Anda di halaman 1dari 10

<BBA>

<SEMESTER 1 / TAHUN 2020 >

<MPU3323>

<Tamadun Islam dan Tamadun Asia 1>

NO. MATRIKULASI : <890602145459-001>

NO. KAD PENGENALAN : <890602145459>

NO. TELEFON : <013-292 9116>

E-MEL : <muhdnajibhambali@gmail.com>

PUSAT PEMBELAJARAN : <LC SRI RAMPAI>


ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT


1. PENGENALAN 1

2. TUGASAN 1 (A)
 BIDANG PENDIDIKAN 2
 BIDANG PERUBATAN 3
 BIDANG MATEMATIK 4

3. TUGASAN 1 (B) 5

4. TUGASAN 1 (C) 6

5. TUGASAN 2 7
6. RUJUKAN 8
Pengenalan

Pada dasarnya Tamadun China adalah sebuah tamadun yang berasaskan kepada system
pertanian yang mengikuti geografi negara tersebut. Selain itu, tamadun ini juga banyak
dipengaruhi oleh faktor iklim sejuk dan lembab. Tamadun China juga mengambil masa untuk
dibangunkan seperti tamadun-tamadun lain iaitu selama lebih daripada 5000 tahun.

Tamadun ini juga merupakan salah satu tamadun tertua didunia selain daripada tamadun-
tamadun lain iaitu Tamadun Mesapotamia, Tamadun Mesir, Tamadun India dan Tamadun
Greek. Selain daripada itu, Tamadun China juga dikatakan telah berkembang dan membawa
kemajuan didalam beberapa bidang diantaranya ialah bidang kepercayaan (agama), seni dan
kebudayaan, politik, pentadbiran, sains dan teknologi, falsafah dan institusi sosial.

Di dalam tamadun China ini, kitab oleh di bahagikan beberapa tahap iaitu tahap pembinaan,
tahap perkembangan dan juga kejatuhan. Namun tahap ini bukanlah tahap yang boleh
mencapai zaman kegemilangan tetapi arus peradaban masa dan zaman membantu ketahanan
tamadun china dan menjadikan ia tamadun yang lebih maju dan gemilang.

Contoh yang boleh kita ambil seperti pembinaan tembok besar China yang merupakan salah
satu dari tujuh keajaiban dunia seiring dengan Piramid di Mesir, Taman Tergantung Babylon
di Iran dan Taj Mahal di India.

Tugasan ini, para pelajar akan dapat mengenalpasti atau mengetahui sumbangan Tamadun
China terhadap peradapan dunia yang masih kekal relevan sehingga hari ini dan juga
merumuskan nilai-nilai murni sebagai pelajar mahu pun pekerja dalam konteks situasi negara
Malaysia.

Tugasan 1 (a)
Selepas menonton video yang diberikan, boleh disimpulkan terdapat beberapa sumbangan
Tamadun China yang masih kekal relevan sehingga ke hari ini. Antaranya adalah dari bidang
pendidikan, bidang perubatan dan bidang matematik.

1) Bidang Pendidikan
Bidang pendidikan adalah salah satu bidang yang amat penting dalam kehidupan harian
manusia pada masa kini. Didalam Masyarakat China, Pendidikan, perniagaan dan
kesusasteraan adalah amat dihargai dengan matlamat pendidikan adalah untuk lulus
peperiksaan awam (Wang, 1991). Terdapat tiga peringkat Pendidikan didalam Masyarakat
China iaitu:
a) Pendidikan Peringkat Rendah
b) Pendidikan Peringkat Menengah
c) Pendidikan Peringkat Tinggi.
Begitu juga sistem Pendidikan di Malaysia di mana hampir keseluruhan sistem pendidikan di
negara kita menggunakan cara dari Tamadun China. Contoh yang boleh diambil ialah
Pendidikan Di Malaysia juga boleh dibahagikan kepada tiga peringkat seperti peringkat
Pendidikan dari Tamadun China.

