Anda di halaman 1dari 35

Falsafah Dan

Pendidikan Di Malaysia

(EDU 3101)

IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Terbahagi kepada 3 implikasi:


1. Implikasi terhadap kurikulum : - perubahan kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan FPK.
2. Implikasi terhadap pendidik : - perubahan sikap pendidik dan profesionalnya utk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan dasar FPK.

3. Implikasi terhadap institusi pendidikan : - perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut

tujuan dan cita-cita FPK.

STRATEGI MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Peranan Kementerian Pendidikan

1. Pembangunan insan
- matlamatnya ialah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.

2. Pembangunan sumber pendidikan

- bertujuan menghasilkan sistem pendidikan yang berkualiti.

3. Penyelidikan dan pembangunan (R&D)

-bertujuan memperkemas ilmu, membaiki serta mempertingkatkan sistem pendidikan kebangsaan dari semasa ke semasa.

Peranan Guru
1. Melaksanakan kurikulum dan

kokurikulum yang dapat memperkembang potensi pelajar dalam pelbagai aspek.

2. Mengurus dan mentadbir

dengan menyelenggara prasarana pengajaran dan pembelajaran agar dapat digunakan secara optimum.

3. Mewujudkan perkongsian pintar antara sekolah dengan masyarakat supaya dapat mewujudkan semangat kerjasama demi membantu pembangunan sekolah, baik dari segi kewangan mahupun tenaga yang diperlukan.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Matlamat Pendidikan Guru

menghasilkan guru yang berkualiti dari segi : peribadi profesion sosial dan amalan tingkah laku menguasai ilmu kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan - berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan

Model Konseptual Pendidikan Guru

Model Konseptual pendidikan guru adalah dirangka berlandaskan kepada dasar FPG dan Matlamat Pendidikan. Model ini merangkumi akauntabiliti guru di bawah tiga dimensi utama, iaitu:
a) Ketuhanan b) Kemasyarakatan c) Kendiri

Unsur-unsur akauntabiliti guru, aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai serta potensi guru adalah digambarkan rajah berikut :

a) Ketuhanan peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama.

b) Kemasyarakatan penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan.

c) Kendiri penekanan kepada pembinaan daya kefahaman dan patriotisme, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berpekerti mulia.

Di bawah tiga dimensi tersebut, Model Konseptual Pendidikan Guru merangkumi tiga aspek asas :
1. Pengetahuan tentang

perkembangan dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan.

2. Kemahiran ikhtisas yang

merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran dengan tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran

3. Nilai yang merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif dan patuh kepada etika profesion keguruan

Model Konseptual Pendidikan Guru juga menekankan matlamat mengembangkan potensi guru secara seimbang dan bersepadu dari segi rohani, emosi, intelek dan jasmani.

IMPLIKASI FPG

Setiap guru dikehendaki melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran, khasnya mata pelajaran KBSR, serta

pengetahuan ikhtisas keguruan.

Pengajaran dan pembelajaran yg diamalkan selaras dengan hasrat FPG. Amalan nilai-nilai murni dan etika

keguruan dapat disemai kepada diri sendiri dan pelajar .

Tanggungjawab dan

akauntabiliti sebagai guru yang sentiasa mencari ilmu dan mengamalkannya dapat disempurnakan bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan. serta nilai keguruan digunakan utk merangsang perkembangan pelajar.

Ilmu dan kemahiran mendidik

SIFAT DAN
KUALITI KEGURUAN

1. Sifat Dan Kualiti Peribadi Baik hati Ada sifat kecindan

Sabar
Bertanggungjawab Yakin Ada sifat kepimpinan Mesra Adil Dedikasi

2. Sifat Dan Kualiti Sosial / Tingkah Laku


ramah mesra

merendah diri
berbakti

jujur
mudah suai peka terhadap persekitaran toleransi

3. Tingkah Laku Dan Contoh Teladan


memiliki sifat terpuji

menjaga cara berpakaian


berkelakuan baik

menjaga pertuturan

4. Kepimpinan memiliki ilmu pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan

memiliki sahsiah dan akhlak


yang murni pertimbangan yang teliti dan tindakan yang rasional yakin diri dan tegas memiliki sifat kreatif, inovatif, imaginatif dan dinamik

5. Pembelajaran Sepanjang Hayat sentiasa mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan memupuk nilai budaya membaca melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dari semasa ke

semasa

Renungan. Hanya guru yang mempunyai tatasusila yang tinggi akan berjaya menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna.

Sekian, terima kasih atas tumpuan dan perhatian anda..

Anda mungkin juga menyukai