Anda di halaman 1dari 26

TAZKIRAH RAMADHAN

2018/1439H

Dr. Mohd Adib Abd Muin, IFP, CQIF (Wealth Management)


Tarikh: 22 Mei 2018/ 6 Ramadan 1439H (Selasa)
Masa: 5.45 PM
Tempat: Dewan Sri Angsana, EDC Hotels & Resorts
1
Isi Kandungan

1.0 Pengenalan
2.0 Persiapan Bulan Ramadhan
3.0 Persiapan sebelum bulan Ramadhan
4.0 Kelebihan di Bulan Ramadhan
5.0 Kesilapan Kerap di Bulan Ramadhan
6.0 Peristiwa Besar di Bulan Ramadhan
6.0 Kesimpulan
7.0 Sesi Soal Jawab

2
3
1.0 Pengenalan

• Berpuasa merupakan salah satu rukun Islam.


• Puasa adalah ibadah kepada Allah SWT dengan menahan diri dari makan
minum dan segala sesuatu yang membatalkannya sejak terbit fajar sampai
terbenam matahari.
• Ibadah puasa mensucikan dan membersihkan jiwa dari segala perbuatan dan
perkataan yang tercela.
• Berpuasa diwajibkan ke atas individu Muslim yang cukup syarat iaitu:
o Islam
o Baligh
o Berakal
o Berupaya untuk mengerjakannya
o Sihat
o Tidak musafir
4
1.1 Definisi Puasa

o Bahasa: menahan diri daripada melakukan sesuatu


seperti makan, minum dan bercakap.

o Syarak: Menahan diri daripada sebarang perkara yang


membatalkannya, bermula dari terbit fajar hingga
matahari terbenam dengan niat puasa.

5
1.2 Dalil Berpuasa (al-Qur’an)

َ ُ‫ِيي ِه ْي قَ ْب ِل ُك ْن لَعَلَّ ُك ْن تَتَّق‬


‫ْى‬ َ ‫علَى الَّذ‬ ّ ِ ‫علَ ْي ُك ُن‬
َ ِ‫الصيَا ُم َك َوا ُكت‬
َ ‫ب‬ َ ‫يَا أَيُّ َِا الَّذ‬
َ ِ‫ِيي آ َهٌُْا ُكت‬
َ ‫ب‬

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian untuk


berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar
kalian bertakwa..” (Surah al-Baqarah: 183)

6
1.2 Dalil Berpuasa (Hadis)

Dalam hadis Abdullah bin Umar riwayat al-Bukhâry dan Muslim, Nabi
SAW menerangkan bahawa puasa adalah salah satu rukun Islam yang
agung dan mulia,
َّ ‫ َّ ِإقَ ِام ال‬، ِ‫َّللا‬
ِ َ‫ َّ ِإيت‬، ‫صالَ ِة‬
‫اء‬ ُ ‫َّللاُ َّأَ َّى ُه َح َّودًا َر‬
َّ ‫سْ ُل‬ َّ َّ‫ش َِا َد ِة أَ ْى الَ ِإلَََ ِإال‬
َ ‫علَى َخ ْو ٍس‬
َ ‫سالَ ُم‬
ْ ‫اإل‬
ِ ‫بٌُِ َي‬ •
َ ‫ض‬
‫اى‬ َ َّ ، ِ‫ َّا ْل َح ّج‬، ‫الزكَا ِة‬
َ ‫ص ْْ ِم َر َه‬ َّ

Islam dibangun di atas lima (perkara): Syahadat Lâ Ilâha Illallâh wa
Anna Muhammadan „Abduhu wa Rasûluhu, mendirikan solat, me-
ngeluarkan zakat, Menunaikan Fardu Haji, dan berpuasa di bulan
Ramadhan.”