Pada peringkat rendah ialah lebih tertumpu kepada pelajar dari sekolah rendah iaitu dari
tahun satu (1) hingga tahun enam (6). Pada Pendidikan peringkat menengah pula, ia lebih
tertumpu pada pelajar dari tingkatan satu (1) hingga pelajar tingkatan lima (5) atau tingkatan
enam (6). Pada peringkat menengah ini para pelajar akan menghadapai peperiksaan yang
penting iaitu peperiksaan penilaian menengah rendah (PMR) atau terkini penilaian tingkatan
tiga (3). Selain itu, pada peringkat menengah juga terdapat peperiksaan sijil pelajaran
Malaysia (SPM) iaitu bagi pelajar tingkatan akhir atau lima (5).

Selain itu, bagi peringkat perkhidmatan awam juga terdapat peperiksaan bagi calon-calon
yang layak. Calon akan menghadapi peperiksaan awam ini sebelum mereka dilantik untuk
menjawat jawatan didalam perkhidmatan awam. Cara ini juga adalah lahirnya daripada
Tamadun China.

2) Bidang Perubatan
Bidang perubatan juga tidak terkecuali daripada salah satu Tamadun China yang masih
relevan hingga ke hari ini. China atau Zhongguo yang membawa maksud “tanah tengah”.
Tamadun China ini boleh dikatakan kedudukannya agak terasing daripada tamadun-tamadun
yang lain oleh kerana beribu-ribu tahun yang dahulu, kesan daripada perkembangan sains dan
teknologi yang berlaku pada tamadun ini agak kurang memberikan kesan pengaruh kepada
tamadun-tamadun yang lain.
Di dalam bidang perubatan buat tamadun ini, mereka mempercayai bahawa penyakit adalah
disebabkan daripada ketidakeseimbangan unsur-unsur yang berada didalam tubuh seperti
konsep Yin dan Yang dan bukanlah sesuatu perkara yang ghaib seperti kepercayaan
sesetengah masyarakat masa kini iaitu syaitan dan hantu. Oleh itu, perubatan yang dilakukan
hanya untuk memgembalikan keseimbangan tubuh badan manusia sahaja. Dalam bidang
biologi moden, homeostasis adalah untuk cara untuk mengembalikan atau mengekalkan
keseimbangan keadaan di dalam badan yang akan melibatkan suhu tekanan darah, dan lain-
lain.
Selain itu, mereka juga menggunakan kaedah diagnosis penyakit dimana kaedah yang mereka
gunakan ini adalah dengan mengesan simptom-simptom penyakit dari luaran seperti warna
lidah dan juga mata. Kaedah diagnosis ini masih relevan dan digunakan sampai sekarang
walaupun ketika zaman ini, setiap hospital atau klinik mempunyai mesin-mesin moden dan
canggih.
Selain dari kaedah ini, mereka juga akan menggunakan kaedah bacaan nadi yang dicatatkan
oleh Pien Chi’io seawall 500 SM. Beliau beranggapan bahawa nadi-nadi seperti nadi
“gendang” dan juga nadi yang tidak “bernafas”. Sebelum terciptanya stetoskop, kaedah yang
digunakan semasa tamadun ini adalah kaedah auskultasi. Kaedah ini adalah salah satu Teknik
untuk mengesan penyakit didalam tubuh badan manusia melalui bunyi terutamanya bunyi
dengupan jantung.
Vaksin juga adalah salah satu daripada sumbangan perubatan Tamadun China yang masih
relevan sehingga kini.Vaksin yang mereka cipta pada tamadun ini adalah untuk melindungi
masyarakat daripada jangkitan penyakit cacar.

