Anda di halaman 1dari 8

Cara-cara Amalan Untuk Mendapatkan

Rezeki Yang Murah Berpandukan Al-Quran


dan Hadis Nabi SAW.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan
mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang
istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini telah pun di tetapkan rezekinya sama
ada banyak atau sedikit sejak di dalam kandungan ibunya lagi. Keyakinan kepada
rezeki yang datangnya daripada Allah SWT adalah merupakan salah satu daripada
rukun iman yang ke 6 iaitu percaya kepada qada dan qadar.
Setiap rezeki manusia sudah ditetapkan oleh Allah. Jadi kita tidak perlu risau akan
hal ini.
Allah SWT menyebut di dalam surah al-Anam, ayat 151 yang bermaksud :
Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka. (yakni anakanak)
Walau bagaimana pun kita perlu berusaha dan bertawakal kepada Allah SWT untuk
memiliki rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.
Terdapat beberapa amalan untuk mendapat rezeki yang murah. Perkara-perkara
tersebut adalah seperti berikut :

1. Jangan tinggalkan beribadah kepada Allah.


Pastikan solat 5 waktu dikerjakan pada waktunya, sebaik-baiknya secara berjemaah.
Firman Allah SWT dalam hadis qudsi yang maksudnya : "Wahai anak Adam,
sempatkanlah untuk menyembahku nescaya aku membuat hatimu kaya dan

menutup kefakiranmu". (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah, dan al-Hakim
dari Abu Hurairah r.a)

2. Memperbanyakkan istighfar .
Memohon kepada Allah, merintih dan mengaku kesalahan di hadapan Allah SWT
boleh menjadi sebab Allah SWT akan bertambah kasih kepada kita.
Firman Allah SWT maksudnya : Mohonlah ampunlah kepada Rabb kalian,
sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan
kepadamu dengan lebat (melimpah ruah membawa kebaikan), dan membanyakkan
harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan
(pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai (yang penuh dengan kebaikan dan
manfaat). (Surah Nuh ayat 10 12)
Sabda Nabi S.A.W. " Barangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan
memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. (Riwayat Ahmad, Abu
Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a)

3. Meninggalkan perbuatan dosa.


Setakat beristighfar sahaja tidak mencukupi kalau masih melakukan dosa.
Nabi SAW bersabda maksudnya : Tidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia
melakukan kebaikan, dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-Muallaq)
kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu ditahan rezekinya disebabkan
dosa-dosa yang sentiasa dilakukannya ( Hadis Riwayat Ibn Majah, Ahmad Hadis
Hasan)
Sabda Rasulullah S.A.W : "...dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki
kerana dosa yang dibuatnya" (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

4. Banyak ingat Allah.


Sumber rezeki dalam bentuk ketenangan yang Allah SWT janjikan dalam firmannya
dalam surah Ar-Ra'd, ayat 28 yang bermaksud : "...ingatlah, hanya dengan
mengingati Allah hati menjadi tenteram"

5. Berbakti dan mendoakan kedua ibu bapa.


Dalam hadis riwayat Imam Ahmad boleh memanjangkan umur dan di murahkan
rezeki. Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan
Allah akan memanjangkan umurnya. (Hadis Riwayat Abu Yaala, at-Tabrani, alAsybahani dan al-Hakim)
Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud : Apabila hamba itu meninggalkan
berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah )
daripadanya. (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah


Membantu orang yang memerlukan bantuan seperti orang tua, orang sakit, anak
yatim, orang fakir miskin, isteri dan anak-anak. Sabda Nabi SAW yang maksudnya :
Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang
lemah di kalangan kamu. (Hadis Riwayat Bukhari)

7. Menyampaikan hajat orang lain.


Apabila kita menyampaikan hajat saudara kita maka Allah SWT akan membalasnya
dalam bentuk tertunainya pula hajat kita.
Sabda Rasulullah SAW maksudnya : Siapa yang menunaikan hajat saudaranya
maka Allah akan menunaikan hajatnya (Hadis Riwayat Muslim)

8. Banyakkan berselawat ke atas junjungan


besar kita Nabi Muhammad S.A.W.
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi
kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh,
maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku

dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan
pembela baginya. " (Hadis Riwayat Baihaqi dari Al-Khatib)
Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : " Sesuatu doa terdinding
(terhalang) sehinggalah seseorang yang berdoa berselawat kepada Nabi SAW. "
(Hadis Riwayat At-Tabaraani)
Dengan berselawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran
serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.

9. Buat kebajikandan membantu orang yang


lemah.
Nabi SAW bersabda maksudnya : Carilah untukku orang-orang lemah kerana
hanya kita diberi rezeki dan dibantu sebab orang-orang lemah dari kalangan kamu.
(Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Ibnu Hibban, Al Hakim)
Ibnu Abbas berkata:Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati,
kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala
kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh,
sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.

10. Bersedekah waktu pagi meredakan murka


Allah, menarik rezeki dan menolak bala.
Nabi SAW berwasiat kepada Saidina Ali k.wj maksudnya : "Wahai Ali ! Sedekah
yang sembunyi-sembunyi itu dapat mereda murka Allah dan dapat menarik rezeki
dan berkah yang banyak. Maka berpagi-pagilah kalau bersedekah. Kerana
sesungguhnya bahaya itu turun pagi hari, sebelum bahaya turun, bersedekahlah
sehingga dapat menolak bahaya di udara."
Nabi SAW bersabda maksudnya : Apabila kamu telah selesai solat subuh janganlah
kamu tidur tanpa mencari rezeki. (Hadis Riwayat Tabrani)
Nabi SAW bersabda maksudnya : Pergilah awal pagi untuk mencari rezeki dan
keperluan kerana pagi membawa keberkatan dan kejayaan. (Hadis Riwayat
Tabrani, Ibnu Adi)

Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur pada waktu Subuh.
Maka dikatakan kepada anaknya, "Bangun! Apakah kamu tidur pada waktu rezeki
dibahagi-bahagikan?"

