Anda di halaman 1dari 16

lOMoARcPSD|17980901

Contoh Tugasan titas 2020

Tamadun Islam Tamadun Asia (titas) (Open University Malaysia)

StuDocu is not sponsored or endorsed by any college or university


Downloaded by Jayashree Raman (jayashree.raman1903@gmail.com)
lOMoARcPSD|17980901

BACHELOR OF OCCUPATIONAL HEALTH AND SAFETY MANAGEMENT WITH


HONOURS (BOSHM)

SEMESTER SEPTEMBER/2020

MPU3323

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1 (TITAS 1)

NO. MATRIKULASI : 910706035102001

NO. KAD PENGENALAN : 910706-03-5102

NO. TELEFON : 019-5709661

E-MEL : nuradilahyasin91@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : MANJUNG LEARNING CENTRE

Downloaded by Jayashree Raman (jayashree.raman1903@gmail.com)


lOMoARcPSD|17980901

ISI KANDUNGAN

NO TAJUK MUKA SURAT

1 PENGENALAN 2
2 TUGASAN 1
(a) SUMBANGAN TAMADUN CHINA
I. Falsafah, Keagamaan Dan Kepercayaan 3

5
II. Evolusi Penciptaan Serbuk Bahan Letupan Dan
Peluru
5
III. Rekacipta Alat Pengangkutan Dan Pertanian 6
IV. Rekacipta Seni Bina Jalan Raya, Jambatan Untuk
Sistem Perhubungan 6
V. Sistem Tulisan Dan Kesenian
(b) NILAI MURNI
i. Jangan Menilai Kebolehan Seseorang Dari Paras 7
Rupa.
ii. Tetapkan Matlamat Serta Motivasi Diri dan Fokus
8
Kepada Penyelesaian
iii. Percaya dan Yakin kepada Diri sendiri untuk
9
Mencapai impian hidup

(c) DIALOG YANG MENYENTUH HATI


i. Dialog oleh Master Oogway kepada Master Shifu 10
10
ii. Dialog oleh Po dan Master Shifu
11
iii. Kata- kata Mr Ping kepada Po

3 TUGASAN 2
Refleksi Journal 12
4 RUJUKAN 14

Downloaded by Jayashree Raman (jayashree.raman1903@gmail.com)


lOMoARcPSD|17980901

PENGENALAN TAMADUN CHINA

Tamadun china merupakan tamadun yang terawal di dunia selain tamadun Mesir, dan India.
Namun begitu, tamadun China mampu mengekalkan identitinya yang tersendiri sehingga kini.
Kemunculan tamadun China bermula di lembah Sungai Kuning kira-kira 4000 atau 5000 S.M.
Lokasi tanah yang subur dan strategik membolehkan manusia menjalankan kegiatan harian.
Oleh itu penduduk nomad menjadikan Lembah sungai Hwang Ho atau Lembah Sungai
Kuning sebagai penempatan untuk aktiviti bercucuk tanam. Perkampungan kemudiannya
membentuk kerajaan serta struktur masyarakat yang pelbagai. Sistem pemerintahan tamadun
China pada awalnya menggunakan pemerintahan feuder. Kemudiannya bertukar kepada
pemerintahan berbentuk monarki. Pembentukan tamadun China berkembang mengikut
peredaran zaman. Ianya terdiri daripada:

Zaman Zaman
Zaman Zaman
Pembentu Peralihan
Keagunan Moden
kan

Unsur tamadun China banyak memainkan peranan dalam memajukan tamadun. Unsur
sesebuah tamadun mampu mengekalkan identiti sesuatu tamadun tersebut sekaligus
menentukan kejayaan sesebuah tamadun.

Gambarajah 1 Unsur-unsur Tamadun China

Downloaded by Jayashree Raman (jayashree.raman1903@gmail.com)


lOMoARcPSD|17980901

1 (a) SUMBANGAN TAMADUN CHINA KEPADA PERADABAN DUNIA

Animasi Kung Fu Panda yang diterbitkan oleh DreamWorks Animation menonjolkan budaya
tamadun China serta keunikan tamadun itu sendiri. Sumbangan Tamadun China yang di
animasikan dalam Kung Fu Panda akan sentiasa dikenang hingga ke masyarakat dunia hari
ini. Antaranya adalah dalam bidang Falsafah, Agama dan Kepercayaan, serta sumbangan dari
segi sains dan teknologi mengikut inovasi semasa pada zaman itu.

