Anda di halaman 1dari 5

Pendahuluan

Jawi merupakan salah satu komponen asas dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.Usaha
menguasai kemahiran menulis dan membaca jawi sangat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan di bilik darjah atau semasa ulangkaji kendiri.Oleh itu, pihak panitia
pendidikan Islam sekolah ini mengambil inisiatif untuk melaksanakan program ”Klinik Jawi” dengan
hasrat membimbing pelajar menguasai kemahiran ini dengan lebih mudah melalui beberapa kaedah
yang lebih praktikal dan terancang.

Objektif

1- Memberi pendedahan kepada para pelajar cara dan teknik menulis dan membaca

jawi yang lebih mudah dan terancang

2- Menyuntik semangat kesungguhan mempelajari jawi dalam diri pelajar sebagai

satu warisan budaya yang perlu dikekalkan

3- Memberi pemulihan, pengukuhan dan pengayaan kepada para pelajar agar mereka

dapat meningkatkan kemahiran jawi dari semasa ke semasa.

Tarikh : Februari- September

(Masa P&P / 2 waktu Tambahan / Masa Nilam

sekurang-kurangnya 1 kali sebulan)

Tempat : Kelas/ Bilik Gerakan / Pusat Sumber

SMK Pekan Kota Belud

Sasaran : Pelajar tingkatan 1 hingga 5 (mengikut kelas / pelajar yang

diajar oleh GPI)

Ketua Mentor/

Fasilitator : Ustazah Rosnani Sidin

Mentor/ Fasilitator
:Semua Guru Pendidikan Islam (7 orang)

Pemantau : Pn. Dg Aziziah Mohd Tahir

Ketua Bidang Sains Sosial

Sumber Kewangan : Sekolah /Panitia

JAWATANKUASA PELAKSANA KLINIK JAWI

Penyelaras : Ustz Rosnani binti Sidin

Setiausaha : Ustz. Solihah Daud

AJK PA Sistem & Penyediaan LCD

Ustaz Mohd Ramlan Budiman

AJK Peralatan / Bahan Program

Ust Mukhtar Mat Arshad

AJK Fotografi

Ustz Mazmin Ag Matusin

AJK Jamuan

Ustz Wan Mahani Wan Muda

AJK Sijil

Ust. Cik Roslan Che Ani

Jadual Pelaksanaan Program Klinik Jawi 2010

17 Februari 2010 (Rabu) Taklimat dan Ceramah Jawi

(Para Mentor Jawi) di Bilik Gerakan oleh Ustazah Rosnani Sidin

Februari 2010 Modul 1

-pengenalan huruf

-padanan huruf

-menyambung huruf

-bunyi vokal
(Bahan Pintas Jawi –

buku bacaan 1)

*latih tubi menulis dgn betul

Mac 2010 Modul 2

-suku kata dan kata ganda

• terbuka + terbuka

• terbuka + tertutup

• tertutup + terbuka

• tertutup + tertutup

Apr 2010 Modul 3

-homograf

-diftong

-penggunaan ka dan ga

Jun 2010 Modul 4

-penggunaan imbuhan awalan dan akhiran

-penggunaan hamzah

Julai 2010 Modul 5

-perkataan b.arab / b.Inggeris

-akronim

September 2010 Modul 6

-Penilaian Jawi (bacaan dan tulisan)

(Bahan – Pintas Jawi –buku bacaan 3)


Kumpulan Mentor-Mantee Jawi

TINGKATAN /MENTOR /KELAS

1 Ust. Cik Roslan Che Ani 1 Ikhlas, 1 Syukor,

1 Kerjasama

Ust. Mohd Ramlan Budiman 1 Adil, 1 Berani, 1 Jujur

2- Ust. Cik Roslan Che Ani 2 Ikhlas, 2 Jujur

Ust. Mohd Ramlan Budiman 2 Adil, 2 Kerjasama

Ustz Wan Mahani Wan Muda 2 Syukur

Ustz Mazmin Ag Matusin 2 Berani

3- Ustz Wan Mahani Wan Muda 3 Ikhlas, 3 Berani, 3 Jujur

Ustz Mazmin Ag Matusin 3 Adil, 3 Syukur,

3 Kerjasama

4- Ustz Rosnani Sidin 4 Ikhlas

Ust. Mukhtar Mat Arshad 4 Jujur, 4 Syukur,

Ustz Solihah Daud 4 Berani, 4 Adil, 4 Kerjasama,

5- Ustz Rosnani Sidin 5 Ikhlas, 5 Jujur, 5 Syukur

Ust. Mukhtar Mat Arshad 5 Adil, 5 Kerjasama, 5 Berani

• Mentor hendaklah melaporkan perkembangan pelajar mengikut kelas setiap kali s elepas
perjumpaan dilakukan. (borang laporan disediakan)

Anggaran Perbelanjaan

Bil Perbelanjaan Anggaran Catatan

01 Hadiah tokoh Jawi (mengikut tingkatan) 5 orang x RM10.00 =RM50.00 Diberi pada akhir program
- September

02 -Kertas A4 size

10 Rim x RM12.00

=RM120.00 untuk fotostat bahan modul

JUMLAH RM170.00
Bahan-bahan Program yang diperlukan

-Kertas A4 size (untuk fotostat bahan modul)

-Marker Pen

Cadangan

-Anugerah Tokoh Jawi (mengikut tingkatan)

Penutup

Diharapkan program ini dapat meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pelajar dalam
menguasai tulisan dan bacaan jawi seterusnya dapat membantu meningkatkan prestasi mereka
dalam ujian dan peperiksaan.

Disediakan oleh

(USTZ ROSNANI BINTI SIDIN)

Tarikh:

S.k - Fail

Anda mungkin juga menyukai