Anda di halaman 1dari 4

PLAGIARISM DECLARATION FORM (T-DF)

Instructions
Please complete and attach this Plagiarism Declaration Form to each Assignment that you
submit into the Online Assignment Submission (OAS) system for marking.

I declare that the attached work is entirely my own (or when submitted to meet the requirements
of an approved group assignment is the work of the group), except where materials cited, quoted
or paraphrased are acknowledged in the text. I also declare that this work / assignment has not
been submitted for assessment in any other course or university without due acknowledgement.

I understand that plagiarism, collusion, and copying are grave and serious offences.

I understand that disciplinary action (which may include deduction of marks in the Assignment) will be
taken against me if I am found to be an offender of Assignment plagiarism.

Full name and IC No: Date:


Scully Rocaldo Mosinol 970613-65-6024 1 Oktober 2022

Assignment (Asgmt) Declaration Form


Semester/Year September 2022
Student’s Name Scully Rocaldo Mosinol
Student’s ID No: 071190177
Course Code MPU3123/03
Course Title TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
Class Code TIT5
Assignment No: 1
No. of pages of this 4
Assignment (including
this page)

Tutor GOPAL A/L R.MAHALINGAM


Course Lead RABIKHA HASNI
T-DF Assignment Declaration Form (1/2020 version #003)
Restoran Mamak Nasi Kandar digemari Malaysia!

 Saya mengepilkan satu foto yang menonjolkan impak interaksi antara tamadun
iaitu interaksi antara tamadun Melayu dan India. Saya memilih gambar saya
bersama bangunan Restoran Mamak Nasi Kandar Arsad. Restoran ini
mempunyai ciri khas yang boleh dikatakan popular juga kerana Nasi Kandarnya
yang sedap dan tidak banyak restoran yang menghidangkan nasi kandar. Keluarga
pemilik Restoran Nasi Kandar Arsad ini adalah daripada kaum India muslim,
hasil daripada perkahwinan mereka iaitu india dan melayu. Anak pemilik
restoran, Kameela merupakan salah satu rakan saya yang mana mempunyai darah
campuran India dan Melayu. Kameela yang mengajak saya ke restoran ini dan
memperkenalkan makanan khas, Nasi Kandar iaitu hidangan utara Malaysia yang
berasal dari India dan biasa dimahsyurkan oleh pedagang india muslim. Saya
memberikan maklum balas yang positif untuk Nasi Kandar yang diperkenalkan,
itu adalah kali pertama saya mencubanya dan ianya sangat lezat.
 Saya merakam gambar ini pada 27 September yang lalu, setelah selesai menjamu
selera di restoran ini. Restoran Nasi Kandar Arsad terletak di 2, Jalan Meranti 2,
Taman Sri Pulai, Skudai Johor.
 Sedikit sebanyak tentang restoran ini, Ia lebih digelar kedai mamak, yang
merupakan sejenis tempat makan yang menyajikan masakan mamak. Di
Malaysia, istilah "mamak" merujuk kepada orang India beragama Islam, dan
secara amnya, kedai mamak dimiliki dan dikendali oleh golongan ini.
Sungguhpun lazimnya dibuka sebagai gerai tepi jalan, sebilangan pengendali
gerai mamak zaman moden telah mengembangkan perniagaan mereka sehingga
menjadi penubuhan seakan-akan restoran atau kafe (kedai mamak) yang
mempunyai beberapa cawangan. Gerai mamak diminati rakyat Malaysia sebagai
tempat melepak dan santai, kerana makanan dan minumannya berharga murah
dan lazimnya gerai sebegini dibuka 24 jam sehari
LATAR BELAKANG TENTANG NASI KANDAR

Nasi kandar adalah salah satu hidangan dari utara Malaysia yang popular, dan
dimashyurkan oleh pedagang India Muslim. Ia merupakan satu hidangan nasi kukus
yang boleh tawar atau sedikit berperisa, dan disajikan dengan kepelbagaian kari dan
hidangan sampingan mengikut citarasa masing-masing.

Nasi Kandar dipercayai berasal dari selatan India dan didapati mula menular di
Tanah Melayu masa itu apabila ramai para pedagang India Muslim yang datang
berulang-alik di antara India dan Tanah Melayu. Sebelum Nasi Kandar terkenal di
Pahang, Perak, Johor, Sabah dan Sarawak penulis juga dapat info bahawa nasi Kandar
tertumpu terlebih dahulu di Pulau Pinang. Ia juga popular dahulu di Kangar, Perlis
dan Sungai Petani serta Alor Setar, Kedah. Para pengkaji sejarah mempercayai
makanan ini bertapak di Pulau Pinang sekitar tahun 1920 hingga 1930 yang dinikmati
atau dimakan pada waktu pagi untuk membekalkan tenaga yang banyak bagi
pekerjaan buruh.

Perkataan Nasi Kandar, timbul sewaktu waktu kelihatan penjaja nasi menjinjing
(mengandar) tiang yang menggantung dua bekas nasi. Nama itu telah kekal dan hari
ini perkataan Nasi Kandar ada kelihatan pada kebanyakan restoran Tamil Islam atau
"Mamak Malaysia" dan gerai hidangan India Muslim.

Nasi untuk dijadikan nasi kandar biasanya diletakkan dalam bekas kayu kira-kira
tiga kaki tinggi yang memberi ia satu bau tersendiri. Hidangan nasi kandar dilengkapi
oleh daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau
sotong goreng. Hidangan sayur itu biasanya adalah seperti terung, bendi atau peria.
Satu campuran sos kari dituang pada nasi. Ini dipanggil 'banjir' (pembanjiran) dan
menyampaikan satu rasa pelbagai pada nasi.

Keistimewaan dari nasi kandar ini adalah kebaikannya, Orang dahulu


memang mementingkan kesihatan kerana setiap hidangan yang dimasak mempunyai
kandungan rempah-ratus yang tidak memudaratkan malah mereka tidak menggunakan
santan bagi mengekalkan kepedasan rempah asli ituPetua untuk menikmati nasi
kandar agar lebih sedap. Jangan makan nasi kandar menggunakan sudu dan garpu.
Sebaliknya, makan guna tangan. Apabila kita makan dengan tangan bermakna kita
akan memegang nasi. Sentuhan ini juga akan memberi rasa.

Pengalaman dan nilai yang dipelajari oleh saya sendiri ialah kerseronokan
yang dialami ketika menemui rakan saya iaitu Kameela, ketika dia mengajak saya
menjamu selera di restoran milik keluarganya. Selain daripada saya dapat makan
percuma, saya juga dapat mengenali keluarganya dan tidak lupa juga mengenali
beberapa makanan khas India Muslim. Pengalaman seperti ini membawa nilai atau
makna yang baik kepada saya tentang perpaduan kaum di malaysia yang harus
sentiasa dipupuk bersama.

Anda mungkin juga menyukai