Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN BULANAN RAKAN EXCO

PENGINAPAN DAN KEMASYARAKATAN


MAJLIS MAHASISWA KOLEJ KOLEJ AMINUDDIN BAKI, UPSI
SESI 2014/2015

NAMA

: SITI NORSYAHIRAH BINTI WAGIMAN

REXCO

: PENGINAPAN DAN KEMASYARAKATAN

PENASIHAT

TARIKH : 19 - 22 MAC 2015


AKTIVITI : Hari Terbuka Kolej Aminuddin Baki kali ke-15 (HTKAB 15)

Hari Terbuka Kolej Aminuddin Baki (HTKAB) merupakan satu program wajib setiap sidang bagi Majlis Mahasiswa
Kolej (MMK). Program ini merupakan sebuah platform yang dirancang khusus untuk mahasiswa/i Kolej Aminuddin Baki
supaya terus cemerlang sebagai mahasiswa/i yang proaktif, berdaya saing serta mempunyai sahsiah yang tinggi
melalui pelbagai pengisian disepanjang program HTKAB. Melalui HTKAB juga diharap dapat memberi pengalaman dan
peluang kepada

mahasiswa/i KAB untuk memastikan mereka menjadi individu yang mampu memberi manfaat bukan

sahaja kepada diri sendiri bahkan kepada masyarakat sekitar.


Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para penghuni kolej dan warga UPSI mengenai semangat
cintakan universiti dan kolej kediaman. Selain itu, program ini meningkatkan ilmu pengetahuan dan pengalaman serta
kredibiliti dalam mahasiswa tentang pengurusan sesuatu program sekali gus memberi kesedaran kepada para penghuni
kolej dan warga UPSI mengenai semangat cinta akan universiti dan kolej kediaman.
Bagi program HTKAB ini, saya telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai AJK Protokol di
bawah pimpinan saudari Hazwani Huzaimi dan dibantu oleh beberapa orang mantan Majlis Mahasiswa Kolej (MMK) sidang
2013/2014 bagi memastikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar dan tiada sebarang masalah yang berat berlaku.
Alhamdulillah, program ini berjaya dijalankan dengan jayanya.

Anda mungkin juga menyukai