Anda di halaman 1dari 34

INTERAKSI

ANTARA
TAMADUN

DISEDIAKAN OLEH,
R.LAAVANYA
K.LOGESWARI
D.SUGAANTHI
1)Faktor-faktor yang menggerakkan
interaksi antara tamadun
i. interaksi migrasi
ii. interaksi pendidikan
iii. interaksi teknologi
iv. interaksi peperangan

A.i, ii B. ii,iii
C. I,iii D. I,ii,iii,iv
2) Apakah faktor yang menyebabkan
tercetusnya Perang Salib antara
orang Islam dan Yahudi?

A.agama, ekonomi, politik


B.Agama, pendidikan, politik
C.Pentadbiran, ekonomi, pendidikan
3) Pengaruh Tamadun India
tersebar di Asia Tenggara
melalui bahasa?

A.telugu, malayalam
B. punjabi, kannada
C. sanskrit dan tamil
D. bahasa persuratan
4) Berikut manakah tamadun yang
lahir hasil interaksi peradaban
dan bangsa?

A.Parsi
B.Islam
C.Yunani
D.Barat
5) Pertembungan antara
________berjaya menghasilkan
kesultanan Delhi dan Moghul.

A.Islam dengan Tamadun India


B. Islam dengan Tamadun china
C.Islam dengan Tamadun Rom
D. Islam dengan Tamadun Parsi
6) Karya-karya penting pada zaman
pemerintahan Islam di India adalah
_______________.

i.Tarikh – I – Muzaftarim
ii.Ibrat – Nama
iii.Sair – ul – Mutakherin
iv. Imad – ur – Saadat

A. i,ii,iii C. ii,iii,iv
B. i,iii,iv D. i,ii,iii,iv
7.Karya perubatan ______
banyak diterjemah ke
dalam
bahasa ________
A.India,China
B.China, India
C.Cina, Melayu
D.India, Inggeris
-Pembuatan kertas
-Bahan letupan
-Tembikar
-Percetakan

8.Berikut adalah hasil interaksi antara _____


A.tamadun China dan Islam
B.tamadun Islam dan India
C.tamadun Jepun dan China
D.tamadun India dan China
9.Berikut adalah kesan interaksi
antara Tamadun China dan Jepun
kecuali
A.struktur pembinaan bandar
B.sistem pemerintahan berpusat
C.upacara minum teh dan seni
taman
D.pembuatan kertas
10.Taoism menegaskan
keharmonian dengan alam
semesta yang boleh dicapai
melalui jalan yang dipanggil
A.Tao
B.Tatao
C.Tao Te Ching
D.Lao Tze
11.Asas sistem kekeluargaan
Cina berpusat kepada kuasa
dan nisab
A.bapa
B.Ibu
C.lelaki
D.Raja
12.Interaksi Tamadun China
dengan Jepun melalui Korea
telah membawa kepada
perpindahan pengetahuan
teknologi
A.pertanian,pembuatan sutera
dan logam
B.kertas,makanan,ubatan
C.senjata api,pedang
samurai,bina kubu
D.cermin,alat tulis,tulisan
13.Interaksi kebudayaan Jepun
dengan negara China pada
zaman Yayoi telah memberikan
ilmu pengetahuan yang
terpenting kepada Jepun iaitu
A.tulisan dan makanan
B.pakaian dan pentadbiran
C.agama dan pertanian
D.peperangan dan adat resam
14.Sukan gusti tradisional Jepun
dikenali sebagai
A.Kumo
B.Tomo
C.Jomo
D.Sumo
15.Pertembungan Tamadun Islam
dan India telah mewujud
empayar Islam yang unggul di
bawah Kesultanan Delhi dan
____.
A.Monggol
B.Moghul
C.Aryan
D.Pallava
16._______ adalah kepentingan
wujudnya interaksi positif antara
pelbagai tamadun.
i.interaksi sosial
ii.penyebaran agama
iii.wujud hubungan diplomatik
iv.perkembangan pendidikan
A.i,ii,iii
B.ii,iii,iv
C.i,iii,iv
D,I,ii,iii,iv
17.Bodhidarma seorang
pengembang agama Buddha dari India
telah memperkenalkan seni
mempertahankan diri dikenali sebagai
_____.Kemudiannya,seni ini dikenali
sebagai judo,taekwan do dan karate do
di Asia Timur.
A.kalari payat
B.kembayat
C.kalari pacat
D.kembari payat
18.Pertembungan antara dua
tamadun iaitu Tamadun China
dengan Tamadun Barat telah
menyebabkan tercetusnya
Perang ______ pada tahun
1842.
A.Candu pertama
B.Candu kedua
C.Candu ketiga
D.Candu keempat
19) Ilmu fonetik China berertikan
kebudayaan __________.

