarjana Eropah – Islam mampu berkembang
kerana kekuatan ketenteraan; kalangan yang tewas
sama ada mereka menerima Islam atau dibunuh.
• Latipus Ira M. – Lebih suka menakluk daripada
berdakwah dan kebanyakkan yang memeluk
agama Islam secara umumnya kerana sukarela.
• Pandangan yang menyatakan adanya paksaan
untuk memeluk Islam adalah satu mitos yang
sengaja diada-adakan untuk memburukkan Islam.

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


KEDATANGAN ISLAM
• Sebelum Islam bertapak di India sekitar abad ke 8, utusan
Islam telah dihantar ke India sejak zaman Nabi Muhammad
saw.
• Khalifah Umar al-Khattab pernah menghantar utusan ke
negara yang dikenali di kalangan orang Arab sebagai Al-Hind.
• Tentera Islam pada masa kepemimpinan Al-Hakam bin Abu al-
As telah sampai di Broach dan Al-Mughnirah bin Abi telah tiba
di perairan Daybul sekitar tahun 638 Masehi tetapi gerakan
ini tidak diteruskan kerana tidak mendapat keizinan Khalifah
Umar.
• Khalifah Uthman Ibn Affan pernah mengarahkan Gabenor
Iraq melakukan tinjauan dan mengumpulkan maklumat
tentang benua kecil India.

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


KEDATANGAN ISLAM
• Pada zaman Umayyah, angkatan laut Islam
menguasai Teluk Parsi, Lautan Hindi, dan Laut
Arab dan ini menyumbang kepada
perkembangan Islam ke arah Timur.
• Pedagang Islam yang belayar ke Timur akan
menggunakan laluan Teluk Parsi.
• Pelabuhan-pelabuhan lain yang penting di
sepanjang pantai Barat ialah Khambayat,
Sanbara, Cemoor, Broach, Bharbut, Ghandar,
Ghogha, dan seterusnya ke Surat.

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


KEDATANGAN ISLAM
• Seterusnya pedagang Islam akan belayar ke selatan dan
memasuki wilayah Madras, Malabar, Tanjung Comorin
(Kanyakumari), Travankore, Mangalore, Vandapur, Calicut
dan seterusnya Teluk Bengal.
• Pusat pelabuhan penting di Teluk Bengal ini dikenali
sebagai Silhet dan Sadjam atau Chittagong sebelum belayar
memasuki Selat Melaka.
• Secara keseluruhannya, kedatangan Islam pada tahap awal
dapat dikesan melalui tiga tahap:
1. Secara terus dari Tanah Arab;
2. Dari Iran, Afganistan dan Baluchistan,
3. Bersama-sama dengan ekspedidi ketenteraan Muhammad al-
Qasim.

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


EKSPEDISI KETENTERAAN DI SIND
• Wilayah Sind merupakan antara wilayah di India
yang menjadi tapak kehadiran Islam yang paling
awal pada zaman pemerintahan Umayyah.
• Khalifah Al-Walid bin al-Malik (705 – 715 M) atas
cadangan al-Hajjaj bin Yusuf as-Saqafi
menghantar satu utusan ketenteraan ke wilayah
Sind.
• Usaha ini dilakukan bagi melindungi pedagang
Islam di perairan Sind yang sering diganggu oleh
Raja Dahir (pemerintah Sind beragama Hindu).

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


EKSPEDISI KETENTERAAN DI SIND
• Pasukan ketenteraan dipimpin Muhammad al-Qasim
(Gabenor di Rayy, Parsi), digerakkan pada tahun
706M dengan anggota sebanyak 60,000 (6000
tentera dipilih khas dari Syria) dan 3000 ekor unta.
• Menurut Titus (1979) dalam bukunya Indian Islam: A
Religious History of Islam in India, misi ini juga
mempunyai motif agama, iaitu untuk mendirikan
Islam dan menghancurkan penyembahan berhala
serta perbuatan syirik.
• Sind berjaya dikuasai oleh Muhammad al-Qasim
selama tiga tahun setengah (Mei-Okt 711 hingga
April 715).
Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA
SUMBANGAN MUHAMMAD AL-QASIM
• Memulakan perhubungan kebudayaan dan
pemikiran dalam kalangan masyarakat Islam
dengan India.
• Dasar pemerintahan diterima oleh masyarakat
tempatan dan diakui sebagai sistem pentadbiran
yang efektif dan efisien.
• Tempat-tempat ibadat penganut agama Budha dan
Hindu tidak diganggu.
• Melantik Kaksa, sepupu Raja Dahir, sebagai
penasihatnya kerana kebijaksanaan dalam bidang
falsafah dan pentadbiran.