3) Bidang Matematik
Bidang matematik adalah salah satu sumbangan tamadun china yang relevan sehingga ke hari
ini.Terdapat dua buah karya sumbangan matematik tertua china iaitu Chou Pei Suan King dan
juga karya dari Chiu Chang Suan Shu. Karya dari Chou Pei Suan King adalah berasakan
mengenai calendar, pengiraan masa bayang-bayang dan catatan matematik. Manakala karya
dari Chiu Chang Suan Shu pula mengenai Sembilan (9) bab mengenai kira-kira, ukuran dan
beberapa teori matematik. Bidang matematik ini telah dimasukan kedalam sistem peperiksaan
awam semasa china di bawah pemerintahan Dinasti Tang. Pengajian untuk bidang ini telah
mengambil masa tujuh (7) tahun di Guozijian (Kolej Putera-Putera Negara) dan berdasarkan
teks klasik berjudul Suanjing shi shu (sepuluh risalah panduan matematik). Teks ini telah
dicetak pada tahun 1084 tetapi pendidikan matematik ini telah dikeluarkan pada peperiksaan
awam pada tahun 1230.
Ini tidak mengambarkan yang Pendidikan matematik tidak begitu penting dalam kehidupan
masyarakat china. Bidang matematik ini tetap menjadi salah satu unsur penting di dalam
Tamadun China. Setiap dinasti di china sering membentuk sebuah pemerintahan yang
lengkap. Sebagai contoh Shih Huang-Ti yang mengadakan satu sistem sukat, ukur dan
timbang yang standard bagi tamadun china pada masa itu.
Liu Hui, Zhu Shijie, Li Zhi dan Li Shanlan adalah diantara ahli matematik yang popular atau
terkenal pada masa sekitar tahun 1300 – 1882 pada zaman Tamadun China. Liu Hui pernah
menerangkan tentang teorem matematik semasa meletusnya era negeri-negeri berperang
(260-267 masihi). Segi empat ajaib adalah perbincangan awal mengenai matematik cina.
Mengenai perkara yang menarik tentang segi empat ajaib ini adalah apabila kesemua angka-
angka yang berbaris menegak, mendatar atau miring dicampurkan, jumlah yang didapati
adalah sama iaitu 15.
Orang cina juga percaya tentang kewujudan angka positif dan negatif. Angka positif biasanya
sangat disukai oleh masyarakat cina kerana ianya membawa maksud keuntungan dan
manakala bagi angka negatif pula memberi makna keburukan iaitu mengenai hutang. Begitu
juga berkenaan dengan angka genap dan ganjil dimana masyarakat china percaya bahawa
angka genap akan membawa kebaikan dan angka ganjil akan menbawa keburukan atau
perkara sial. Selain daripada itu, masyarakat china juga pada masa itu pandai menggunakan
angka perpuluhan berasaskan sepuluh dan aljabar.

Jelaslah bahawa setiap perbincangan diatas mengenai bidang matematik masih relevan
digunakan pada masa kini seperti kepercayaan tentang angka positif dan negatif atau sial.
Selain itu, didalam pembelajaran dan kehidupan kita sekarang juga ada menggunakan sistem
sukat, ukur dan timbang.
Tugasan 1 (b)
Video Kungfu panda banyak membawa pengajaran yang tersirat dan tersurat untuk
digunapakai didalam kehidupan kita sebagai masyarakat, pelajar mahupun yang bekerja.
Antara pengajaran yang dapat kita rumuskan ialah :
1) Jangan kita memandang rendah terhadap kebolehan orang lain.

Pengajaran ini boleh kita lihat apabila pahlawan-pahlawan furious five dan shifu
menolak sekeras-kerasnya Po adalah pahlawan naga kerana bentuk fizikalnya yang
gemuk dan genduk. Apabila shifu telah menemukan motivasi untuk melatih Po, Po
Berjaya dilatih dengan baik sekali dan Po juga yang telah mengalahkan Tai Lung.

Didalam konteks ini, kita sebagai pelajar atau pekerja tidak boleh menilai sesuatu
benda atau seseorang dengan luaran sahaja. Sebaiknya kita perlulah ada sifat
keterbukaan dalam menerima sesuatu perkara atau seseorang yang baru di kenali.

2) Bersungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu perkara dengan pelbagai cara


untuk mendapatkan matlamat yang di tetapkan.

