Anda di halaman 1dari 5

Dasar Pendidikan Tamadun China

Dalam tamadun Cina, sistem pendidikan amat dititikberatkan dalam


masyarakatnya

kerana

golongan

intelektual

amat

dihormati

oleh

mereka.

Masyarakat China menghargai pendidikan, perniagaan dan kesusasteraan dengan


matlamat utama pendidikannya adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan.
Seseorang pelajar harus mengharungi tiga peringkat pendidikan yang ketat untuk
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan dan mempunyai peluang untuk
menjadi pengawai kerajaan yang mempunyai gaji yang lumayan. Tiga tahap
pendidikan tersebut terdiri daripada pendidikan rendah, menengah dan tinggi. Oleh
itu, kanak-kanak akan bersekolah sejak berumur 7 tahun. Akan tetapi, pelajar
haruslah membawa alat tulis sendiri seperti buku, kertas, dakwat, kerusi dan pensel
ke sekolah. Oleh itu, hanya keluarga yang sederhana dan kaya yang mampu
membiayai anak-anak mereka ke sekolah.
Pendidikan rendah dalam kalangan kanak-kanak lebih tertumpu kepada
kegiatan menghafal tulisan dan mengenal ideogram dan 9 buah buku suci. Selepas
menyudahi pendidikan rendah, mereka akan memulakan sekolah menengah dan
sekolah tinggi yang akan menyediakan pelajar untuk menghadapi peperiksaan
awam. Oleh itu, setiap pelajar akan belajar bersungguh-sungguh untuk menghadapi
peperiksaan kerana peperiksaan awam yang bertahap pertama hanya dijalankan
dua kali dalam tempoh tiga tahun.
Peperiksaan yang bertahap pertama akan dijalankan di peringkat daerah
manakala peperiksaan yang bertahap kedua akan dijalankan di peringkat ibu kota
yang akan diadakan tiga kali setahun. Peperiksaan awam China dibahagikan
kepada tiga tahap, iaitu, Hsiu Tai, Chun Jen dan Chin Shih. Peperiksaan tahap

pertama yang dikenali sebagai Hsiu Tai adalah setaraf dengan ijazah pertama kini
dan calon yang lulus dalam peperiksaan tahap pertama dapat mengambil peluang
ini untuk menjadi pengawai kerajaan dan berkhidmat untuk kerajaan.
Peperiksaan tahap kedua yang dikenali sebagai Chun Jen adalah setaraf
dengan sarjana. Calon yang lulus dalam peperiksaan tahap kedua akan berlayak
untuk menjadi pendidik dalam istana atau institusi tinggi untuk mengajar pelajar.
Peperiksaan yang bertahap tiga iaitu Chin Shih adalah setaraf dengan doktor
falsafah akan dijalankan di dalam istana dan calon yang meluluskan peperiksaan ini
mampu mengambil jawatan yang lebih tinggi di kalangan pegawai kerajaan.
Sistem peperiksaan awam China adalah tertua di dunia. Hal ini kerana sistem
peperiksaan awam yang diamalkan lebih awal dan lebih sistematik berbanding
dengan tamadun lain. Antara keunikan sistem peperiksaan awam China ini ialah
tiada had umur yang ditetapkan untuk mengambil peperiksaan awam ini dan semua
rakyat berpeluang untuk menduduki peperiksaan awam ini. Selain itu, peperiksaan
sentiasa diuruskan dalam kaedah yang sangat ketat. Hal ini demikian untuk
memupuk semangat keadilan dalam kalangan pelajar supaya mereka boleh
mengaplikasikan sikap dan semangat ini semasa menjadi pengawai kerajaan.
Keketatan peperiksaan awam China dapat dilihat melalui calon-calon yang diragui
melakukan perbuatan peniruan akan dihukum mati. Di samping itu, calon-calon
peperiksaan akan dikurung sebanyak tiga hari berterusan di sebuah bilik untuk
menjawap soalan-soalan peperiksaan. Akan tetapi, mereka akan diberi makanan
dan minuman. Pemeriksa peperiksaan pula akan dikurung dalam bilik tersebut
sebelum hari peperiksaan tiba. Semua alat tulis yang digunakan untuk peperiksaan
akan disediakan oleh pihak kerajaan. Hukuman yang berat dan peraturan yang ketat