11. Menjalin silaturrahim.


Nabi SAW bersabda maksudnya : Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan
dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya (menjalini
silaturahim) (Hadis Riwayat Bukhari)

12. Sentiasa dalam keadaan berwuduk.


Sabda Rasulullah SAW maksudnya : Sentiasalah berada dalam keadaan bersih
(dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki. (Diriwayatkan daripada
Sayidina Khalid al-Walid r.a)

13. Banyakkan membantu dan melapangkan


kesusahan orang lain.
Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam maksudnya : Hai Zubair,
ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah
azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang
membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan
baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.
(Hadis Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Hormati dan melayan tetamu.


Nabi SAW berwasiat kepada Saidina Ali k.wj. maksudnya : "Wahai Ali ! Anjurkanlah
berbuat baik kepada mereka yang sedang ceria wajahnya. Dan hormatilah tetamu
sebab rezeki tetamu yang singgah kerumah sesaorang pun ikut singgah di situ. Dan
kalau ia meninggalkan rumah itu, dosa penghuni rumah itu lenyap bersama
kepergian tetamu tersebut. Lalu terhapuslah dosa-dosa itu jauh ditengah lautan."

15. Amalkan Solat Duha.


Firman Allah SWT dalam hadis qudsi yang bermaksud : Wahai anak Adam, jangan
sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang
(solat Duha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.
(Hadis Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Syukur di atas segala pemberian Allah.


Firman Allah SWT maksudnya : Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur,
nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu
kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras. (Surah Ibrahim ayat 7)

17. Mengamalkan ayat-ayat tertentu dalam AlQuran yang mempunyai fadhilat dalam meluaskan
rezeki.
Ada riwayat menjelaskan : "Mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah
pada tiap-tiap malam, insya Allah tidak akan merasai kepapaan".
Rasulullah S.A.W. juga bersabda maksudnya : "Surah Yaasin dinamakan di dalam
kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan
pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari
kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap
keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan.
Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah,
nescaya Allah akan mengampunkan dosanya.. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan
Ibnu Hibban).
Mengamalkan membaca surah at-Talaq ayat 2-3 (dipanggil ayat 1000 dinar).
Firman Allah SWT maksudnya : Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia
akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di
sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah
akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang

dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap


sesuatu. (Surah at-Talaq ayat2-3)
Antara fadilatnya ialah mendapat rezeki yang tidak disangka bahkan memperoleh
rezeki menurut jalan yang tidak pernah terfikir, melenyapkan segala bentuk
kesusahan serta dijauhkan daripada keraguan dan kesusahan maut.
Menurut banyak riwayat, sebab ayat seribu dinar diturunkan Allah adalah kerana
peristiwa berkaitan seorang sahabat bernama Auf bin Malik al-Asyjai yang
mempunyai anak lelaki ditawan kaum Musyrikin. Beliau mengadu perkara itu kepada
Rasulullah SAW dan Baginda meminta Auf supaya bersabar sambil bersabda
kepadanya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah akan memberi jalan keluar
kepadamu. Ternyata tidak lama selepas itu anaknya dilepaskan daripada tawanan
pihak musuh dan dalam perjalanan ia terserempak seekor kambing kepunyaan
musuh lalu dibawanya kambing itu kepada ayahnya.
Kemudian turunlah ayat yang bermaksud: Siapa yang bertakwa kepada Allah, Dia
menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak
disangka-sangka dan tidak terfikir sebelumnya. (Hadis riwayat Ibnu Jarir)

18. Sentiasa berdoa kepada Allah.


Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang
dipanggil Abu Umamah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya: Wahai Abu
Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?
Jawab Abu Umamah: Dukacita dan hutang menyelubungi ku, wahai Rasulullah!
Jawab Rasulullah: Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu
membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan
hutangmu.
Abu Umamah menjawab: Ya, wahai Rasulullah.
Baginda bersabda: Apabila tiba waktu pagi dan petang bacalah:
Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku
berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu
daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada
bebanan hutang dan penindasan orang.

Kata Abu Umamah: Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa
dukacita ku dan melangsaikan hutang ku.
(Hadis Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri).

19. Berusaha dengan bersungguh-sungguh keluar


rumah mencari rezeki.
Barang siapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini
tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.
(Surah An Nisaa ayat 100)
Sebenarnya Allah sudah memberi kita pakej yang cukup lengkap kepada kita untuk
berjaya dalam perkara-perkara yang telah ditetapkan untuk kita, ini adalah
sunnatullah, siapa yang gigih berusaha akan terbukalah jalan-jalan mencari rezeki
baginya dengan mudah kerana keluar rumah mencari rezeki juga dikira sebagai
berhijrah di jalan Allah.

20. Bertawakal kepada Allah SWT.


Berserah semata-semata kepada Allah SWT setelah berusaha, maksud firman Allah
SWT: Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan
(keperluannya). (Surah At-Thalaq ayat 3)
Nabi SAW bersabda maksudnya : Seandainya kamu bertawakal kepada Allah
dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi
rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang. (Hadis Riwayat Ahmad, atTirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Sahabat yang dimuliakan,
Hayatilah beberapa panduan dan amalan-amalan di atas sebagaimana di nyatakan
oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW jalan-jalan untuk
mendapatkan murah rezeki daripada Allah SWT. Pastikan rezeki yang kalian cari
adalah halal dan bersih daripada perkara yang haram dan subahat. Kerana setiap
ringgit wang yang kita perolehi akan ditanya nanti dihari akhirat.

Anda mungkin juga menyukai