Anda di halaman 1dari 4

Perspektif Undang-undang dan Agama Mengenai Isu Lelaki Menyerupai Perempuan

Menurut perundangan di Malaysia, status golongan transeksual masih lagi tidak jelas.
Jika diteliti dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, ia menjelaskan berkaitan dengan
kesamarataan semua orang di sisi undang-undang dan tidaklah boleh ada perbezaan oleh
sebab agama, kaum, keturunan, tempat lahir atau jantina. Perkara ini menyebut “jantina”
merujuk kepada perbezaan lelaki dan perempuan sahaja manakala golongan transeksual
masih wujud ketidakjelasan daripada segi jantina. Ini termasuklah juga golongan khunsa yang
tidak disebut secara jelas dalam peruntukan tersebut. Sehingga kini, tiada satu peruntukan
pun di dalam undang-undang yang mentjelaskan “lelaki” dan “perempuan”. Akta Tafsiran
1967, Seksyen 4(2) hanya menyatakan, “Mana-mana perkataan dan perbahasan yang
ditujukan kepada kaum lelaki termasuklah perempuan”. Walaubagaimanapun, perkataan yang
ditujukan khusus kepada perempuan tidak termasuk dan meliputi lelaki. Perlu diingat bahawa
kebanyakan undang-undang di Malaysia membezakan antara lelaki dan perempuan
berdasarkan kepada butir-butir peribadi yang tercatat dalam sijil lahir atau kad pengenalan.
Sebarang pertukaran nama pada kad pengenalan adalah dibenarkan namun apabila ia
melibatkan pertukaran status jantina, maka ia akan melibatkan soal bidang kuasa
perundangan yang perlu diputuskan oleh Mahkamah.

Jika dilihat melalui perspektif Islam, adalah jelas perbuatan transeksual ini ditegah
oleh Islam. Ini berdasarkan kepada beberapa petikan ayat al-Quran antaranya yang
bermaksud, “Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran) dan
demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi
sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu
mereka membelah telinga binatang-binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah
ciptaan Allah dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati
selain daripada Allah, maka sesungguhnya rugilah dia dengan kerugian yang terang nyata…”
(Surah al-Nisa' ayat 119). Terdapat juga sebuah hadis yang bermaksud, “Rasulullah
melaknati lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki” (Hadith
Riwayat al-Bukhari). Berdasarkan dalil-dalil tersebut jelas menunjukkan betapa Islam
menolak sekeras-kerasnya amalan transeksual di kalangan umat manusia. Majoriti ulama’
bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan lelaki dilarang menyerupai wanita. Dr. Wahbah
al-Zuhaili merujuk kepada kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuh, menegaskan bahawa haram ke
atas lelaki menyerupai wanita. Sabda Rasulullah SAW, yang bermaksud, “Daripada Ibn Anas
r.a berkata, Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan
lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita” (HR al-Bukhari)
Maksud menyerupai dalam hadis di atas termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan,
penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya. Al-Syeikh Muhammad bin
Soleh al-‘Uthaimin menerusi bukunya, Fatawa wa Rasai’il Lil Nisa’, menegaskan bahawa
haram ke atas lelaki menyerupai kaum wanita samada dari aspek tingkah laku, percakapan,
perhiasan, cara berpakaian dan sebagainya dalam perkara yang dikhususkan untuk wanita.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Daripada Abi Hurairah r.a berkata, Rasulullah
SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang
memakai pakaian lelaki.”

Jika dilihat status golongan transeksual menurut perundangan Islam di Malaysia,


ternyata ianya merupakan satu kesalahan jenayah syariah yang boleh dikenakan tindakan di
Mahkamah Syariah. Semua negeri di Malaysia mempunyai beberapa peruntukan khusus
melibatkan transeksual. Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah -Wilayah Persekutuan
1997 misalnya memperuntukkan berkaitan dengan kesalahan lelaki berlagak seperti
perempuan iaitu pondan (Seksyen 28), liwat (Seksyen 25), dan musahaqah iaitu persetubuhan
antara perempuan dengan perempuan (Seksyen 26). Dalam hal ini, Ahli Jawatankuasa Fatwa
Negeri Perak telah menegaskan perkara ini dengan fatwa bertarikh 10 Jun 2010, “Pengkid,
iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti
lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita, sama ada dari segi pakaian, penampilan dan gerak
laku serta naluri seksual seperti wanita adalah haram di sisi Islam. Ibu bapa dan masyarakat
Islam hendaklah memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan,
tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak mereka khususnya dalam aspek
berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakan kerana ia
adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.” Dalam Seksyen 55 Enakmen Jenayah
Syariah Negeri Perak di bawah tajuk lelaki berlagak seperti perempuan memperuntukkan
hukuman seperti berikut, “Seseorang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak
seperti perempuan di mana-mana tempat awam bagi tujuan maksiat adalah melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu
ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”
Sudah jelas bahawa umat Islam di setiap negeri terikat dengan fatwa yang dikeluarkan oleh
negeri atau Majlis Fatwa Kebangsaan. Pada 1983, telah diputuskan bahawa pembedahan
pertukaran jantina adalah haram daripada segi syarak. Oleh itu, jika seseorang itu cuba untuk
melakukan pertukaran jantina, perbuatan itu adalah haram dan boleh dikenakan tindakan
kerana melanggar fatwa yang telah diwartakan.