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


SUMBANGAN MUHAMMAD AL-QASIM
• Orang Hindu dan Buddha tidak dilihat sebagai kafir,
sebaliknya sebagai zimmi (orang yang dilindungi).
• Mendirikan masjid di bandar-bandar utama seperti di
Daibul, Nirun, Sewistan, Aror dan Multan; melantik
imam dan kadi dalam menguruskan persoalan
keagamaan.
• Masjid-masjid di Sind turut berfungsi sebagai platform
pendidikan yang penting sehingga membolehkan
pemikiran berkembang pesat di wilayah Sind.
• Selepas kematian Muhammad al-Qasim, Sindterus
berada dalam kekuasaan Damsyik selama 150 tahun.

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


PERKEMBANGAN ILMU DI SIND
• Bidang ilmu menjadi aspek penting diberikan
perhatian oleh Umaiyyah dan Abasiyyah.
• Damsyik dan Baghdad menjadi pusat penting
ilmu pengetahuan dan Sind menjadi penghubung
penting Tanah Arab dengan benua kecil India.
• Berlaku interaksi intelektual antara sarjana Islam
dengan sarjana Hindu dan Buddha.
• Cendekiawan Hindu yang mahir dalam bidang
falsafah dan perubatan sering dijemput
mengunjungi Baghdad.

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


PERKEMBANGAN ILMU DI SIND
• Khalifah Harun al-Rashid, Yahya dan kemudian
anaknya Musa al-Baramaki turut menghantar sarjana
Islam ke Sind untuk mempelajari bidang perubatan.
• Salah seorang pakar perubatan Sind bernama Makna
berjaya mengubati Khalifah Harun al-Rashid dan
kemudian dilantik mengendalikan usaha
penterjemahan kitab-kitab perubatan Sanskrit.
• Penterjemahan karya Sanskrit giat dilakukan ke
dalam bahasa Parsi dan Arab dan ini membolehkan
sarjana Islam mempelajari serta memperolehi
pengetahuan tentang falsafah, astronomi, matematik
dan perubatan daripada sarjana Sind.
Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA
PERKEMBANGAN ILMU DI SIND
• Usaha sinergi ini menyuburkan perkembangan
ilmu pengetahuan ilmu pengetahuan ke Dunia
Barat.
• Kota-kota di Sind seperti Debal, Multan, Uchh,
Thatta dan Mansurah telah muncul sebagai
pusat pengajian dan pemikiran Islam yang
terawal di India.
• Masjid dan madrasah didirikan untuk tujuan
pengajian keilmuan mendapat naungan
pemerintah Sind.

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


PUSAT PENGAJIAN HADIS DI SIND
• Sind juga melahirkan ilmuwan Islam yang disegani
seperti Abu Ma’shar Nujayh as-Sindhi seorang ilmuwan
hadis terkenal sehingga jenazahnya disolatkan oleh
Khalifah Harun al-Rashid; juga Rija as-Sindhi yang
berhijrah ke Parsi dan menerima gelaran Rukn minarkan
al-hadith.
• Kota Debal menjadi pusat pengajian hadis yang
terkemuka.
• Abu Makhul merupakan ilmuwan hadis yang terkemuka
dan mengembara hingga Syria dan dianggap ulama hadis
yang mahir oleh Imam Zuhri.
• Debal juga melahirkan ulama hadis, Al-Awza’I yang
menulis Kitab al-Masa’il dan Kitab al-Sunan.
Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA
PENYEBARAN PELBAGAI ILMU DI SIND
• Pada abad ke 12, kewujudan kumpulan Sufi terdiri dari
tarikat Qadiriyah yang dibawa oleh Sheikh Abdul Qadir
Gilani yang menjadikan bahagian utara Sind sebagai
pusat kegiatan mereka.
• Imam Anza’I (707-773M), mahir dalam bidang fiqah dan
mempunyai pengikut di Syria dan Andalusia.
• Penyajak Arab kelahiran Sind yang terkemuka seperti
Abu al-Ata Sindhi, Ibn Juwayrah, Jarir, Al-Farazdaq,
Hamzah al-Hanafi dan Abu Dila al-Sindhi.
• Imam Abu Hanifah juga mempunyai hubungan dengan
Sind walaupun beliau dilahirkan di Iraq, keluarganya
merupakan pendatang dari Sind.

