Anda di halaman 1dari 2

DOA SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA

ANJURAN KELAB GURU & KAKITANGAN


SEKOLAH SMKTD 2016
Ya Allah ya Tuhan Kami...ampunilah dosa
kedua ibu bapa kami, guru-guru kami, adik
beradik kami, saudara mara kami, sahabat2
kami dan seluruh muslimin dan muslimat di
negara ini dan seluruh pelosok dunia..
Di petang yg mulia dan penuh barakah
ini....kami menadah kedua belah tangan kami
ya Allah....semata-mata ingin memanjatkan
doa dan refleksi kami sbg tanda syukur kami
atas kurniaan rezeki dan rahmatMu ya tidak
putus2 kpd kami ya Allah...khususnys warga
kerja SMK Telok Datok
Di penghujung sambutan Syawal ini ya
Allah...kami memohon doa kepadaMu... agar
engkau terus memberi peluang kepada kami
untuk meningkatkan amal dan takwa kami
kepadaMu yaAllah...memberi peluang kepada
kami dengan sentiasa menganugerahkan
kekuatan dan kesihatan yg baik kpd
... utk menggalas tugas yg maha mencabar
untuk membentuk karekter dan peribadi insaninsan anak didik kami agar menjadi manusia
yg berguna kepada negara dan bangsa kami
ya Allah...
Allahumma ya Allah Ya Zal Jala Liwal
Ikram...untuk membentuk satu pasukan kerja
yg mantap bukanlah perkara yg mudah utk
dilakukan oleh barisan pentadbir sekolah kami
ya Allah..bukanlah boleh dibentuk dalam sehari
dua dan sekelip mata ya Allah......oleh itu kami
memohon kpdMu ya Allah... agar engkau
membantu pentadbir sekolah kami khususnya
yg dikemudikan oleh Pengetua sekolah kami
Puan Soaidah Bt Duriat dan barisan
pentadbirnya dengan menurunkan ilham dan
inspirasi dengan idea2 dan tindakan2 yg efektif
serta bernas demi utk membangunkan sekolah
ini dan membentuk satu pasukan kerja yg
mantap dan kukuh bagi menyahut visi dan
misi sekolah dan negara ini ya Allah.
Ya Allah mudahkanlah segala urusan yg
berkaitan dgn profesionalisme dan kerjaya
kami sebagai guru dan pendidik ya Allah...jauhi
dan hilangkanlah persaan jemu, keluh kesah
dan emosi gundah gulana dalam usaha kami

menjuruskan fokus dan tindakan kami untuk


mendidik anak bangsa dlm kerja buat untuk
membina negara bangsa dengan
membangunkan potensi anak2 didik kami agar
sentiasa cemerlang dan gemilang dalam setiap
aspek pembentukan ilmu, pembangunan
karekter dan sahsiah anak didik kami ya
Allah...
Ya Allah ya Robbul Jalil...di saat kami
menyambut kegembiraan di bulan Syawal ini
ya Allah...ada sebahagian drp warga kerja
kami diuji dengan ujian kesihatan ya Allah, diuji
dengan perginya orang2 yang dikasihi bertemu
denganMu ya Allah....diuji dengan pancaroba
kehidupan dan kepayahan mengemudikan
rumahtangga, pembentukan akhlak dan
sahsiah anak-anak ya Allah...maka dengan itu
ya Allah...engkau sembuhkanlah sakit yg
dihadapi oleh Cikgu Asmah Osman ya Allah,
kau sembuhkanlah sebahagian derita sakit yg
ditanggung oleh sbhg warga kerja kami yg
semakin dimamah usia dan meniti penghujung
karier kami sbg seorang pendidik...
Kau ampunilah dosa ibu2 dan dosa bapa2
warga kerja kami yg baharu sahaja
menghadapMu ya Allah ...khususnya ketigatiga ayahanda dan bonda yg dikasihi, iaitu
ayahanda kpd Cikgu Aishah Bt Omar
( Penolong Kanan Petang) sekolah ini, bonda
kpd Cikgu Azuriah Bt Abdul Manaf dan bonda
kepada Cikgu Junaidah Bt Shaari yg baharu
dipanggil olehMu di Bulan Ramadan Al
Mubarak dan bulan Syawal yg mulia ini ya
Allah... ...tempatkanlah dan kumpulkan org2 yg
kami kami kasihi ini dalam kalangan kelompok
para salafus soleh dan para anbiya yg
diberikan pelbagai nikmat dan ganjaran di
alam barzakh dan akhiratMu ya Allah...
Ya Allah...kami juga mengucapkan syukur
atas undanganMu iaitu Ustazah Alizawati dan
suaminya Cikgu Malahi sbg
Duyufurrahman...yakni menjadi tetamuMu
untuk mengerjakan Haji di Bumi Madinah dan
Makkah Al Mukarramah pada tahun
ini...Mudahkanlah urusannya utk mendapatkan
haji yang mabrur dan dpt memfokuskan
ibadah haji dan umrah dengan sempurna dan
penuh kegembiraan....
Ya Allah...kami juga mendoakan akan
kesejahteraan, kebahagiaan dan keselamatan

rakan2 kami yg bukan beragama Islam... yg


sentiasa mendokong usaha2 kami...yg
sentiasa turut serta meraikan hari2 kebesaran
Islam, khususnya sambutan Hari Raya Aidil
Fitri ..Warga kerja kami yg bukan beragama
Islam sentiasa bersikap toleran dan
menghormati kesucian agama kami dan saling
sayang menyayangi antara satu sama lain
sementelahan pula rakan kami ini bekerja dan
berkhidmat di bawah bumbung yg sama
dengan kami ya Allah...
Ya Allah....perkukuhkanlah perpaduan dan
persaudaraan dlm kalangan rakan sekerja
kami ya Allah, perkukuhkanlah perpaduan
antara kaum dlm pasukan kerja kami, kau
satukanlah fikrah dan amal tindakan kami agar
wujud "wehdatul fiqh" dan "wehdatul amal"
atau kesatuan pemikiran dan kesatuan
tindakan dlm kalangan pasukan kerja sekolah
kami ya Allah...ya Allah....kpd rakan2 guru yg

menjalani praktikum di sekolah ini, kami


memohon kpdMu ya Allah agar engkau
memperlihatkan budaya kerja cemerlang
pasukan kerja sekolah ini, sifat kasih sayang
dan mahabbah dlm kalangan warga kerja
sekolah ini dan engkau tutupkanlah lompang2
keaiban akan kekurangan dan kelemahan2
kami sebagai pendidik yg sejati. Jadikanlah
pasukan kerja sekolah ini sbg "qudwatun
hasanah" yakni ikon suri teladan yg baik buat
bekalan kpd mereka menggalas tugas suci dan
tugas murni kami... sbg pendidik generasi
masa hadapan yg penuh cabaran pada masa
ini ya Allah....Kau permudahkanlah urusan
praktikum kami.....kau lapangkanlah hati dan
emosi kami selama mana kami berada di
skolah ini dan kau anugerahkanlah
kegembiran dan kejayaan kami menimba ilmu
dan pengalaman berguna selama kami berada
di sekolah ini...amin2 Ya Rabbal A'lamin..

Anda mungkin juga menyukai