I. Bidang Falsafah Konfusianisme, Keagamaan dan Kepercayaan

Menurut Goossaert dan Palmer (2011) tiga aspek yang saling berkait di dalam tamadun
China iaitu falsafah, agama dan kepercayaan. Ketiga-tiga aspek ini masih lagi di guna pakai
oleh masyarakat China dan seluruh peradaban dunia dewasa kini. Hal ini kerana ajaran
tersebut menekankan lima jenis hubungan baik bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni
dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Sumbangan utama Falsafah Konfusianisme yang yang diasaskan oleh Kung Fu Tze,
falsafah ini menitik beratkan amalan moral yang baik di dalam diri manusia. Lima ahklak
yang baik di dalam falsafah ini adalah:

Perikemanusiaan Keadilan Kebijaksaan


(Ren) (yi) (zhi)

Layak
Kesusilaan (li) Dipercayai
(xin).

Ajaran Konfusius juga mementingkan lima Jenis hubungan baik untuk mewujudkan
masyarakat yang aman, selain menekankan hubungan kekeluargaan sebagai satu unit
terpenting dalam masyarakat. Lima jenis hubungan tersebut adalah:

a) Pemerintah yang baik


b) Ibu bapa dengan anak (kekeluargaan)
c) Suami dengan isteri (kekeluargaan)
d) Abang dengan adik (kekeluargaan)
e) Kawan dengan Kawan (persabahabatan)

Downloaded by Jayashree Raman (jayashree.raman1903@gmail.com)


lOMoARcPSD|17980901

Menurut Esa Khalid & Mohd Azhar Abd Hamid (2004), masyarakat Malaysia boleh
hidup besama dalam keadaan yang harmoni dan aman walaupun Malaysia adalah negara yang
berbilang kaum. Hal ini kerana falsafah Konfusianisme ini sentiasa dicontohi dan diterapkan
dalam jati diri setiap rakyat Malaysia.

Buddhisme adalah salah satu ajaran agama yang berkembang di Tamadun China.
Ajaran ini berteraskan kepada masalah manusia dalam mengawal hawa nafsu dan
menyebabkan penderitaan. Oleh itu, manusia perlu mengawal hawa nafsu mengikut Lapan
Lapis Mulia iaitu aspek Panna (kebijaksanaan), Samadhi (penumpuan) dan Sila (moral).
Agama ini juga telah diubah sesuai dengan ciri-ciri kecinaan, dan dikenali sebagai Buddhisme
China. Sehingga ke hari ini agama ini masih lagi kekal dianuti oleh kaum China majoritinya.
Amalan penganut Buddha haruslah berteraskan amalan yang suci seperti bersedekah, jangan
membunuh, jangan mencuri, jangan menipu dan jangan berzina.

Konsep keharmonian dengan alam semesta jelas dipamerkan dalam animasi Kung Fu
Panda. Hal ini kerana, tedapat ajaran Toisme atau Daoisme. Ajaran ini merupakan agama
bagi kebanyakan orang cina. Daoisme menekankan keamanan dan keharmonian dengan alam
semesta sekiranya tidak mengikut hawa nafsu dan mengasingkan diri dari kegiatan duniawi.
Disebabkan itu, kepercayaan masyarakat China terhadap manusia dan alam semesta
(naturalistik). Mereka percaya kepada pemujaan roh nenek moyang sebagai makhluk unggul
yang akan mempengaruhi nasib seseorang. Selain itu, kepercayaan masyarakat China dalam
pemujaan binatang, tanaman dan alam semulajadi mementingkan aspek kepercayaan,
kesejahteraan, kemakmuran dan kekayaan. Oleh yang demikian Kung Fu sebagai seni
mempertahankan diri pada masyarakat Cina melambangkan sifat keharmornian serta usaha
yang bersungguh sungguh dari seseorang untuk mecapai sesuatu kemahiran dalam seni bela
diri.

Sehingga ke hari ini, aspek kepercayaan dan agama masyarakat China masih dianggap
peribadi. Mereka bebas memilih kepercayaan dan amalan agama yang dirasakan boleh
memberi kesejahteraan hidup kepada mereka, asalkan tidak melanggar adat resam budaya
mereka.

