Anda di halaman 1dari 2

Firman Allah SWT:

َ ‫اس َرحْ َم ًة مِّن َبعْ ِد ضَرَّ ا َء َم َّس ْت ُه ْم إِ َذا لَهُم َّم ْك ٌر فِي آ َيا ِت َنا ۚ قُ ِل هَّللا ُ أَسْ َر ُع َم ْكرً ا ۚ إِنَّ ُر ُسلَ َنا َي ْك ُتب‬
َ ‫ُون َما َت ْم ُكر‬
]21 : ‫ُون [يونس‬ َ ‫َوإِ َذا أَ َذ ْق َنا ال َّن‬

Ertinya: "Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat sesudah mereka ditimpa sesuatu
kesusahan, mereka dengan serta-merta melakukan rancangan mereka menentang ayat-ayat
keterangan Kami dengan mendustakannya dan mengingkarinya. Katakanlah (wahai Muhammad):
"Allah lebih cepat melakukan rancangan menentangnya!" Sesungguhnya malaikat-malaikat utusan
Kami sentiasa menulis akan rancangan tipu daya yang kamu jalankan itu." (Surah Yunus: 21)

🌼 Keterangan Ayat:

1. Allah SWT menjelaskan keadaan kaum musyrikin apabila mereka dipulihkan oleh Allah dari
keadaan susah atau penyakit!

2. Mereka dengan serta-merta merancang untuk menentang agama Allah! Mereka berusaha untuk
mendustakan dan mengingkari ayat-ayat Allah!

3. Allah SWT lebih cepat melakukan rancangan menentang rancangan mereka! Para malaikat
sentiasa menulis rancangan tipu daya mereka!

Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.

🌼 Antara Petunjuk Ayat:

1. Orang yang tidak beriman adalah golongan manusia yang paling cepat lupa kepada nikmat Allah!

2. Musuh Islam akan merancang untuk menentang agama Allah apabila pulih kesihatan dan ekonomi
mereka!
3. Rancangan buruk musuh Islam telah diketahui oleh Allah! Rancangan Allah mendahului rancangan
mereka!

🌼 Kaedah Beramal:

1. Hendaklah kita segera ingat kepada nikmat Allah setelah pulih dari penyakit atau kesusahan!
Jangan lupa!

2. Hendaklah kita merancang untuk mempertahankan agama Allah apabila pulih kesihatan dan
ekonomi kita!

3. Hendaklah kita ingat kepada para malaikat yang sentiasa mencatat segala rancangan dan tindakan
kita!

Ya Allah bantulah kami untuk bersyukur kepadaMu, jadikanlah kami orang yang membantu untuk
menegakkan agamaMu. Aamiin.

Sila tambah petunjuk-petunjuk ayat...

‫وهللا أعلم وصلى هللا على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم والحمد هلل رب العالمين‬

Anda mungkin juga menyukai