Anda di halaman 1dari 4

PERTANDINGAN KOKURIKULUM BAHASA MELAYU PERINGKAT PKG

ALOR JANGGUS, DAERAH KOTA SETAR 2016

NAMA MURID : PUTERI NUR ASYKEEN BINTI MD SHUKRI

NO. KP : 070703-02-0686

TAHUN : 3 BERLIAN

SEKOLAH : SK ALOR JANGGUS, ALOR SETAR, KEDAH

TAJUK : ISTERI YANG TAMAK

Assalamualaikum wbw.,

Yand dihormati, barisan hakim yang arif lagi bijaksana,


Guru-guru, dan rakan-rakan sekalian.
Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Isteri yang Tamak.
Di hujung Kampung Tanjung terdapat sebuah rumah yang didiami oleh sepasang suami
isteri. Si suami bernama Pak Mail. Si isteri bernama Mak Munah. Pak Mail bekerja
sebagai nelayan, manakala Mak Munah adalah seorang suri rumah.

Jangan beri alasan karut lagi, Mak Munah menunding jari ke arah Pak Mail.
Sudah berapa hari awak balik dengan tangan kosong. Pastikan awak balik dengan
hasil tangkapan dan jual di pasar. Barang-barang dapur semua sudah habis. Jangan
balik selagi tidak mendapat duit.

Setelah sampai di muara sungai, Pak Mail merasa amat terkejut mendapati
terdapat lubang di lantai botnya. Huh, kalau aku keluar juga ke laut, pasti aku karam.
Dia bercakap sendirian. Aku tidak mempunyai wang untuk mengupah tukang
membaikinya. Mati aku balik nanti. Pasti Munah mengamuk. Sambil berjalan
menyusuri tebing sungai, Pak Mail mendapat idea untuk menjala ikan di tebing sungai
sahaja. Setelah beberapa kali menebar jalanya, dia tidak mendapat sebarang hasil. Pak
Mail berehat di bawah sebatang pokok. Kicauan burung menyebabkan Pak Mail terlelap

Isteri yang Tamak / SKAJ 1


PERTANDINGAN KOKURIKULUM BAHASA MELAYU PERINGKAT PKG
ALOR JANGGUS, DAERAH KOTA SETAR 2016

dalam beberapa minit sahaja. Terjaga dari tidur, Pak Mail menebar jalanya semula. Kali
ini Pak Mail berasa sangat gembira. Dia mendapat seekor ketam yang sangat besar.
Pasti Munah tidak marahkan aku kali ini, kata Pak Mail.

Tiba-tiba Pak Mail mendengar suara merayu. Tolong..tolong aku Pak Mail
melihat sekeliling. Tiada sesiapa pun yang berada di situ. Lalu Pak Mail berasa takut.
Kali ini makin keras suara itu merayu. Apabila Pak Mail amati, itu adalah suara ketam
yang ditangkapnya. Tolong lepaskan aku. Sebenarnya aku adalah seorang putera raja
yang disihir menjadi seekor ketam oleh ahli sihir yang kejam. Tolong lepaskan aku
kerana kalau aku mati, siapa akan menjaga kerajaan aku. Walaupun berat hati, Pak
Mail melepaskannya juga. Pulang ke rumah, Pak Mail menceritakan perihal yang
berlaku kepada Mak Munah. Dengan suara yang tinggi, Mak Munah memarahi Pak
Mail. Aah! Mengapa kamu tidak meminta sesuatu sebagai barang ganti kamu
melepaskan dia? Aku mahu esok kamu pergi dapatkan ketam itu kembali. Minta sebuah
rumah besar daripada ketam itu. Esok kamu tidur di luar.

Keesokannya Pak Mail pergi ke sungai. Dengan wajah yang manis, Pak Mail
memanggil ketam itu. Wahai Putera Raja, timbullah sekejap. Amat mengejutkan ketam
itu timbul di permukaan sungai.

Wahai nelayanapa yang boleh saya bantu? Tanya ketam itu.


Isteriku mahukan sebuah rumah yang besar seperti istana. Bolehkah wahai
Putera Raja?
Tengoklah apa yang boleh aku buat, kata ketam itu.

Pak Mail pulang sambil bernyanyi-nyanyi kecil. Apalah malang nasibku ini. Tiap
hari dimarah isteri. Sampai di rumah, Pak Mail berasa sangat terkejut. Rumahnya yang
buruk bertukar seperti istana. Pak Mail menadah tangan bersyukur. Sesampai di muka
pintu, Mak Munah menjerit kepada Pak Mail. Pergi ke sana! Sambil menunjukkan ke
arah bilik belakang.

Isteri yang Tamak / SKAJ 2


PERTANDINGAN KOKURIKULUM BAHASA MELAYU PERINGKAT PKG
ALOR JANGGUS, DAERAH KOTA SETAR 2016

Dua orang yang tidak dikenali memegang Pak Mail. Mereka adalah orang
suruhan Mak Munah. Bawa orang tua ini ke bilik belakang. Di situ Pak Mail mendapat
makanan dan pakaian yang lebih cantik. Dengar sini. Kamu jangan sekali-kali pergi ke
laut. Aku tidak mahu sesiapa pun tahu bahawa engkau adalah nelayan. Esok kamu
pergi tangkap ketam itu ke mari.

Mengapa? Tanya Pak Mail.

Aku tidak mahu sesiapa pun menadapat ketam itu dan menjadi kaya. Kata Mak
Munah.

Keesokannya Pak Mail pergi ke sungai untuk menangkap ketam itu. Pak Mail
pun memanggil ketam itu. Wahai Putera Raja. Timbullah. Ketam itu pun timbul di
permukaan sungai.

Wahai nelayan, apa yang boleh saya tolong?

Isteriku menyuruh aku menangkap engkau.

Tidak mengapa. Tebarkanlah jala engkau.

Lalu, Pak Mail pun menebarkan jalanya. Pak Mail mendapat ketam itu. Di rumah,
Mak Munah sudah bersedia untuk membunuh ketam itu. Apabila Pak Mail meletakkan
ketam itu di lantai, Mak Munah mengangkat penukul dan memukul ketam itu, tuba-tiba
kepulan asap muncul dan keluarlah lelaki yang kacak. Lelaki itu adalah seorang putera
raja. Mak Munah berasa marah dan cuba memukul lelaki itu. Kepulan asap muncul
sekali lagi. Secara tiba-tiba, rumahnya yang besar itu bertukar menjadi sediakala.
Barang-barang kemas hilang da lenyap dari pandangan. Wajah Mak Munah bertukar
menjadi buruk. Putera Raja dan Pak Mail hilang dari pandangan.

Isteri yang Tamak / SKAJ 3


PERTANDINGAN KOKURIKULUM BAHASA MELAYU PERINGKAT PKG
ALOR JANGGUS, DAERAH KOTA SETAR 2016

Moral daripada cerita ini kawan-kawan, kita tidak boleh bersifat tamak dan
sombong. Walaupun kita kaya, kita tidak boleh menghina orang yang miskin. Kita
mestilah berkongsi kekayaan yang kita miliki dengan golongan yang memerlukan.

Sekian, terima kasih.

Isteri yang Tamak / SKAJ 4

Anda mungkin juga menyukai