Downloaded by Jayashree Raman (jayashree.raman1903@gmail.com)


lOMoARcPSD|17980901

II. Evolusi Penciptaan Serbuk Bahan Letupan dan Peluru

Sumbangan tamadun China yang masih lagi kekal digunakan sehingga kini adalah
penghasilan bahan letupan sebagai senjata perang dan juga sebagai alat untuk menghasilan
grenad serta peluru dengan campuran bahan logam yang lain sebagai senjata letupan.

Selain itu, gabungan bahan letupan asas dan logam juga mampu menghasilkan
pelbagai jenis mercun dan bunga api moden yang pelbagai warna. Sehingga ke hari ini
mercun dan bunga api ini masih lagi digunakan oleh masyarakat China untuk menyambut
Perayaan Tahun Baru Cina dan pesta- pesta mengikut kalendar China seperti Capgome, Pesta
Yuan Siau, Pesta Tanglung dan lain- lain lagi.

III. Rekacipta Alat Pengangkutan dan Pertanian

Tamadun China jelas menunjukkan bahawa mereka


mencipta sesuatu kemajuan inovasi selari dengan apa yang
diusahakan, seperti dalam bidang pertanian, serta
perdagangan tembikar, sutera, dan logam. Maka dengan itu,
tidak mustahil masyarakat Cina mampu memperkenalkan
tamadun China ke serata dunia. Hasilnya, tercetus reka cipta
alat pengangkutan seperti kereta sorong beroda, kereta kuda
dan kereta lembu. Selain itu, mereka juga mencipta bajak dan
cangkul untuk pertanian. Kehebatan ini memudahkan urusan Gambar 1Kereta Sorong Beroda
pekerjaan harian mereka sekaligus memberi inovasi baru
dalam bidang rekacipta bagi memudahkan kerja. Malah,
sehingga ke hari ini, bajak, cangkul serta kereta beroda masih
diguna pakai secara meluas oleh petani petani di zaman ini.

Downloaded by Jayashree Raman (jayashree.raman1903@gmail.com)


lOMoARcPSD|17980901

IV. Rekacipta Seni Bina Jalan Raya, Jambatan Untuk Sistem Perhubungan

Gambar 2 Tembok Besar China

Tambahan lagi, kemajuan dalam bidang perusahaan menghasilkan perkembangan seni


bina sistem perhubungan seperti jalanraya dan jambatan serta tembok. Antara karya senibina
Tamadun China yang agung adalah, Tembok Besar China. Tembok Besar China merupakan
salah satu daripada tujuh keajaiban dunia yang dikenang sehingga kini kerana mengambil
masa kira kira 100 tahun untuk disiapkan. Tembok ini dibina merengtangi bukit bukau dan
saiznya setinggi bangunan tiga tingkat serta Panjang kira-kira 2.410 kilometer. Tujuan
pembinaan tembok ini adalah untuk mempertahankan China dari serangan kaum Barbar
(tartar) Monggol yang nomad. Hasil pembinaan Tembok Besar China adalah bukti
peninggalan seni bina yang unik dan mengagumkan serta menjadi identiti kebanggaan negara
China dan juga menjadi daya tarikan pelancong masa kini.

V. Sistem Tulisan Dan Kesenian

Tamadun China terkenal dengan system tulisan dan keseniannya yang terhasil
menggunakan lambing bergambar. Semasa zaman pemerintahan Dinasti Song, terdapat ramai
kalangan sarjana dan pakar kaligrafi iaitu seni khat yang menggunakan berus Cina yang mahir
melukis. Kebanyakan seni lukis ini menggambarkan cerita mitos dan peristiwa yang benar
benar berlaku. Mereka menyampaikan lukisan ini pada kain sutera, tembikar, pinggan dan
peralatan hiasan lain. Kemajuan negara China menjadikan mereka adalah bangsa yang
pertama membuat kertas di dunia. Mereka menggunakan bahan seperti kulit pohon mulberi,

Downloaded by Jayashree Raman (jayashree.raman1903@gmail.com)


lOMoARcPSD|17980901

bahan terpakai seperti kain buruk, tali dan sebagainya menjadi pulpa dan diproses menjadi
kertas.

