Anda di halaman 1dari 41

Kursus: MPU3123 Nama Kursus : Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Tajuk: Pengaruh Tamadun Islam terhadap Tamadun China

Kumpulan: 13 Masa: 8.00 pm Hari: 19/8/2014

Pensyarah : En. Abdul Halim

Nama ahli kumpulan:

1. Nama : Loh Wen Jiun


No Matrik : 19660
No tel : 016-9876299
Email : wen-jiun@hotmail.com
Kursus : Electrical & Electronic Engineering

2. Nama : Tommy Cheang Chee Wei


No Matrik : 19706
No tel : 012-5143488
Email : tommycheang20@gmail.com
Kursus : Electrical & Electronic Engineering

3. Nama : Chuah Theng Lee


No Matrik : 19743
No tel : 016-4581090
Email : brayn_thenglee@hotmail.com
Kursus : Electrical & Electronic Engineering

4. Nama : Andre Koh Yung Chien


No Matrik : 20144
No tel : 012-4755163
Email : yungchien95@hotmail.com
Kursus : Electrical & Electronic Engineering

5. Nama : Yew Chun Yen


No Matrik : 20146
No tel : 017-48497809
Email : yewchunyen@gmail.com
Kursus : Electrical & Electronic Engineering
Penghargaan
Assalamualaikum Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya
dapat juga saya menyiapkan tugasan kami dalam subjek Tamadun Islam dan Tamadun
Asia yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk Pengaruh Tamadun Islam terhadap
Tamadun China. Tugasan ini amat penting buat kami memandangkan perkara ini
merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek.

Ribuan terima kasih kami ingin ucapkan kepada setiap individu yang telah
membantu saya and ahli kumpulan saya sepanjang masa kami menghabiskan tugasan ini.
Pertama sekali adalah kepada Pensyarah En. Abdul Halim kerana beliau telah memberi
banyak bimbingan dan semangat yang kuat kepada para pelajar.

Selain itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kami yang
telah menyokong kami sepanjang masa kami menghabiskan tugasan ini. Mereka juga
memberi sokongan dari segi kewangan.

Seterusnya, terima kasih juga kepada rakan-rakan kami yang sudi membantu
kami supaya tugasan kami dapat disiapkan sebelum tarikh yang ditetapkan. Bantuan
kalian dari segi informasi terkini mengenai projek folio amat saya hargai. Budi kalian
yang sanggup meluangkan masa untuk memberikansaya maklumat tidak akan saya
lupakan.
Pengenalan

Tajuk penyelidikan kumpulan kami adalah Pengaruh Tamadun Islam terhadap


China dan Tinjauan terhadap pelajar UTP. Menurut M. Suyanto (Amikom Yogyarkata),
pengaruh merupakan nilai kualitas suatu iklan melalui media tertentu manakala
menurut Uwe Becker, pengaruh adalah kemampuan yang terus berkembang yang
berbeza dengan kekuasaan dan tidak begitu terkait dengan usaha memperjuangkan dan
memaksakan kepentingan.
Bagi definisi konsep pengaruh, Robert Dahl menyatakan A mempunyai pengaruh
atas B sejauh ia dapat menyebabkan B untuk berbuat sesuatu yang sebenarnya tidak
akan B lakukan. Sosiologi pengaruh merupakan kekuasaan yang mengakibatkan
perubahan perlakuan orang lain atau kelompok lain.
Definisi Tamadun menurut Ibn Khaldun dalam kitabnya al-Muqaddimah
memperkenalkan dua terminology al umran dan al hadarah dalam abad ke 14 yang
membawa maksud sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota
atau wilayah dan tanah pertanian yang akhirnya merintis kemajuan,kemakmuran dan
pencapaian yang bersumberkan agama.Tamadun Islam ialah tamadun yang didirikan
oleh masyarakat muslim dari abad ke 7 M hingga kini. Ia merupakan sebuah tamadun
yang sepadu dengan menitikberatkan penekanan kemajuan kerohanian serta
kebendaan. Selain Ibn Khaldun, menurut Al-Shirazi Tamadun islam adalah berkisar
tentang kekuasaan, kehebatan, kemakmuran dan kemajuan sesuatu bangsa dan
pemerintahan.
Bagi menjelaskan Tamadun China, tamadun ini bermula di Huanghe Utara China
dan Yangzijang di Selatan China kira-kira 7000 tahun dahulu. Tamadun di kawasan
Huanghe juga dikenali sebagai Tamadun Yangshao disebabkan oleh sebagai Tamadun
Yangshao disebabkan oleh pekan tersebut merupakan tempat pertemuan tapak galian
arkeologi.Tamadun Cina merupakan tamadun yang tertua seperti Tamadun
Mesopotamia, Tamadun Mesir, Tamadun Lembah Indus dan Tamadun Greek.
Definisi lain termasuklah Dinasti Tang, Dinasti Ming dan Dinasti Qing. Dinasti
Tang menggantikan Dinasti Sui, didirikan oleh keluarga Li. Li Shimin bersama-sama
dengan ayahnya, Li Yuan mendirikan wangsa ini pada tahun 618, dan
menetapkan Chang'an sebagai ibukotanya. Li Yuan sendiri tidak sepenuhnya berdarah
Cina. Baginda keturunan bangsa Turki. Nama Tang sendiri berasal dari nama kuno
daerah Jin yang sekarang menunjuk kepada provinsi Shanxi. Ketika kejayaan dinasti ini,
ada masa 15 tahun di mana Maharaja Wu Zhe Tian memaklumatkan Dinasti Zhou kedua.
Maharaja Wu Zetian merupakan maharaja wanita tunggal dalam sejarah maharaja China.
Pada masa pemerintahan Dinasti Tang, wilayah Cina meluas sampai ke selatan, sehingga
merangkumi daerah Fujian dan Guangdong.

Dinasti Ming pula adalah dinasti satu dari dua dinasti yang didirikan oleh
pemberontakan petani sepanjang sejarah Cina. Dinasti ini adalah dinasti
bangsa Han yang terakhir memerintah setelah Dinasti Song. Pada tahun 1368, Zhu Yuan
Zhang berhasil mengusir bangsa Mongol kembali ke utara dan menghancurkan Dinasti
Yuan yang mereka dirikan. Ia mendirikan Dinasti Ming, dengan ibukotanya
di Yingtian (sekarang Nanjing) sebelum puteranya, Zhu Di, yang menjadi kaisar ke-3
memindahkan ibukota ke Shuntian (sekarang Beijing). Yingtian kemudian berganti nama
menjadi Nanjing (ibukota selatan).

Dinasti Qing, juga dikenali sebagai Wangsa Manchu, ialah Dinasti China yang
memerintah pada tahun 1644 hingga 1911. Dinasti ini ditubuhkan oleh
puak Manchu Aisin Gioro di tempat yang kini dikenali sebagai China timur
laut (Manchuria). Sejak tahun 1644 Dinasti Qing berkembang ke China
sebenar (kawasan yang diduduki bangsa Han) dan wilayah sekelilingnya, lalu
menubuhkan Empayar Qing Agung. Dinasti Qing merupakan wangsa beraja terakhir di
China. Diisytiharkan sebagai Dinasti Jin Akhir pada tahun 1616, namanya ditukar kepada
"Qing" yang bermaksud "jelas" atau "jernih", pada tahun 1636 dan
menawan Beijing pada tahun 1644. Menjelang tahun 1646 dinasti ini memperoleh
kuasanya di kebanyakan wilayah China masa.
Latar belakang kajian

Rasional kajian Pengaruh Tamadun Islam terhadap China dijalankan untuk


mengetahui betapa pentingnya pengaruh sesebuah tamadun kepada tamadun lain
terutamanya dalam aspek politik, ekonomi, sosial, budaya dan teknologi sesebuah
tamadun.

Tamadun Islam dan China mempunyai sejarah yang agak lama iaitu China
mempunyai selama dua ribu tahun manakala Tamadun Islam mempunyai seribu lima
ratus tahun. Sejarah antara interaksi antara dua tamadun juga telah berlaku beratus-
ratus tahun sejak Dinasti Tang dan diteruskan lagi dengan Dinasti Yuan, Dinasti Ming,
Dinasti Qing sehingga kini.

Oleh itu, adalah pentingnya untuk kita ketahui dan pelajari daripadanya interaksi
antara dua tamadun bagi menghargai jasa tokoh-tokoh tamadun, mempelajari nilai-nilai
mulia yang harus kita amalkan serta mempunyai pegangan-pegangan yang harus
diamalkan oleh seseorang pemimpin bagi membangunkan kerajaannya.

Selain itu, dengan membuat kajian terhadap pengaruh tamadun Islam terhadap
China, kita dapat mengetahui bahawa kerjasama antara pelbagai pihak dapat
mendatangkan faedah kepada masing-masing dalam pembangunan negara dan
pembentukan modal insan yang lebih cemerlang khususnya dalam membentuk
masyarakat yang bijaksana lagi berhemah tinggi.
Objektif Kajian:

1) Mengetahui sejarah pengaruh Tamadun Islam terhadap China dan menambahkan


ilmu pengetahuan pelajar terhadap Tamadun Islam dan China.