7
1.3 Rukun Puasa

• Niat mengerjakan puasa pada tiap-tiap malam di bulan Ramadhan


(puasa wajib) atau hari yang hendak berpuasa (puasa sunat). Waktu
berniat adalah mulai daripada terbenamnya matahari sehingga
terbit fajar.
• Meninggalkan sesuatu yang membatalkan puasa mulai terbit fajar
sehingga masuk matahari.

8
1.4 Syarat Sah Puasa

• Beragama Islam
• Berakal
• Tidak dalam haid, nifas dan wiladah (melahirkan anak) bagi kaum
wanita
• Hari yang sah berpuasa.

9
1.5 Perkara sunat ketika berpuasa

• Bersahur walaupun sedikit makanan atau minuman


• Melambatkan bersahur
• Meninggalkan perkataan atau perbuatan keji
• Segera berbuka setelah masuknya waktu berbuka
• Mendahulukan berbuka daripada sembahyang Maghrib
• Berbuka dengan buah tamar, jika tidak ada dengan air
• Membaca doa berbuka puasa

10
1.6 Perkara Yang Membatalkan Puasa

• Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan


• Muntah dengan sengaja
• Bersetubuh atau mengeluarkan mani dengan sengaja
• kedatangan haid atau nifas
• Melahirkan anak atau keguguran
• Gila walaupun sekejap
• Mabuk ataupun pengsan sepanjang hari
• Murtad atau keluar daripada agama Islam

11
1.7 Perkara Makruh Ketika Berpuasa

• Selalu berkumur-kumur
• Merasa makanan dengan lidah
• Berbekam kecuali perlu
• Mengulum sesuatu

12
1.8 Lafaz Niat Puasa

1. Lafaz Niat Puasa Harian di Bulan Ramadhan

‫سٌَ ِت ِ ََّلِلِ تَعَالَى‬


َّ ‫اى َُ ِذ ٍِ ال‬
َ ‫ض‬َ ‫ض َر َه‬ ِ ‫غ ٍد أ َ ْى أَد‬
ِ ‫َاء فَ ْز‬ َ ‫ص ْْ َم‬
َ ُ‫ًَ َْيْت‬
Bahasa rumi: Nawaitu Souma Ghadin „An Ada-„i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati
Lil‟lahi Ta‟ala
Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta‟ala

2. Lafaz Niat Puasa Sebulan di Bulan Ramadhan

‫اى ِك ِلّ َِ ِ ََّلِلِ تَعَالَى‬


َ ‫ض‬َ ‫ش ِْ ِز َر َه‬ َ ُ‫ًَ َْيْت‬
َ ‫ص ْْ َم‬
Bahasa rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul‟lihi Lil‟lahi Ta‟ala
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta‟ala

13
2.0 Persiapan di Bulan Ramadhan

• Persiapan Rohani
• Persiapan Ilmu
• Persiapan Fizikal
• Persiapan Ekonomi

14
3.0 Persiapan sebelum Ramadhan

• Dengan banyak berpuasa dalam bulan Sya‟ban.


• Mengulangkaji ilmu tentang puasa
• Membaca kembali hadis-hadis Nabi s.a.w. tentang fadhilat
(kelebihan) puasa dan bulan Ramadhan.
• Mengetahui amalan-amalan utama dan besar pahalanya di bulan
Ramadhan.

15
3.1 Persiapan Ramadhan Sebagai Pelajar

• Aktifkan diri dengan aktiviti berfaedah


• Mengulangkaji di perpustakaan dan masjid
• Kerap meluangkan masa untuk usroh dan group discussion
• Elakkan dari melakukan aktiviti yang melalaikan seperti tengok movie
korea, main games, dll.
• Buat jadual harian yang lengkap dengan perkara yang bermanfaat
• Kurangkan tidur (max 6 hours)
• Manfaatkan masa sahur dan selepas solat subuh dengan baik
• Siapkan nota-nota khusus bagi setiap silibus subjek untuk revision.
• Cari buddy/kawan yang sentiasa bersikap positif untuk belajar.
• Etc.

