Anda di halaman 1dari 9

PLAGIARISM DECLARATION FORM (T-DF)

Instructions
Please complete and attach this Plagiarism Declaration Form to each Assignment that you
submit into the Online Assignment Submission (OAS) system for marking.

I declare that the attached work is entirely my own (or when submitted to meet the requirements
of an approved group assignment is the work of the group), except where materials cited, quoted
or paraphrased are acknowledged in the text. I also declare that this work / assignment has not
been submitted for assessment in any other course or university without due acknowledgement.

I understand that plagiarism, collusion, and copying are grave and serious offences.

I understand that disciplinary action (which may include deduction of marks in the Assignment) will be
taken against me if I am found to be an offender of Assignment plagiarism.

Full name and IC No: Date:


Scully Rocaldo Mosinol 970613-65-6024 1 Oktober 2022

Assignment (Asgmt) Declaration Form


Semester/Year September 2022
Student’s Name Scully Rocaldo Mosinol
Student’s ID No: 071190177
Course Code MPU3123/03
Course Title TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
Class Code TIT5
Assignment No: 3
No. of pages of this 9
Assignment (including
this page)

Tutor GOPAL A/L R.MAHALINGAM


Course Lead RABIKHA HASNI
T-DF Assignment Declaration Form (1/2020 version #003)
1. Tamadun Islam

Kelahiran tamadun Islam adalah cetusan daripada Islam itu sendiri.


Kemunculan tamadun Islam agak berbeza dengan tamadun-tamadun yang lain.
Tamadun Islam lahir di kawasan padang pasir yang kontang, manakala tamadun lain
lazimnya bermula di kawasan lembah sungai. Peranan manusia sangat penting dalam
pembinaan tamadun Islam. Berdasarkan hakikat tersebut,Rasulullah s.a.w. mengambil
masa selama 13 tahun bagi membentuk personaliti Muslim yang unggul sebagai
persediaan untuk membina tamadun yang lebih besar.Di awal kehidupan masyarakat
Arab, mereka merupakan Arab Jahiliyah yang merujuk kepada keadaan masyarakat
yang masih belum menerima kedatangan Islam. Mereka mengalami keruntuhan dalam
sistem agama dan akhlak. Masyarakat ketika itu juga mengalami keruntuhan dari
aspek politik dan pemerintahan, ekonomi dan sosiobudaya.

Dari segi ilmu pengetahuan, Islam melihat ilmu sebagai suatu yang penting
dan syarat pelengkap paling asasi untuk membolehkan manusia berperanan sebagai
hamba Allah s.w.t. dan khalifahNya di dunia ini. Justeru itu, wahyu pertama yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah perintah membaca yang
menunjukkan keperluan penguasaan ilmu. Keperluan umat Islam menguasai ilmu-
ilmu tertentu juga berkait rapat dengan kesempurnaan pelaksanaan kewajipan
keagamaan. Contohnya umat Islam diarahkan mengadap kiblat ketika menunaikan
solat. Ini bermakna umat Islam memerlukan penguasaan ilmu geografi dan astronomi.
Demikian juga di dalam ibadat puasa yang memerlukan kefahaman di dalam ilmu
peredaran siang dan malam seperti perlu mengetahui kedatangan waktu subuh, terbit
matahari dan sebagainya. Untuk menunaikan ibadat haji, umat Islam perlu
mengetahui jalan dan alat-alat pengangkutan untuk membolehkan mereka sampai ke
Makkah. Pembayaran zakat yang diwajibkan, memerlukan umat Islam mengetahui
ilmu matematik (Azam 1991).

Seterusnya, Usaha dan kesungguhan. Islam bukan semata-mata teori, tetapi


Islam adalah agama yang menggabungkan teori dan amali, iman dan amal. Hal ini
kerana amal yang baik adalah bukti keimanan seseorang. Status dan nasib seseorang
atau sesuatu bangsa bukannya terletak kepada bangsa atau status mereka, akan tetapi
ia terletak kepada usaha yang dilakukan oleh mereka.