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


KERAJAAN MUGHAL
• Kerajaan Mughal berdiri seperempat abad
sesudah berdirinya kerajaan Safawi.
• Kerajaan Mughal bukanlah kerajaan Islam
pertama di anak benua India.
• Awal kekuasaan Islam di wilayah India terjadi
pada masa Khalifah al-Walid, dari Dinasti Bani
Umayyah.
• Penaklukkan wilayah ini dilakukan oleh tentara
Bani Umayyah di bawah pimpinan
Muhammad al-Qasim.
Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA
ASAL-USUL KERAJAAN MUGHAL
• Mughal merupakan kerajaan Islam di anak benua India, dengan
Delhi sebagai ibukotanya, berdiri antara tahun 1526-1858 M.
• Dinasti Mughal di India didirikan oleh seorang penziarah dari
Asia tengah bernama Zahiruddin Muhammad Babur (1482-1530
M), salah satu cucu dari Timur Lenk dari etnis Mongol,
keturunan Jengis Khan yang telah masuk Islam dan pernah
berkuasa di Asia Tengah pada abad ke 15.
• Kerajaan ini berdiri pada saat di Asia kecil berdiri tegak sebuah
kerajaan Turki Usmani dan di Persia kerajaan Safawi.
• Ketiganya pada saat yang sama menjadi negara-negara berkuasa
(superpower) di dunia. Mereka juga menguasai ekonomi, politik
serta ketententeran dan mengembangkan kebudayaan.

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


ASAL-USUL KERAJAAN MUGHAL
• Babur mewarisi daerah Ferghana dari ayahnya (Umar
Mirza, penguasa Ferghana)ketika dia masih berusia 11
tahun.
• Setelah naik tahta Babur merencanakan cita-citanya
untuk menguasai seluruh Asia Tengah, sebagaimana
Timur Lenk tempo dulu. Namun, cita-citanya itu
terhalang oleh kekuatan Uzbekiztan, dan mengalami
kekalahan.
• Namun berkat bantuan Ismail I (1500-1524 M), raja
Safawi, Babur dapat menguasai Samarkand tahun 1494
M. Pada tahun 1504 M, ia menduduki Kabul, ibukota
Afganistan.

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


ASAL-USUL KERAJAAN MUGHAL
• Ibrahim Lodi, penguasa India pada saat itu, di landa
krisis sehingga stabilitas pemerintahan menjadi
kacau.
• Babur menguasai Lahore pada tahun 1525 M. Dari
Lahore ia terus bergerak ke selatan hingga mencapai
Panipat.
• Bertemu dengan pasukan
Ibrahim Lodi maka terjadilah
pertempuran yang dahsyat.
Ibrahim beserta ribuan
tentaranya terbunuh dalam
pertempuran itu.
Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA
ASAL-USUL KERAJAAN MUGHAL
• Babur memperoleh kemenangan yang amat dramastis dalam
pertempuran Panipat I (1526 M) dengan hanya 26,000
anggota tentera melumpuhkan kekuatan Ibrahim Lodi yang
di dukung oleh 100,000 personel dan 1,000 pasukan gajah.
• Babur memasuki kota Delhi sebagai pemenang dan
menegakkan pemerintahannya di sana.
• Maka berdirilah kerajaan Mughal di India.
• Pada tahun 1530 M Babur meninggal dunia dalam usia 48
tahun setelah memerintah selama 30 tahun, dengan
meninggalkan kejayaan-kejayaan yang cemerlang dan
pemerintahan selanjutnya dipegang oleh anaknya Humayun
(anak sulung Babur).

