Anda di halaman 1dari 7

Ibadah Puasa

Fadhilat Ramadhan | Ibadah Puasa | Solat Tarawih

" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana
telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang
yang bertakwa."
Surah Al Baqarah, ayat 183

Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An-
Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat.
Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu
dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala
syaitan......."

PENGERTIAN PUASA

 Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang
boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

PUASA WAJIB

 Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.

PUASA SUNAT

 Puasa enam hari pada bulan Syawal


 Puasa hari Arafah
 Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
 Puasa bulan Syaaban
 Puasa Isnin dan Khamis
 Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)

PUASA MAKRUH

 Puasa yang terus menerus sepanjang masa


 Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq
PUASA HARAM

 Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri


 Puasa pada hari raya pertama Haji
 Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13
Zulhijjah.

SYARAT WAJIB PUASA

 Berakal
 Akhir Baligh (Cukup umur)
 Kuat atau mampu mengerjakan puasa

SYARAT SAH PUASA

 Islam
 Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
 Suci daripada haid dan nifas
 Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.

RUKUN PUASA

 Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati
bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
 Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai
terbenam matahari.

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

 Makan dan minum dengan sengaja


 Muntah dengan sengaja
 Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
 Keluar darah haid atau nifas
 Gila
 Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana
bermimpi tidak membatalkan puasa.

ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA

 Orang yang sakit


 Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
 Orang tua yang sudah lemah
 Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.

^ Kembali ke atas ^

All Right Reserved Darul Nu'man © EMAG 1991


Fadhilat Ramadhan
Fadhilat Ramadhan | Ibadah Puasa | Solat Tarawih

Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku
telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan
kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa
adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan
memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian
berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat
akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan
mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka
ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain
Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan
diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh
Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi
selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan
tugasnya."

Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada
suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan
Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan,
menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu,
melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan
berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah
Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang
dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap
hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan
begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap
hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."
Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat
tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa
sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi
yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya
pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu,
sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya
Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa
berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi
syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari
tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

^ Kembali ke atas ^

All Right Reserved Darul Nu'man © EMAG 1991


Kelebihan Solat Tarawih
Fadhilat Ramadhan | Ibadah Puasa | Solat Tarawih

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama


Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua


Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta
dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga


Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat
Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan
mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat


Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana
pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil
dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima


Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang
mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam


Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat
yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan
orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh


Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang
musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan


Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala
yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan


Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti
Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh


Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas


Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas


Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas


Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang
kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas


Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T.
tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas


Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya
supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas


Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka
dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas


Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas


Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu
dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas


Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh


Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan
orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu


Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat
dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua


Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada
hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga


Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat


Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang
yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima


Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam


Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang
yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh


Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat
sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan


Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan


Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh


Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam
terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala
jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah
kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang
dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

^ Kembali ke atas ^

All Right Reserved Darul Nu'man © EMAG 1991

Anda mungkin juga menyukai