2) Mempelajari usaha-usaha yang dijalankan oleh masyarakat dahulu dalam


membangunkan ekonomi, meningkatkan taraf hidup dan mencipta teknologi dan alatan
yang meringkaskan pelbagai urusan.

3) Menghargai jasa para pemimpin tamadun dalam membangunkan negara dan


kerjasama antara pemimpin bagi menjamin kestabilan politik dan pembangunan negara
yang konsisten.

4) Mempelajari nilai-nilai murni dan moral yang diamalkan oleh masyarakat dahulu
dalam usaha menjayakan sesuatu perkara.

5) Memupuk semangat kerjasama dan displin diri antara ahli kumpulan dalam
menyiapkan tugasan Tamadun Islam dan Tamadun Asia.
Metodologi Kajian:

Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik terhadap 50 orang pelajar di


UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS. Ia akan dijalankan bermula pada bulan Mei dan
soalan soal selidik yang berkaitan dengan tajuk penyelidikan kami akan diberikan
kepada para pelajar tanpa mengira kaum, bangsa dan etnik pelajar. Ini dilakukan bagi
mengetahui pemahaman pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang terhadap
soalan soal selidik.

Melalui keputusan soal selidik, kami boleh membuat penyelidikan berdasarkan


perbezaaan pendapat antara para responden dan memperoleh penjelasan bagi setiap
perbezaan.

Borang soal selidik mengandungi 10 pernyataan yang mengandungi 5 skala-


Likert bagi setiap pernyataan iaitu sangat setuju, setuju, tidak pasti, tidak setuju dan
sangat tidak setuju. Selepas borang soal selidik ini diedarkan kepada responden, ia akan
dianalisis untuk mencari peratus bagi setiap skala yang disoal. Seterusnya kita akan
mengkaji keputusan soal selidik bagi mendapatkan pendapat pelajar terhadap tajuk
penyelidikan kumpulan kami iaitu : Pengaruh Tamadun Islam terhadap China.

Selepas itu, kami akan membuat kajian berdasarkan sorotan-sorotan kajian yang
diperoleh daripada journal dan buku bercetak di pusat sumber ataupun didapati di
laman web. Sorotan-sorotan yang berkaitan dengan Pengaruh Tamadun Islam terhadap
China seperti sejarah Tamadun China, Tamadun Islam dan Interaksi antara dua tamadun
merupakan titik berat kumpulan kami begi mengkaji tajuk ini.

Akhirnya, kami akan menghasilkan rumusan bagi tajuk Pengaruh Tamadun


Islam terhadap China berdasarkan majoriti pendapat para responden dan sorotan-
sorotan kajian yang dilakukan.
Sorotan Kajian Pertama : Muslims in China oleh HJ. Ibrahim T.Y MA(J.S.M)
(2003)

Pengaruh Islam terhadap China berlaku dengan kedatangan Muslim atau Orang
Arab secara berperingkat ke China. Fassa Pertama boleh dinampakkan apabila pedagang
Arab atau Muslim menjalankan perdagangan dengan penduduk dan peniaga China.
Kedatangan Muslim Fassa Kedua berlaku apabila Kerajaan Tang mendapatkan bantuan
ketenteraan daripada negara Arab. Fassa ketiga kedatangan Islam ke China dapat
dinampakkan dengan kemasukkan pakar teknologi pada Dinasti Yuan.

Menurut HJ. Ibrahim T.Y MA, kedatangan Muslim atau orang Arab adalah melalui
Jalan Sutera Laut dan Jalan Sutera Laut sering digunakan sejak Dinasti Tang dan Sung.
Sejak Dinasti Tang, pedagang asing yang ingin menjalankan perdagangan di China
berada di bawah Fan Fang (Penyinggahan Warga Asing) dan pedagang Muslim sering
dinampakkan sebagai pedagang yang berhemah sehingga mereka dapat menjalinkan
hubungan yang baik antara mereka dengan pemerintah China.

Pada tahun 755, hubungan yang baik antara Arab dengan Dinasti Tang di China
dijaga dengan baik oleh pemerintah masing-masing. Mereka sering menghantar
pembesar kerajaan ke kerajaaan masing-masing bagi menjalinkan hubungan yang erat
antara dua kerajaan. Menurut HJ. Ibrahim T.Y MA, pada tahun tersebut, pembesar yang
bernama An Lu Shan melancarkan pemberontakan ke atas kerajaan Tang dan An berjaya
menguasai beberapa kota besar Dinasti Tang termasuk ibu kota, ChangAn. Kedatangan
Muslim Fassa Kedua berlaku apabila Kerajaan Tang mendapatkan bantuan ketenteraan
daripada negara Arab bagi memulihkan ketenteraman yag berlaku di China. Selepas
kejadian tersebut, kebanyakan askar Arab yang singgah di China dan berkahwin dengan
penduduk tempatan sehingga membolehkan kemunculan bangsa baru di China
terutamanya bangsa Cina-Muslim.
Fassa ketiga kedatangan Islam ke China dapat dinampakkan pada Dinasti Yuan
( tahun 1278). Menurut HJ. Ibrahim T.Y MA, pemerintah Dinasti Yuan merupakan orang
Monggol, orang Monggol sering dikatakan sebagai orang yang tinggal di luar Bandar dan
budaya dan teknologi dan berlakunya kejurangan antara mereka dengan rakyat China
apabila mereka memerintah Dinasti Yuan. Apabila pemerintah Yuan menghantar
ekspedisi ke Barat, mereka menampakkan kecanggihan teknologi dan ketinggian budaya
oleh masyarakat lain terutamanya Muslim. Apabila mereka pulang ke negara mereka,
mereka mengetahui betapa pentingnya sumbangan ilmu dan teknologi kepada
sesebuah tamadun. Mereka membawa masuk pakar dari pelbagai bidang dan antaranya
terdapat dua pakar teknologi Muslim bernama Allahuddin Mufari dan Ismail dari Syria.

Sumbangan kedua-dua pakar tersebut boleh dinampakkan dengan penciptaan


Meriam Hui Hui. Mereka merupakan manusia pertama yang menggunakan serbuk
meriam untuk melancarkan bom meriam. Penciptaan meriam tersebut membawa
kemenangan kepada Kerajaan Yuan apabila mereka berjaya menggunakan Meriam Hui
Hui untuk mempertahankan kota Hsiang Yang. Ismail dan Allahuddin telah dinaikkan
pangkat kemudian. Selain itu, Muslim sering dipilih sebagai pembesar dan diberikan
pangkat tinggi pada Dinasti Yuan kerana mereka pakar dalam ilmu perubatan, sains,
pentadbiran, astronomi dan lain-lain. Contohnya kebanyakkan pembesar kota adalah
terdiri daripada Muslim.

Tambahan pula, seorang lagi tokoh yang terkenal bernama Syed Omar
Shamsuddin. Beliau merupakan pembesar Muslim terkenal terutamanya dalam bidang
pentadbiran. Beliau membantu Dinasti Yuan dalam memerintah kawasan Vietnam yang
terbiar oleh Dinasti Yuan. Beliau membangunkan Vietnam dan menyebarkan agama
Islam dan meningkatkan semangat taat setia kepada Kerajaan Yuan. Ini menyebabkan
Dinasti yang seterusnya, Dinasti Ming terpaksa menggunakan masa yang agak panjang
untuk menawan balik Vietnam daripada tangan Dinasti Yuan.
Sorotan Kajian Kedua : Imperial China 900-1800 oleh F.W.Mote (1992)

Dinasti Ming

Dinasti Ming merupakan kerajaan yang menerukan Dinasti Yuan sebagai sebuah
badan pemerintahan untuk memerintah Tanah Besar China. Pada akhir Dinasti Yuan,
pemerintah Yuan yang zalim dan tamak menyebabkan berlakunya penentangan rakyat
terhadap Dinasti Yuan sehingga menggulingkan kerajaan tersebut dan lahirnya Kerajaan
Dinasti Ming. Dinasti Ming menampakkan penglibatan masyarakat Islam sebagai
pembesar China yang memainkan peranan penting dalam pembentukan dan
pembangunan Dinasti Ming.

Sebelum Ming Taizu, Zhu Yuan Zhang menaik takhta sebagai Maharaja Ming,
baginda merupakan ketua bagi Tentera Tuban Merah untuk menentang kezaliman
Dinasti Yuan. Menurut F.W.Mote, kebanyakan masyarakat Islam bangkit dan
menyokong usaha Maharaja Zhu untuk menentang pemerintah Yuan dan mereka
menggiatkan diri dalam menghapuskan kezaliman kerajaan Yuan. Panglima Islam, Lan Yu
yang handal gagah menentang musuh sehingga membawa kemenangan kepada tentera
Ming. Bagi menghargai usaha masyarakat Islam menolong Dinasti Tang, Maharaja Ming
menurunkan titah bahawa agama Islam harus sentiasa dijaga dengan baik dan lebih
banyak masjid harus didirikan bagi kegunaan masyarakat Islam.

