Anda di halaman 1dari 2

Firman Allah SWT:

‫يح َط ِّي َب ٍة َو َف ِرحُوا ِب َها َجا َء ْت َها ِري ٌح عَاصِ فٌ َو َجا َء ُه ُم ْال َم ْو ُج مِن‬ ْ ْ ْ ْ
ٍ ‫ه َُو الَّذِي ي َُس ِّي ُر ُك ْم فِي ال َبرِّ َوال َبحْ ِر ۖ َح َّت ٰى إِ َذا ُكن ُت ْم فِي ال ُفلكِ َو َج َري َْن ِب ِهم ِب ِر‬
ُ َ ٰ َ َ َ ْ ‫هَّللا‬ َ ُ َ َ
]22 : ‫ين [يونس‬ َّ
َ ‫نج ْي َت َنا مِنْ َه ِذ ِه ل َنكو َننَّ م َِن الشاك ِِر‬
َ ‫ين لئِنْ أ‬ َ ‫ين ل ُه ال ِّد‬
َ ِ‫ان َوظنوا أن ُه ْم أحِيط ِب ِه ْم ۙ دَ َعوُ ا َ مُخلِص‬ َّ ُّ ٍ ‫ُك ِّل َم َك‬

Ertinya: "Dia lah yang menjalankan kamu di darat dan di laut (dengan diberi kemudahan
menggunakan berbagai jenis kenderaan); sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan
bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang
baik, dan mereka pun bersukacita dengannya; tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang
kencang, dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari segala penjuru, serta mereka percaya
bahawa mereka diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan
mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata (sambil merayu dengan berkata):
"Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami tetap menjadi
orang-orang yang bersyukur"." (Surah Yunus: 22)

🌼 Keterangan Ayat:

1. Allah SWT menjelaskan keadaan kaum musyrikin ketika di tengah lautan! Mereka akan
bergembira apabila belayar dengan angin yang tenang!

2. Namun mereka akan cemas dan takut apabila ditimpa ribut kencang dan ombak besar! Ketika itu
mereka hanya berdoa kepada Allah!

3. Mereka akan merayu agar Allah selamatkan mereka dari bahaya tersebut! Mereka berjanji akan
menjadi orang-orang yang bersyukur!

Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.

🌼 Antara Petunjuk Ayat:

1. Kemudahan perjalanan dan pengangkutan di bumi adalah nikmat yang disediakan oleh Allah
untuk kegunaan manusia!
2. Orang yang kufur hanya mengingati Allah ketika ditimpa kesusahan! Mereka hanya berdoa dengan
ikhlas ketika di dalam kecemasan!

3. Orang yang kufur akan berjanji untuk beriman dan bersyukur jika mereka diselamatkan dari
kemalangan!

🌼 Kaedah Beramal:

1. Hendaklah kita bersyukur kepada Allah di atas nikmat kemudahan perjalanan dan pengangkutan!

2. Hendaklah kita mengingati Allah ketika senang dan susah! Berdoa ketika di dalam kesenangan dan
di dalam kecemasan!

3. Hendaklah kita menunaikan janji-janji yang kita sebut ketika berdoa! Jangan lupa kepada Allah
yang telah memakbulkan doa kita!

Ya Allah jadikanlah kami orang yang beriman dan bersyukur, selamatkanlah kami dari bahaya dan
bencana. Aamiin.

Sila tambah petunjuk-petunjuk ayat...

‫وهللا أعلم وصلى هللا على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم والحمد هلل رب العالمين‬

Anda mungkin juga menyukai