Anda di halaman 1dari 1

KURSUS MODUL BIMBINGAN PRAKTIKUM KEPADA GURU PEMBIMBING

DI BAWAH INISIATIF PIAGAM GURU BAHARU (NEW TEACHER CHARTER) TAHUN 2013

KUCHING 16 Mei Seramai 50 orang guru-guru dari Daerah Samarahan dan Serian telah
menamatkan Kursus Modul Bimbingan Praktikum Untuk Guru Pembimbing Di Bawah Inisiatif
Piagam Guru Baharu ( New Teacher Charter ) Tahun 2013 yang dikelolakan oleh Institut
Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan. Kursus ini dijalankan selama 4
hari bermula 13 Mei hingga 16 Mei 2013 bertempat di Hotel Penview, Kuching. Peserta kursus
didedahkan dengan 6 kandungan modul iaitu Konsep Penyeliaan, Penyeliaan Klinikal,
Kemahiran Pemerhatian, Kemahiran Bimbingan, Pemikiran Reflektif, Kemahiran Menilai dan
Memberi Maklum Balas. Lima orang pensyarah dari IPG ini iaitu En. Sawal bin Achong, Pn.
Salmi Hj. Lilek, En. Mazlan bin Junaidi, Cik Angie anak Garet dan En. Zurhana bin Muhammad
telah berkolaborasi dengan peserta melalui ceramah dan bengkel.

Kemuncak kursus ini diserikan dengan Sambutan Hari Guru yang turut disertai oleh
Timbalan Pengarah IPG Kampus Tun Abdul Razak, En. Mohammad bin Lin. Pada masa yang
sama En. Mohammad bin Lin telah menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta kursus dan
seterusnya merasmikan majlis penutupan kursus.

Secara umumnya peserta kursus begitu teruja kerana diberi kesempatan mengikuti
kursus seumpama ini yang telah lama diharap-harapkan. Mereka yakin akan dapat
membimbing bakal rakan sejawat dengan baik dan teratur. Keterujaan ini disampaikan oleh
Penghulu Kursus Cikgu Guncheng anak Banter dalam ucapannya mewakili peserta kursus.
Laungan Ikrar Guru Malaysia yang dipimpin oleh Cikgu Jeevareddy A/L Samikanu turut
menyemarakkan semangat peserta kursus untuk terus berganding bahu dengan IPG dalam
memastikan guru pelatih menjadi guru yang kompeten. GURU MALAYSIA : 1 ASPIRASI,
1 AGENDA.

Anda mungkin juga menyukai