16
4.0 Kelebihan di Bulan Ramadhan

• Berpuasa sebulan
• Membayar zakat fitrah
• Khatam al-Quran/ bertadarus/ bertadabbur
• Malam lailatul qadar (ganjaran seribu bulan)
• Solat terawih berjemaah (23 Rakaat termasuk witir/11 rakaat)
• Iktikaf di Masjid
• Melakukan solat malam
• Menahan nafsu perut, nafsu marah
• Menggalakkan diri dengan sifat-sifat mahmudah
• Menghindarkan diri dari penyakit yang berpunca daripada makanan
• Meningkatkan ketakwaan diri kepada Allah SWT.
• Bersedekah
• Tahsin Solat

17
4.1 Kelebihan di Bulan Ramadhan

Pada bulan Ramadhan dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan dirantai syaitan-
syaitan
Sabda Rasulullah s.a.w;

ُ َ ‫حد أ‬
ٌ‫ت٘اب اىجَّْ ِح فيَ ٌْ ٌُغيَ ْق ٍْٖا تاب‬ ْ ّ ِ‫ٍشاُ فيَ ٌْ ٌُفرَحْ ٍْٖا تابٌ ٗفُر‬ ُ َ ‫قد أ‬
ِ ِْ‫ت٘اب اى‬ ْ ّ‫غ ِي‬
ُ ٗ ِ‫اىج‬
ِّ ُ ‫ٍاطٍِ ٗ ٍَشدَج‬
ِ ِ ‫صفَّذ‬
َّ ‫خ اى‬
‫ش‬ ُ َُ‫ضا‬ ِ ‫إِرَا َماَُ أ َ َّٗ ُه ىٍَيَ ٍح ٍِ ش‬
َ ٍ‫َٖش َس‬
‫اس ٗرَىلَ ُم َّو َىٍ َي ِح‬
ِ َّْ‫عرَقَا ٌء ٍِ اى‬
ُ ‫ ٗهلل‬.‫قص ْش‬ِ َ ‫ش ِ ّش أ‬ َ ‫اىخٍش أَق ِث ْو ٌٗا َتا ِغ‬
َّ ‫ً اى‬ ِ َ ‫ٌَُْٗادِي ٍَُْا ٍد ٌا َتا ِغ‬
ً

“Apabila tiba malam pertama Ramadhan akan diikat/dirantai segala syaitan dan jin-jin yang
sesat, ditutup segala pintu neraka hingga tidak ada satu pintu pun yang dibuka, dibuka segala pintu
syurga hingga tidak ada satu pintupun yang ditutup. Seorang penyeru (yakni Malaikat) akan
berseru; “Wahai orang yang mengejar kebaikan! Tampillah kamu. Wahai orang yang ingin
melakukan kejahatan! Undurlah kamu (yakni berhentilah dari melakukan kejahatan)”. Akan
terdapat orang-orang yang bakal dibebaskan Allah dari api neraka. Hal demikian itu berlaku pada
setiap malam (di sepanjang Ramadhan)”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Baihaqi dan Ibnu Hibban dari
Abu Hurairah r.a.)

18
4.2 Kelebihan di Bulan Ramadhan

Lima anugerah khusus Allah untuk umat Muhammad di bulan Ramadhan

Sabda Rasulullah s.a.w.;