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


MASA KEJAYAAN KERAJAAN MUGHAL
• Masa kejayaan Mughal dimulai pada masa pemerintahan Akbar
(1556-1605) dan tiga raja penggantinya, yaitu Jehangir (1605-
1628 M), Syah Jehan (1628-1658 M), Aurangzeb (1658-1707 M).
• Setelah itu, kemajuan kerajaan Mughal tidak dapat
dipertahankan oleh raja-raja berikutnya.
• Akbar menggantikan ayahnya ketika dia berusia 14 tahun,
sehingga seluruh urusan kerajaan diserahkan kepada Bairam
Kahan, seorang Syi’i.
• Setelah Akbar dewasa, ia berusaha menyingkirkan Bairam Khan
yang sudah mempunyai pengaruh kuat dan terlampau
memaksakan kepentingan aliran Syi’ah.
• Bairam Khan memberontak, tetapi dapat dikalahkan oleh Akbar
di Jullandur tahun 1561 M.

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


PENDIDIKAN ISLAM PADA MASA KERAJAAN MUGHAL

• Pada masa kerajaan Islam Mughal, pendidikan


memperoleh perhatian yang cukup besar.
• pihak kerajaan mendorong untuk menjadikan
masjid selain sebagai tempat ibadah juga sebagai
tempat belajar agama bagi masyarakat.
• Di masjid memang telah tersedia ulama yang akan
memberikan pengajaran berbagai cabang ilmu
agama.
• Bahkan, di masjid juga telah disediakan ruangan
khusus bagi para pelajar yang ingin tinggal di
masjid selama mengikuti pendidikan.

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


PENDIDIKAN ISLAM PADA MASA KERAJAAN MUGHAL

• Hampir setiap masjid merupakan pengembang


ilmu-ilmu agama tertentu dengan guru-guru
spesialis.
• Dalam perkembangannya, masjid raya (grand
mosque) telah berkembang menjadi sebuah
universitas.
• Seorang ilmuwan muslim, Sidi Gazalba bahkan
mengatakan bahwa di masa Kerajaan Mughal
pendidikan didorong dengan hadiah wang untuk
masjid.
• Kebanyakkan masjid memiliki sekolah rendah.

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


• Sejumlah penguasa Mughal memberi perhatian terhadap
pembinaan agama dengan membangun sejumlah masjid
misalnya amat bermanfaat bagi pengembangan
pendidikan Islam dan ajaran Islam di kalangan masyarakat.
• Sementara itu, untuk memenuhi keperluan pendidikan
bagi orang-orang kaya, pihak kerajaan juga telah
menyediakan madrasah-madrasah khusus.
• Pendidikan atau sekolah khusus ini juga disediakan bagi
orang Hindu yang disebut Pat Shala.
• Namun demikian, di samping sekolah khusus bagi
kelompok agama tertentu pihak kerajaan juga
menyediakan sekolah tempat anak-anak muslim dan
Hindu belajar bersama.

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


• Selain masjid, juga terdapat khanqah (pesantren)
yang dipimpin ulama atau wali, yang secara umum
ada di daerah-daerah pedalaman.
• Khanqah pada era ini merupakan pusat studi Islam
yang dinilai baik.
• Di khanqah diajarkan berbagai ilmu pengetahuan
seperti matematika, mantik/logika, filsafat, tafsir
Qur’an, hadits, fiqih, sejarah, dan geografi.
• Bahasa Persia pada masa itu merupakan bahasa
pengantar dalam kegiatan pendidikan dan
pengajaran agama Islam. Pendidikan yang
diselenggarakan ini diikuti oleh siapa saja, baik laki-
laki maupun perempuan.
Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA
• Karena itu sejumlah kaum wanita dari keluarga
terdidik, misalnya Gulbadan Begum, Maham Anga, Nur
Jahan, Mumtaz Mahal, Jahan Ara Begum, dan Zaibun
Nisa yang kemudian menjadi penulis terkemuka.
• Pihak kerajaan juga menyediakan perpustakaan yang
dapat dimanfaatkan oleh siapa saja.
• Akbar dikenal sebagai raja yang gemar membaca dan
mengoleksi buku. Pada era ini juga banyak buku-buku
terjemahan yang diterbitkan dan di antaranya buku
terjemahan kisah Mahabaratha dan Ramayana yang
dibuat oleh Badayuni ke dalam bahasa Persia.
• Raja lainnya, Jahangir dikenal sebagai raja pelindung
para ilmuwan. Ia juga menulis biografinya sendiri
dengan judul Tuzk-i-Jahangiri
Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA
• Di masa Syah Jahan didirikan perguruan tinggi di
Delhi.
• Aurangzeb mendirikan pusat pendidikan di Lucknow.
• Tiap masjid mempunyai lembaga tingkat dasar yang
dipimpin oleh seorang guru. Sejak berdiri banyak
ilmuan yang belajar di India.
• Aurangzeb dikenal banyak orang sebagai lelaki yang
saleh, adil, keras dan energetik yang menjadi
teladan kerajaan Islam. Hidupnya ditandai
kesederhanaan dan tenaga yang tak terbatas. Dialah
yang paling terpelajar di antara semua penguasa
Mughal.