Menurut F.W.Mote, Dinasti Ming menampakkan kerajaan menitikberatkan


kehandalan dan kebijaksaan seseorang tanpa mengira kaum dan bangsa mereka.
Laksamana Cheng Ho merupakan tokoh yang terkenal di Dinasti Ming. Beliau
merupakan pelayar yang hebat dan membantu Kerajaan Ming menjalinkan hubungan
yang baik dengan negara serantau pelayarannya.

Latar belakang Laksamana Cheng Ho ialah beliau bernama Ma, sebagai Muslim
cucu kepada Sayid Ajall, iaitu Muslim Tuki dari Bukhara di Asia Tengah. Sayid Ajall
merupakan pembesar bagi kawasan Yunnan semasa Dinasti Yuan. Beliau
memperkenalkan agama Islam dan Umat Islam kepada penduduk tempatan sehingga
berjaya mewujudkan bangsa Cina Muslim sehingga hari ini. Apabila Cheng Ho berumur
sepuluh, seorang pengawai menjumpai Cheng Ho di jalan dan tanya beberapa soalan
kepada beliau. Jawapannya menunjukkan keberanian dan kebijaksaan beliau dan
pengawai tersebut membawa beliau bekerja untuk Kerajaan Ming.

Selepas Ming ChengZu menjadi pemerintah Kerajaan Ming, ChengZu meminta


Cheng Ho untuk melancarkan eskepedisi maritime ke negara serantau bagi
menunjukkan kegemilangan Dinasti Ming, menjalinkan hubungan dengan negara lain
serta meningkatkan kualiti tentera laut Dinasti Ming. Untuk menunjukkan kekuatan
Dinasti Ming, ChengZu memberikan kuasa kepada Cheng Ho untuk menguasai angkatan
tentera laut sebanyak 317 kapal yang saiznya 200 kaki , lebih panjang dan canggih
berbanding dengan kapal negara Barat pada masa tersebut.

Cheng Ho melancarkan ekspedisi sebanyak tujuh kali dan dalam pelayaranya


beliau menyinggah di Vietnam, Melaka, Indonesia, India, Sri Lanka, Hormuz, Arab, Africa
dan banyak lagi. Tanggungjawab Cheng Ho sebagai laksamana agak penting bagi
membolehkan Dinasti Ming menjalinkan hubungan diplomatik, menunjukkan keikhlasan
pemerintah Ming dan menjalankan perdagangan dengan penduduk tempatan. Selain itu,
Cheng Ho juga bertindak untuk memulihkan ketenteraman di sesebuah tempat
sekiranya tempat tersebut berlakunya pemberontakan dan beliau bertindak untuk
melawan lanun-lanun dan membawa hasil kekayaan atau barang kemewahan kepada
pemerintah Ming.

Dinasti Ming dinampakkan sebagai sebuah kerajaan yang terbuka di mana


pemerintahnya mementingan kualiti seseorang berbanding dengan latar belakangnya
seperti pembesar, pengawai dan Cheng Ho. Dinasti Ming juga menampakkan pengaruh
Islam terhadap China di mana Islam menyumbangkan ilmu, kebijaksanaan dan
keberanian mereka dalam membangunkan Dinasti Ming.
Sorotan Kajian Ketiga : World Five Thousands Years oleh Zhu Jian Guo
(2012)

Pada tahun 750, Kerajaan Bani Abbasiyah ditubuhkan selepas menumpaskan


Kerajaan Bani Umaiyah. Kerajaan Bani Abbasiyah merupakan kerajaan Islam yang paling
gemilang berbanding dengan kerajaan sebelumnya terutamanya dalam bidang politik,
agama, ekonomi dan teknologi. Khalifah kedua Kerajaan Bani Abbasiyah iaitu Khalifah al-
Mansur berjaya membangunkan kerajaan dan menggalakkan penukaran fikiran, ilmu,
teknologi dan budaya.

Kekayaan Kerajaan Bani Abbasiyah membolehkan mereka memperoleh barang


mewah dan teknologi daripada tamadun lain. Pada masa tersebut, tamadun China
berjaya mencipta kertas daripada Parchment, iaitu kulit binatang yang lebih keras dan
tidak mudah patah berbanding dengan pokok papyrus. Penghasilan kertas Parchment
dalam kuantiti yang banyak membolehkan Dinasti Tang mengeksportkan kertasnya ke
seluruh Dunia.

Dalam proses perdagangan dengan Arab, pembelian kertas oleh kerajaan


Abbasiyah dikatakan dapat meringkaskan kebanyakan urusan terutamanya dalam
mencatat perkara dalam pentadbiran, undang-undang dan lain-lain. Eksport kertas dan
tekologi pembuatan kertas dari Dinasti Tang ke Kerajaan Abbasiyah mendatangkan
keuntungan kepada Dinasti Tang di samping menggiatkan perdagangan antara dua
tamadun melalui Jalan Sutera Laut.

Di samping itu, zaman tersebut menampakkan hubungan baik yang dijalinkan


antara Tamadun Islam dengan China apabila kedua-dua tamadun menghantar
pembesar-pembesar ke negara masing-masing bagi menjalinkan hubungan dan
menghantar bantuan ke negara yang berlaku darurat terutamanya semasa
pemberontakan An Lu Shan di Dinasti Tang. Khalifah al-Mansur menghantar empat ribu
askar Islam untuk membantu Dinasti Tan memulihkan keamanan kerajaan Dinasti Tang.
Implikasi terhadap kejadian tersebut, askar yang singgah di China telah membolehkan
kewujudan bangsa baru di China iaitu Bangsa Cina-Muslim.

Dalam bidang teknologi pula, teknologi pembuatan meriam dicipta oleh


penganut Islam di Dinasti Tang membolehkan Dinasti Tang meningkatkankan lagi
kekuatan tentera Dinasti Tang dan berjaya mempertahankan kota dalam beberapa
serangan oleh musuhnya. Zaman tersebut juga menampakkan penguasaan ilmu
astronomi dan matematik oleh para sarjana Islam sehingga mereka dijemput ke China
untuk mengadakan interaksi antara dua tamadun dalam bidang sains dan membantu
Dinasti Tang dalam meningkatkan ilmu mereka.

Selain itu, penyumbangan ilmu perubatan oleh sarjana-sarjana Islam terkenal


seperti Ibnu Sina, Al-Khindi, al-Farabi dan sebagainya oleh tamadun Islam kepada
tamadun China juga ternampak di zaman tersebut. Ibnu Sina, atau digelar sebagai
Avicenna di Barat merupakan seorang pakar perubatan yang terkenal di zaman ini, karya
dan ilmu beliau diterjemah dan dihantar ke tamadun China sebagai rujukan kepada
pakar perubatan di China.

Karya terkenal di dunia iaitu, Hikayat Seribu Malam juga diambil daripada cerita-
cerita yang berlaku semasa Zaman Abbasiyah. Cerita-cerita tersebut termasuklah
Aladdin, Ali Baba dan Empat Puluh Penyamun, dan Tujuh Pengembaraan Sinbad seorang
Pelayar diambil dan diterjemah kepada kebanyakan bahasa terutamanya Bahasa Cina.
Karya tersebut dikatakan mendapat sambutan yang hangat di kalangan kanak-kanak
China kerana buku tersebut mengajarkan kanak-kanak tentang kemuliaan dan moral
seseorang terhadap masyarakat dan alam sekelilingnya.

Pengaruh Islam terhadap tamadun China di Zaman Abbasiyah termasuklah


politik, ilmu dan teknologi membolehkan hubungan erat dijalin antara dua tamadun,
peningkatan ilmu dan teknologi dan meningkatan interaksi tamadun antara masyarakat
di kedua-dua tempat.
Sorotan Kajian Keempat : Xinjiang Chinas Muslim Far Northwest oleh
Michael Dilion (2004)

Xinjiang merupakan sebuah kawasan autonomi yang terletak di barat laut China.
Xinjiang didiami oleh berbagai-bagai jenis komposisi etnik yang kompleks. Penganut
agama Islam yang fasih bertutur dalam Bahasa Turkey dan Cina yang berketurunan
Dinasti Han merupakan dua etnik yang terbesar di Xinjiang pada ketika itu.

Menurut journal yang bertajuk Xinjiang Chinas Muslim Far Northwest, yang
dikarang oleh Michael Dillon pada tahun 2004, kebanyakan penganut Islam Xinjiang
menetap di sebuah kawasan yang bernama Kashghar. Hal ini dapat dibuktikan selepas
lebih daripada 12000 buah masjid telah dibina di Kashghar. Kashghar juga merupakan
bandar yang terletaknya masjid yang terbesar di negara China, iaitu Masjid Id Gah.