Keterbukaan dan kreatif. Tamadun yang unggul tidak akan lahir dalam
suasana pemikiran yang beku dan kaku. Sebaliknya, ia akan muncul dan subur dalam
suasana yang begitu kondusif. Justeru, keterbukaan dan kreativiti ini merujuk kepada
sifat umat Islam yang berjiwa besar dan memanfaatkan sumber-sumber tamadun lain
dengan sikap yang selektif dan mencorakkannya dengan corak keislaman. Dengan
sikap kreatif dan inovatif, umat Islam lebih berani merancang dan meneroka pelbagai
bidang baru yang sentiasa berkembang, mampu bersaing dengan masyarakat lain serta
tidak ketinggalan zaman.
Peraturan dan akhlak. Sistem nilai Islam yang mengandungi nilai wajib
(melakukannya suatu kemestian), sunat (digalakkan untuk melakukannya dan jika
dilakukan mendapat pahala), harus (bersifat piihan untuk melakukan atau
meninggalkan), makruh (sangat digalakkan untuk ditinggalkan) dan haram
(meninggalkannya suatu kemestian) menjadi neraca nilai dalam kehidupan politik,
ekonomi, sosial, kesenian, kebudayaan dan sebagainya. la merentas seluruh kegiatan
individu, berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Pengaruh akhlak Islam cukup
penting dalam melahirkan dan mengawal kelangsungan tamadun, la mampu
mengawal manusia agar tunduk kepada sistem nilai yang diperkenalkan oleh Islam.
Dengan itu masyarakat akan subur dengan sifat-sifat yang baik dan seterusnya mampu
melahirkan tamadun yang unggul serta mempertahankan keunggulan tamadun yang
dicapai.
Di akhir abad ke-18, kerajaan Uthmaniyyah Turki mula menjadi lemah dan
sedikit demi sedikit wilayahnya di Eropah Timur dan Utara Afrika terlepas kepada
kuasa Eropah. Kerajaan Uthmaniyyah yang berdiri selama 637 tahun, akhirnya runtuh
apabila Sultan Abdul Hamid II telah digulingkan oleh The Young Turks pimpinan
yang kemudiannya dilantik menjadi Presiden Turki seumur hidup. Masyarakat Islam
yang dijajah gagal mempertahankan tamadun mereka dan mula diresapi ideologi
sekular Barat yang sekaligus membawa kemerosotan tamadun Islam (Osman Bakar
2009).
2. TAMADUN MELAYU

Adanya perkembangan tamadun Melayu, Mereka telah mengalami


pengembangan dari pelbagai sudut. Perubahan masyarakat dan budaya merupakan
fenomena universal yang berlaku dalam sesebuah masyarakat dari semasa ke semasa.
Pencapaian tamadun Melayu telah membuktikan bahawa bangsa Melayu mampu
berdikari, berusaha dan sanggup berhadapan dengan segala cabaran. Pencapaian
tamadun Melayu dapat dilihat dari enam kategori iaitu dalam bidang kesusasteraan,
ketenteraan, perubatan, pendidikan, kesenian serta sains dan teknologi Melayu.

Kesusasteraan persuratan Melayu. Budaya penulisan dan aktiviti intelektual


melalui penulisan kitab dan buku telah menyumbang kepada lahirnya hasil persuratan
Melayu yang sangat bernilai. Hasil kesusasteraan ini merupakan cerminan ketinggian
pemikiran masyarakat Melayu (Mohd. Koharuddin 2005). Dalam konteks ini,
persuratan Melayu dibahagikan kepada dua era, iaitu era sebelum Islam dan era
selepas kedatangan Islam.Persuratan sebelum Islam lebih tertumpu kepada bentuk
lisan dan sastera hikayat. Sastera lisan termasuklah cerita-cerita mitos, lagenda,
mergastua dan ungkapan- ungkapan Melayu berbentuk gurindam, pantun, bahasa,
seloka dan sebagainya. Manakala, Kesusteraan Melayu selepas kedatangan Islam pula
banyak tertumpu kepada sastera ketatanegaraan, undang-undang, historiografi
Melayu, kitab-kitab perubatan, astronomi dan matematik. Antara contoh penulisan
yang bercorak keilmuan dan keagamaan seperti kitab Tafsir dan Hadis, ilmu Tauhid,
Fiqah dan Tasawuf.