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


• Berbagai kegiatan tulis menulis dalam masalah agama,
sejarah, maupun syair, ikut melengkapi koleksi
perpustakaan kerajaan sekaligus penyebaran ilmu
pengetahuan.
• Karena itu tidak sedikit dijumpai perpustakaan yang ada
di berbagai wilayah kerajaan Mughal.
• Pada tahun 1641 misalnya, terdapat sebuah
perpustakaan di Agra yang memiliki koleksi 20.000 buku.
• Semangat dan perkembangan agama Islam yang telah
berkembang di kalangan kerajaan maupun masyarakat
pada umumnya sebetulnya bersamaan dengan
tumbuhnya lembaga-lembaga keagamaan, pendidikan,
dan ilmu pengetahuan.

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


DUA PENGUASA PALING BERPENGARUH:
AKBAR KHAN DAN AURANGZEB
• Dalam peninggalan sejarah Dinasti Mughal,
terdapat dua penguasa paling berpengaruh, iaitu,
Akbar Khan dan Aurangzeb.
• Keduanya memerintah dalam zaman yang berbeza,
tetapi kebijakan Akbar Khan dan Aurangzeb,
khususnya berkaitan dengan pengembangan Islam
di India, memiliki hubungan yang tidak dapat
dipisahkan.
• Akbar mengembangkan pola Islam sinkretis.
• Sebaliknya, Aurangzeb mengembangkan pola Islam
puritan.
Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA
ZAMAN PEMERINTAHAN AKBAR KHAN
• Akbar atau nama sebenarnya Muhammad bin
Humayun. Dilahirkan pada Oktober 1542.
• Beliau menaiki takhta ketika usia 13 tahun pada 14
Februari 1556 (ada yg menyatakan 15 tahun).
• Buta huruf , tidak pandai membaca dan menulis
sekadar pandai mengaji al-Quran.
• Akbar mewarisi Mughal dalam keadaan kacau-bilau.
• Dengan tentera berjumlah 20,000 orang, berjaya
mengalahkan tentera Himu berjumlah 100,000 orang.
• Himu ditangkap dan dipenggal kepalanya oleh Akbar.

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


SUMBANGAN AKBAR KHAN
• Semua golongan mendapat hak yang sama dari
aspek pendidikan.
• Anak-anak orang Hindu boleh masuk sekolah-
sekolah yang didirikan oleh orang Islam dan
sebaliknya, anak-anak orang Islam boleh masuk
sekolah-sekolah yang berorientasikan Hindu.
• Akbar dikatakan memiliki perpustakaan yang
lengkap dengan koleksi 24,000 buku.
• Menghormati golongan intelektual dan para
cendekiawan spt. Badauni, Ferishta, Tulidas, Amir
Fathullah Shirazi dan Nizamuddin Bakshi.

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


PENGEMBANG KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
• Gemar mendirikan bangunan-bangunan yang indah,
termasuk masjid-masjid dan istana atau makam-makam.
• Membina kota Fatehpur Sikri dan monumen yang
terdapat di dalamnya ialah makam Syeikh Salim Chisti
yang sangat dihormati Akbar.
• Istana Jodh Bai milik Akbar, didirikan sebuah ruangan
bagi isterinya bernama Ratu Bhainamah melakukan
penyembahan berdasarkan agama Hindu.
• Ketika Akhbar mengahwini Bhainamah, ia lebih kepada
perkahwinan politik, walaupun mendapat tentangan dari
golongan konservatif Islam kerana isterinya tidak
menukar agama.

