Anda di halaman 1dari 13

Bachelor of Science (Hons) Maritime Business

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


MODULE NAME:
(TITAS)

MODULE CODE: MPU 3123

ASSIGNMENT TITLE: REFER PAGE 3 - 5

NO OF ASSIGNMENT TASK TO
Complete All Tasks
COMPLETE:

ASSIGNMENT SETTER’S NAME: PUAN FADZILAH BINTI AHMAD

TERM (SEMESTER): TERM 1, SEM 1

SUBMISSION DEADLINE: REFER PAGE 3 & 5

Task Report Total: 30%

TOTAL MARKS AWARDED: Presentation Total (if any): 20%

Assignment Total: 100%

WEIGHTAGE OF FINAL MARKS:

MUHAMMAD SYAHMI AQIL BIN


NAME OF STUDENT:
AHMAD ZULKARNAIN
Declaration (to be filled by the student and when submitting the report)

I, MUHAMMAD SYAHMI AQIL BIN AHMAD ZULKARNAIN hereby confirm that


this assignment task report is my own work and not copied or plagiarized from any
sources. I have referenced the sources from which the information is obtained by me
for this assignment.

___________________________
_________________________
Signature Date

ISI KANDUNGAN
TOPIK : BINCANGKAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM DAN
SUMBANGANNYA KEPADA DUNIA MELAYU

PENGENALAN ……………………………………………………………………..1

PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM………………………………………….1

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM KEPADA DUNIA

MELAYU…………………………………………………………………………..1-4

KESIMPULAN………………………………………………………………………4

SENARAI RUJUKAN…………………………………………………………….…5

LAMPIRAN………………………………………………………………………….6-7

LAPORAN INDEKS KESAMAAN………………………………………………...8

PENGENALAN
Peradaban Islam mempunyai impak yang besar dalam membentuk dan mengubah keadaan
di dunia Melayu, agama Islam telah membawa perubahan jangka panjang didalam Tamadun
Melayu. Perkembangan ini membantu masyarakat Melayu berubah dari jahil menjadi
berpengetahuan dan lebih bermotivasi. Peradaban Islam memberikan kontribusi di berbagai
bidang seperti sains, arsitektur, pemerintahan, matematika, kedoktoran, dan falsafah yang
mempengaruhi dunia Melayu. Sejarah kemasukkan Islam ke Alam Melayu masih menjadi
perdebatan para sejarawan, yang tidak memiliki cukup bukti untuk mengetahui secara pasti
bilakah, di manakah, dan bagaimanakah Islam masuk sehingga ada yang mengira agama
Islam itu didatangi dari pelbagai daerah seperti Arab, Cina, dan India.

PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM

Para nabi sebelumnya telah membawa agama Allah S.W.T, seperti Nabi Musa A.S. dengan
membawa kitab Taurat, Nabi Daud A.S. dengan membawa kitab Zabur, Nabi Isa A.S. dengan
membawa Injil, dan Nabi Muhammad S.A.W. dengan membawa kitab Al-Quran. Kitab-kitab
ini diturunkan untuk mengajar manusia cara hidup yang betul. Agama Hanif telah diamalkan
oleh masyarakat terdahulu yang mengikuti suruhan nabi dizaman mereka dan kini agama
Hanif ini digelar agama Islam bersesuaian dizaman Rasulullah S.A.W. Pada abad ke-12 dan
ke-13, kehebatan Islam memasuki dan berkembang di Kepulauan Melayu. Agama ini
pertama kali tersebar di Sumatera, kemudian di Melaka pada abad ke-15, dan kemudian di
Jawa. Islam dianuti secara meluas di Pulau Maluku pada awal abad ke-16, dan kemudian di
Kalimantan dan Filipina. Pedagang, pendakwah, persaingan politik, dan dukungan raja-raja
Melayu menjadi faktor kunci penyebaran Islam di wilayah tersebut. Selain itu, daya tarik
Islam sebagai agama dan penolakan terhadap kekuatan Eropa seperti Portugal dan Spanyol
juga berkontribusi terhadap pesatnya pertumbuhan Islam di Dunia Melayu.

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM KEPADA DUNIA MELAYU

Masuknya Islam telah membawa banyak perubahan pada masyarakat Melayu. Islam telah
memperkenalkan ajaran dan peradaban yang lebih rasional dan mudah diterima oleh
masyarakat Melayu. Hal ini menyebabkan penolakan terhadap kepercayaan takhayul dan
animisme. Peradaban Islam lambat laun menggantikan pengaruh peradaban Hindu di dunia
Melayu. Artikel ini akan membahas bagaimana Islam membawa reformasi dan perubahan
pada masyarakat Melayu dari sudut pandang sosial, budaya, dan pemikiran. Meskipun
terdapat sisa-sisa pengaruh Hindu, Islam sebahagian besar telah membentuk cara hidup di
dunia Melayu sesuai dengan ajarannya. Pengaruh Islam di dunia Melayu sangatlah signifikan,
mengantarkan era baru dan meninggalkan cara berpikir lama.

