Anda di halaman 1dari 5

HARI HARAM PUASA DALAM ISLAM & PENJELASANNYA

Hari Haram Puasa & Penjelasannya

Sebagai umat Islam, memahami konsep berpuasa adalah sangat penting agar kita tidak
melakukan sesuatu amalan itu dengan sia-sia semata-mata kerana mengejarkan pahala.

Bahkan Rasulullah SAW sendiri sentiasa berpuasa tidak secara berterusan tetapi secara berkala
sepanjang tahun.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai beberapa hari haram puasa,
sunat dan makhruh yang perlu anda ketahui.

Mengenal Hukum Puasa Dalam Islam

Ibadah puasa merupakan salah satu dari Rukun Islam yang wajib dilakukan oleh setiap umat Islam
di bulan Ramadhan.

Selain daripada itu, terdapat juga hukum lain mengenai ibadah puasa yang perlu anda ketahui
iaitu haram puasa, sunat puasa, dan makhruh puasa.

Hari Haram Puasa

1. Hari Syak

Hari Syak jatuh pada hari ke 30 bulan Syaaban yang mana pada ketika itu adalah haram puasa
bagi setiap umat Islam.

Hal ini kerana, pada hari tersebut anak bulan masih tidak kelihatan. Justeru itu ia masih diragui
sama ada merupakan hari terakhir bulan Syaaban atau sudah masuk hari pertama bulan
Ramadhan.

Puasa pada hari Syak diharamkan berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA,
bahawa Rasulullah SAW bersabda:

َ َ‫علَ ْي ُك ْمِ فَأ َ ْكمِ لُواِ ِع َّد ِة‬


َِ‫ش ْعبَانَِ ثَالَثِين‬ َ ِ‫ي‬ ُ ِْ‫ فَ ِإن‬،ِ ‫صُو ُموا ِل ُرؤْ يَتِ ِِه َوأَ ْفطِ ُروا ِل ُرؤْ يَتِ ِه‬
َ ِِّ‫غب‬

Maksudnya: “Berpuasalah kamu apabila melihatnya (anak bulan Ramadhan) dan berbukalah
(berhentilah puasa) juga apabila melihatnya (anak bulan Syawal). Sekiranya ia terlindung daripada
(penglihatan) kamu, maka sempurnakan jumlah bilangan bulan Syaaban tiga puluh hari.” – (Hadis
Riwayat al-Bukhari, 1909 dan Muslim 1081)
2. Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha

Dari Abu Hurairah RA, katanya:

ْ َ ‫َام ي َْو َمي ِْنِ ي َْو ِِم ْاْل‬


ِ‫ضحَى َوي َْو ِمِ ا ْل ِف ْط ِر‬ ِِ ‫سلَّ َمِ نَهَى عَنِْ ِصي‬
َ ‫علَ ْي ِهِ َو‬ َُِّ ‫صلَّى‬
َ ‫َللا‬ َ ‫َللا‬ ُ ‫ع ْنهُِ أَنَِّ َر‬
َِِّ ِ‫سو َل‬ َ ‫َللا‬ َِ ‫عَنِْ أَبِي ه َُري َْر ِةَ َر ِض‬
َُِّ ‫ي‬

“Rasulullah SAW melarang puasa dua hari kebesaran iaitu pada Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah)
dan pada hari Aidilfitri (1 Syawal).” – (Hadis Riwayat Muslim)

Para ulama telah bersepakat bahawa larangan atau haram puasa pada dua hari kebesaran dalam
Islam dengan alasan apa pun sama ada berpuasa kerana nazar, puasa sunat dan kafarrah.

Hal ini kerana Hari Raya Aidilfitri adalah hari kemenangan bagi umat Islam yang telah berjaya
mengharungi cabaran berpuasa pada bulan Ramadhan.

3. Hari-hari tasyrik

Hari Tasyrik adalah haram puasa bagi umat Islam. Hari tersebut jatuh pada 11, 12, dan 13
Zulhijjah mengikut Kalender Hijrah yang merupakan tiga hari selepas Hari Raya Aidiladha.

Larangan berpuasa pada Hari Tasyrik disampaikan Rasulullah SAW seperti yang diriwayatkan oleh
Sahih Muslim:

“Hari-hari Tasryik adalah hari makan dan minum.” – (Hadis Riwayat Muslim, no 1141)

Keutamaan Hari Tasyrik sebagai waktu yang dianjurkan untuk memperbanyakkan zikir, dan doa
disamping melakukan qurban.

4. Puasa sunat seorang isteri tanpa izin suaminya

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, seorang isteri adalah wajib untuk meminta izin suaminya
terlebih dahulu apabila hendak melakukan puasa ganti atau puasa sunat sekiranya suami berada
di rumah.

Hal ini kerana isteri wajib bagi memenuhi hak bagi suaminya. Ini sepertimana yang dijelaskan oleh
Imam Ibnu Hajar al-Haithami di dalam kitabnya:

َ ِ‫َاضرِ َّإَلِ ِب ِإ ْذنِ ِهِ أَ ْو‬


ِ‫ع ِل َمِ ِرضَا ُه‬ َّ ‫عاِ أَ ِْو قَضَا ًِء ُم َو‬
ِ ‫س ًعاِ َو َز ْو ُجهَا ح‬ ً ِ‫علَى الزَّ ْو َج ِةِ أَنِْ تَصُو َِم تَ َطو‬
َ ِ‫َويَحْ ُر ُم‬

Maksudnya: “Dan diharamkan ke atas seorang isteri untuk berpuasa sunat atau puasa qadha’
sekiranya tempoh menggantikannya masih berpanjangan dan suaminya datang kepadanya
melainkan dengan keizinan suaminya atau dia mengetahui suami meredhainya berpuasa.” –
(Tuhfah al-Muhtaj fi Syarh al-Minhaj, 3/461)
Hari Sunat Puasa

1. Puasa hari Isnin dan Khamis

Puasa sunat yang popular dilakukan adalah puasa hari Isnin dan Khamis. Walaupun hukumnya
adalah sunat sahaja, namun banyak kelebihannya buat mereka yang mengamalkannya.