Pengajaran ini boleh kita dapati apabila Po terpaksa bersusah payah membawa troli
mee untuk memanjat tangga di kaki bukit. Setibanya Po di muka pintu Istana Jade,
pintu telah di tutup sebab Po agak lewat. Namun Po tidak mudah mengalah. Beliau
mencari pelbagai cara untuk dapat masuk kedalam istana.

Begitu jua didalam kehidupan seharian kita sebagai pekerja atau pelajar. Kita perlu
mencari pelbagai cara dan usaha untuk kita mencapai matlamat mahupun perkara
yang kita inginkan. Jangan mudah menyerah kalah apabila sesuatu masalah timbul di
hadapan kita.

3) Percaya pada diri sendiri.

Pengajaran ini pula kitab oleh dapati apabila Po menerima kuasa sakti daripada
“dragon scroll” tetapi kedua-dua mereka terperanjat apabila mendapati scroll
berkenaan adalah kosong. Po menjadi penjual mee semula dan kecewa. Apabila
bapanya mendedahkan tentang tiada ramuan istimewa yang terdapat dalam sup mee
tersebut membuat kan Po tersedar bahawa “sesuatu itu akan menjadi istimewa apabila
kita percaya ianya adalah istimewa”

Kita perlu percaya pada kebolehan diri kita sendiri. Tiada sesuatu atau bantuan
daripada orang lain yang boleh menjadikan diri kita istimewa. Segalanya terpulang
kepada diri kita sendiri samada kita mahu melakuanya sehingga berjaya atau tidak.

Tugasan 1 (c)
Selain daripada pengajaran, terdapat juga beberapa dialog yang boleh menyentuh perasaan
penonton dan amat besar maksudnya untuk di gunakan didalam kehidupan. Antara ialah:

a) “your mind is like this water, my friend. When it is agitated, it becomes difficult
to see. But if you allow it to settle, the answer becomes clear.”

Daripada dialog diatas menjelaskan bahawa tentang berhadapan dengan masalah


yang datang. Kita harus menghadapai segala masalah yang datang kepada kita dengan
keadaan yang tenang dan berfikiran yang luas supaya jalan penyelesaian dapat kita
temui dengan mudah. Masalah tidak akan selesai bila kita cuba untuk mengelak atau
menyembunyikannya. Dialog ini boleh kita temui didalam video tersebut pada minit
ke 07:29.

b) “the secret to be special is you have to believe you’re special”

Sekiranya kita merasakan diri kita istimewa, maka kita dengan sendirinya akan
menjadi istimewa. Segalanya terserah dan terletak pada diri kita sendiri. Kita tidak
dapat untuk merubah orang lain, begitu juga diri kita hanya kita yang boleh
mengubahkannya. Kita harus percaya yang kitab boleh dan mampu untuk melakukan
sesuatu yang baru sebelum kita melakukannya. Dialog ini boleh kita temui didalam
video tersebut pada minit ke 01:09:32.

c) “Yesterday is history, tomorrow is are mystery but today is a gift, that is why it
is called a present”

Maksud dialog di atas banyak membawa maksud untuk kita lebih menghargai masa
kini yang kita ada. Perkara semalam tidak perlu terlalu di fikirkan kerana ianya telah
menjadi sejarah dan perkara esok adalah misteri kerana kita belum mengetahui apa
yang bakal kita hadapi. Jadi, hargailah masa yang kita ada sekarang ini dengan
membuat sesuatu benda atau tugasan dengan baik sekali. Percaya pada diri kita
dengan usaha dan tawakal dalam melakukan sesuatu tugasan dengan baik. Dialog ini
dapat kita temui didalam video tersebut pada minit ke 30:57.
Tugasan 2