:ُ‫ظ َش هللاُ إِىَ ٍْ ِٔ ىَ ٌْ ٌُعَ ِزّ ْتُٔ أَتَذًا َٗأ َ ٍَّا اىََّّاٍَِّح‬ َ َّ َُْ‫ضا‬
َ َّ ِْ ٍَ َٗ ٌْ ِٖ ٍْ َ‫ظ َش هللاُ إِى‬ َ ٍَ ‫ش ْٖ ِش َس‬َ ِْ ٍِ ‫اى٘اْ ِحذَج ُ فَإَُِّّٔ إِرَا َماَُْ أ َ َّٗ ُه ىَ ٍْيَ ٍح‬ َ ‫ أ َ ٍَّا‬:ًْ ‫ً قَ ْث ِي‬ َ ‫سا ىَ ٌْ ٌُ ْع‬
ٌّ ِ‫ط ُٖ َِّ َّث‬ ً ََْ ‫ضاَُْ خ‬َ ٍَ ‫ش ْٖ ِش َس‬ َ ًِ‫د أ ُ ٍَّرِ ًْ ف‬ ْ ٍَ‫ْط‬ِ ‫أُع‬
:‫ فَإ ِ َُّ هللاَ ذعاىى ٌَأ ْ ٍُ ُش َجَّْرَُٔ فٍََقُ ْ٘ ُه ىَ َٖا‬:ُ‫اىشاْتِعَح‬ َّ ‫ فَإ ِ َُّ ْاى ََالَئِ َنحَ ذ َ ْسر َ ْغ ِف ُش ىَ ُٖ ٌْ فًِ ُم ِّو ٌَ ْ٘ ًٍ َٗىَ ٍْيَ ٍح َٗأ َ ٍَّا‬:ُ‫ْل َٗأ َ ٍَّا اىََّّا ْ ِىََّح‬
ِ ‫ة ِع ْْذَ هللاِ ٍِ ِْ ِسٌْحِ ْاى َِس‬ ْ َ ‫س َُْ٘ أ‬
ُ ٍَ‫ط‬ ُ َُْ ٌ ٍَِْ‫ف أ َ ْف َ٘اْ ُٕ ُٖ ٌْ ِح‬
ُ ْ٘ ُ‫فَإ ِ َُّ ُخي‬
َ َٕ‫ أ‬:ًِ ْ٘ َ‫آخ ُش ىَ ٍْيَ ٍح َغف ََش هللاُ ىَ ُٖ ٌْ َج َِ ٍْعًا فَقَا ْ َه َس ُج ٌو ٍَِِ ْاىق‬
ُ‫ًِ ىَ ٍْيَح‬ َ ٍِ ْ ‫ة اىذُّ ٍَّْا ِإىَى دَاْ ِسي َٗم ََشا ٍَرِ ًْ َٗأ َ ٍَّا ْاى َخا‬
ِ َُْ‫ فَإَُِّّٔ ِإرَا َما‬:ُ‫سح‬ ِ َ‫ِي أ َ ْٗشَلَ أ َ ُْ ٌَ ْسر َِش ٌْ ُح ْ٘ا ٍِ ِْ ذَع‬
ْ ‫ّي َٗذ َزَ ٌَِّْ ًْ ِى ِعثَاْد‬
ْ ‫اِ ْسر َ ِع ِذ‬
.ٌْ ُٕ ‫غ ْ٘ا ٍِ ِْ أ َ ْع ََا ِى ِٖ ٌْ ُٗفُّ ْ٘ا أ ُ ُج ْ٘ َس‬
ُ ‫ الَ أَىَ ٌْ ذ ََش ِإىَى ْاىعُ ََّا ِه ٌَ ْع ََيُ َُْ٘ فَإِرَا فَ ِش‬:‫ْاىقَذ ِْس؟ قَا َه‬

“Telah diberikan kepada umatku di bulan Ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada seorang
nabi pun sebelumku, iaitu; Di permulaan Ramadhan Allah akan melihat kepada umatku. Sesiapa Allah melihat
kepadanya nescaya ia tidak akan diazab selama-lamanya. Bau mulut mereka (yang berpuasa) ketika petang hari
lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi. Malaikat akan memohon ampun untuk mereka di sepanjang hari dan
malam. Allah menyuruh syurga supaya bersiap-sedia dengan berkata kepadanya; “Bersiaplah kamu dan
berhiaslah untuk hamba-hambaKu. Mereka hampir datang (memasukimu) untuk beristirehat dari kepayahan
dunia menuju ke rumahKu dan kemuliaanKu”. Pada akhir malam bulan Ramadhan, Allah mengampuni dosa
semua mereka. Seorang lelaki dari sahabat bertanya; „Adakah malam itu lailatul Qadar?‟. Jawab Rasulullah;
„Tidak. Apakah engkau tidak melihat kepada pekerja-pekerja yang bekerja. Apabila mereka telah selesai dari
pekerjaan mereka, akan disempurnakanlah upah-upah bagi mereka”.
(Riwayat Imam Ahmad, al-Bazzar dan al-Baihaqi dari Jabir r.a.)