Kebanyakan negeri yang didiami penganut Islam di China seperti Xinjiang, Gansu,
Qinghai, Ningxia dan Shanxi telah mula mengadakan hubungan diplomatik dengan
negara-negara Timur Tengah dan Arab pada tahun 1980-an. Hubungan diplomatik yang
baik antara negeri-negeri tersebut dengan negara Timur Tengah telah menyebabkan
Xinjiang dan Ningxia ditawar penajaan oleh negara Timur Tengah sebanyak US$4060000
untuk membina Akademi Islam di Xinjiang dan Ningxia. Akademi-akademi Xinjiang dan
Ningxia telah dibina dengan tujuan memberi ilmu pengetahuan Islam serta menyebar
agama Islam kepada generasi yang muda.

Pada tahun 1990, sekumpulan lelaki berketurunan Uyghur yang sedang


bersembahyang di masjid yang terletak di kawasan Baren telah mengkritik Party
Komunis Cina tentang isu-isu yang berkaitan dengan dasar etnik minoriti yang
melindungi hak golongan minoriti di Xinjiang, iaitu hak golongan Cina Han. Mereka telah
memprotes dasar tersebut dengan ganas. Mereka juga bercadang untuk menghalau
golongan Cina Han keluar daripada Xinjiang. Golongan Uyghur telah menggunakan
agama Islam untuk menyemai sikap kebencian terhadap golongan Cina Han dalam jiwa
penganut-penganutnya. Golongan Uyghur berbuat demikian adalah untuk
mempergunakan penganut agama Islam untuk menyokong protes mereka. Kebanyakan
penganut Islam telah mempercayai ideologi golongan Uyghur dan sanggup berbuat apa-
apa pun bagi mempertahankan agama Islam. Pada bulan Mac 1990, mereka telah
menakutkan dan menyerang bangsa Cina Han dengan sengaja. Sebagai contohnya,
golongan Uyghur telah mengacau peniaga Cina Han dengan merosakkan barangan yang
dijual olehnya. Golongan Uyghur telah menjadi semakin melampau sehingga sanggup
mengguntingkan rambut perempuan yang berbangsa Cina Han sekiranya mendapati
mereka keluar dari rumah.

Seterusnya, kejadian di Baren telah menjadi semakin teruk. Sebanyak 200 orang
yang berbangsa Uythur telah mengadakan demonstrasi di depan dewan Baren untuk
menunjukkan kekuatan mereka. Pihak berkuasa telah menghantar tentera ke tempat
kejadian untuk mengawal kejadian tersebut. Golongan Uyghur telah menyerang tentera
yang dihantar dengan membuang batu ke arah kenderaan dan badan tentera supaya
tentera tidak dapat mendekati mereka. Xu Xinjian, Timbalan Pengajar Politik, Rejimen
pertahanan sempadan dari negara Akto telah dibunuh oleh pemberontak Uyghur dalam
perjalanan ke dewan Baren. Timbalan Komander Eli Yasin juga diculik oleh pemberontak
Uyghur di tempat yang sama Xu Xinjian dibunuh.

Selepas kematian Xu Xinjian dan penculikan Eli Yasin, pihak berkuasa tidak
memberi peluang kepada golongan Uyghur untuk menyerah diri lagi. Pihak berkuasa
segera menghantar beberapa rejimen askar untuk menghentikan demonstrasi dan
menangkap pemberontak Uyghur. Kebanyakan pemberontak Uyghur telah cuba
melarikan diri selepas mendapat berita bahawa askar akan datang menangkap mereka.
Namun, kepintaran askar yang dihantar oleh pihak berkuasa telah berjaya menangkap
mereka.
Sorotan Kajian Kelima : Rahsia Islam di China Gemilang di sebalik
Tembok Besar oleh Ann Wang Seng,2008)

Menurut Ann Wang Seng, seorang pengarang terkenal yang berbangsa Cina
tetapi beragama Islam di China dalam bukunya, Rahsia Islam di China Gemilang di
sebalik Tembok Besar, China merupakan salah satu negara yang memiliki paling ramai
penduduk di seluruh dunia. Tembok Besar China pula merupakan kubu pertahanan
China silam yang dibina pada sekitar 200 sebelum Masihi dan diperkukuh semasa Dinasti
Ming bagi melindungi kawasan utara negara China daripada serangan puak Mongol dan
Turkik.

Agama Islam telah mula berkembang di negara China pada tahun 651 Masihi,
iaitu pada zaman Dinasti Tang. Kebanyakan penduduk negara China yang beragama
Islam tinggal di bahagian barat laut China, iaitu di Wilayah Autonomi Xinjiang, Wilayah
Autonomi Ningxia, Wilayah Shanxi, Gansu dan Qinghai. Pada zaman Dinasti Tang, agama
Islam masih tidak banyak dikenali oleh penduduk-penduduk yang tinggal di China.
Namun demikian, masjid Huaizheng yang masih terletak di Guangzhou telah dibina pada
zaman Dinasti Tang. Masjid tersebut merupakan masjid yang tertua din negara China.
Biasanya masjid akan dibina mendekati dengan pelabuhan. Hal ini demikian disebabkan
kebanyakan penganut Islam pada zaman itu merupakan pedagang-pedagang Arab yang
datang berniaga di negara China. Oleh itu, masjid yang dibina akan mempunyai corak
seni bina Arab walaupun masjid-masjid itu terletak di China.

Agama Islam telah mula diterima oleh penduduk Islam pada zaman Dinasti Song.
Pada zaman Dinasti Song, agama Islam dihormati dan disanjung tinggi oleh penduduk di
China. Masjid yang paling ternama pada ketika itu ialah Qing Jing Si yang terletak di
Quanzhou. Agama Islam berkembang selaju kilat pada zaman Dinasti Yuan. Hal ini dapat
dibuktikan selepas bilangan penduduk China yang beragama Islam menaik dengan
mendadak. Masjid yang dibina pada zaman Dinasti Yuan bukan sahaja mempunyai seni
bina corak Arab tetapi juga seni bina corak China yang diukir dengan menggunakan kayu.
Kepesatan agama Islam pada zaman Dinasti Yuan telah mengharungi cabaran
yang susah pada zaman Dinasti Ming. Hal ini demikian disebabkan maharaja pada zaman
Dinasti Ming bukan sahaja tidak suka agama Islam tetapi juga memandang rendah
terhadap penganut yang menganuti agama Islam. Umat Islam pada ketika itu telah
dipandang rendah dan diskriminasi. Kerajaan Dinasti Ming telah mengeluarkan dasar-
dasar yang berat sebelah dan mendiskriminasi penganut Islam. Penganut Islam pada
ketika itu telah dilarang daripada menjadi pegawai kerajaan. Penganut Islam juga
dilarang menyembelih lembu. Hal ini telah mengakibatkan pemberontakan dan
demonstrasi diadakan bagi menunjukkan kemarahan mereka.

Pemberontakan dan demonstrasi penganut Islam telah menyebabkan Maharaja


Dinasti Ming melarang perdagangan melalui laluan laut. Pedagang-pedagang Arab tidak
berpeluang berlayar ke negara China untuk berdagang lagi. Maharaja juga memperbaiki
Tembok Besar China agar penganut Islam di China dan penganut Islam di Arab tidak
dapat berkomunikasi. Hal ini telah menyebabkan agama Islam di China berkembang
dengan sendiri. Penganut Islam yang mendiami di negara China telah menubuhkan etnik
Huizu dan ini menandakan perkembangan agama Islam di China.
Teori Kedatangan Islam ke China

Menurut lagenda, agama Islam dibawa ke China didorongi oleh hubungan


perdagangan antara masyarakat Islam-Arab dan masyarakat Cina dan berkembang
semasa Dinasti Mongol Yuan. Ironinya, sebuah masyarakat majumk yang terdiri
daripada etnik berlainan telah dibentuk maka wujudlah masayrakat Islam Cina yang
berketurunan Arab-Cina.

Selain itu, Islam juga dipercayai dibawa masuk ke China oleh pengikut Nabi
Muhammad S.A.W iaitu Suhayla Abuarja, Uwais al-Qarani, Hassan ibn Thabit dan
terutama Sad ibn abi Waqqas, bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W. Lebih kurang 20
tahun selepas kematian Nabi Muhammad S.A.W, Sad bin abi Waqqas telah menuruti
perintah khalifah Uthman ibn Affan berlayar ke China untuk menyebarkan agama Islam.

Tambahan pula, kedatangan Sad din abi Waqqas ke China semasa Dinasti Tang
(tahun-651) disambut dengan hangat oleh Maharaja Gaozong dan sebuah masjid di
Canton untuk mengenang ekspedisi tersebut iaitu masjid Huaisheng, antara masjid
terlama di China manakala menurut buku A Brief Study of the Introduction of Islam to
China oleh Chen Yuen (1998), Islam datang ke China pada tahun 652 Zaman Dinasti
Tang. Chen Yuan menyatakan bahawa kedatangan pertama ke China adalah dilawati
oleh Caliph OthmanIbn Affan sebagai pengawai diplomatik mewakili kerajaan Islam.