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


PENGUASA AKBAR KHAN
• Dalam perspektif politik, langkah Akbar ini dianggap sah,
bahkan cerdas.
• Hakikat politik adalah tercapainya tujuan, meskipun pada saat
bersamaan terdapat aspek-aspek tertentu yang terabaikan.
Orang boleh melakukan apa saja dalam konteks politik.
• Akbar telah memposisikan Islam tidak lebih dari sekedar
simbol formal tanpa makna.
• Akbar dengan mudah meleburkan dan mencampuradukkan
Islam dengan berbagai kepercayaan lain.
• Dalam situasi ini, Islam kehilangan identitinya.
• Ketinggian dan keluhuran ajaran Islam juga terhakis
sedemikian rupa. Hal ini menyebabkan ketegangan dengan
para penganut Ahlusunah wal jamaah.

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


PENGUASA AURANGZEB
• Adalah penting ketika melihat masa pemerintahan
selama 49 tahun oleh Aurangzeb dan memahami
konteks pemerintahannya.
• Mughal berkuasa di India pada masa pemerintahan
Babur pada tahun 1500-an.
• Lebih dari 150 tahun kemudian, Aurangzeb
mengambil alih kuasa, Empayar Mughal berada di
puncak kejayaan.
• Ia menguasai majoriti benua India dan merupakan
salah satu yang paling kaya (jika bukan yang terkaya
secara terang-terangan) kerajaan di dunia.

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


• Aurangzeb itu dilahirkan dalam negara yang kuat dan
kosmopolitan dengan kekayaan yang besar pada tahun 1618.
• Ayahnya adalah legenda Shah Jahan, yang membina Taj
Mahal di Agra.
• Beliau mendapat didikan dari ulama yang terbaik dan guru-
guru untuk mendidik dia dari usia muda.
• Sebagai seorang anak muda, ia mahir dalam al-Quran, ilmu
Hadis, dan aspek-aspek lain dari ilmu-ilmu Islam.
• Dia dikenali sebagai pembaca sangat bersemangat.
• Dia membaca dan menulis dalam bahasa Arab, Parsi, dan
Turki Chagatai, bahasa nenek moyangnya.
• Beliau juga telah dilatih dalam seni kaligrafi. Sebahagian
karya-karya kaligrafi beliau masih wujud hingga hari ini.

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


PENGUASA AURANGZEB
• Wajah Islam di India pada masa Aurangzeb tampak lebih
dominan.
• Dia berusaha mengangkat kembali imej Islam yang
kelihatan malap sejak beberapa zaman sebelumnya.
• Ia giat mengembalikan kemurnian Islam. Usaha ini patut
dihargai. Sebab, dari sini terlihat kecintaan Aurangzeb
terhadap Islam.
• Namun, perlu diingat, Islam adalah agama yang
mengalakkan perdamaian, tanpa paksaan, dan tidak
menganjurkan kekerasan terhadap pemeluk agama lain.
• Memurnikan ajaran Islam dengan merusak tempat ibadah
agama lain, bukanlah pesan Islam.

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


• Kebijakan Aurangzeb untuk menghancurkan kuil-kuil
Hindu, meletakkan berhala-berhala di jalan-jalan agar
selalu dipijak ternyata satu kesilapan.
• Hal ini menyebabkan terjadinya pemberontakan hebat
dari kalangan Hindu.
• Pada 1739 Mughal dikalahkan oleh pasukan dari Persia
dipimpin oleh Nadir Shah.
• Pada 1756 pasukan Ahmad Shah menyerang Delhi lagi.
• Kerajaan British yang masuk ke India pada 1600 dan
mulai melakukan penaklukkan terhadap kerajaan
Mughal pada 1757, serta membubarkannya pada
tahun 1858 setelah mengalahkan pesaingnya, Perancis.