Bible mempunyai banyak untuk mengatakan mengenai seksualiti manusia. Yang


paling asas kepada pemahaman individu tentang seks adalah bahawa Tuhan mencipta dua.
“Maka Tuhan menciptakan manusia dalam imej sendiri, dalam imej Tuhan dia menciptakan
Adam; laki-laki dan perempuan diciptakan-Nya mereka,” (Genesis 1:27). Dalam Psalm 139,
Tuhan mencipta manusia berbeza-beza, "Bagi kau buat aku secara mendalam; kau
menyatukan aku dalam kandungan ibuku. Aku bersyukur kepada kau kerana kejadianku
dahsyat dan ajaib... rangka aku tidak tersembunyi dari kau, ketika aku telah dibuat di tempat
rahsia... mata kau melihat terbentuknya badanku," (ayat 13-16). Ciptaan Tuhan ke atas setiap
individu pasti merangkumi penetapan jantina. Dalam undang-undang Kristian, perbuatan
lelaki menyerupai wanita dilarang secara tegas, "Seorang perempuan janganlah memakai
pakaian lelaki, dan tidak juga seorang lelaki yang memakai pakaian perempuan, sebab
Tuhanmu membenci orang yang melakukan perkara ini," (Deuteronomy 22:5). Rujukan lain
mengenai perkara ini adalah Corinthians 6:9, “Atau adakah kau tidak tahu bahawa yang tidak
jujur tidak akan mendapat bahagian dalam kerajaan Tuhan? Jangan tertipu: orang sundal,
penyembah berhala, orang berzina, tiada orang yang mengamalkan homoseksual.” Versi
King James menggunakan perkataan "lembut" di sini; iaitu, pelacur lelaki mungkin lelaki
transeksual yang bersikap sebagai wanita. Tidak kira jikalau kekeliruan jantina mempunyai
genetik, hormon, fisiologi, atau sebab psikologi, Bible dengan jelas dan konsisten
menegaskan sebarang aktiviti seks luar nikah atau tidak antara seorang lelaki dan seorang
wanita sebagai dosa, berlawanan dengan perancangan Tuhan.

Dalam agama Buddha, menjadi seorang “katoey”, istilah kasar untuk golongan tukar
jantina, dilihat sebagai sebahagian daripada karma seseorang. Hujahnya adalah sebagai satu
"kasihan" dan bukannya "menyalahkan". Katoey umumnya dilihat tidak cenderung untuk
membentuk hubungan yang berkekalan dengan manusia, dan penjelasan karma mereka
adalah bahawa mereka dihukum daripada tingkah laku tidak setia dalam kehidupan masa lalu.

Falsafah Hindu mempunyai konsep seks ketiga atau jantina ketiga. Kategori ini
mengenai individu yang mempunyai pelbagai sifat wanita seperti homoseksual, transeksual,
biseksual, dan sebagain. Orang seperti itu tidak dianggap lelaki atau perempuan sepenuhnya
dalam agama Hindu tradisional, namun mereka merupakan gabungan kedua-duanya . Mereka
disebut sebagai seks ketiga melalui kelahiran dan tidak dijangka untuk berkelakuan seperti
lelaki dan wanita biasa. Penyertaan mereka dalam upacara keagamaan, terutamanya sebagai
penari dan mereka juga penganut kuil dewa atau dewi tertentu. Beberapa Hindu percaya
bahawa orang seks ketiga mempunyai kuasa khas yang membolehkan mereka untuk
memberkati atau menyumpah orang lain. Walau bagaimanapun, kepercayaan ini tidak
ditegakkan dalam semua bahagian agama Hindu. Dalam agama Hindu, penciptaan alam
dihormati sebagai suatu kepelbagaian dan pengiktirafan seks ketiga adalah salah satu aspek
penciptaan alam.

Anda mungkin juga menyukai