Buktinya kedatangan Islam di China adalah pewujudan petempatan baru bagi


penyinggahan Muslim di Kwang Chow, Chang Chow dan Chuan Chow. Selain
petempatan baru, Muslim juga dapat ditemu di pelabuhan Fukien dan Muslims pada
masa tersebut digelar sebagai Tashih oleh masyarakat Dinasti Tang.
Konsep

Konsep pengaruh Tamadun Islam terhadap China dapat dinampak dalam beberapa
aspek :

I. Politik
II. Ilmu dan Falsafah
III. Teknologi
IV. Sosial

Politik

Politik : Khalifah Uthman Ibn Affan dan Khalifah al-Mansur

Menurut Fazal Ahmad (2009) Islam di China, pengaruh Islam terhadap politik
China telah berlaku sejak Dinasti Tang. Pada tahun 651, Khalifah ketiga, Khalifah Uthman
Ibn Affan menghantar Sad ibn abi Waqqas ke Dinasti Tang untuk menerangkan tujuan
rombongan mereka adalah menjemput masyarakat China memeluk Islam tetapi
Maharaja Yong Hui tidak berminat untuk memeluk Islam tetapi baginda menurunkan
titah agar sebuah masjid dibina di Guangzhou iaitu Masjid Memorial sebagai tanda
penghormatan Dinasti Tang kepada agama Islam. Sejak peristiwa tersebut, Guangzhou
telah menjadi petempatan baru bagi penganut Islam di China dan perkahwinan antara
penganut Islam dengan penduduk tempatan menambahkan jumlah penganut Islam di
China.
Pengaruh Islam juga boleh dinampak pada tahun 756 semasa Zaman
pemerintahan Maharaja Su Tsung. Menurut Wei Wang (1991), pemberontakan
pembesar Dinasti Tang, An Lu Shan telah mendatangkan ancaman besar terhadap
Kerajaan Dinasti Tang. Su Tsung meminta bantuan daripada Khalifah al-Mansur untuk
memberi bantuan ketenteraan bagi menamatkan pemberontakan tersebut. Khalifah al-
Mansur menghantar empat ribu askar untuk membantu Kerajaan Dinasti Tang. Selepas
peristiwa tersebut, askar yang singgah di China berkahwin dengan penduduk tempatan
dan singgah di situ sehingga kewujudan etnik Cina-Muslim hingga kini.

Politik : Panglima Lan Yu dan Laksamana Cheng Ho

Penglima Lan Yu Laksamana Cheng Ho

Menurut Zhengyuan Fu (1993), semasa pembentukan Dinasti Tang, Panglima Lan


Yu iaitu penganut Islam telah memberi kemenangan yang besar terhadap tentera Ming
dalam peperangan dengan tentera Monggol. Selepas peperangan, Maharaja Chengzu
menjanjikan perlindungan terhadap penganut Islam selama Dinasti Ming dan
meningkatkan taraf hidup penganut Islam dan mendirikan lebih masjid di China.

Selain Lan Yu, Laksamana Cheng Ho yang merupakan pembesar Dinasti Ming
memberikan sumbangan yang besar terhadap Dinasti Ming. Beliau mengetuai
rombongan pengawai diplomatic bersama dengan tentera laut Dinasti Ming
mengadakan lawatan ke kerajaan serantau. Contohnya, beliau melawati Melaka, Sri
Lanka, Indonesia dan India dan menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan
tersebut. Selain menjalinkan hubungan diplomatik, beliau juga mengetuai angkatan
tentera melawan lanun untuk mengekalkan keselamatan pelayaran dan pedagang.

Politik: Yusof Ma DeXin

Yusuf Ma Dexin berlahir pada tahun 1794. Beliau berasal dari wilayah Yunnan
iaitu sebuah provinsi yang ada di ujung barat daya Cina. Yusuf Ma Dexin merupakan
seorang sarjana Islam Hui dari Yunnan yang terkenal dengan kefasihan dan kemahiran
dalam bahasa Arab dan bahasa Parsi serta pengetahuannya mengenai Islam. Ma Dexin
juga warga dari etnis Hui. Etnis Hui merupakan etnis yang terbesar dari etnis minoritas
yang ada di Cina. Menurut Mohammad Akbar (2012), Yusuf Ma Dexin dan Islam
merupakan dua hal yang tidak boleh dipisahkan dari perkembangan Islam dalam
tamadun Cina. Nama Yusuf telah dicatat dalam buku sejarah sebagai penerjemah
Alquran pertama ke dalam bahasa Cina. Namum, beliau mati dibunuh oleh penguasa
dari Dinasti Ching.

Sebagai seorang Muslim terkenal di Yunnan, Yusuf terlibat juga dalam


pemberontakan Panthay di Yunnan sebaik sahaja pulang dari berhaji. Pemberontakan
Panthay di Yunnan ini berlaku pada 1856 hasil dari ketidakpuas hati orang Islam dan
kaum minoriti lain. Ia diketuai oleh seorang Islam bernama Sulaiman Du Wenxiu. Yusuf
bagaimanapun tak bersetuju dengan kaedah memberontak Sulaiman. Yusuf tetap
menyuruh penyokongnya membantu kebangkitan orang Yunnan itu dan kemudian
beliau cuba untuk menjadi pendamai antara puak pemberontak dengan kerajaan pusat
di Beijing. Walau bagaimanapun, usaha Yusuf untuk membawa keamanan tidak berhasil.
Kerajaan Dinasti Qing masih menganggap beliau sebagai sebahagian daripada
pemberontak dan pengkhianat. Beliau dihukum kerajaan pusat Beijing dua tahun
selepas pemberontakan diredakan.

Dinasti Tang, Dinasti Ming dan Dinasti Qing menampakkan jasa dan sumbangan
penganut Islam dalam pembangunan kerajaan dan masyarakat tanpa mengira
perbezaan kaum, bangsa dan etnik. Sumbangan mereka dalam meningkatkan nama
Kerajaan Dinasti Ming, membangunkan kerajaan dan mengekalkan kestabilan politik
kerajaan seperti yang dilakukan oleh Khalifah Al-Mansur, Laksamana Cheng Ho dan
Panglima Lan Yu dan Yusof Ma De Xin.
Ilmu dan Falsafah

Tamadun China merupakan salah satu tamadun yang tertua di dunia. Tamadun
China telah dipengaruhi oleh Agama Islam sejak Dinasti Tang apabila seorang sahabat
Nabi Muhammad telah dihantar sebagai seorang perwakilan rasmi kepada Maharaja
Gaozong pada 650M untuk menyebarkan Agama Islam di China. Selepas dipengaruhi
oleh Agama Islam, tamadun China telah menghasilkan banyak ahli falsafah yang cerdik
pandai bagi memajukan tamadun mereka.

Ilmu : Liu Zhi (1665 1745)

Liu Zhi merupakan penulis dan sarjana semasa Dinasti Qing. Liu Zhi ialah sarjana
Cina yang memeluk Islam dan berasal dari Nanjing. Beliau sangat menghormati bapanya,
Liu Sanjie. Beliau mendapat tunjuk ajar bapanya semasa zaman kanak-kanaknya. Pada
usia 12 tahun, beliau mula mempelajari buku-buku agama bersama-sama dengan rakan
baiknya, Yuan Ruqi. Tempat belajar mereka terletak di taman Masjid Pengajian Tentera
di Nanjing. Pada usia 15 tahun, beliau memulakan karier pengajian di rumahnya. Liu Zhi
membaca buku-buku Konfusianisme, agama Buddha, Taoisme dan juga Ilmu-ilmu Barat
selama 15 tahun.

Menurut Dennis (2012), dalam pengajiannya, beliau menganggap Confucius dan


Mencius sebagai Pendeta Timur dan Muhammad sebagai Pendeta Barat. Untuk
beliau, ajaran-ajaran Pedeta Timur dan Barat adalah satu. Beliau juga percaya bahawa
kitab suci atau buku agama Islam adalah sama maksud dengan apa-apa yang
dimaksudkan oleh Conficius dan Mencius. Beliau menetap di kaki Gunung Qingliang di
Nanjing semasa beliau berusia 30 tahun. Di situ, beliau mula mentafsir dan menjelaskan
dengan terperinci kitab suci Islam dengan menggunakan pengajian Konfusianisme untuk
tempoh selama 20 tahun. Semasa tempoh itu, Liu Zhi membawa bersama manuskrip
beliau untuk melawat dan meminta nasihat serta pendapat daripada orang Islam dan
juga bukan Islam sebanyak dua kali yang meninggalkan kesan peninggalan beliau di
serata tempat seperti Jiangsu, Shandong, Hebei, Henan, Anhui, Zhejiang, Guangdong,
dan lain-lain.

Liu Zhi bukan sahaja mempelajari bahasa Arab, malah juga mahir dalam agama
Buddha dan Taoisme. Pada tahun 1674 hingga 1721, beliau telah menulis beberapa
karya yang mengenai Islam. Beliau memberitahu bahawa orang Islam dibenarkan
percaya pada Mandat Langit, dan berkhidmat untuk maharaja. Hal ini demikian kerana
Allah membenarkan Mandat Langit wujud. Karya Liu Zhi menjadi sebahagian daripada
Han Kitab, iaitu satu himpunan kesusasteraan yang mensintesiskan Islam dan ajaran
Konfusionisme.