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


KESIMPULAN
• Kemajuan ilmu pengetahuan dan pendidikan
Islam di masa kerajaan Islam Mughal memang
tidak segemilang masa Islam klasik sebelumnya.
• Sumbangan peradaban Islam kepada
kebudayaan bangsa India teramat penting.
• Dalam bangunan sosial budaya masyarakat India
yang berbeza-beza, banyak ciri yang maju,
seperti penghormatan kepada wanita dan hak-
hak mereka.
• Sejak kebangkitan Islam, bangsa India berhutang
budi kepada Islam dan kaum muslimin.
Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA
GERAKAN REVIVALIS (KEBANGKITAN) ISLAM DI INDIA
PADA ABAD KE 19
• Sejarah masyarakat Islam sangat berkait rapat
dengan kewujudan golongan ulama.
• Ulama sebagaimana yang dijelaskan dalam
Surah Faathir, ayat 28, adalah hamba Allah
yang beriman, bertaqwa dan menguasai
pengetahuan, berpandangan hidup yang luas
dengan landasan rasa takut kepada Allah swt.
• “Sesungguhnya yang takut kepada Allah di
antara hamba-hambaNya, hanyalah ulama”

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


• Terdapat 3 tanggungjawab penting yang perlu
dipikul oleh ulama:
1. Menegakkan dakwah dan membentuk pelapis
ulama,
2. Mengkaji dan mengembangkan Islam, dan
3. Melindungi Islam dan umatnya.
• Kemunculan golongan ulama dalam masyarakat
Islam hari ini dapat dilihat berdasarkan kepada 3
faktor:
1. Realiti sosial dan persekitaran,
2. Ulama dan masyarakat,
3. Ulama yang tidak terikat.

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


ULAMA DI INDIA
• Kewujudan golongan ulama sangat terkait dengan
pendidikan yang diterima.
• Terdapat beberapa pusat pengajian Islam yang penting
seperti Farangi Mahal di Lucknow (tubuh 1698) dan
madrasah di Bareilly dan Darul-Ulum di Deoband.
• Golongan ulama telah berkembang sejajar dengan
berkembangnya kumpulan-kumpulan tarekat.
• Agak sukar untuk menentukan perbezaan antara
ulama dengan sufi.
• Sheikh Ahmad Sirhindi merupakan antara ulama
tersohor dalam sejarah Islam di India.

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


DEOBAND DAN ALIGARH DALAM PENDIDIKAN DAN
PEMIKIRAN ISLAM
• Idea, pemikiran dan intelektualisme merupakan daya
pendorong yang sangat penting dalam merangka dan
mencapai keinginan dalam sejarah manusia.
• Tanpa daya pemikiran serta intelektualisme yang tinggi dan
mampu menarik perhatian masyarakat, maka keinginan
untuk mengubah sesuatu keadaan tidak akan berjaya.
• Perkembangan pemikiran dan perspektif Barat telah
melahirkan antara lain beberapa aliran seperti sekularisme,
liberalisme, dan sosialisme.
• Ditinjau dari perspektif Islam, perkembangan pemikiran
sangat terikat pada kemunculan mazhab-mazhab yang
berbeza.

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


• Dari sudut pandangan moden, turut
mempengaruhi masyarakat Islam abad ke 19
dan awal abad ke 20, dapat dikategorikan
kepada 3 aliran pemikiran, iaitu,
1. Tradisionalisme,
2. Modernisme, dan
3. Reformisme.

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN MADRASAH DEOBAND
• Matlamat utama penubuhan madrasah ini termasuklah
menjadi pusat yang mempertahankan ajaran Islam, terutama
daripada pengaruh luar.
• Untuk mendapatkan pendidikan berasaskan sains rasional
(ma’qulat) di institusi pendidikan India lebih mudah dari
mendapatkan pendidikan berasaskan sains tradisi Islam
(manqulat).
• Di antara tahun 1911 hingga tahun 1951, sebanyak 147,851
fatwa telah dikeluarkan oleh madrasah Deoband.
• Penekanan madrasah ini ialah ilmu-ilmu al-Quran dan hadis
(manqulat). Ilmu rasional (ma’qulat) seperti undang-undang,
logik dan falsafah turut diajarkan.
• Penolakan terhadap ijtihad menyebabkan Madrasah Deoband
dikategorikan sebagai pendukung aliran tradisionalisme.