Kesimpulannya, sumbangan yang diberikan semasa kegemilangan tamadun China


memberi impak yang banyak kepada kemakmuran dan kemajuan masyarakat dunia hari ini.
Sebagai contoh dalam bidang falsafah, seni dan kebudayaan, pentadbiran, sastera serta sains
dan teknologi, Oleh itu sumbangan tamadun China kepada masyarakat global amatlah besar
dan haruslah dicontohi, selain wajar dikenang sepanjang zaman.

TUGASAN 1 (b) NILAI MURNI

Kungfu Panda merupakan animasi komedi yang sarat dengan nilai- nilai murni. Antaranya
adalah:

i. Jangan Menilai Kebolehan Seseorang Dari Paras Rupa.

Sebagai mana di dalam video tersebut watak Po seekor panda yang berbadan besar
sentiasa di pandang rendah oleh masyarakat dan juga idolanya sendiri iaitu Lima Kesatria
(Furious Five) serta Master Shifu. Mereka merasakan mustahil Po boleh menjadi Pahlawan
Naga yang handal untuk menewaskan Tai Lung, musuh yang paling digeruni. Oleh yang
demikian, sebagai pelajar dan juga pekerja, saya haruslah sentiasa bersikap positif dan saling
menghormati rakan sejawatan tanpa menilai mereka melalui paras rupa ataupun pangkat.

Setiap manusia mempunyai potensi dan kehebatannya yang tersendiri. Jadi, mereka perlu
diberi peluang untuk dihormati dan dinilai dengan kemahiran yang ada pada diri masing-
masing. Amalan menilai orang dan memperlekehkan seseorang adalah satu budaya negative
yang harus dihindari oleh setiap minda pelajar, dan pekerja . Kita tidak ada hak untuk
menghukum seseorang itu hanya kerana penampilan ataupun imej yang dilihat. Jangan lah
menjadikan penilaian kita itu sebagai asbab untuk kita bersifat meninggi diri.

Ibarat peribahasa ‘jadilah seperti resmi padi, makin berisi makin tunduk’. Setiap pelajar
seharusnya saling menyokong antara satu sama lain. Selain itu, sebagai pekerja jadikan rakan
sejawat sebagai satu pasukan yang saling membina. Baru lah hidup sentiasa harmoni dan
berdaya saing.

Downloaded by Jayashree Raman (jayashree.raman1903@gmail.com)


lOMoARcPSD|17980901

ii. Tetapkan Matlamat Serta Motivasi Diri dan Fokus Kepada Penyelesaian

Apabila Po dipilih menjadi Pahlawan Naga, mahagurunya seakan tidak percaya akan
kebolehan Po untuk di didik sebagai pahlawan sebenar. Namun, setelah diperhatikan, beliau
mengetahui kelemahan Po yang suka makan, namun mampu berbuat apa sahaja untuk
mendapatkan makanan tersebut. Kebolehan Po ternyata diluar jangkaannya. Beliau mengatur
strategi dan menukar teknik latihan Po berbanding anak muridnya yang lain.

Moralnya disini, sebagai seorang pekerja kita haruslah sentiasa peka dan rasional dalam
membuat sesuatu keputusan. Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Cuma, kita haruslah
menanggani masalah tersebut dengan kaedah yang bersesuaian dengan situasi . Seperti Master
Shifu yang menukar kaedah Latihan Po menggunakan makanan sebagai Motivasi.

Ternyata kaedah tersebut berjaya memberikan fokus dan usaha yang bersungguh sungguh
kepada Po sehingga mahir dan cekap dalam seni mempertahankan diri. Staminanya juga
berbeza setelah mempunyai matlamat yang jelas.

Begitu juga Po setelah dipilih menjadi pahlawan naga, Po yakin bahawa kehebatan Master
Shifu boleh menjadikan beliau seorang pahlawan yang hebat. Walaupun diperlekehkan dan
disuruh untuk melarikan diri. Po tetap dengan pendiriannya untuk belajar kung fu yang
sememangnya diimpikan dari kecil lagi. Beliau terus memotivasikan diri agar lebih positif serta
tidak mudah berputus asa.