Ilmu : Wang Daiyu (1570 1660)

Menurut buku The History of Womens Mosques in Chinese Islam karya Maria
Jaschok dan Shui Jingjun, Wang Daiyu adalah seorang Cina yang memeluk Islam. Nama
asal beliau adalah Ya, mnakala nama gaya ialah Daiyu. Beliau menamakan dirinya
Zhenhui Laoren The True Old Man of Islam. Beliau datang ke China pada awal Dinasti
Ming. Beliau yang mahir dalam seni astronomi dan pengiraan calendar telah diupah
untuk menjadi Master Penyelia Balai Cerap. Daiyu juga diberikan tempat tinggal di Lu Fei,
Nanjing. Dulu, sebagai seorang anak, Wang Daiyu belajar dari bapanya. Kemudian,
beliau belajar di bawah Ma Junshi dari Nanjing. Pada usia 20, beliau mula belajar Cina
dan siasatan rapi tulisan-tulisan Konfusianisme, agama Buddha, Daoism, dan juga
ajaran-ajaran lain-lain. Dalam tahun kelima belas pemerintahan Maharaja Chongzhen,
beliau membuat terjemahan Zhengjiao Zhenquan (Satu Penjelasan Sebenar agama yang
benar), dalam dua puluh halaman, dan memulakan perusahaan menterjemah kitab-
kitab Islam ke dalam bahasa Cina. Kemudian, beliau juga menulis Qingzhen Da Xue dan
Xizhen Zhengda. Dalam lingkaran Islam Cina, dia dikenali dengan tajuk yang bersifat
pujian, "Great Saint In The Qing Period." Wang Daiyu percaya dalam penyediaan kerja-
kerja Islam dalam versi bahasa Cina dan tidak bergantung kepada orang-orang Arab.

Wang Daiyu seorang yang fasih berbahasa Cina, Arab, dan Parsi. Beliau belajar
Konfusianisme dengan dalam dan menggunakan ilmunya untuk menerangkan Islam.
Wang Daiyu telah menulis "The Real Commentary", di mana dia menggunakan teks-teks
klasik Cina untuk menjelaskan Islam, kerana orang Cina tidak boleh membaca bahasa
Islam. Beliau adalah yang paling kritikal tentang agama Buddha dan Tao, lalu mengambil
idea Confucian yang bersetuju dengan Islam untuk menerangkannya. Beliau juga
menulis tentang Islam dalam bahasa Cina dalam konteks Confucian, untuk membantu
umat Islam di China memahami Islam, kerana majoriti daripada mereka bercakap Cina di
zamannya. Wang Daiyu juga menggunakan bahasa Cina dan Konfusianisme untuk
menerangkan Islam kepada orang Cina yang belum memeluk Islam. Kerja-kerja Wang
Daiyu akhirnya menjadi sebahagian daripada teks Islam di China, bersama-sama dengan
ulama Islam yang lain dari bahagian timur China seperti Liu Zhi, dan Ma Zhu.
Syed Omar Shamsuddin dan Pu Sung Ling

Pu Sung Ling

Antara ahli falsafah yang lebih terkenal ialah Syed Omar Shamsuddin dan Pu
Sung Ling. Syed Omar Shamsuddin ialah seorang putera Hsien Yang yang dilahirkan
ketika Dinasti Yuan. Beliau seorang umat Islam yang hebat dalam bidang seni bina.
Beliau telah menghasilkan lukisan Yin dan Yang selepas konsep Yin dan Yang
diperkenalkan. Konsep Yin dan Yang ini merupakan metafizik yang menggambarkan
kuasa-kuasa yang bertentangan tetapi saling bergantung di alam semula jadi kita.
Konsep ini telah menjadi asas perkembangan ilmu sains di China. Sekiranya konsep Yin
dan Yang ini tidak diperkenalkan, mungkin bidang sains dan teknologi di China tidak
akan berkembang begitu laju.

Menurut Rahsia Islam di China yang ditulis oleh Ann Wan Seng, seorang
penulis ternama Cina Muslim yang dilahirkan di China, Pu Sung Ling juga merupakan
tokoh falsafah yang termasyhur di China pada ketika itu. Beliau telah menulis cerita
Liao Chai yang bermakna rumah yang tidak dikehendaki atau rumah perbualan.
Cerita ini merupakan salah satu karya beliau yang terbaik. Cerita Liao Chai ini
dianggap setara dengan cerita Arab yang terkenal iaitu Seribu Satu Malam.
Teknologi

Pengaruh tamadun Islam di China juga telah membawa perkembangan yang


canggih kepada pembangunan China, terutamanya dalam bidang sains dan teknologi.
Antara bidang-bidang utama sains dan teknologi yang dipengaruhi oleh tamadun Islam
ialah bidang astronomi, perubatan, matematik, penciptaan, pelayaran dan sebagainya.

Sumbangan dalam bidang Astronomi

Menurut Rahsia Islam di China yang dikarang oleh Ann Wang Seng, orang Cina
yang beragama Islam pada Dinasti Chou telah dapat menghasilkan katalog bintang.
Katalog bintang ini digunakan untuk mencatat rekod yang tepat tentang gerhana dan
komet. Orang Cina juga telah berjaya membentuk barang ciptaan yang menakjubkan,
iaitu clepsydra atau lebih dikenali sebagai loceng air. Clepsydra merupakan peralatan
yang sangat penting dalam bidang astronomi. Clepsydra biasanya akan digunakan untuk
mengkaji mekanisme yang menggambarkan fenomena-fenomena astronomi. Di
samping itu, sistem kalendar Cina merupakan sistem yang paling awal diperkenalkan
oleh orang Cina selepas China dipengaruhi oleh tamadun Islam. Sistem ini ialah takwim
lunisolar yang menggabungkan unsur takwim qamari dengan kalendar solar. Sistem ini
telah dihasilkan selepas orang Cina mengkaji pergerakkan bulan dan bintang.

Clepsydra yang dicipta oleh orang Cina


Sumbangan dalam bidang Perubatan

Bidang perubatan di China telah mula berkembang dengan amat baik sejak
kurun ke-2 masihi. Teori asas bidang perubatan Cina tradisional biasanya merangkumi
konsep dualistik yin dan yang serta teori lima elemen. Menurut Rahsia Kegemilangan
Islam Di China, orang Cina mempercayai bahawa penyakit berlaku akibat
ketidakseimbangan kedua-dua kuasa yin dan yang dalam badan kita. Oleh itu, kedua-
dua kuasa yin dan yang telah menjadi tumpuan utama apabila tabib-tabib China
mengubati pesakit mereka. Teori lima elemen pula merupakan teori yang mengandungi
lima unsur semula jadi yang berkait rapat dengan organ di dalam badan kita. Lima unsur
tersebut ialah kayu, api, logam, tanah dan air. Organ di dalam badan kita seperti hati
biasanya akan dikaitkan dengan kayu, jantung dikaitkan dengan api, paru-paru dengan
logam, perut dengan tanah dan buah pinggang dengan air. Dengan merujuk kepada
teori lima elemen ini, tabib tradisional China akan berusaha mengimbangkan
keharmonian di dalam badan kita, agar kita tidak mudah sakit.

Selain itu, orang Cina juga telah berjaya mencipta kaedah-kaedah yang baru
untuk mengubati berbagai-bagai jenis penyakit. Kaedah akupuntur merupakan salah
satu kaedah yang amat berkesan dalam bidang perubatan. Kaedah akupuntur ini
sebenarnya diamalkan dengan menggunakan serpihan tualang yang ditajamkan untuk
mengubati pesakit sebelum peralatan yang lebih lengkap dan kompleks diperkenalkan.
Kaedah akupuntur ini telah berkembang dan pada hari ini kaedah akupuntur dijalankan
dengan memasukkan jarum pada tempat badan kita yang tertentu.

Kaedah akupuntur
Sosial

Sejak aktiviti perdagangan antara pedagang Arab dengan pedagang Cina giat
dilakukan pada masa dahulu, maka terlahir sebuah masyarakat majmuk dan sejenis
etnik Islam Cina telah diwujudkan iaitu masyarakat Orang Hui ataupun biasa dikenali
sebagai Huizu oleh masyarakat Cina yang lain. Berdasarkan Dru C. Gladney (1996),
nenek moyang masyarakat Orang Hui merupakan pedagang di Jalan Sutera dan kini
masyarakat tersebut mempunyai jumlah pendudk sebanyak 9.82 juta menurut bancian
tahun 2000 dan mereka bertumpu di barat laut China iaitu Ningxia, Gangsu dan Xinjiang.

Sosial : Cara Hidup

Budaya masyarakat Hui mempunyai ciri-ciri yang sama dengan budaya Islam,
contohnya mereka hanya makan makanan yang halal serta mengharamkan daging babi
dalam masakan mereka serta mengamalkan cara sembelih yang ditetapkan oleh agama
Islam seperti yang diungkapkan oleh Jane H. Lii (1997). Cara berpakaian mereka juga
sangat berbeza dengan masyarakat Cina yang lain iaitu lelaki dewasa memakai kopiah
putih manakala wanita bertudung dan berpakaian yang menutup aurat seperti yang
diamalkan dalam budaya Islam.