Sebelum saya mempelajari tentang khusus ini, banyak pekara yang saya tidak ketahui tentang
asal-usul sesuatu bangsa, latar belakang, pencapaian mereka, hasil inovatif dan sumbangan
mereka terhadap dunia hari ini lantas tiada rasa menghargai atas sesuatu pekara serta hanya
mengambil ringan terhadap sesuatu pekara.
Di dalam melakukan tugasan ini banyak perkara yang saya ketahui dan mempelajari tentang
kesan sumbangan Tamadun China yang kekal relevan sehingga ke hari ini. Sebenarnya
banyak kesan-kesan Sumbangan Tamadun China yang masih ada dan relevan di Malaysia.
Pertama sekali, pengalaman saya sebelum saya menonton video Kungfu Panda ini, cerita ini
hanya sebuah cerita atau video kartun biasa sahaja. Hanya seekor panda gemuk yang bercita-
cita untuk menjadi seorang pahlawan yang pandai berkungfu tetapi hajatnya atau impian
tidak direstui oleh ayahnya pada permulaan. Selepas menonton video Kungfu Panda ini,
barulah saya menyedari bahawa jalan cerita ini banyak memberi pengajaran kepada kita
didalam kehidupan seharian. Hormat menghormati yang perlu ada didalam kehidupan kita
pada orang lain.
Selain itu, pada pengalaman saya, video ini juga mengajar kita bagaimana menghargai sebuah
persahabatan yang kita ada. Perkara yang sukar boleh menjadi lebih mudah apabila kita
mempunyai sikap untuk bekerjasama diantara satu sama lain. Jangan kita memandang rendah
terhadap seseorang yang baru kita kenali kerana ia juga boleh menjadi yang terbaik pada diri
kita. Belajat juga mempunyai Teknik-teknik tertentu untuk kita cepat mendapatkannya.
Dalam video ini juga saya dapat melihat, si panda gemuk yang mengajar diri saya supaya
berusaha dalam membuat sesuatu tidak kira bagaimana sekali pun sehingga boleh mencapai
kejayaan yang diingini.Adakalanya kita akan berasa sangat lemah kerana apa yang kita
usahakan tidak pernah berjaya tetapi bila kita tidak putus asa dan terus berusaha sebenarnya
kejayaan itu sudah berada didepan mata.
Tugasan ini juga mengajar saya bagaimana menggunakan atau membuat satu infografik yang
berguna berdasarkan pada tugasan yang diberikan. Saya tidak pernah untuk membina
infografik sebelum ini. Tugasan ini kali pertama saya melakukan infografik. Banyak website
atau laman sesawang yang saya layari untuk mendapatkan maklumat dan cara supaya
infografik saya nampak menarik.
Membina infografik bukanlah satu tugas yang mudah apatah lagi bagi saya yang pertama kali
melakukannya. Semangat untuk mengetahui dan mencuba membuatkan infografik saya di
dalam tugasan ini terhasil. Biar pun infografik saya Nampak bersahaja tetapi saya yakin ini
ialah permulaan untuk saya belajar mengetahuinya. Banyak perkara yang perlu diperbaiki
apatah bila saya sudah lama meninggalkan dunia pelajar ini.
Akhir kalam, sifat hormat menghormati sebenarnya adalah jalan mendamaikan bagi semua
masyarakat. Kita perlu melakukan kebaikan kepada semua orang. Usaha lah didalam
melakukan sesuatu perkara sehingga berjaya. Jadilah seperti Po dari Panda gemuk yang biasa
sehingga menjadi Panda yang boleh membanggakan ayahnya.
Rujukan.

https://www.slideshare.net/muhamadhafizi95/sumbangan-tamadun-cina-40748142?
next_slideshow=1

https://dokumen.tips/documents/23-sains-teknologi-perubatan-matematik-tamadun-cina.html

https://prezi.com/nmen5ivb8jqj/sumbangan-tamadun-cina-kepada-dunia-dalam-bidang-sains-
teknologi/?frame=8eae402bcaadda2be896869f20934e72328f67df

https://dokumen.tips/documents/23-sains-teknologi-perubatan-matematik-tamadun-cina.html

https://notasains.wordpress.com/2019/05/31/sumbangan-tamadun-china-dan-india-dalam-bidang-
biologi/

Anda mungkin juga menyukai