Dalam riwayat Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

“Diangkat amalan seseorang pada Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku diangkat
dalam keadaan aku berpuasa.” – (Hadis Riwayat Tarmizi)

Diriwayatkan bahawa hari Isnin dan Khamis merupakan hari di mana amalan-amalan kita
dibentangkan di hadapan Allah SWT.

Baginda SAW pun amat menyukai jika amalannya dibentangkan dalam keadaan Baginda sedang
berpuasa kerana ia adalah salah satu amalan yang sangat besar di sisiNya.

2. Puasa hari-hari putih

Puasa Hari Putih atau dikenali sebagai Ayyamul Bidh. Hari putih adalah hari pada pertengahan
bulan Islam, iaitu 13, 14 dan 15 hari bulan Qamariah.

Menurut Imam Nawawi, tidak ada pengkhususan hari yang ditetapkan dalam melaksanakan puasa
tiga hari setiap bulan.

Namun puasa ini dilaksanakak pada setiap bulan berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan
daripada Rasulullah SAW.

“Kekasihku, iaitu Rasulullah SAW memberikan tiga perkara sebagai wasiat kepadaku: Berpuasa tiga
hai pada setiap bulan, melakukan dua rakaat solat dhuha dan melaksanakan solat witir sebelum
tidur.”

3. Puasa hari Asyura dan hari Tasu’a

Puasa hari Tasu’a adalah hari ke 9 Muharram manakala puasa Asyura adalah hari ke 10 Muharram.

Adalah disunatkan untuk berpuasa pada 10 Muharram berdasarkan hadis Rasulullahh SAW:

Maksudnya: “Berpuasa pada Hari Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya
ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya.”

4. Puasa dalam bulan Syaaban


Bulan Syaaban merupakan bulan yang paling banyak Rasulullah SAW berpuasa sunat berbanding
bulan-bulan lain.

Justeru itu kita disarankan untuk memperbanyakkan amal pada bulan Syaaban seperti puasa
sunat, solat sunat, sedekah, membaca al-Quran dan lain-lain sebagai persiapan bertemu bulan
Ramadhan.

5. Puasa 6 hari dalam bulan Syawal

Puasa enam adalah puasa yang dilakukan selama 6 hari sama ada berselang-seli, berturut-turut,
atau mana-mana hari dalam bulan Syawal.

Amalan ini disarankan oleh Rasulullah SAW dengan bersabda:

“Sesiapa yang berpuasa Ramadan, kemudian meneruskan dengan enam hari di bulan Syawal
sepertinya dia berpuasa selama setahun.” – (Hadis Riwayat Muslim)

Selain dari diberikan pahala berganda, puasa enam juga mendekatkan diri kita kepada Allah dan
menjadi pelengkap akan kekurangan serta kecatatan pada ibdah puasa di bulan Ramadhan lalu.

6. Puasa hari arafah

Hari Arafah berlaku pada 9 Zulhijjah. Bagi sesiapa yang tidak mengerjakan haji, sangat disarankan
untuk berpuasa Hari Arafah kerana begitu besar fadilat yang boleh diperoleh.

Nabi SAW bersabda maksudnya:

“Puasa hari Arafah, aku mengharapkan pahala kepada Allah bahawa ia menghapuskan dosa
setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Hari Makruh Puasa

1. Puasa pada hari Jumaat sahaja (ditunggalkan)

Hukum puasa sunat pada hari Jumaat sahaja adalah makruh di sisi mazhab Syafie.

Jika hendak berpuasa sunat pada hari Jumaat, ia harus digandingkan dengan satu hari
sebelumnya atau satu hari selepasnya.

Maksudnya, puasa Jumaat itu boleh sekiranya kita berpuasa pada hari Khamis dan Jumaat, atau
hari Jumaat dan Sabtu. Selain itu, makruh.

2. Berpuasa sepanjang tahun


Hukum bagi mereka yang berpuasa sepanjang tahun adalah makhruh.

Dalam hal ini, terdapat riwayat daripada Abdullah bin Amr R.Anhuma berkata: Rasulullah SAW
bersabda:

ِ‫ََِل صَا َِم َمنِْ صَا َمِ ْاْلَبَ َد‬

Maksudnya: “Tidak ada puasa bagi siapa yang berpuasa selama-lamanya.” – (Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim)

3. Puasa pada hari ‘Arafah bagi orang yang mengerjakan haji

Puasa hari Arafah adalah sunnah yang dilaksanakan oleh umat Islam jika tidak melakukan ibadah
haji.

Namun bagi mereka yang berpuasa tetapi ketika mengerjakan haji maka hukumnya adalah
makhruh.

Penutup

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai contoh-contoh hari haram puasa berserta
penjelasannya ini dapat memberikan anda ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan
rujukan bersama.

Anda mungkin juga menyukai