A.Melayu
B. India
C.Jepun
D.Islam
20) ___________ adalah Kuasa Barat
yang pertama datang ke India.

A.Portugal
B. Sepanyol
C. Perancis
D. Ingggeris
1)Konficius membahagikan lima bentuk
hubungan dalam masyarakat.
Nyatakan kelima-lima hubungan itu.
i.
ii.
iii.
iv.
v.
2.Nyatakan dua alat muzik Cina yang
berasal dari India.
i.
ii.

3.Islam tersebar di China melalui


i.
ii.
iii.
iv.
SOALAN ESSAY.

1.Tamadun-tamadun di dunia ini telah


mengalami pelbagai proses interaksi
yang berlaku. Jelaskan faktor –faktor yang
menyebabkan interaksi ini.
(10 markah)

2. Terangkan tentang nilai-nilai universal


antara tamadun asia.
(10 markah)
JAWAPAN
SOALAN OBJEKTIF

1) D 11) A
2) A 12) A
3) C 13) C
4) B 14) D
5) A 15) B
6) D 16) D
7) A 17) A
8) D 18) A
9) D 19) B
10) A 20) A
SOALAN STRUKTUR

1) i. Hubungan bapa dengan anak


ii. Hubungan suami isteri
iii. Hubungan saudara tua dengan muda
iv. Hubungan raja dengan pegawai
v. Hubungan antara sahabat

2) i) Pipa
ii) konghau

3) i) Perdagangan
ii) Politik
iii) Perkahwinan
iv) sikap dan sifat penganut Islam
JAWAPAN SOALAN 1

Faktor kepimpinan memainkan peranan yang amat penting di dalam proses


interaksi tamadun. Sifat pemimpin akan mempengaruhi proses interaksi
yang dilakukan. Ini bermakna, sekiranya pemimpin bersikap adil,
bertoleransi dan menghormati kebudayaan lain, proses interaksi akan
berjalan dengan lancar yakni aman dan damai. Contoh interaksi tamadun
yang berlaku dengan aman ialah melalui pemimpin Nabi Muhammad s.a.w.
yang tidak menyekat orang Yahudi dan Kristian dalam pemerintahan
Madinah. Sebaliknya hak golongan ini dilindungi oleh undang-undang.
Tetapi, sekiranya pemimpin bersikap kuku besi, interaksi tamadun juga akan
memberi kesan negatif. Antaranya, sikap tidak bertoleransi Sultan
Shamsuddin Altamish di India terhadap penganut Hindu.
Seterusnya, faktor yang sangat banyak mempengaruhi proses interaksi
di antara tamadun ialah sikap golongan agama. Sikap golongan agama
ini menjadi penentu kepada hidup beragama secara harmoni di mana
kerukunan hidup bersama-sama insan yang mempunyai agama yang
berbeza diterapkan. Dalam Tamadun Islam, golongan agama merupakan
para ulama manakala Tamadun India yang berteras kepada agama
Hindu, minoriti kasta Brahmin menjadi tunggak kepada agama.
Golongan agama dalam kepercayaan Buddha pula didukung oleh sami
sementara paderi menguasai fahaman Kristian.