Kesimpulan yang saya dapat rungkaikan dari nilai murni ini adalah. sebagai pelajar dan
pekerja saya haruslah berusaha dan mempunyai matlamat yang jelas demi menggapai kejayaan.
‘Big Why’ yang jelas mampu menghasilkan sesuatu usaha yang sersungguh sungguh pada setiap
individu. Motivasi diri merupakan satu makanan minda yang hebat, kerana ianya akan
memberikan semangat yang jitu dalam diri setiap pelajar. Motivasi juga boleh membuka minda
pelajar untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam kehidupan seharian.

Downloaded by Jayashree Raman (jayashree.raman1903@gmail.com)


lOMoARcPSD|17980901

iii. Percaya dan Yakin kepada Diri sendiri untuk Mencapai impian hidup

Di dalam watak Kung Fu Panda, Po merupakan seekor panda yang merasa kurang yakin
dengan penampilan dirinya. Namun begitu beliau mempunyai impian untuk belajar seni
mempertahankan diri, kung fu. Beliau juga percaya akan kebolehan Master Shifu untuk
mendidiknya menjadi pahlawan yang hebat. Beliau mengabaikan kata-kata hinaan rakan seguru
yang boleh melumpuhkan semangatnya. Po percaya bahawa suatu hari nanti beliau akan
menjadi pahlawan yang disegani seperti idolanya Lima Kesatria. Sebagai seorang pekerja di
dalam ekonomi yang membangun pesat, keyakinan diri amat penting. Setiap pekerja perlu
percaya dengan kebolehan diri sendiri.

Secara psikologinya, sifat percaya dan yakin kepada diri sendiri ini dikenali sebagai “Self
esteem” atau harga diri. Nilai diri yang tinggi akan menjadikan kita seorang yang berpotensi
dan bersemangat untuk mencapai impian masing-masing. Harga diri yang tinggi juga akan
menjadikan individu lebih bermaruah dan tenang dalam membuat keputusan ataupun pekerjaan.

Bukan itu sahaja, kita haruslah percaya kepada potensi diri seseorang. Seperti Master
Oogway yang percaya keputusannya memilih Po adalah keputusan yang tepat. Beliau percaya
kepada kebolehan yang ada pada Master Shifu untuk melatih Po menjadi pahlawan naga
(Dragon Warrior). Disini jelas bahawa kita seharusnya mempercayai kebolehan rakan sekerja
dan sepasukan kita untuk mencapai matlamat yang sama. Kerjasama berkumpulan bukan sahaja
dapat memudahkan kerja, ianya dapat mempercepatkan proses kejayaan kita.

Downloaded by Jayashree Raman (jayashree.raman1903@gmail.com)


lOMoARcPSD|17980901

Tugasan 1 (c) Dialog Yang Menyentuh Hati

i. Dialog oleh Master Oogway kepada Master Shifu

Your mind is like this water my friend. When it is

agitated, it becomes difficult to see. But if you allow it to


settle, the answer becomes clear

Minit ke 0:07:29

Dialog ini memberikan kesan yang mendalam kepada saya kerana setiap keputusan
yang dibuat secara melulu dan terburu buru memberikan keburukan di kemudian hari. Kita
seharusnya berfikir dan membuat keputusan di dalam keadaan yang tenang dan rasional,
barulah matlamat utama dapat dicapai. Tambahan pula, tindakan setiap individu sentiasa
dipengaruhi oleh emosi dan perasaan. Oleh itu, minda yang bercelaru dan gundah akan
menghasilkan tindakan luar sedar dan sesuatu yang tidak wajar dilakukan. Mesej yang
disampaikan melalui dialog tersebut sampai dengan mudah kepada penonton. Hal ini
memberikan saya satu pengajaran untuk sentiasa berfikir secara matang sebelum bertindak.

ii. Dialog oleh Po dan Master Shifu

Real warrior never quit.

Minit ke 0:38:04 dan minit 0:48:23

Dialog diatas di sebut dua kali di dalam video ini iaitu pada minit 0:38:04 oleh Po dan
pada minit 0:48:23 oleh Master Shifu. Ibarat peribahasa melayu, pantang berundur sebelum
berjuang, kita tidak boleh mudah menyerah kalah jika ingin mendapat sesuatu yang dihajati.

