Anda di halaman 1dari 6

SALASILAH KELUARGA SAYA

NAMA : HAFIZATUL AMIRAH BT HILMI KELAS : I DINAMIK NAMA GURU : PUAN HAJAH HAMIDAH BT SAID

Penghargaan
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru subjek Sejarah saya, Puan Hamidah bt Said kerana telah memberikan tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkkan folio ini. Beliau juga sanggup berkorban bagi meluangkan masa untuk memberikan sedikit idea-idea yang bernas. Tidak lupa juga buat bapa saya, Hilmi b Mohamed dan ibu saya, Suhana bt Dahwan kerana telah memberikan dorongan kepada saya sepanjang saya menyiapkan folio ini. Mereka juga telah bekerjasama untuk memberikan serba sedikit berkenaan riwayat hidup mereka untuk dimuatkan di dalam folio saya ini. Ucapan terima kasih ini juga ditujukan buat rakan-rakan saya, Nurul Aida bt Mejnan, Areena bt Kamaruddin, Nur Afiqah bt Amri dan Raja Syazana bt Raja Amir Iskandar kerana telah membantu saya mengumpulkan idea-idea yang bernas untuk melengkapkan kerja kursus ini. Sesungguhnya, nasihat yang kalian semua beri amat berharga bagi saya dan saya akan guna dengan sebaik mungkin. InsyaALLAH. Semoga folio ini dapat dijadikan tunjuk ajar dan bahan rujukan bagi remaja pada masa akan datang. Sekian, Terima Kasih.

Objektif
Obejktif utama penghasilan folio ini adalah kita dapat mengetahui serba-sedikit riwayat ibu bapa. Secara tidak langsung, latar belakang mereka dapat diketahui. Hobi dan keistimewaan mereka pada zama kanak-kanak dan remaja juga dapat dirungkai. Objektif seterusnya adalah dengan melaksanakan tesis ini, kita dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia terjalin. Apabila kita berkomunikasi dengan ibu bapa untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki, secara tidak langsung hubungan kita akan menjadi semakin rapat. Selain itu, kita juga akan saling mencintai antara satu sama lain. Pepatah melayu ada mengatakan, tak kenal, maka tak cinta. Objektif yang terakhir yang dapat saya rungkaikan di sini adalah ibu bapa juga dapat dijadikan idola dan mentor dala kehidupan. Dengan adanya mentor di dalam hidup, hidup kita akan menjadi lebih aman dan bermakna. Bukan pemain bola sahaja yang dapat dijadikan idola tetapi ibu bapa juga boleh.

Kaedah Kajian
Kaedah-kaedah yang saya gunakan bagi mendapatkan maklumat untuk dimuatkan di dalam folio ini adalah dengan melalui temu bual. Contohnya yang paling terdekat adalah menemu bual ibu bapa, rakan-rakan atau guru. Denag menemu bual ibu bapa, kita akan mendapat serba sedikit maklumat berkenaan riwayat hidup mereka. Kaedah seterusnya yang saya gunakan ialah melalui rujukan perpustakaan atau rujukan buku. Melalui buku tersebut, kita boleh mengambil sedikit isi penting yang berkaitan dengan kerja kursus yang sedang dilaksanaka. Hal ini dapat meringankan sedikit kerja kita untuk mencari maklumat. Dengan melayari internet juga saya mendapat beberapa maklumat penting yang diperlukan. Saya turut melayari ke laman web beberapa tokoh-tokoh Negara bagi mencari contoh riwayat hidup mereka untuk dimuatkan di dalam tesis ini. Sesungguhnya, maklumat itu amat diperlukan oleh saya.

RIWAYAT HIDUP AYAH

Setiap manusia di dunia ini pasti mempunyai seorang bapa. Begitu juga dengan saya. Saya mempunyai seorang bapa yang sangat bertanggungjawab. Beliau bernama Hilmi bin Mohamed. Sekarang , beliau berumur 36 tahun.

Anda mungkin juga menyukai