Sikap golongan agama yang berakhlak seperti yang dipamerkan ulama


Islam di Alam Melayu memudahkan proses interaksi dan Islamisasi
berlaku. Mereka berjaya memberikan tasawwur Islam (pandangan
Islam) yang sebenar sehingga terbentuknya pendidikan formal melalui
institusi seperti pondok, pesantren, madrasah dan dayah (Acheh).
Kesannya, Hamzah Fansuri, Abdul Rauf al-Singkeli dan beberapa ulama
lain terkenal di rantau Melayu.
Hubungan perdagangan di antara Arab dan China memang membuktikan
perdagangan sebagai faktor yang menyumbang kepada berlakunya
interaksi. Hubungan kedua buah negara tersebut bermula sejak 3 Masihi
lagi. Malah, pedagang Arab dan Parsi membina penempatan di Kwang Cho
(Canton), Chang Chow dan Chuan Chow. Masjid turut didirikan di
Guangzhou yang membuktikan berlaku Islamisasi di wilayah tersebut.
SOALAN 2

Terdapat beberapa nilai-nilai yang menjadi prinsip asas ketika berlakunya


interaksi tamadun. Pertamanya ialah berlandaskan idea keagamaan
kerana nilai ini mambantu memantapkan lagi struktur sosial dan intelektual
sesebuah tamadun. Semua tamadun Asia menjunjung tinggi doktrin
keagamaan yang juga penyumbang kepada wujudnya kebudayaan dan
sains. Contohnya dalam Tamadun China yang percaya kepada Tuhan
walaupun mempunyai pelbagai aliran anutan seperti Konfucius, Daoisme
atau Taoisme dan Buddhisme. Mereka juga mempunyai satu konsep iaitu
tian yang bermaksud langit yang merujuk kepada dewa yang terpenting.
Konsep ini berasaskan yang baik dibalas baik, yang jahat dibalas jahat.
Maka, mereka berusaha mengawal tingkah laku untuk mengelakkan
balasan daripada tian.
Nilai kekeluargaan dan kemanusiaan juga menjadi prinsip utama.
Dalam Islam, menjaga akhlak antara sesama manusia termasuklah ibu
bapa, guru, kawan, jiran sesama Islam dan bukan Islam serta musuh Islam
adalah ditekankan. Dalam aspek pergaulan juga, syariat Islam diturunkan
agar kepentingan lima hak asasi manusia terlaksana yang meliputi hak
beragama, menjaga kewarasan akal, manjaga nyawa, harta benda dan
maruah diri.

Seterusnya ialah nilai dari aspek tatacara dan etika dalam


kehidupan. Dalam Tamadun China, terdapat konsep Dao dan pemikiran
tentang Li. Konfusius menekankan peraturan berasaskan kepada
perhubungan manusia dengan Tuhan, manusia dengan manusia dan
perhubungan politik. Selain itu, konsep zhong yong juga dititikberatkan
oleh Konfusius yang mahukan kesederhanaan dan tidak menggunakan
kekerasan sebagai jalan penyelesaian.Dao bermaksud jalan dalam
konsep Konfusius.
Aspek li pula berkaitan dengan tatasusila.
Dalam pada itu, interaksi tamadun juga mementingkan
kebijaksanaan pemimpin. Contoh paling ketara ialah kepimpinan dalam
Islam yang berteraskan ‘pemimpin adalah khalifah di muka bumi’. Islam
menggunskan sistem berpolitik seperti tauhid, risalah dan khilafah. Dalam
politik, prinsip yang ditekankan ialah keadilan, kesamaan, syura dan
akuauntabiliti. Sumber dalam politik Islam ialah kitabu’Llah dan sunnah
rasul-Nya selain daripada ijtihad dan ijma’ ulama.

Nilai menghargai alam sekitar juga terdapat dalam semua tamadun


di Asia. Malahan dalam ajaran Tao, alam dianggap sebagai ibu atau dao.
Dalam Buddhisme dan Shinto pula, hubungan manusia dan alam ditekankan
melalui konsep esho fui yang menegaskan manusia dan alam saling
memerlukan.

Nilai yang terakhir yang menjadi pegangan setiap tamadun ialah


pentingnya ilmu dan orang yang berilmu. Konsep ulama dalam Islam berkait
rapat dengan individu yang berilmu yang ilmunya itu sempurna dan
tercermin melalui kewibawaan personaliti diri dalam segala aspek. Ulam
menjadi pembimbing umat, penyelesai masalah, pakar rujuk dan tauladan
masyarakat Islam.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai