Anda di halaman 1dari 3

Nota Bimbingan dan Kaunseling

STRUKTUR
1)Berikan maksud Helah Bela Diri Aktif.
-Rasionalisasi : Menyembunyikan motif sebenar dengan alasan yang kelihatan rasional
-Sublimasi : Menggantikan dengan dorongan yang boleh diterima masyarakat
-Projeksi : Tidak dapat menerima kelemahan diri dan menyalahkan orang lain
-Introjeksi : Mengidentifikasikan dirinya dengan orang lain

2)Berikan maksud Helah Bela Diri Pasif.


Agresi : Mengeluarkan, mencederakan atau merosakkan punca kekecewaan
Regresi : Pengunduran diri kepada suatu bentuk tingkah laku yang lebih awal
Represi : Melupakan ingatan atau kenangan pahit dengan mempercayai perkara itu tidak
pernah berlaku
Fantasi : Berangan-rangan atau berkhayal terhadap sesuatu yang ingin dicapai

3)Sebutkan Fasa Kaunseling Individu.


-Pra Sesi
-Membina rapport atau penstrukturan
-Meneroka dan menganalisa isu
-Mengenal pasti penyebab isu
-Mengambil alternatif atau perancangan
-Menamatkan sesi
-Langkah susulan

4)Nyatakan Kemahiran Asas Kaunseling


-Kemahiran membalas
-Kemahiran menyoal
-Kemahiran mendengar
-Kemahiran berkomunikasi
-Kemahiran menggalakkan klien bercakap
ESEI
1) Terangkan Aplikasi Teori secara terperinci
-Teori Berpusat klien
Teori ini dipelopori oleh Carl Rogers pada tahun 1930.
Dalam terapi ini, pendekatan person-centred dalam kaunseling adalah bentuk terapi yang
menfokuskan pengalaman klien terhadap diri mereka sendiri .
Antara teknik lain dalam terapi ini adalah :
*Refleksi perasaan
*Sikap mendengar masalah klien dengan penuh minat dan simpati
*Menggalakkan klien menyatakan masalahnya secara terbuka
*Perhubungan kaunseling penuh kemesraan, dan kefahaman
*Kaunselor meletakkan tanggungjawab kepada klien untuk tindakan, pemikiran dan
keputusan
*Bertoleransi iaitu kaunselor memberikan kebebasan kepada klien untuk berfikir dan
bertindak
3) Huraikan dengan jelas Kaedah Pemulihan dan Intervensi Dalam Kaunseling Islam
-Kaedah Pencegahan
Kaedah pencegahan ialah kaedah yang mencegah individu daripada terlibat dengan gejala
yang memudaratkan dan menyesatkan. Al-Quran dan Hadis memberi amaran dan tegahan
agar tidak mencampakkan diri dalam kebinasaan dan kehansuran .
-Kaedah Pengikatan keyakinan dan akidah
Kaedah pengikatan keyakinan dan akidah melibatkan 2 perkara iaitu pengikatan keyakinan
dan pengikatan amalan. Menerusi kaedah pengikatan keyakinan akidah, klien akan
dihubungkan secara konsisten kepada keesaan dan kekuasaan Allah S.W.T dengan
melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Menerusi kaedah pengikatan
amalan pula, kaedah yang membawa diri klien untuk melaksanakan latihan kerohanian ke
arah penjernihan jiwa.
-Kaedah Pengikatan riadah dan rekreasi
Kaedah ini menumpukan pembinaan tenaga jamaniah yang akan menghasilkan unsur-unsur
kekuatan dan membentuk kesihatan diri. Menerusi aktiviti riadah, jasmani klien akan tenang
dan gembira
-Kaedah Pengikatan kemasyarakatan
Meningkatkan kefahaman klien tentang persekitaran berdasarkan tuntutan akidah dan akhlak
Islam. Dalam Islam, hubungan dalam komuniti yang akrab dan padu sangat penting, Bak kata
pepatah ‘berat sama dipikul, ringin sama dijinjing”. Oleh itu, individu yang bermasalah tidak
terasa dipinggirkan.
-Kaedah Pembinaan pemikiran
Kaedah yang membawa pemikiran klien sedar dan menimbulkan keinsafan dalam diri klien

Anda mungkin juga menyukai