terhadap calon peperiksaan yang diragui membuat peniruan telah berjaya


menghasilkan sistem peperiksaan yang telus. Oleh itu, peperiksaan awam ini amat
disanjung tinggi oleh masyakat Cina kerana status sosial seseorang mampu
ditingkatkan selepas mereka lulus dalam peperiksaan awam. Ketingkatan status
sosial pula boleh meningkatkan maruah diri dan maruah keluarga serta dapat
mengubah nasib sendiri dan keluarga. Kelulusan dalam peperiksaan juga
menyediakan peluang untuk mereka untuk menjadi ahli seumur hidup di organisasi
intelek.
Di samping itu, sistem peperiksaan ini diwujudkan untuk memilih dan melantik
pegawai kerajaan sejak zaman Dinasti Han. Calon-calon yang mampu mencapai
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akan dilantik sebagai pegawai yang
berpangkat tinggi untuk memegang jawatan-jawatan penting serta berpengaruh di
ibu kota dan wilayah. Sistem peperiksaan ini dikekalkan sehingga kejatuahan Dinasti
Ching pada tahun 1911. Secara tidak langsung, sistem peperiksaan ini telah
dianggap sebagai suatu kayu ukur untuk membezakan dua golongan, iaitu golongan
elit dan golongan massa. Golongan elit pula dikenali sebagai golongan yang
memerintah manakala golongan massa dikenali sebagai golongan yang diperintah.
Chun Tze atau manusia unggul merupakan golongan elit yang berpendidikan tinggi
menurut pemikir Confuciusnisme. Oleh itu, semua rakyat haruslah menghormati
Chun Tze.
Lebih-lebih lagi, setiap dinasti mempunyai perbezaan yang tidak ketara dari
segi penubuhan sekolah dan institusi. Semasa pemerintahan Maharaja Wu Ti di
Dinasti Han, Maharaja Wu Ti lebih menggalakan penubuhan sekolah tinggi di ibu
kota dan penubuhan sekolah di provinsi dan daerah. Maharaja Yan Kuan yang
berada di Dinasti Sui pula menggalakan penubuhan sekolah dan perpustakaan

imperial. Beliau yang lebih menitikberatkan pendidikan juga menyebarkan sistem


persekolahan dari ibu kota sehingga ke semua bahagian pentadbiran imperial
supaya sistem pendidikan dapat dimajukan dan mudah diperolehi oleh masyarakat.
Manakala di Dinasti Ming, dasar pendidikan yang lebih komprehensif telah berjaya
menransangkan penubuhan kolej belia, university kebangsaan dan sekolah awam di
setiap

wilayah,

daerah

dan

bahkan

kawasan

kampong.

Dasar ini

yang

berkomprehensif mampu menyediakan peluang kepada anak kampung untuk


menerima pendidikan walaupun jauh dari kota. Hal ini juga mampu membasmi buta
huruf dalam kalangan masyarakat Cina dan dapat meningkatkan ketatasusilaan dari
semasa dan semasa. Pemerintah Dinasti Tang juga melancarkan sesetengah dasar
dengan menubuhkan sebuah sekolah awam di setiap wilayah, daerah dan kampung
supaya kanak-kanak mendapat peluang untuk menerima pendidikan yang asas dan
mampu berkomunikasi.
Antara sumbangan yang terbesar semasa Dinasti Tang ialah pengenalan
akademik Han Lin oleh Maharaja Hsuan Tsung. Akademi Han Lin merupakan
sebuah majlis yang dikandungi oleh ahli-ahli akademik yang terkemuka sebagain
badan penasihat dan penyunting. Ahli-ahli akademik yang terkemuka biasanya
bertindak sebagai cabinet maharaja manakala ada yang dilantik sebagai tokoh
kesusasteraan negara dan berkedudukan tinggi di negara.

Anda mungkin juga menyukai