Selain itu, Ketenteraan dan pertahanan.Masyarakat Melayu mempunyai


struktur organisasi ketenteraan yang cekap. Sejarah mencatatkan keunggulan kerajaan
Melayu awal seperti Srivijaya, Majapahit dan Melaka yang telah berjaya meluaskan
kuasa kerana mempunyai organisasi ketenteraan yang teratur dan sistematik.
Organisasi yang tersusun dan sistematik ini merupakan antara faktor kejayaan
kerajaan Melayu awal membentuk empayar yang unggul.Organisasi ketenteraan
Empayar Majapahit dibahagikan kepada tiga kategori. Pertama, Sapta Dharmaputra
ialah pasukan tentera elit yang terdiri daripada putera raja yang mempunyai kekuatan
fizikal dan mental.Kedua, Bhayangkari terdiri daripada 15 orang anggota bersenjata
yang, bertanggungjawab menjaga kawasan istana secara bergilir-gilir. Yang terakhir,
Tentera biasa terdiri daripada tentera tetap dan sukarela yang berkhidmat di pusat dan
daerah jajahan takluk. Mereka juga memiliki angkatan tentera laut yang kuat dan
berperanan menjaga kawasan perairan daripada serangan musuh dan mengawal
aktiviti perlanunan.

Perubatan tradisional. Masyarakat Melayu memiliki sistem perubatan


tradisional yang tersendiri. Sebelum perubatan moden diperkenalkan, masyarakat
Melayu bergantung sepenuhnya kepada perubatan tradisional. Kini, dalam arus
kemodenan dan kecanggihan sains dan teknologi perubatan moden, kaedah perubatan
tradisional masyarakat Melayu sering menjadi rawatan alternatif bagi kes-kes yang
tidak berjaya ditangani oleh rawatan moden. Teknik rawatan dan perincian penyakit
dan penawarnya telah dihimpunkan dalam buku perubatan Melayu yang dikenali
sebagai Kitab Tib. Antara Kitab Tib yang terkenal ialah Tajul-Muluk. Seawal 1886,
sebuah buku perubatan Melayu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Malah,
salah satu preskripsi daripada buku yang diberi judul This is The Medical Book of
Malayan Medicine telah digunakan sebagai ubat untuk melegakan lelah dan bronchitis
di barat sekitar tahun 1951 (Ros Aiza et al. 2012).Ubat-ubatan tradisional pula adalah
bersumberkan daun dan akar-akar kayu. Penggunaan ramuan atau ubat akar kayu
masih diamalkan sehingga ke hari ini. Orang Melayu percaya khasiat yang terkandung
dalam ramuan tradisional mampu merawat banyak penyakit. Terdapat lebih kurang
6000 hingga 7000 spesies tumbuhan digunakan sebagai bahan untuk ubat kayu oleh
pakar perubatan tradisional Melayu.

Kesenian tradisi Melayu. Kemuncak nilai sesuatu seni adalah apabila ia


mencapai satu tahap yang maju dan tinggi peradabannya. Segala hasil seni
memaparkan kemajuan dalam proses penciptaan dan pembaikannya yang boleh
diletakkan sebagai satu bentuk teknologi. Tamadun Melayu juga menghasilkan
pelbagai bentuk kesenian seperti seni tari, seni muzik, seni ukir dan khat, seni bela
diri, seni pertukangan, seni tenunan dan sulaman, seni kulinari dan lain-lain.
3. Tamadun India.

Pencapaian tamadun India dalam bidang kebudayaan amat menakjubkan.


Masyarakat awal India telah menghasilkan kerja yang amat mengagumkan dalam
hampir semua bidang — falsafah, kesusasteraan, sains dan teknologi, seni arca dan
seni bina. Antara falsafah terawal yang berkembang dan direkodkan di dunia ialah
falsafah India. Falsafah awal India ini bersumberkan kitab suci Veda iaitu Rig Veda,
Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda. Veda bermaksud ilmu pengetahuan. Kitab
suci Veda mengandungi ilmu agama yang merangkumi semua aspek kehidupan
manusia. Kitab Veda ditulis pada zaman Veda iaitu dari tahun 1900 – 600 SM. Kitab
suci Veda merupakan scripture (ayat-ayat suci) terawal tentang agama Hindu.