Masuknya Islam juga ke dalam dunia Melayu menyebabkan impak yang besar di
banyak wilayah yang berbeza. Hal ini telah membawa kepada cara berfikir baru berdasarkan
kepercayaan pada satu Tuhan. Keyakinan ini mempengaruhi cara bertindak dan berpikir
masyarakat Melayu. Ini telah menggantikan cara-cara lama agama Buddha dengan fokus
pada ibadah, moral yang baik, dan perubahan dalam berbagai aspek kehidupan seperti sosial,
politik, dan ilmiah. Islam telah membawa perspektif baru yang mengajarkan manusia untuk
beriman hanya kepada satu Tuhan, hal ini masuk akal kerana memiliki banyak Tuhan akan
menimbulkan kebingungan dan masalah. Kepercayaan terhadap satu Tuhan, iaitu Allah
S.W.T, telah membawa perubahan signifikasi kepada masyarakat Melayu. Di masa lalu,
masyarakat Melayu menganut sistem sosial yang disebut sistem kasta, yang membahagi
mereka ke dalam kelompok-kelompok berbeza. Namun ketika Islam datang, hal ini
mengubah banyak perkara. Islam mengajarkan bahwa setiap orang adalah setara dan harus
memperlakukan satu sama lain seperti saudara dan saudari. Ertinya sistem kasta sudah tidak
penting lagi. Islam menyuruh orang ramai hidup bersama secara damai dan saling membantu.
Muslim juga mencipta tempat baru untuk berkumpul, seperti masjid, di mana mereka boleh
bermunajat dan bercakap tentang perkara penting dan menyelesaikan masalah. Antaranya
ialah perkara yang berkaitan dengan undang-undang Islam, perselisihan pendapat tentang
hadis, dan maksud ayat-ayat al-Quran. Ini telah dilakukan sejak zaman Umar Ibnu Al-
Khattab.

Kemunculan agama Islam telah membawa kepada pembaharuan politik yang ketara
yang menekankan kepentingan kerajaan dalam menyempurnakan kesejahteraan rakyat.
Pengurusan dan pentadbiran yang cekap, bersama-sama dengan penyelarasan kuasa adalah
penting untuk mencapai kecemerlangan dalam kebajikan. Kerjasama dan perpaduan, di
bawah bimbingan pemerintah yang adil adalah elemen terpenting dalam memenuhi
kesejahteraan rakyat. Islam telah memainkan peranan penting dalam membentuk aspek
politik dan pentadbiran di Alam Melayu, mengintegrasikan budayanya ke dalam Dunia Islam
yang lebih luas. Ajaran Islam telah membawa prinsip universal, adil, dan saksama dalam
politik, agama Islam telah mempengaruhi sifat dan watak pemerintah di seluruh pelusuk
Alam Melayu. Struktur politik kerajaan Islam di Alam Melayu bertujuan untuk
menggerakkan rakyat menegakkan Islam, negara, dan rakyatnya. Setiap pengorbanan dan
usaha amat penting kepada umat Islam, pada kata lain juga ialah penting bagi setiap umat
Islam memainkan peranan dalam menyebarkan ajaran Allah S.W.T.

Pelaksanaan prinsip Islam dalam teks perundangan utama Melaka, seperti Kanun
Undang-undang Melaka dan Undang-undang Laut Melaka, menunjukkan pengaruh Islam
terhadap sistem perundangan negara. Dalam teks ini, undang-undang Islam digabungkan
dengan undang-undang jenayah, keluarga, dan perdagangan. Pengiktirafan peraturan Islam
sebagai undang-undang asal negara telah mengukuhkan lagi kepentingannya dalam sistem
perundangan Alam Melayu. Kanun Melaka secara khusus mencerminkan nilai-nilai Islam
dengan menekankan peranan Sultan Mahmud dan raja-raja Melaka sebagai pemimpin
berpandukan prinsip Islam. Di samping itu, undang-undang mewajibkan pegawai dan
pasukan tentera mesti mematuhi ajaran Al-Quran dalam tindakan mereka untuk
mempromosikan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Segala perundangan yang diamalkan
sangatlah penting dan berlandaskan ajaran Islam, sehinggalah kini undang-undang ini masih
diamalkan. Undang-undang tubuh negeri Terengganu Darul Iman, yang berdasarkan syariat
Islam, seperti Itqan Al-Muluk Bi Ta'dil As-Suluk, masih digunakan sehingga hari ini.