Downloaded by Jayashree Raman (jayashree.raman1903@gmail.com)


lOMoARcPSD|17980901

Dialog ini memberikan satu prinsip yang mudah dan jelas kepada saya. Setiap kejayaan perlu
diharungi dengan sabar dan tabah. Oleh itu, janganlah mudah berputus asa dan menyerah
kalah. Usaha yang bersungguh sungguh akan membuahkan hasil di kemudian hari. Saya
percaya bahawa tidak ada halangan yang mustahil dicapai melaikan kekuatan semangat diri
sendiri.

iii. Kata- kata Mr Ping kepada Po

To make something special, you have to believe its

special

Minit ke 1:09:29

Kata- kata Mr Ping kepada Po pada durasi minit ke 1:09:29 apabila Po meminta ayah
angkatnya memberikan resepi rahsia mee sup keluarga mereka. Rupanya tiada bahan rahsia
melainkan kepercayaan di dalam diri bahawa sup mereka istimewa dari mee sup yang lain.
Dialog ini jelas menyedarkan saya bahawa di dalam sesebuah perjalanan menggapai impian
dan cita cita, tiada jalan singkat ataupun rahsia melainkan kepercayaan dan keyakinan pada
diri sendiri untuk mencapai kejayaan. Walau sehebat mana seseorang itu, tanpa keyakinan diri
beliau tida akan kemana mana. Contohnya, Kekalahan Tai Lung kerana beliau percaya
bahawa skrol naga itu yang memberikan Po kekuatan dan kuasa sedangkan kekuatan itu
adalah dari keyakinan diri Po dan fokusnya untuk mencapai sesuatu kemenangan. Mudah
seseorang itu untuk mempunyai impian, namun tidak semua orang mempunyai keyakinan
untuk berjaya. Tambahan pula, sifat yakin dan percaya akan kebolehan diri sendiri akan
membuatkan orang lain juga percaya terhadap kita.

Downloaded by Jayashree Raman (jayashree.raman1903@gmail.com)


lOMoARcPSD|17980901

Tugasan 2 Refleksi Jurnal

Setelah selesai menonton video Kung Fu Panda dan juga mempelajari topik tamadun
China serta sumbangannya kepada masyarakat global, saya merasa sangat teruja untuk
melakukan tugasan yang diberikan. Tugasan ini membuka minda saya untuk mempelajari
ketamadunan China dengan lebih mendalam serta menggali maklumat tambahan
mengenainya. Malah ianya memberikan satu tujuan yang jelas iaitu menghargai dan
mencontohi kejayaan sumbagan tamadun China kepada kehidupan masyarakat hari ini.

Sebelum menonton video tersebut saya cuba mengingati kembali plot cerita kerana
saya pernah menonton filem ini beberapa kali sebelum ini. Namun, apa yang boleh saya
imbas adalah babak perlawanan Kung fu dan komedi yang disampaikan sahaja. Tidak terlintas
di fikiran saya untuk menjadikan filem ini satu sumber inspirasi dalam kehidupan saya. Tetapi
semuanya berubah setelah saya menonton video tersebut sambil mempelajari topik Tamadun
China. Ternyata begitu banyak sumbangan tamadun yang disampaikan untuk membuka minda
masyarakat. Tambahan pula, terdapat begitu banyak nilai murni yang disampaikan kepada
penonton yang boleh diguna pakai kedalam kehidupan seharian.

Sepanjang mencari bahan ilmiah tambahan, saya berasa kagum dengan sumbangan
dan inovasi yang di cipta oleh sesebuah tamadun. Bukan itu sahaja, kejayaan sebebuah
tamadun itu di kemudi oleh pemerintah yang mempunyai moral yang hebat. Ini jelas
meyakinkan saya bahawa masyarakat yang bertamadun dan berjaya, dihasilkan oleh
pemerintahan yang adil, amanah, dan jujur dalam membantu rakyat. Selain itu kepercayaan
dan agama juga mampu membentuk satu tamadun yang dihormati serta melahirkan tokoh
pahlawan yang hebat kepada sesebuah tamadun.