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


USAHA PEMODENAN SAYYID AHMAD KHAN DAN
ALIGARH
• Sayyid Ahmad Khan adalah penyokong British.
• Pada tahun 1897 terjadi peristiwa
membabitkan Turki, Ahmad Khan enggan
mengakui Sultan Turki, iaitu Sultan Abdul
Hamid sebagai khalifah yang mewakili umat
Islam.
• Berbeza dengan Deoband, sejak sekian lama
memberikan sokongan terbuka kepada Sultan
Abdul Hamid.

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


• British telah berjaya memadamkan kebangkitan
pada tahun 1857. Peristiwa ini telah memberi
kesan besar kepada Syarikat Hindia Timur
Inggeris (SHTI).
• Sejak itu India berada di bawah kuasa mahkota
England. Akta pada 2 Ogos 1858 menyatakan,
“India akan diperintah oleh dan atas nama Raja
England melalui salah seorang Ketua Setiausaha
Negara dengan bantuan satu majlis terdiri
daripada 15 orang ahli. Gabenor Jeneral akan
menjadi wizurai”.

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


• Sejak Ahmad Khan melawat England pada tahun 1869-1874,
dia melihat terdapat kontrakdisi yang ketara antara
ketamadunan masyarakat Inggeris berbanding dengan India.
• Ahmad Khan merasakan masyarakat Islam di India
mempunyai “penyakit mental”.
• Pada tahun 1876, Ahmad Khan mula memberikan
penumpuan pada penubuhan Kolej Aligarh.
• Sayyid Ahmad Khan turut mengetengahkan idea sosial
dengan memberikan interpretasi terhadap ajaran Islam
seperti poligami, perhambaan, pengharaman riba dan jihad.
• Pandangan Ahmad Khan sering mendapat kritikan sebagai
Pro-British dan menjarakkan hubungannya dengan golongan
konservatif.

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


PENDIDIKAN DAN GERAKAN ALIGARH
• British mula berubah sikap pada tahun 1860an
terhadap masyarakat Islam di India.
• British tertarik dan menyokong perubahan yang dibawa
Sayyid Ahmad Khan, khususnya dalam sistem
pendidikan Inggeris.
• British berpandangan sekiranya masyarakat Islam
menerima sistem pendidikan Inggeris bermakna
mereka menerima pemerintahan Inggeris.
• Ahmad Khan berasa sebuah institusi pendidikan yang
menggabungkan sistem pendidikan moden berasaskan
sistem Barat dan sistem pendidikan Islam dapat
menyelesaikan masalah masyarakat Islam.

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


• Sayyid Ahmad Khan telah menubuhkan Kolej
Muhamadan Anglo-Oriental (KMAO) di Aligarh
pada tahun 1877.
• KMAO mengambil Universiti Cambridge dan
Oxford sebagai model dari segi perlaksanaan
dan bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar.
• Pendidikan di KMAO bertujuan untuk
memberikan ruang kepada masyarakat Islam
menerima liberalisasi pendidikan, idea,
pandangan saintifik dan pendekatan yang
pragmatik terhadap politik.

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


• Sehingga tahun 1895, KMAO mempunyai 565
pelajar dan terdapat dua jabatan penting,
iaitu, Jabatan Bahasa Inggeris dan Jabatan
Pengajian Timur yang menggunakan bahasa
Urdu, Parsi, dan Arab sebagai bahasa utama.
• Idea pendidikan dan penubuhan KMAO
mendapat tentangan segolongan ulama dan
melabel beliau Nechari (terlalu taasub dengan
kebudayaan asing dan kafir).

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


• Pertembungan berlaku antara Deoband
dengan Aligarh yang turut membabitkan
institusi-institusi pendidikan yang
bermodelkan kedua institusi tersebut.
• Nadwatul Ulama di Lucknow dilihat sebagai
aliran tradisionalis, sementara Jamiah Milliyah
Islamiyah di Delhi sebagai institusi beraliran
modernis.

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA


TERIMA KASIH

Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA

Anda mungkin juga menyukai