Kesusasteraan.Dua epik agung agama Hindu ialah Mahabharata dan


Ramayana. Mahabharata yang dikarang dalam bentuk puisi mengandungi lebih
daripada 90,000 stanza. Epik ini dikarang oleh pujangga Vyasa pada tahun 100 SM.
Mahabharata merupakan karya kesusasteraan yang terpanjang di dunia. Epik ini
menceritakan peperangan di antara dua kumpulan sepupu yang bermusuhan iaitu
Pandavas dan Kauravas untuk menguasai kerajaan Bharata pada tahun 1000 SM.
Bahagian paling terkenal dalam kitab Mahabharata ialah Bhagavad Gita iaitu
bahagian yang mengisahkan tentang Dewa Krishna. Pada umumnya, Mahabharata
memaparkan konflik antara dharma dengan adharma iaitu antara kebaikan dengan
kejahatan ataupun keadilan dengan ketidakadilan (Duiker 2011, Brummett 2006;
Lockard 2011; Sivapalan 2004 dan Osman Bakar 2012).
Kitab Ramayana yang ditulis oleh Valmiki pada zaman yang sama,
mengisahkan perjuangan Dewa Rama menentang Ravana, raja (demon-king) Sri
Lanka yang telah menculik isteri kesayangannya, Sita. Pada hakikatnya, kitab
Ramayana menerangkan Sanata Dharma iaitu peraturan kerohanian yang kekal abadi
dan sifat-sifat ideal yang menjadi asas kepada dharma. Kedua-dua karya ini
merupakan sumber utama yang memaparkan falsafah hidup, budaya dan agama pada
zaman Veda. Karya kesusasteraan India ditulis di atas daun palma yang kemudiannya
ditenun menjadi sebuah buku (Duiker 2011, Brummett 2006; Lockard 2011;
Sivapalan 2004 dan Osman Bakar 2012).

Karya linguistik. Antara karya linguistik terawal di India ialah Ashtadhyayi.


Karya ini ditulis oleh Panini pada kurun ke-4 SM. Ashtadhyayi merupakan sebuah
karya tatabahasa yang mengandungi hampir 4,000 peraturan tatabahasa tentang
bahasa Sanskrit. Ketepatan tatabahasa dalam karya ini tidak dapat ditandingi oleh
mana-mana karya sehingga abad ke-19 M (Sivapalan 2004). Tolkappiyam ialah karya
tatabahasa tentang bahasa Tamil. Karya bahasa Tamil yang tertua ini ditulis pada
tahun 300 SM. Tidak banyak yang diketahui tentang penulis karya ini. Namun begitu,
ramai sarjana berpendapat karya ini ditulis oleh Tolkappiyar. Tolkappiyam
mengandungi tiga bahagian iaitu fonologi, morfologi dan sintaksis. Karya ini masih
digunakan sebagai bahan rujukan tatabahasa tentang bahasa Tamil (Sivapalan 2004).
Sains dan teknologi. Masyarakat awal India telah memberi sumbangan yang
amat besar kepada dunia pengetahuan terutamanya dalam bidang sains dan teknologi.
Ilmu fizik mereka hampir sama dengan tamadun awal Greek di mana jirim
dibahagikan kepada lima elemen, iaitu tanah, air, udara, api dan angkasa (eter).
Pencapaian masyarakat awal India dalam ilmu atom turut mengagumkan. Mereka
berjaya menemui corak percantuman atom yang berbeza untuk menghasilkan elemen-
elemen dengan pelbagai sifat (Duiker 2011 dan Sivapalan 2004).

Seni persembahan. Sejak zaman purba China, muzik dilihat sebagai satu
bentuk hiburan. Muzik juga digunakan sebagai satu alat untuk mencapai kestabilan
politik di samping membentuk keperibadian manusia. Muzik digunakan semasa
aktiviti di istana, perayaan rakyat dan upacara ritual atau upacara keagamaan. Alat
muzik Cina dapat dikategorikan kepada kategori meniup, memukul genderang,
memetik dan menggesek. Masyarakat awal Cina telah menggunakan pelbagai bentuk
alat muzik seperti serunai, loceng, gendang, chimes dan gourds, serta pelbagai bentuk
alat muzik bertali (Duiker 2011 dan Teo Lay Teen 2004). Masyarakat Cina
berpendapat muzik mestilah berharmoni dengan alam semesta. Pandangan tersebut
terdapat dalam Li Ji (bab Yue Ji — Rekod Muzik), sebuah buku klasik Cina yang
dikarang dalam abad ke-2 SM. Konfusius, seorang ahli falsafah Cina juga mempunyai
pandangan yang sama. Menurut Konfusius, keharmonian ini dapat memulihkan dunia
fizikal dan membentuk dunia yang teratur dan bermoral (Teo Lay Teen 2004).
4. Tamadun Cina.