19
4.3 Kelebihan di Bulan Ramadhan

• Antara kelebihan besar bulan Ramadhan ialah di dalamnya terdapat


lalilatul-Qadar atau malam al-Qadar (kemuliaan) yang dinyatakan
keistimewaannya secara khusus oleh Allah dalam surah al-Qadr;
ُّ َٗ ُ‫ش ْٖ ٍش ذَْ ََّز ُه ْاى ََالَئِ َنح‬
‫اىشٗ ُُ فٍِ َٖا‬ َ ‫ف‬ ِ ‫اك ٍَا ىَ ٍْيَحُ ْاىقَ ْذ ِس ىَ ٍْيَحُ ْاىقَ ْذ ِس َخٍ ٌْش ٍِ ِْ أَ ْى‬
َ ‫إَِّّا أَ ّْزَ ْىَْآُ فًِ ىَ ٍْيَ ِح ْاىقَ ْذ ِس َٗ ٍَا أَ ْد َس‬
‫طيَعِ ْاىفَ ْج ِش‬
ْ ٍَ ‫ً َحرَّى‬ َ ِٕ ًٌ َ‫سال‬ َ ‫تِإِ ْر ُِ َستِّ ِٖ ٌْ ٍِ ِْ ُم ِّو أَ ٍْ ٍش‬
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur‟an) pada malam al-
Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadar itu?
Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun
malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk
mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit
fajar”. (al-Qadr: 1-5)
20
4.3 Kelebihan di Bulan Ramadhan
Dalam surah ini kita melihat kelebihan malam al-Qadar iaitu;
Ia merupakan malam penurunan al-Quran. Menurut Ibnu „Abbas; penurunan yang dimaksudkan ialah penurunan al-Quran secara
sekaligus dari Luh Mahfudz ke Baitil-„Izzah yang terdapat di langit dunia/pertama. Setelah itu barulah diturunkan berperingkat-peringkat
kepada Rasulullah s.a.w. selama 23 tahun. Beramal pada malam al-Qadar lebih baik dari beramal selama seribu bulan (iaitu 83
tahun 4 bulan) yang tidak terdapat di dalamnya malam al-Qadar.

Pada malam itu, Jibril dan juga para malaikat turun ke langit dunia atau ke bumi dengan membawa kebaikan dan keberkatan yang
ditetapkan Allah untuk tahun tersebut hingga datang malam al-Qadar berikutnya. Menurut Imam Ibnu Kathir; “Banyaknya malaikat yang
turun pada malam al-Qadar adalah kerana banyaknya keberkatan malam tersebut. Para malaikat turun bersama turunnya berkat dan
rahmat sebagaimana mereka turun tatkala mendengar bacaan al-Quran, mereka melingkungi halaqah-halaqah zikir dan mereka
membentangkan sayap-sayap mereka kepada orang yang keluar mencari ilmu untuk membesarkannya”.

Malam al-Qadar itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar, yakni; pada malam tersebut Allah tidak mentakdirkan melainkan
perkara-perkara yang baik, selamat dan sejahtera. Ada ulama‟ berpendapat; pada malam al-Qadar itu para malaikat yang turun akan
mengucap salam kepada sekelian orang beriman yang mereka temui sama ada lelaki atau perempuan.