Downloaded by Jayashree Raman (jayashree.raman1903@gmail.com)


lOMoARcPSD|17980901

Dalam usaha menyiapkan tugasan ini, terdapat beberapa cabaran yang dialami oleh
saya. Sejujurnya sebagai seorang pelajar separuh masa, saya merasa risau sekiranya saya
tersilap membuat penilaian ketika mengumpul maklumat tugasan. Tambahan pula sewaktu
melakukan tugasan ini, negara dilanda wabak pandemik Covid-19. Sebagai salah seorang
petugas barisan hadapan, saya mempunyai kekangan waktu untuk menyiapkan tugasan dalam
jangka masa yang pendek. Namun, saya merasa bertuah kerana mempunyai rakan sekelas
yang saling membantu dan tidak lokek ilmu untuk berkongsi pendapat. Pensyarah juga tidak
jemu- jemu mengikuti perkembangan pelajar- pelajar semasa kelas dalam talian dijalankan.
Selain itu, kemudahan forum memberi manfaat kepada kami untuk bertanyakan soalan yang
kurang jelas, supaya kami dapat menyiapkan tugasan seperti yang dikehendaki.

Untuk membina draf infografik yang tepat, Analisa maklumat berkaitan video Kung
Fu Panda haruslah dibuat dengan teliti. Oleh yang demikian saya menonton filem ini
berulang-ulang kali bagi mendapatkan isi penting bersesuaian dengan kehendak soalan.
Kemahiran penggunaan aplikasi yang bersesuaian juga diperlukan untuk mencipta reka
bentuk dan susun atur infografik yang sesuai dengan soalan. Saya juga menggunakan
imaginasi yang kreatif dan inovatif bagi menyampaikan isi penting tersebut dalam bentuk
infografik yang ringkas, padat dan jelas. Ianya merupakan satu cabaran dan pengalaman yang
baru bagi saya kerana Menyusun atur format yang sesuai bukanlah sesuatu kerja yang mudah.
Kesabaran yang tinggi serta kemahiran amatlah diperlukan. Selain itu saya juga ada merujuk
contoh contoh dari sumber carian internet menggunakan “google” bagi mendapatkan idea
templat infografik yang bersesuaian.

Kesimpulannya, bahan yang diberikan kepada pelajar untuk mendalami topik


ketamadunan China ini adalah sangat tepat. Hal ini kerana filem Kung Fu Panda wajar
dijadikan satu bahan ilmiah untuk membuka minda pelajar dalam memahami sesebuah
kegemilangan Tamadun. Selain itu, tamadun China menghasilkan masyarakat dunia yang
moden dan maju sehingga ke hari ini. Malahan negara China masih kekal maju dan menjadi
saingan Eropah dari segi ekonomi dan pentadbiran sehingga ke hari ini.

(2795 Jumlah Patah Perkataan)

Downloaded by Jayashree Raman (jayashree.raman1903@gmail.com)


lOMoARcPSD|17980901

RUJUKAN
1. AJASAHARA. (2016, MARCH 30). AJABEAUTIFULMOM. RETRIEVED
0KTOBER 2020, FROM BLOGSPOT:
HTTP://AJABEAUTIFULMOM.BLOGSPOT.COM/2016/03/EMPAT-PERANAN-
TAMADUN-CHINA-DALAM.HTML
2. AUTHOR. (2012, JANUARY 6). LIVE, LOVE, HOPE AND FAITH. RETRIEVED
OCTOBER 2020, FROM WORDPRESS:
HTTPS://MYLIVEMYJOURNEY.WORDPRESS.COM/2012/01/06/PESAN-
MORAL-DALAM-FILM-KUNGFU-PANDA/
3. DR GHAZALI DARUSALAM. (OGOS 2019). MPU3323 TAMADUN ISLAM DAN
TAMADUN ASIA 1. OPEN UNIVERSITY MALAYSIA.
TOPIK 6 (M/S 117-140)
TOPIK 7 (M/S 141- 166)
4. ILANI, R. (2018, DECEMBER 28). ILUMINASI. RETRIEVED OCTOBER 2020,
FROM HTTPS://ILUMINASI.COM/BM/KENALI-9-CIPTAAN-BERSEJARAH-
TAMADUN-CHINA-PURBA-YANG-MASIH-DIGUNAKAN-SEHINGGA-HARI-
INI.HTML

Downloaded by Jayashree Raman (jayashree.raman1903@gmail.com)

Anda mungkin juga menyukai