Sehubungan itu, tempat-tempat beribadat ataupun dikenali sebagai Qing Zhen


Shi oleh masyarakat tempatan juga banyak ditubuhkan di China oleh nenek moyang
Islam Cina sebagai tanda penghormatan kepada pengasa Islam di China dan untuk
tujuan bersembahyang seperti Masjid Besar Xian, masjid pertama dan tertua di China
yang ditubuhkan pada abad ke-8 M. Pembinaan Masjid Xian bermula sekitar masa
Dinasti Ming, diteruskan sehingga Dinasti Qing dan dibina dan diubahsuai pada tempoh
pemerintahan Maharaja Hongwu pada Dinasti Ming. Masjid Besar Xian mengandungi
unsur-unsur pembinaan istimewa yang merupakan gabungan seni bina tradisional Cina
dan Islam. Sebagai contoh, dinding masjid tersebut dihiasi denga seni Islam dan tulisan
Jawi manakala empat perkarangan masjid serta astaka masjid dibina dengan seni Cina.
Masjid Xian juga adalah satu-satunya masjid di China yang dibuka untuk pelawat akan
tetapi, dewan solat utamanya tidak boleh dikunjungi oleh pelawat bukan Islam.

Masjid besar Xian, terletak di Xian, wilayah Shaan Xi


Sosial : Masakan

Menurut Michael Dillon (1999), apabila agama Islam diperkenalkan oleh


pedagang-pedagang Arab pada zaman Dynasty Tang, masakan Qing Zhen yang
bermaksud halal juga giat diperkenalkan antara masyarakat Islam Cina dan merupakan
makanan popular Orang Hui. Masakan Islam Cina berasal daripada wilayah Dinasti Qing
namum cara masakan tesebut menerima pengaruh yang kuat daripada masakan Beijing
tetapi mempunyai persamaan dari segi bahan-bahan masakan akibat sekatan agama.
Masakan Islam Cina Utara banyak bergantung kepada daging lembu yang mudah
didapati tetapi jarang menggunakan udang, makanan laut dan daging mahkluk dua
dunia seperti itik manakala masakan Islam Cina Selatan adalah sebaliknya kerana iklim
yang gersang di Utara berbanding dengan bahagian selatan. Antara masakan-masakan
Islam Cina terkenal ialah chuanr. Chuanr berasal daripada wilayah Xin Jiang merupakan
masakan Orang Uyghur. Chuanr mempunyai banyak persamaan dengan makanan kebab
yang mempunyai cebisan daging dan dipanggang pada pencucuk dan daging lembu dan
kambing giat digunakan tetapi kini daging lain juga digunakan. Lamian juga terkenal di
kalangan Islam Cina. Lamian yang bermaksud tarik (la) dan mi (mian) merupakan sejenis
mi sup yang disediakan dengan sup kambing ataupun lembu dan terdapat cebisan
daging dalam hidangan tersebut. Mi sup daging lembu juga ialah masakan terkenal
Orang Hui. Mi tersebut dihidangkan dengan sup yang diperbuat daripada daging lembu
rebus atau merah tumis, bersama dengan sayur-sayuran serta mi cina.

Sup daging lembu Lamian Chuanr


Soalan dan Kajian Soal Selidik

1. Soalan pertama : Tokoh Islam menyumbangkan ilmu kepada masyarakat China ?


2. Soalan Kedua : Kebijaksanaan Cheng Ho menyumbang kepada Dinasti Ming ?
3. Soalan Ketiga : Interaksi Tamadun Islam dan China telah berlaku selama ratusan
tahun ?
4. Soalan Keempat : Perdagangan dan Tamadun Islam antara kedua-dua tamadun
berlaku sejak Dinasti Tang ?
5. Soalan Kelima : Tamadun Islam menyumbangkan ilmu perubatan, astronomi dan
matematik kepada China ?
6. Soalan Keenam : Perkahwinan antara masyarakat Islam dan masyarakat
tempatan di China mewujudkan etnik baru di China ?
7. Soalan Ketujuh : Tokoh Jamaluddin telah menyumbang kepada aspek teknologi
China ?
8. Soalan Kelapan : Terdapat unsur-unsur berkaitan dengan aspek Islam boleh
didapati di seni bina China ?
9. Soalan Kesembilan : Antara masakan Islam yang terkenal di China ialah masakan
kambing bilas( Shuan Yang Rou) ?
10. Soalan Kesepuluh : Di China, dua peratus daripada masyarakat China merupakan
masyarakat Islam ?
Soalan pertama : Tokoh Islam menyumbangkan ilmu kepada
masyarakat China ?
2%
Sangat Setuju
8%
12%
Setuju
30% Tidak Pasti
48% Tidak Setuju
Sangat Tidak Setuju

Hasil soal selidik terhadap soalan pertama menunjukkan 60% responden menyetujui
penyataan berikut. Tokoh-tokoh Islam seperti Ibnu Sina dan Khalifah al-Mansur telah
memberikan sumbangan mereka dalam segi ilmu, politik dan ekonomi kepada China.
Mereka memberikan implikasi terhadap peningkatan ekonomi, ilmu dan teknologi
negara serta menghulurkan bantuan terhadap China apabila China mengalami
pemberontakan.

Soalan Kedua : Kebijaksanaan Cheng Ho menyumbang kepada


Dinasti Ming ?
0%

4% Sangat Setuju
16% Setuju
26%
Tidak Pasti

54% Tidak Setuju


Sangat Tidak Setuju

Manakala soalan kedua menunjukkan 70% daripada mereka menyetujui penyataan


bahawa Laksamana Cheng Ho iaitu penganut Islam telah menyumbang kepada Dinasti
Ming di China di mana Cheng Ho mengetua angkatan tentera laut Dinasti Ming
menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara serantau dan meningkatkan nama
Dinasti Ming di negara yang disinggah. Beliau menewaskan lanun serta meningkatkan
kekuatan tentera laut Dinasti Ming
Soalan Ketiga : Interaksi Tamadun Islam dan China telah berlaku
selama ratusan tahun ?
2% 0%

Sangat Setuju
16%
Setuju
28%
Tidak Pasti

54% Tidak Setuju


Sangat tidak Setuju

Dalam soalan ketiga, jelas bahawa kebanyakan responden memberi persetujuan


bahawa penyataan di atas. Buktinya ialah apabila Zaman Kerajaan Bani Abbasiyah
memberikan bantuan ketenteraan kepada Dinasti Tang semasa pemberontakan An Lu
Shan. Selain itu, teknologi pembuatan kertas dipelajari oleh Tamadun Islam daripada
China pada Zaman Kerajaan Bani Abbasiyah.

Soalan Keempat : Perdagangan dan Tamadun Islam antara kedua-dua


tamadun berlaku sejak Dinasti Tang ?
6% 0%
Sangat Setuju
12%
Setuju
Tidak Pasti
32%
50% Tidak Setuju
Sangat Tidak Setuju

Daripada keputusan soalan keempat, separuh daripada jumlah responden tidak pasti
tentang kebenaran penyataan tersebut. Ini kerana kebanyakan mereka lebih
mengetahui tentang interaksi Tamadun Islam dengan Dinasti Ming apabila Cheng Ho
melawati Melaka dan menjalankan hubungan diplomatik dengan Kerajaan Melaka.
Namun, penyataan berikut adalah benar kerana teknologi pembuatan kertas di
Tamadun Islam adalah dipelajari daripada China.
Soalan Kelima : Tamadun Islam menyumbangkan ilmu perubatan,
astronomi dan matematik kepada China ?
2%
Sangat Setuju
14% 14% Setuju
Tidak Pasti
34% 36%
Tidak Setuju
Sangat Tidak Setuju

Penyataan di atas mendapat 50% penyetujuan dan 34% responden yang tidak pasti
dengan penyataan di atas. Adalah benar bahawa China mempunyai ilmu astronomi,
matematik dan perubatan yang tinggi sejak Tamadun China Dinasti Qing. Namun,
sesebuah tamadun yang ingin membangun harus sentiasa mempelajari ilmu walaupun
dari tamadun lain. Ilmu perubatan oleh Ibnu Sina merupakan contoh kepada penyataan
di atas.

