Anda di halaman 1dari 2

Ertinya: "Kemudian bila sahaja Allah selamatkan mereka, mereka dengan serta-merta merebakkan

perbuatan derhaka di bumi dengan tidak ada sebarang alasan yang benar. Wahai manusia!
Sesungguhnya perbuatan kamu menderhaka itu hanyalah bala bencana terhadap diri kamu sendiri.
(Dengan itu kamu hanya dapat merasai) kesenangan hidup di dunia (yang sementara); kemudian
kepada kamilah tempat kembalinya kamu, maka Kami akan memberitahu apa yang kamu telah
lakukan." (Surah Yunus: 23)

🌼 Keterangan Ayat:

1. Allah SWT menjelaskan bahawa kaum musyrikin lupa janji mereka kepada Allah setelah mereka
diselamatkan! Mereka segera melakukan kesyirikan dan kejahatan!

2. Allah SWT menyatakan bahawa mereka sendiri nanti yang akan menanggung keburukan dari
kejahatan mereka tersebut! Bukan orang lain!

3. Mereka hanya berseronok di dunia yang sementara! Mereka semua akan kembali kepada Allah!
Mereka akan diberitahu apa yang telah mereka lakukan!

Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.

🌼 Antara Petunjuk Ayat:

1. Sebahagian manusia lupa janji mereka kepada Allah setelah berada di zon selesa! Mereka lupa
doa mereka dahulu ketika di dalam kesusahan!

2. Dosa kejahatan yang kita lakukan akan ditanggung oleh diri kita sendiri bukan orang lain! Kita
sendiri yang akan menerima padahnya!

3. Keseronokan di dunia hanya sementara! Kejahatan manusia hanya sementara! Kita semua akan
kembali kepada Allah! Kita akan diberitahu apa yang telah kita lakukan!

🌼 Kaedah Beramal:

1. Hendaklah kita menjadi golongan yang menunaikan janji kepada Allah! Jangan jadi orang yang
sombong dan lupa kepada Tuhan mereka!
2. Hendaklah kita segera bertaubat dari segala dosa dan kejahatan yang telah kita lakukan! Kita tidak
akan sanggup menanggung padahnya!

3. Hendaklah kita kembali kepada Allah sekarang di dunia! Kembali kepada agamaNya! Berpegang
kepada petunjukNya! Patuh kepada perintahNya!

Ya Allah ampunkanlah segala dosa dan kesalahan kami, bantulah kami untuk berpegang kepada
agamaMu dan mengikut perintahMu. Aamiin.

Sila tambah petunjuk-petunjuk ayat...

‫وهللا أعلم وصلى هللا على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم والحمد هلل رب العالمين‬

Anda mungkin juga menyukai