Anda di halaman 1dari 3

PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM

MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA


FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA (FPK)
1. pembentukan peribadi murid iaitu nilai hidup yang dipegang dan budaya yang diterima
-> aspek pendidikan adalah untuk membimbing dan memberi pendidikan akhlak murni
-> penerapan nilai murni itu tidak boleh diabaikan

2. gilap potensi anak muridnya


-> bukan kelemahan seseorang murid itu dicari, tetapi keistimewaan itu yang dicari dan digilap
agar menjadi manusia yang berguna bukan sahaja untuk diri sendiri, malahan untuk masyarakat
dan negara
-> bijak mencungkil bakat serta kebolehan murid-muridnya agar tidak disia-siakan begitu sahaja
bakat yang mereka peroleh

3. pembimbing anak murid secara seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi
-> membimbing anak muridnya menepati acuan sebagaimana yang termaktub dalam FPK.

4. pendorong pemikiran kritis dan kritis anak muridnya


-> Apabila seorang guru itu sendiri mempunyai pemikiran kritis dan kreatif, secara tidak langsung
dapat memperkasakan lagi daya pemikiran anak muridnya supaya dapat menjana idea-idea yang
bernas dan kreatif agar dapat melahirkan murid yang kompeten dalam pelbgai bidang dan
berdaya kreatif serta berkebolehan.

5. pendidik kemahiran asas


-> guru menjadi orang yang bertanggungjawab dalam mengajar kemahiran asas yang utama iaitu
kemahiran bertutur

6. agen sosialisasi
-> beri peluang kepada pelajar untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
difikirkan sesuai untuk perkembangan diri dan masyarakat
-> memastikan perubahan dan perkembangan tingkah laku murid adalah mengikut nilai, norma
dan kehendak masyarakat
-> bukan sekadar penyampai ilmu, malah memupuk sikap,nilai dan sahsiah yang sempurna
selaras dengan keperluan kendiri dan tuntutan masyarakat.
RUKUN NEGERA
1. berusaha untuk mendidik masyarakat percaya kepada tuhan untuk melahirkan generasi yang
seimbang dari aspek rohani, jasmani dan intelek
> Kekuatan jiwa murid-murid dapat ditingkatkan dengan menanamkan keyakinan terhadap
kepercayaan kepada tuhan.

2. menekankan kepentingan setia kepada raja dan negara


-> menekankan bahawa institusi raja tidak boleh diperlekeh, dicemari dan dipolitikkan
-> mendedahkan kepentingan mengenai menghormati institusi diraja
-> menyatakan kesan terhadap negara jika murid-murid tidak menunjukkan taat setia kepada
pemimpin, raja dan negara
-> rusuhan

3. Guru pendidikan moral perlu menegaskan tentang kepentingan kesepaduan antara kaum yang
menjadi perkara asas dalam membina masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. Guru perlu
menggalakkan murid menggunakan bahasa kebangsaan dalam pertuturan seharian.

4. didik murid-murid untuk mematuhi undang-undang dan peraturan sekolah


-> menjadikan murid lebih berdisiplin dan mampu menjaga disiplin dan peraturan dalam hidup
mereka.

5. menjaga keterampilan diri dari hujung rambut ke hujung kaki


menjaga adab dan sopan pada tahap yang cemerlang
berusaha untuk mengamalkan nilai-nilai murni tertsebut.
WAWASAN 2020

PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM KOD ETIKA PERGURUAN


Peranan guru dalam kod etika perguruan mampu memartabatkan profesion perguruan itu sendiri.
Kod etika amat penting diamalkan oleh guru kerana factor-faktor berikut;
1. kod etika memberi garis panduan bagaimana tingkah laku dalam profesion perguruan. Ianya sebagai
panduan dan sesuai untuk rujukan dan diamalkan oleh guru.
2. Kod Etika perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah
dalam bidang pendidikan. Ianya juga membantu guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab
mereka.
3. Kod Etika dalam bentuk dokumen, justeru usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan.
Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh kod etikanya boleh dipertahan dan
dikuatkuasakan.
4. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej perguruan secara hitam putih dan rasmi. Ianya
dapat membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan
menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan.
5. Kod etika merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat
mengekal dan memelihara kepercayaan yang diberikan dalam menjalankan tugas, serta memupuk
tanggungjawab bersama dan mengeratkan hubungan antara ahli dalam organisasi.
role modal kepada pelajar. Senario ini akan mempengaruhi etika pelajar berkenaan lebih berdisiplin dan
beretika. Tingkah laku guru yang berdisiplin dan terikat dengan garis panduan Etika perguruan secara
tidak langsung membantu murid memperkembangkan potensi kearah satu pembentukan individu yang
inginkan kejayaan dan lebih cenderung melakukan perkara-perkara positif .
Keberkesanan Etika perguruan adalah berkait rapat dengan usaha gigih guru-guru dalam
memartabatkan profesion perguruan itu sendiri. Ini dapat dibuktikan dengan pendekatan yang digunakan
oleh guru didalam kelas membantu mempengaruhi tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman
pelajar. Mutu pengajaran yang berkesan dengan personaliti guru yang jitu sedikit sebanyak
mempengaruhi iklim tingkah laku pelajar.
Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjahtermasuk
mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran danpembelajaran mengikut kaedah
dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan
murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil
terhadap pelajar-pelajarnya.
tanggungjawab terhadap ibu bapa dan penjaga murid
-> berusaha untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan
dengan rumah tangga
-> anggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa berhubung keadaan rumah tangga atau
berkaitan dengan anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkan kepada sesiapa

Anda mungkin juga menyukai