Walaupun surah di atas tidak menjelaskan bilakah akan munculnya malam al-Qadar, namun jawapan bagi persoalan ini dijelaskan oleh
Nabi s.a.w. dalam sabdanya;

َ ٍَ ‫ذحش ْٗا ىَ ٍْيَحَ ْاىقَذ ِْس فًِ ْاى َع ْش ِش األ َ َٗاْخِ ِش ٍِ ِْ َس‬
َُْ‫ضا‬ َّ
“Carilah lailatul-Qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Saidatina Aisyah
r.a.)

21
5.0 Kesilapan yang Kerap dilakukan di Bulan
Ramadhan
• Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur).
• Tidak menunaikan solat ketika berpuasa
• Bermalasan dan tidak produktif ketika kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.
• Wanita berterawih beramai-ramai tanpa menjaga aurat.
• Tidak banyak berdoa dan berzikir
• Makan sahur diwaktu tengah malam kerana malas bangun sahur di akhir malam.
• Tidak mengutamakan solat subuh berjemaah
• Lelaki hadir ke masjid dengan berbau busuk, perempuan pula berwangian
• Berbuka dengan merokok, atau selain makan dan minum
• Banyak tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat
• Memasuki ramadhan dlm keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram.
• Bersahur dengan hanya makan dan minum shj tanpa ibadah lain.
• Tunai solat terawih di masjid kerana niat ingin meriah.
• Menganggap waktu imsak sbg waktu lampu merah untuk bersahur
• Solat terawih berjemaah tetapi tidak berjemaah solat lima waktu
• Tidur selepas sahur tanpa solat sunat dan tidak solat subuh berjemaah
• Terlalu sibuk dengan persiapan raya terutama pada 10 mlm terakhir.
• Tidak berniat iktikaf bila duduk dalam masjid

22
6.0 Peristiwa Besar di Bulan Ramadhan

• Pembebasan Mekkah ( Fathul Makkah)


• Bulan diturunkan al-Qur‟an
• Peistiwa Perang Badar
• Peristiwa Perjalanan Nabi Muhammad SAW ke Tabuk (Peperangan terakhir)
• Penyebaran Islam ke Negara Yaman
• Khalid al Walid meruntuhkan Berhala al Uzzza di Nakhla.
• Penyerahan kota Taif
• Pembebasan Andalusia (Sepanyol)
• Peperangan Zallaqah di Portugal
• Tentera Islam mengalahkan tentera Monggolia
• Peperangan Yahhliz di Rusia
• Tertawannya Garis Bar Lev, Israel
• Kemerdekaan Indonesia

Sumber: http://urusanulama-hl.blogspot.my/2012/07/13-sejarah-peristiwa-besar-yang-terjadi.html

23
7.0 Kesimpulan

• Pastikan segala apa yang kita lakukan walaupun pekerjaan harian kita sekalipun
menjadi ibadah dan kita dikurniakan ganjaran yang sangat besar dan baik dari
Allah SWT.
• Jangan melepaskan peluang melakukan ibadah dalam bulan yang penuh
kemuliaan dan barakah ini.
• Tingkatkan Amalan di bulan Ramadhan.
• Niat untuk khatam al-Quran
• Tahsin solat dan al-Qur‟an.
• Perbanyakkan qiamuallail
• Perbanyakkan sedekah dan wakaf
• Perbanyakkan zikir dan selawat.
• Etc.

24
Bulan Ramadan

 Adalah bulan ibadah  Adalah bulan riyadhah


 Adalah bulan berkah  Adalah bulan bersedeqah
 Adalah bulan rahmah  Adalah bulan mehnah
 Adalah bulan muhasabah  Adalah bulan tarbiyah
 Adalah bulan tazkirah  Adalah bulan ganjaran
 Adalah bulan ukhuwwah ditambah
 Adalah bulan berjemaah  Adalah bulan anugerah
 Adalah bulan mahabbah  Adalah bulan maghfirah.
 Adalah bulan mujahadah

25
Terima kasih..

26

Anda mungkin juga menyukai