Penemuan arkeologi membuktikan pencapaian tamadun Cina purba dalam


pelbagai bidang amat menakjubkan. Masyarakat awal Cina telah menghasilkan kerja
yang amat mengagumkan dalam hampir semua bidang terutama dalam kesusasteraan,
ilmu pengetahuan, sains dan teknologi, perubatan tradisional, seni persembahan, seni
bina dan seni halus.

Kesusasteraan Cina yang terawal mula ditulis pada zaman Dinasti Zhou. Ia
ditulis di atas kain sutera atau kepingan buluh. Kesusasteraan pada zaman ini
merupakan catatan sejarah seperti Rites of Zhou, karya falsafah seperti Analects dan
The Way of the Tao dan puisi seperti Book of Songs dan Song of the South. Karya-
karya ini menjadi bahan bacaan utama untuk pelajar-pelajar Cina (Duiker 2011).
Pada zaman pemerintahan Dinasti Han, sarjana-sarjana telah menghasilkan
semula karya-karya klasik yang ditulis pada zaman Dinasti Zhou. Sebahagian besar
karya-karya klasik ini telah dimusnahkan oleh pemerintah Dinasti Qin iaitu Qin Shi
Huangdi. Sarjana-sarjana pada zaman Dinasti Han mengagungkan falsafah
Konfusianisme. Namun begitu, penulisan puisi masih popular (Brummett 2006).

Seterusnya, Ilmu Pengetahuan. Pada zaman pemerintahan Dinasti Zhou, orang


Cina telah menguasai ilmu astronomi. Mereka mampu mencatat dengan tepat tentang
bintang, gerhana dan komet. Hal ini membantu orang Cina menghasilkan kalendar
yang tepat (Teo Lay Teen 2004). Bidang penulisan utama pada zaman dinasti Han
ialah historiografi. Sejarawan- sejarawan seperti Sima Qian dan Ban Gu telah
menghasilkan karya-karya sejarah yang kemudiannya menjadi panduan kepada
sejarawan-sejarawan yang menulis tentang sejarah dinasti. Historiografi awal ini
memberi tumpuan kepada sejarah politik dimana ia memberi tumpuan kepada
pemerintahan maharaja, biografi tokoh- tokoh penting dan perang. Matlamat utama
penulisan historiografi ini ialah bersifat politik dan moral, di mana ia menerangkan
tentang faktor-faktor kebangkitan dan kejatuhan individu dan dinasti. Penumpuan
kepada sejarah politik menyebabkan sejarawan-sejarawan Cina mengabaikan sejarah
sosial dan ekonomi (Duiker 2011 dan Lockard 2011).

Sains dan teknologi. Zaman Dinasti Zhou menyaksikan kemajuan yang tinggi
dalam teknologi pertanian. Menjelang pertengahan abad ke-6 SM, mereka telah
menghasilkan alat pertanian yang diperbuat daripada besi. Inovasi-inovasi lain ialah
penggunaan baja asli, kolar kuda dan teknik membiarkan tanah terbiar untuk menjaga
kesuburan tanah pertanian. Lantaran itu, hasil pertanian telah meningkat dengan pesat
(Duiker 201). Pada zaman pemerintahan Dinasti Han, pencapaian teknologi
masyarakat Cina amat memberangsangkan dan mengatasi pencapaian dunia yang lain.
Penciptaan terpenting pada zaman ini ialah kertas yang diperbuat daripada pulpa
kayu. Teknologi menghasilkan kertas ini kemudiannya telah diperkenalkan ke dunia
Barat melalui Laluan Sutera. Antara penciptaan penting lain ialah seismograf, kolar
kuda, penggunaan tenaga air untuk mengisar bijirin, tenggala yang menjimatkan
tenaga buruh dan kereta sorong. Penciptaan kemudi dan kompas magnetik telah
mengubah dunia pelayaran. Menjelang akhir abad 1 SM, masyarakat Han telah
mencipta kalendar yang tepat. Hal ini bermakna, masyarakat Han mempunyai
pengetahuan matematik dan astronomi yang tinggi (Duiker 2011; Brummett 2006,
Adler 2012 dan Teo Lay Teen 2004).

Anda mungkin juga menyukai