Anda di halaman 1dari 2

(KEPENTINGAN KESIHATAN MENTAL)

Sejak akhir-akhir ini, masalah mental semakin meningkat di negara kita. Perubahan gaya
hidup yang meningkatkan tekanan kepada seseorang merupakan salah satu faktornya. Tahukah anda
kesihatan mental adalah asas kepada kesejahteraan individu dan kemampuan masyarakat berfungsi
secara efektif? Antara punca utama yang mengalami gangguan mental adalah penggangutan,
diberhentikan kerja, masalah rumah tangga, gangguan tidur dan sebagainya.

Antara kepentingan penjagaan kesihatan mental ialah menjadi asas kepada kesejahteraan
individu dan masyarakat secara efektif. Bagi kepentingan ini, kesihatan mental dirujuk sebagai
petunjuk untuk menunjukkan satu keadaan yang sejahtera dimana seorang individu menyedari tentang
keupayaan diri, dapat bekerja secara produktif, dapat mengendalikan tekanan dengan baik dan mampu
menyumbang kepada masyarakat. Kesihatan mental merupakan ekspresi emosi dan melambangkan
keupayaan untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai tekanan dan tuntutan hidup. Adalah penting bagi
seseorang untuk mengendalikan tekanan baik yang dapat menyeimbangkan kesihatan mental dan
keadaan sekeliling.

Selain itu, bekerja secara produktif juga merupakan kepentingan penjagaan kesihatan
mental. Fenomena ini kita dapat melihatnya melalui mental yang sihat. Mental yang sihat
juga dapat diperolehi apabila kita dapat memotivasikan diri kita sendiri. Motivasi dapat
meransang mental seseorang untuk melakukan pekerjaan dalam keadaan yang baik. Di
samping itu, keputusan dalam pekerjaan dapat dilakukan secara baik dan dalam keadaan yang
waras. Mental yang sihat membolehkan seseorang untuk mengetahui perkara yang perlu
dilakukan. Penyusunan pekerjaan mengikut kepentingan dapat dilaksanakan.

Seterusnya, kesihatan mental menyebabkan seseorang mampu mengharungi cabaran


kehidupan secara berhemah. Individu yang mempunyai kesihatan mental yang baik akan tahu
untuk mengendali tekanan dengan baik. Untuk menangani tekanan, seseorang itu perlu
melakukan aktiviti harian atau beriadah untuk mengurangkan tekanan. Selain itu, dalam
cabaran kehidupan, pastinya mudah untuk menerima pelbagai kenyataan. Seseorang individu
akan menggunakan keupayaan diri dalam mengatasi cabaran yang kian mencabar pada masa
kini.ia juga akan membawa kepada pemikiran yang positif. Hal ini akan menjerumus kepada
kebaikan yang mampu memberikan kesejahteraan kepada diri dan masyarakat. Oleh itu,
kesihatan mental yang baik membolehkan seseorang secara umumnya menjalani kehidupan
mengikut perancangan yang telah dilakukan.
Rujukan:

-https://www.researchgate.net/publication/315456905_KESIHATAN_FIZIKAL_DAN_MENTAL

-https://www.prihatinspanco.com.my/2022/02/05/4286/

nn

Anda mungkin juga menyukai