Pengenalan Islam ke rantau ini telah mencetuskan minat baru terhadap pendidikan
dan ilmu dalam kalangan masyarakat Melayu. Islam terdiri daripada tiga perkara asas iaitu
akidah, syariah, dan akhlak. Islam telah menanamkan semangat menuntut ilmu dan pemikiran
saintifik di kalangan umatnya. Konsep rasional yang diperkenalkan oleh Islam telah
membawa kepada revolusi budaya dan kesedaran yang tinggi terhadap pelbagai bidang,
termasuk sains. Kesedaran ini telah meresap ke segenap lapisan masyarakat, daripada
golongan atasan kepada rakyat jelata, membawa kepada peralihan daripada khurafat kepada
pandangan dunia yang lebih realistik. Sejak memeluk Islam, amalan agama, pendidikan, dan
ajaran ilmu feqah telah disebarkan dengan tekun oleh para ulama dan pendakwah,
mempengaruhi seluruh masyarakat, daripada pemerintah hingga rakyat jelata, dan
membentuk semula kepercayaan, budaya, dan sikap mereka terhadap sains.

Kedatangan Islam ke Alam Melayu juga telah memartabatkan bahasa Melayu dengan
menggalakkan penggunanya bercakap tentang isu ilmiah, saintifik dan metafizik. Sebelum
kedatangan Islam, isu-isu seperti ini tidak wujud. Di kawasan Alam Melayu dari abad ke-15
hingga ke-17, bahasa Melayu juga menjadi bahasa perantaraan dan ilmu. Sebagai contoh,
Melaka adalah pelabuhan antarabangsa yang didatangi oleh pedagang dan pendakwah dari
seluruh dunia. Orang-orang dari pelbagai negara menggunakan bahasa Melayu semasa
bercakap dan berurusan di sana. Bahasa ini juga dikatakan antara bahasa yang paling banyak
digunakan oleh orang Islam. Lebih 100 juta orang di Alam Melayu menggunakannya sebagai
bahasa rasmi, berfungsi sebagai "lingua franca" mereka. Aspek tulisannya diutamakan.
Tulisan jawi dalam bahasa Melayu telah dibawa oleh kedatangan Islam ke rantau ini, dan ia
dikaitkan dengan tulisan atau huruf Arab, seperti yang terdapat dalam al-Qur'an dan huruf
Parsi. Setelah bahasa Melayu bertulisan jawi muncul, sastera tulisan bermula, manakala
sebelum ini sastera lisan sahaja. Oleh itu, kesusasteraan dan penulisan telah berkembang
daripada konsep hiburan semata-mata kepada pendidikan keilmuan.

KESIMPULAN

Hasil daripada paparan di atas, adalah jelas bahawa kedatangan Islam ke Alam
Melayu telah memberi kesan besar dan meluas kepada kehidupan masyarakatnya. Sehingga
ke tahap ini, mereka telah berjaya merealisasikan ajaran dan tuntutan Islam dalam diri
mereka, yang telah mengangkat martabat mereka ke tahap yang lebih baik dan bermaruah.
Keadaan ini berlaku dalam pelbagai bahagian kehidupan mereka, sama ada di kalangan
individu, keluarga, masyarakat atau negara. Akidah, agama, sosial, politik, pemikiran,
undang-undang, dan ilmu pengetahuan adalah semua aspek kehidupan Alam Melayu yang
telah diubah oleh kedatangan Islam.
SENARAI RUJUKAN

Contributors to Wikimedia projects. (2023, November 7). Kedatangan dan Penyebaran Islam
di Nusantara. Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kedatangan_dan_Penyebaran_Islam_di_Nusantara

WELLY, E. (N.D.). SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP PEMBANGUNAN


MALAYSIA. SCRIBD.

https://www.scribd.com/doc/291612243/Sumbangan-Tamadun-Islam-Terhadap-
Pembangunan-Malaysia

KITAB SUCI ISLAM - WIKIPEDIA BAHASA MELAYU, ENSIKLOPEDIA BEBAS. (2023,


OCTOBER 16). HTTPS://MS.M.WIKIPEDIA.ORG/WIKI/KITAB_SUCI_ISLAM

CONTRIBUTORS TO WIKIMEDIA PROJECTS. (2024, FEBRUARY 5).

HUKUM KANUN MELAKA. WIKIPEDIA BAHASA MELAYU, ENSIKLOPEDIA BEBAS.

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Hukum_Kanun_Melaka

NADIA, F. (N.D.). KESAN KEDATANGAN ISLAM TERHADAP BAHASA DAN

KESUSASTERAAN TANAH MELAYU. SCRIBD.

https://www.scribd.com/document/364938626/Kesan-Kedatangan-Islam-Terhadap-Bahasa-
Dan-Kesusasteraan-Tanah-Melayu
LAMPIRAN

RAJAH 1.0 KITAB-KITAB SUCI AGAMA ISLAM

RAJAH 1.1 MADRASAH ORANG-ORANG MELAYU DAHULU


RAJAH 1.2 KITAB HUKUM KANUN MELAKA MENGIKUT ATURAN ISLAM

RAJAH 1.3 TULISAN JAWI ZAMAN DAHULU


LAPORAN INDEKS KESAMAAN

Anda mungkin juga menyukai