Soalan Keenam : Perkahwinan antara masyarakat Islam dan


masyarakat tempatan di China mewujudkan etnik baru di China ?
4% 0%
Sangat Setuju

24% Setuju
24%
Tidak Pasti
48% Tidak Setuju
Sangat Tidak setuju

Kebanyakan responden menyetujui penyataan di atas manakala 24% peratus tidak pasti
dengan penyataan di atas. Kemunculan etnik Cina-Muslim di Xinjiang merupakan bukti
bahawa penyataan di atas adalah benar. Perkahwinan telah berlaku pada zaman Dinasti
Tang apabila askar Islam singgah di China dan berkahwin dengan penduduk tempatan di
sana.
Soalan Ketujuh : Tokoh Jamaluddin telah menyumbang kepada
aspek teknologi China ?
6%
6% 2%
Sangat Setuju
Setuju
24%
Tidak Pasti
62% Tidak Setuju
Sangat Tidak Setuju

Jamaluddin ataupun digelar sebagai Tcha Ma Lou Tin di China merupakan ahli astronomi
di China. Beliau membina makmal kaji bintang semasa pemerintahan Dinasti Yuan dan
mencipta berbagai alat kaji bintang dan cuaca serta kalendar (Takwim Man Nien Li).
Penyataan di atas mendapat 62% tidak pasti di kalangan responden kerana Dinasti Yuan
merupakan Dinasti yang hanya mempunyai kurang daripada seratus tahun.

Soalan Kelapan : Terdapat unsur-unsur berkaitan dengan aspek Islam


boleh didapati di seni bina China ?
12% 0%
Sangat Setuju
Setuju
14% 48%
Tidak Pasti
26% Tidak Setuju
Sangat Tidak Setuju

Majoriti daripada jumlah responden menyetujui penyataan di atas.Hal ini boleh


dibuktikan dengan Masjid Besar Xian yang mengandungi unsur-unsur pembinaan
istimewa gabungan seni bina tradisional Cina dan Islam. Sebagai contoh, dinding masjid
tersebut dihiasi denga seni Islam dan tulisan Jawi manakala empat perkarangan masjid
serta astaka masjid dibina dengan seni Cina.
Soalan Kesembilan : Antara masakan Islam yang terkenal di China ialah
masakan kambing bilas( Shuan Yang Rou) ?

4% 4%

16% Sangat Setuju


Setuju
Tidak Pasti
42% Tidak Setuju
34%
Sangat Tidak Setuju

Separuh daripada jumlah responden menyatakan tidak pasti dengan penyataan tersebut.
Kambing Bilas di China biasa dijumpai di Restoran Islam tetapi masakan tersebut bukan
berasal daripada Islam. Masakan tersebut merupakan masakan semasa Dinasti Yuan dan
ia selalu diberi kepada panglima atau pemerintah Yuan terutamanya Gengkhis Khan.

Soalan Kesepuluh : Di China, dua peratus daripada masyarakat China


merupakan masyarakat Islam ?
4%

Sangat Setuju
14%
34% Setuju
Tidak Pasti
Tidak Setuju
40% 8%
Sangat tidak Setuju

Soalan ini mendapat kebanyakan tidak pasti dan penyetujuan daripada para responden.
Menurut China, penyataan berikut adalah benar dan masyarkat Islam di China
dibahagikan kepada beberapa etnik majoriti iaitu Etnik Dongxiang, Etnik Hui, Etnik Kirgiz,
Etnik Salar dan lain-lain.
Hasil Kajian

Hasil daripada keputusan soal selidik, kebanyakan responden jelas bahawa


pengaruh Tamadun Islam terhadap China dalam segi politik, ekonomi, sosial, budaya,
ilmu dan teknologi.

Dalam soalan pertama, keempat, kelima dan ketujuh menanyakan soalan


tentang teknologi dan pertukaran teknologi antara tamadun Islam dan China. Buktinya
apabila teknologi pembuatan kertas disebar dari China ke Tamadun Islam manakalan
ilmu astronomi dan matematik dipelajari oleh masyarakat China daripada Tamadun
Islam. Tokoh Jamaluddin menyumbang kepada bidang astronomi di China dan ilmu
perubatan Ibnu Sina dalam perubatan membantu China memajukan ilmu perubatan
mereka.

Selain itu, para responden menyokong idea interaksi antara Tamadun Islam dan
China yang berlaku selama beratus-ratus tahun yang membolehkan kedua-dua tamadun
menerima manfaat daripada masing-masing. Dalam soalan kedua, ketiga dan keliman,
majoriti responden menyokong penyataan tersebut dan mempercayai bahawa interaksi
antara dua tamadun membawa manfaat. Laksamana Cheng Ho yang merupakan
penganut Islam membantu pembangunan Dinasti Ming tanpa mengira perbezaan kaum
serta menjalinkan hubungan Kerajaan Islam dengan Dinasti Ming seperti Kerajaan
Melaka. Ini dapat meningkatkan aspek sosial, ekonomi dan kestabilan politik kerajaan
apabila mereka menjalinkan hubungan yang erat antara satu sama lain.

Dalam aspek budaya pula, pengaruh Tamadun Islam terhadap China


mewujudkan bangsa baru di China iaitu Cina-Muslim yang terdiri daripada beberapa
etnik iaitu Etnik Dongxiang, Etnik Hui, Etnik Kirgiz, Etnik Salar dan lain-lain. Bangsa Cina-
Muslim merupakan dua peratus daripada keseluruhan masyarakat di China. Kewujudan
etnik tersebut adalah hasil daripada perkahwinan antara penganut Islam dengan
penduduk tempatan pada masa dahulu khususnya sejak Dinasti Tang.
Kesan daripada hasil soal selidik, kita mendapati bahawa pengaruh sesebuah
tamadun ke atas Tamadun lain tidak boleh dinafikan dan sebaliknya ia membawakan
manfaat dan keuntungan kepada tamadun tersebut misalnya peningkatan ekonomi dan
kestabilan politik sesebuah tamadun.
Kita juga mendapati bahawa sesebuah tamadun yang ingin memajukan diri
harus mempelajari daripada tamadun lain tanpa mengira perbezaan kaum, bangsa atau
etnik. Pendapat tentang kualiti seseorang berbanding dengan latar belakangnya diberi
keutamaan kerana pembangunan sesebuah tamadun lebih penting daripada
keuntungan seseorang khususnya kedudukan politik seseorang.
Akhirnya, daripada keputusan soal selidik dan sorotan-sorotan kajian lepas, kita
dapat sesebuah tamadun tidak boleh mengelakkan diri daripada interaksi dengan
tamadun lain sebaliknya sesebuah tamadun harus menggiatkan diri dalam interaksi
antara tamadun yang melibatkan pembangunan negara, bangsa dan peningkatan hidup
rakyat.
Rumusan

Tamadun Islam merupakan tamadun yang terunggul di dunia. Ilmuan dan


cendekiawan yang dilahirkan dalam tamadun Islam seperti Ibn Sina, Al-Khawarizmi dan
sebagainya telah memberi sumbangan yang mustahak dan mengagumkan kepada
perkembangan dunia, teutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Tamadun Islam
juga memainkan peranan yang sangat signifikan dalam perkembangan China. Misalnya,
tokoh Zamaruddin, seorang ahli ilmu falak yang beragama Islam yang dilahirkan pada
zaman Dinasti Yuan telah memberi sumbangan yang menakjubkan kepada bidang
astronomi. Beliau telah mencipta alat pandu arah angkasa. Ciptaan beliau telah
membawa bidang astronomi kepada tahap yang berlainan.

Kejayaan tokoh-tokoh Islam ini merupakan hasil daripada interaksi antara


tamadun. Tamadun Islam di China dalam situasi ini telah banyak memberi ilmu
pengetahuan kepada negara-negara barat. Namun demikian, tamadun Islam juga tidak
ketinggalan dalam menerima ilmu pengetahuan sains daripada tamadun yang lain. Hal
ini telah membuktikan bahawa interaksi antara tamadun adalah sangat penting dan
berharga untuk perkembangan sesebuah negara.

Oleh itu, negara kita seharusnya berinteraksi dengan negara-negara yang lain
agar Malaysia dapat menjadi sebuah negara yang progresif, terutamanya dalam bidang
sains dan teknologi. Tanah air kita, Malaysia sebenarnya merupakan sebuah negara
yang unik. Hal ini demikian disebabkan walaupun negara kita didiami oleh penduduk
yang berbilang kaum dan beragama berlainan tetapi rakyat kita masih dapat hidup
dengan aman damai. Negara kita pasti dapat mencapai ke tahap yang lebih tinggi
sekiranya interaksi antara kaum di Malaysia dikekalkan.
Bibliografi

- Ann Wang Seng, 2008, Rahsia Islam di China Gemilang di sebalik Tembok Besar, PTS
Publication & Distributors Sdn. Bhd.

- Anshari Thayib, 1991, Islam di China, Amarpress Publication.

- F. W. Mote, 2003, Imperial China 900 1800, First Harvard University Press paperback
edition.

- HJ. Ibrahim T.Y,MA, 1992, Muslims in China, Islamic Dawah Centre, Ministry of
Religious Affairs, Brunei.

- Maria Jaschok, Shui JingJun, 2000, History of Womens Mosque In Chinese Islam,
Curzon Press.

- Michael Dillon, 2004, Xinjiang Chinas Muslim Far Northwest, RoutledgeCurzon


Publication.

- M. Zain Djamnek, Islmail Djamil, 1936, Islam di tanah China, Albojesra Publication

- Zhu Jian Guo, 2012, World Five Thousands Years, China Chinese Publication.

Anda mungkin juga menyukai